- pilih kelas pendidikan seni atau... -

Apr 14, 2011

lepas maghrib semalam, aku ditemani eril & erin ke pasar malam. rancang nak beli ala kadar aje, tapi macam selalu, akhirnya bawak balik sarat kedua-dua tangan dengan bungkusan makanan. ada rangka ayam, nasi ayam, kebab, mihun sup, kuey tiau (sampai sekarang aku tak pasti ejaan mana yg tepat - kueh tiau, kuey teauw...he he), nasi kerabu, keropok lekor, jagung bakar.....


habis makan, aku pun rehat nak tengok tv. erin datang mendekati, dengan muka orang bersalah. "papa, cikgu suruh bawak gunting, kertas putih, kad manila dengan gam..." suaranya macam pengumuman pramugari air asia, membacakan senarai daripada sekeping kertas.


"hmmm...bila nak beli? kan hari tu dah beli gunting dengan gam, dah habis ke?" aku layan tak layan je, kekenyangan & kesenakan perut.

"esok ada pendidikan seni..." jelas erin perlahan, macam tak terkeluar aje suaranya dari tekak.

"laaaa....esok nak pakai malam ni baru bagitau. tadi balik pasar malam tak cakap. boleh singgah kedai..." aku mula membebel. sesekali membebel apa salahnya kan. lagipun malas nak keluar balik. nak tukar baju tidur. erin diam saja. macam budak nakal di sekolah berdepan guru disiplin. matanya hanya terkelip-kelip. dia tau, dia yang salah.


waktu tu dah jam 9:00 lebih. aku kena buat keputusan segera. sebelum kedai tutup. mahu saja aku abaikan kalau fikir pasal lecehnya nak tukar pakaian, nak memandu ke kedai, dengan perut yg kenyang. tapi memikirkan rasa kasihan dan keprihatinan seorang ayah (ceewaah...) nak tak nak, aku turutkan jugak.


semasa memandu ke kedai, aku diam saja. erin masih dengan muka bersalahnya. aku tuju terus ke kedai alat tulis. mujur semuanya ada di situ. pusat sehenti lah kiranya. one stop center. kalau pergi kedai runcit, belum tentu semua bahan nak dibeli tu ade. atau pergi ke mydin, giant, tesco, malam-malam begini pun banyak masa terbuang. nak cari semua bahan yg nak dibeli di gedung yang besar dan nak beratur membayar di kaunter.


dalam perjalanan balik. barulah erin berani bersuara.

"kalau dah beli esok bolehlah masuk kelas pendidikan seni. kalau tak, kena masuk kelas lain..." erin buka cerita.

"kelas lain...kelas apa?" tanyaku ingin tahu.

"kelas darab. kira-kira hafal darab...kali satu sampai 12" erin menjelaskan dengan cara yg tak berapa jelas. tapi aku dapat tangkap maksudnya. kelas hafal sifir.

"kena denda la tu..." aku buat kesimpulan.

"ar argh..." erin mengiyakan.


maknanya kalau aku tak turutkan kehendak erin tadi, esok tentu dia didenda. dalam hati aku, itu mungkin kaedah psikologi yg diguna pakai oleh cikgunya. dalam masa sama mungkin juga boleh disalah tafsir sebagai kata dua atau ugutan dalam bentuk skala kecil.. tapi tak mengapalah aku fikir aspek yg positif saja...

0 refleksi: