- cerita cinta dulu-dulu -

Apr 18, 2011

mat j minat pada su. mungkin orang kata cinta monyet. sebab masa tu kami masih sekolah. su sekelas dengan aku. manakala mat j di aliran sains. su memang popular di sekolah. tentulah sebab utamanya su ni cantik orangnya. orangnya peramah dan sentiasa tersenyum, berhemah. aku rasa memang ramai pelajar lelaki yg jatuh hati padanya. kalau kat asrama su, memang ramai pemujanya, tapi dari jauh sahajalah...


satu hari, mat j menunjukkan puisi yg dikarangnya pada aku. puisi itu tentang su. masa itu, baru aku sedar yg mat j ada menaruh hati pada su. aku pun menawarkan diri untuk jadi orang tengah. tapi mat j, malu. dia lebih senang memuja dari jauh. lebih sanggup sekadar jadi secret admirer.


saban hari mat j berseloroh supaya aku sampaikan salamnya pada su. tapi menarik balik, bila aku cakap yg aku akan sampaikannya betul-betul. setiap hari bila aku jumpa mat j bila habis waktu sekolah dan kembali ke asrama, mat j akan bertanya pasal su. apa khabarnya, sihat ke, ceria tak hari ni. kadang-kadang rimas jugak aku dibuatnya.


aku pernah cabar mat j. kalau tak nak jumpa pun, sekurang-kurangnya tulis surat pada su. jadilah lelaki budiman, gentleman - dulu takde e-mel, nak hantar sms apath lagi fb atau tweeter -. mat j enggan. pada pandangan aku, kalau digandingkan mat j dengan su, memang padan dan sesuai. lalu aku ambik tindakan drastik, dengan menulis sendiri surat layang dengan menggunakan identiti mat j.


pada satu pagi nan indah, waktu rehat, aku masuk awal ke kelas. aku selitkan surat layang yg kononnya dari mat j kepada su. tindakan itu mungkin tak patut tapi tujuanku baik untuk merapatkan mat j dengan su. demi mahu melihat kebahagiaan seorang kawan.


esoknya aku, tengok reaksi atau respon daripada su. macam takde apa-apa yg berlaku. patutnya dia akan tertanya-tanya atau sekurang-kurangnya merisik daripada kalangan kawan-kawan bertanya gerangan si penulis surat. ataukah, dia tak jumpa surat itu dan belum membacanya. ataukah aku tersalah beg? argh.. tak mungkin salah sebab, tempat duduk su dan begnya memang aku kenal, sebab kami satu kelas dan meja tempat duduk pun tak jauh.


lusa pun sama. minggu berikutnya pun sama. takde reaksi, sama ada gelisah, ataupun rasa ingin tahu pada riak wajah su. tak boleh jadi, kalau begitu. jadi, aku pun merisik-risik pada kawan perempuan yg lain. terutama kawan baiknya lela & nani.


nak tahu...kenapa takde tindak balas daripada su. lela dan nani mendedahkan rahsia bahawa su adalah secret admirer aku. tapi dia segan nak berterus terang dengan aku. dia selalu bercerita pasal aku dengan kawan-kawan rapatnya . lagipun takkanlah yg perempuan mulakan dulu. aku pula macam takde reaksi balas padanya....alangkah terkejutnya aku! kemudian baru aku ingat, yg su selalu pinjam buku nota subjek sejarah aku. lagipun subjek sejarah ialah memang 'makanan' aku. dan su jugak pernah belikan aku kuih karipap & nasi lemak bungkus. rupanya itu satu kaedah mendekati aku. aiseh...butanya aku.


patutlah dia takde beri reaksi surat layang yg kononnya daripada mat j. alamak, macam mana boleh jadi macam ni pulak. takkan aku nak potong line mat j. macam mana nanti kalau mat j tahu, hal sebenarnya.


aku dilanda dilema. apakah aku akan beri reaksi balas kerana sudah tahu yg su sukakan aku? bagi tahu mat j yg su sebenarnya sukakan aku bukan dia? atau buat-buat tak tahu yg su sukakan aku? atau berterus terang dengan su yg mat j sukakan dia?


akhirnya, tak de apa-apa yg berlaku antara kami. aku menyimpan rahsia itu hingga ke hari ini. aku hanya mahukan status kawan sekelas dengan su. bohonglah aku kalau takde sedetik dalam hati untuk lebih daripada itu. tapi aku tak mahu 'mengkhianati' kawan baikku mat j. walaupun sebenarnya mereka tak pernah ada sebarang 'ikatan'. su tak pernah tahu siapa mat j. mat j pula tak pernah tahu yg su sebenarnya menaruh hati pada aku.


selepas tamat sekolah, aku dah putus hubungan langsung dan tak tahu di mana su sekarang. tetapi, dengan mat j, aku terus berhubungan hingga sekarang. biarlah cerita 'cinta monyet' itu kekal dalam peti rahsia aku...


kalaulah mat j atau su ada baca blog aku ni...alahai!

1 refleksi:

rahimin said...

ooo...kesahnya. mcm cerita filem, heroin jatuh hati pd posmen la ni...ha ha