jiran ku ini sangat rajin mencuci kereta.
selang dua hari dia akan cuci kereta.
kalau hujan pun dia cuci kereta. pernah beberapa kali aku tengok dia cuci kereta dlm hujan...!
dia ada dua buah kereta. dua-dua pun dicucinya.
keretanya sentiasa berkilat. dari rimnya, tayarnya, badan keretanya, cerminnya, hinggalah bahagian dalam kereta.
aku memang tabik dalam hal ini.
aku pun cuci kereta juga. jarang hantar car wash. tapi rajin-rajin aku pun, 2 minggu sekali je. kalau musim hujan, lagi lah jauh selangnya.
ada juga tergerak sesekali, kalau dah rajin sangat, aku upahkan saja jiranku itu mencuci kereta ku sekali...he he
aku perhatikan setiap kali selepas keluar bersiar-siar, atau pulang kerja, dia akan bersihkan karpet alas kaki keretanya. banyak kali juga, dia merungut kepada anak-anaknya yg mengotorkan keretanya. nyatanya ia begitu mengutamakan kebersihan keretanya.
pantang berabuk atau dilekati sampah.
alangkah baiknya, kebersihan serba serbi dijaga, bukan saja kereta.
tapi sayangnya, dia hanya menjaga kebersihan kereta. lain-lain aspek tidak pula sampai pula kerajinannya ke tahap kerajinan mencuci kereta itu.
aku tak pernah nampak dia menyapu bahagian laman rumahnya. kalau ada pun mungkin sebulan sekali. isterinya, lagilah aku tak pernah nampak menyapu di luar. lantai simen di bahagian depan rumahnya, kadangkala berlumut 2 inci, baru dibersihkan
pokok-pokok hiasan yg ditanam di laman rumahnya tak pernah disiram. tumbuh secara 'semula jadi'. malah tumbuh meliar hingga melilit memanjat pagar rumahku. sesekali aku terpaksa, menggunting pokok itu yg menyemakkan pandangan.
rumput & lalang di laman rumahnya, tak pernah dipotong. kadangkala tumbuh lebat hingga sekaki tingginya. barulah dipotong dengan mengupah pemotong rumput mat bangla.
itu di laman depan rumah. di belakang rumah, lalang yg tumbuh sama tingginya dengan pagar rumah, barulah dipotong. jugak dengan mengupah mat bangla. serai yg ditanam pun tak sesubur itu.
kadangkala aku sebagai jiran pula yg naik rimas dengan semak samun yg tebal itu.
manalah tahu kalau ular sawa bertelur pun tak nampak dalam semak tu.
kenapalah jiran itu lebih taasub pada kebersihan keretanya, berbanding keadaan rumah yg semak samun?
aku sendiri tak faham. nak ditegur nanti bimbang bermasam muka.
aneh juga, dua sikap ekstrem pada orang yg sama...
0 refleksi:
Post a Comment