malam tadi aku diberitahu ianya ialah episod akhir 'trilogi cinta', selepas sejak berbulan-bulan ditayangkan. malah ada siaran langsung, rancangan khas menjemput penulis skrip, pengarah & pelakon utama sebelum episod akhir ditayangkan...hebat!
memang jarang juga drama di tv1 mendapat sambutan begitu hangat selalunya di tv3. ya, aku tak berapa minat menonton drama melayu. adalah sekali dua, tengok juga kalau ketandusan program yg nak ditonton. tapi tahulah serba sikit latarnya, kerana aku ada baca di fb, blog & ruangan hiburan di akhbar. ianya adaptasi atau diangkat daripada novel yg popular.
sebenarnya, drama ini berjaya bagi aku kerana menarik jumlah penonton yg besar. malah menarik peminat baru iaitu erin.
erin dalam usia 8 tahun begitu mengikuti drama itu saban waktu ditayangkan. terutama sejak beberapa minggu kebelakangan ini. dia begitu teruja, setiap kali hari ahad dan isnin, jam 10 malam. dia akan pastikan siaran tidak diubah. dan lebih penting pastikan dia tak tidur awal. dia akan siapkan kerja sekolahnya tanpa perlu di suruh. dia akan bersiap mengaji quran tanpa perlu diingatkan. tak seperti hari lain. ini sebenarnya 'propaganda' yg dimainkannya supaya tidak ada halangan untuknya bila berada depan tv tepat jam 10 malam menonton 'trilogi cinta'.
minggu lepas erin tak tentu arah kerana mamanya buka siaran langsung ABPBH yg bertembung dengan waktu siaran drama itu. jadi, aku terpaksa memberi laluan tv yg satu lagi yg 'dikhaskan' untuk program sukan terutama bola sepak. mujur juga rumah kami ada dua set tv.
malam tadi, erin kelihatan sedikit muram. dia masuk ke bilik ketika aku menonton siaran langsung bola EPL. "papa, trilogi cinta dah habis. shahrul dah mati...tak bestla dah habis" keluhan dilontarkannya, dengan nada hampa.
"nanti ada sambungan kot...." aku cuba pujuk.
1 refleksi:
hero tua, masih nk jd hero!
sudah-sudahla rosyam....
Post a Comment