- isi atau kulit jadi pilihan -

Apr 7, 2011

kalau nak beli buku, kata orang jangan tengok kulitnya. rekaan grafik kulit yg menarik saja belum menjamin buku tersebut baik. adakalanya judul saja menarik, tetapi isi kandungannya, bagai hampas.


dalam masa sama, kalau judul tak menarik perhatian, atau rekaan grafik kulit tak menarik, macama mana nak tarik pembaca atau pembelinya? betul juga. kalau judul buku panjang berjela, terlalu umum atau hambar tentunya pembaca, pembeli & peminat buku, hanya melihatnya sekilas pandang saja. atau rekaan grafik kulit yg buruk, stereotaip dan warna yg kusam, tentunya akan diketepikan daripada senarai pilihan untuk dibeli apalagi untuk dibaca.


sama jugak halnya kalau kita nak menonton wayang. nak tengok poster yg gempak, tajuk filem yg hebat, apa genrenya - aksi, komedi atau seram -, siapa pelakonnya terutama hero atau heroinnya, pengarah yg sudah terbukti hebat, paling tidak pun trailer filem yg mengujakan. itu belum lagi ambik kira jalan ceritanya. kalau yg klise atau yg itu-itu juga, rasanya tak pergilah. selain itu ada yg ambik sikap tunggu dulu. nak baca reviu filem dulu, rekod pecah panggung ke tidak atau sekurang-kurangnya komentar daripada kawan atau mereka yg sudah menontonnya.

itulah kuasa kita sebagai pembeli, pengguna dan penonton.


nak beli barangan keperluan pun kita dipengaruhi banyak perkara. ada yg memandang aspek siapa pengeluar produk, iklan yg dipromosikan oleh media, ada yg bergantung pada bungkusan, penampilannya, ada yg tertarik bentuk dan saiznya. walaupun produknya sama. malah memilih untuk membeli sebotol kicap pun turut dipengaruhi banyak faktor. selain faktor paling utama iaitu kualiti dan harganya.


begitu juga bila nak beli kereta. kita ambil kira hal jenama, reka bentuk, nilai jual semula, harga, khidmat selepas jualan, populariti, modelnya, kuasa cc enjinnya, malah yg lebih terperinci seperti kemasan dalaman sama ada kulit atau fabrik tempat duduknya, aksesori tambahan, sedan atau 4wd, atau suv atau mpv. tentu sekali kemampuan kita membelinya berkait dengan harga dan perbandingan model kereta yg nak kita pilih dengan model lain di pasaran.


berbalik pada soal memilih. sebenarnya banyak pengguna atau pembeli masih dipengaruhi oleh penampillan produk yang nampak secara luaran, atau fizikalnya atau keterampilannya. jadi kalau nak jual buku, rekaan kulitnya mestilah menarik. reka bentuk kereta perlu sedap mata memandang yang menjadi daya tarikan. nak beli beras pun kita tengok pek atau bungkusannya.


itu belum lagi kita sentuh soal pilihan hati mencari pasangan atau memilih jodoh. lagilah banyak perkiraannya. lagi banyak pilihan, lagilah banyak kriteria yg perlu dibanding bezakan. tapi berbalik pada soal pokok, isi atau kulit?

0 refleksi: