rakan sekerja aku pernah mengingatkan aku.
apabila kami asyik memperkatakan berkaitan boss atau ketua kita.
kalaulah kita ditakdirkan menjadi ketua/boss suatu hari pada masa depan, kita juga harus ingat yg pekerja di bawah kita akan mengata juga di belakang kita.
memang benar apa yg dikatakannya itu.
apa sikap kita agaknya kalaulah kita sampai ke tahap itu nanti?
entahlah. harap-harap pekerja di bawah kita akan melihat semua yg manis-manis dan muluk-muluk sahaja.
tapi itu satu harapan yg terlau ideal. utopia, mungkin.
apa reaksi kita bila bergelar boss nanti?
tapi sekurang-kurangnya bila kita bermula dari bawah, kita akan sentiasa sedar dari mana asal kita.
kita akan mengambil iktibar akan kekurangan boss kita.
menjadikannya sebagai suatu dinding teguh dan kuat agar tidak melakukan perbuatan sama.
dan tidak mengulanginya dalam perbuatan, tindak tanduk dan kepimpinan kita bila bergelar ketua/pemimpin atau boss nanti.
kalau kita buat juga, nescaya kita akan dikata belakang, diumpat dan dicemuh seperti apa yg kita lakukan sekarang terhadap boss kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 refleksi:
Dua cabaran untuk ketua yang bermula dari bawah:
(1) terlalu berlembut terhadap staf bawahan sebab sebelum ini sama-sama pernah merasa pressure bos.
(2) Staf mungkin kurang hormat sebab bos baru pernah menjadi rakan gurau senda atau pernah lihat bekas bos kutuk bos baru..
ianya hubungan 2 hala:
1. ketua yg baik
2. pengikut/pekerja yg baik
dlm 23 org staf berapa org dpdnya adalah pekerja yg baik?
Post a Comment