sekarang ni sibuk pasal isu nasi lemak di kantin sekolah. kononnya penyebab obesiti kata menteri kesihatan. semalam ada pulak yg membantah, antara komen mereka sejak dari kecik sampai separuh abad mereka makan nasi lemak, takde pulak obes. mereka ni cakap ikut sedap mulut aje ke atau dah buat kajian saintifik. atau ada agenda sebaliknya (dah macam pembangkang bunyinya...). yang aku tahu, anak-anak aku cakap tak banyak pilihan di kantin. yg ada cuma nasi lemak, mi goreng, nuget, karipap....balik-balik itu je hari-hari.
zaman aku sekolah dulu memangla banyak pilihan. lagipun dulu kelas tahun satu ada satu je. sekarang tahun satu ada 7-8 kelas. waktu rehat pun terpaksa dibahagikan kepada beberapa sesi. pengusaha kantin pun tak menang tangan nak menyediakan makanan.
makcik kantin: ontahlah, dah 10 taun mak cik jual nasik lomak, takdo pulak mak bapak ngadu anak eh jadi gomok...
budak sekolah: kadang-kadang mak bagi bekal kfc yg tak habis semalam.
cikgu sekolah: bila ada mesyuarat guru, ambik order nasi lemak dari mak cik kantin je...jimat sikit. lagipun hujung bulan baru bayar.
mak bapak: anak-anak saya kurus keding je. bawak beg pun kena ada roda. obes tu bukan gemuk ke?
pergilah mana-mana kantin, kafeteria, kedai mamak, gerai tepi jalan, kopitiam atau hotel yg ada bintang -nasi lemak memang menu wajib untuk sarapan. berapa peratus agaknya, kanak-kanak sekolah yg mengalami obesiti? adakah puncanya sebab makan nasi lemak di kantin?
siapa nak jawab?
3 refleksi:
suruh je yg komplen tu jd pengusaha kantin...komplen je pandai. idea separuh masak camni buat org marah/keliru...
makcik kantin mana yg nko intebiu ni...memang kelas!
ape la diorang ni. mesti ade agenda tersembunyi agaknya...nanti murid-murid boleh buat karangan bertajuk nasib nasi lemak...
Post a Comment