memandu di lebuh raya bagi orang sepertiku, bukanlah sekadar perlukan ketahanan fizikal tetapi juga mental. tidak ramai orang seperti aku yg memandu saban hari pergi dan balik ke tempat kerja melalui lebuh raya sejauh 100km.
aku perlu bersedia mengharungi jalan sesak waktu puncak di sebelah pagi. mengelakkan stres untuk memulakan kerja seharian. kemudian dengan segala stres kerja seharian perlu diserap untuk menumpukan sepenuh perhatian menguasai stereng kereta memandu pulang. sejauh ini aku masih mampu bertahan. meskipun adakalanya ia begitu memenatkan hinggakan ada hari-harinya aku tertidur kepenatan seawal 8:30 malam!
jumlah kenderaan di lebuh raya berganda banyaknya daripada 5-6 tahun dahulu. ianya semakin ketara dewasa ini. kalau dulu memandu di lebuh raya hanya memerlukan skil memandu yg mudah kerana jalannya yg lurus, tetapi kini ianya bukan saja memerlukan skil yang pelbagai malahan juga ketahanan mental yg tinggi. aku katakan demikian kerana semua orang kini bukan lagi memandu di lebuh raya tetapi 'berlumba' di lebuh raya.
bayangkan had laju yg ditetapkan cuma 110kmj tetapi rata-rata memandu lebih laju daripada itu. ini bukan saja kereta besar atau sederhana malah kereta dengan cc yg kecil juga dipandu laju.
kalau sekadar memandu 120kmj di lorong paling laju, itu sebenarnya tidak cukup laju. kerana ada pemandu lain yg akan memandu jauh lebih laju iaitu selaju 130, 140, 15o malah lebih daripada 180kmj. kalau lewat menukar lorong, pemandu laju ini akan 'menunda' kereta kita dengan rapat sambil memberikan flash. malah lebih daripada itu ada yg sengaja memasang lampu pada siang hari sambil memandu laju untuk memberikan isyarat supaya pemandu di depannya ke tepi untuk memberi laluan padanya!
bagi pemandu berkelajuan sederhana seperti aku ini, hanya layak berkongsi jalan yg sama. takde hak menggunakan lorong laju. kalau hendak memotong kenderaan di depan pun perlu lebih berhati-hati, memandang cermin pandang belakang dan cermin sisi beberapa kali sebelum memotong. sebelum pelumba laju yg muncul tiba-tiba dari arah belakang...
pic add google
3 refleksi:
aku drive skyline pun kena cucuk dgn kancil...he he
mmg betul bo esp kete mewah dr s'pore...kiasu
kengkadang yang buat tension pada pemandu yang nak ikut speed limit, pemandu lorong tengah bawah slow giler....tak reti guna lorong kiri. Kalau guna lorong kanan, kena flash..
ya, pengalaman yg sama pernah aku alami. bukan saja kereta dipandu laju, treler, bas ekspres & lori tangki jugak dipandu mcm ribut!
Post a Comment