- kita sebenarnya tak pernah berpisah... -

Apr 11, 2011

terkadang ada waktu-waktunya kita terkenang kawan lama. kawan yg sama-sama membesar di sekolah dulu. sama-sama buat kerja sekolah. sama-sama makan di kantin. sama-sama ponteng kelas. saat-saat indah bersama. saat suka duka dimarah cikgu. saat gembira meraikan keputusan periksa yg baik. saat kesedihan pada hari akhir persekolahan.

kita cuba bayangkan wajah mereka dulu. bagaimanakah agahnya wajah mereka sekarang. mungkin pernah berselisih bahu, tapi oleh sebab saling tidak mengenali lagi, kita tak bertegur sapa. ada orang yg iras wajahnya tidak banyak berubah. ada yg berbeza langsung daripada dulu. rambut mungkin menipis atau memutih. tubuh kurus keding dulu, mungkin kini mungkin sudah berisi dan melebar.


sesekali terdetik di hati mendoakan kesejahteraan mereka, walaupun tak tahu di mana mereka berada pada waktu ini. kalau boleh, kita harap diketemukan seperti dulu-dulu. mungkinkah? atau sekadar mimpi dan anganan indah yg dicipta semata-mata minda dikuasai nostalgia? alangkah baiknya dapat menjalinkan semula dan ikatan persahabatan bertaup semula selepas lama terpisah? kita tak tahu di mana mereka, bagaimana menghubungi mereka, bertanya kepada kawan yg lain, merisik khabar di angin lalu? ada ketika timbul rasa pasrah, itu hanyalah mimpi yg takkan jadi kenyataan. atau kenangan lalu itu cuma mimpi indah yg tak mungkin berulang. semakin hari berlalu, semakin hari beredar semakin jauh & semakin pudar impian untuk kita kembali mentautkannya.


satu lagi persoalan bermain di benak fikiran, apakah mereka juga mengenang kita? adakah mereka tercari-cari kita, menyambung tali persahabatan yg sekian lama terputus dek masa dan jarak?adakah kita sahaja yg terkenang sdangkan orang itu tidak pun mengingati lagi malah tak pernah pun terdetik untuk berusaha atau bertanyakan khabar berita kita?


entah apa mimpinya seorang kawan sekolah dulu, yg aku jumpa kembali kira-kira 2 tahun lepas, kemudian kembali menyepikan diri. tiba-tiba terbuka hati, memanjangkan nombor kawan lama lain yg memang aku tercari-cari. mungkin tuhan membuka hatinya berbuat demikian. mungkin juga teringat pesanku, jika terjumpa kawan lama jangan lupa beritahu aku. sekurang-kurangnya no telefon pun sudah menjadi seribu rahmat. dan...itulah yg dilakukannya. hajatku kesampaian juga rupa-rupanya.


maka bertautlah kembali silaturahim yg terputus sekian lama. seorang kawan baik sejak kecik, sama-sama bersekolah sejak sekolah rendah. seorang lagi kawan baik semasa di asrama. syukur aku panjatkan, kami dipanjangkan usia, kalaupun tidak bertemu atau bersua secara berdepan sekurang-kurangnya bertemu di udara lewat di telefon dan mendengar suara pun cukup membahagiakan dan menyejukkan hati. suara sebenarnya tak banyak berubah. gaya percakapan pun tak banyak berubah. cuma rupa, entah bagai manalah agaknya.


rupa-rupanya, mereka juga seperti aku. memanjatkan kesyukuran atas pertemuan semula. mereka juga seperti aku, merisik khabar melalui teman-teman lama. berharap suatu hari nanti akan dapat berhubung semula. mereka juga berkata suara aku tidak berubah. mereka juga sesekali bernostalgia tentang masa lampau. rupa-rupanya, tali persahabatan kami tidak pernah putus. kenangan sesama kami tak pernah padam.


kepada azam, terima kasih banyak-banyak, mempertemukan kami semula. kalau ada pertemuan nanti, alhamdulillah. kalau tiada pun, dengar suara pun sudah cukup bermakna. tak sedar air mata bergenang sepanjang kami berbual di telefon, bertanya khabar, berkirim salam. aku dapat rasakan, mereka juga begitu. dari sebak suara leman dan getar suara jali, aku tahu mereka juga merasa apa yg aku rasakan. kerinduan lebih 15 tahun, terungkap sudah.

1 refleksi:

Anonymous said...

nice entry...