- ikut-ikutan -

Apr 12, 2011

"banyak ketawa, pendek umur..." kata seorang cikgu semasa di sekolah dulu. "ini bukan saya yg kata tapi hadis nabi..." tambahnya, mengukuhkan kenyataan tadi. aku cuba memahami, tapi dalam diam membenarkan kata-kata cikgu itu. iyalah, dia kan guru, lebih tahu daripada aku, lebih pandai & lebih tinggi ilmunya, tak payahlah disanggah. meski ada sekelumit keraguan bersarang di hati.


"senyum itu sedekah..." selalu kita dengar ungkapan itu. kalau sedekah, tentunya dapat pahala. tak salah kalau kita senyum selalu. kalau takde duit untuk disedekahkan, sedekah sahajalah dengan senyuman.


ungkapan itu bukanlah bidalan atau kias ibarat orang melayu. ianya dikatakan juga adalah hadis nabi. itulah yg difahamkan kepada kita. sehinggalah pada satu hari, dalam satu kuliah semasa di universiti dulu, seorang pensyarah lulusan universiti terkemuka di mesir dengan phD - sekarang berjawatan profesor - menyatakan 'senyum itu sedekah' memanglah hadis, tetapi merupakan hadis 'dhaif'.


sekali lagi, aku hanya mengiyakannya. itu memang bidang kepakaran dia. seorang pensyarah berkelulusan tinggi, takkan nak sanggah. aku pernah juga tanyakan hal ini pada beberapa orang dalam bidang agama, tetapi jawapan mereka sedikit berbeza-beza. bagi aku biarlah yg arif sahaja mengupasnya. cuma, apa yg aku cuba disampaikan di sini ialah soal tafsiran, bukan salah atau benarnya.


kadang-kadang kita terima saja bulat-bulat apa yg disampaikan. sedangkan tak salah jika kita rujuk pada sumber lain atau pendapat orang arif yg lain. tidaklah kita jadi sekadar ikut-ikutan.

2 refleksi:

rahimin said...

aku pun baru tau bila baca ni.
betul x salah refer sumber lain...

Anonymous said...

mula-mula ikut-ikutan. lepas tu jadi trend. dulu nikah di rumah pengantin perempuan kemudian di masjid. dulu pengantin lelaki 'batalkan air sembahyang' sarung cincin je, sekarang cium-cium depan khalayak ramai...!