- harga atau nilai pemberian? -

Apr 1, 2011


apa hadiah yg nak diberi sebagai tanda penghargaan sekali gus perpisahan? yg lebih penting sama ada hadiah atau cenderahati itu sesuai atau tidak. ada orang kata, buat jamuan makan-makan lebih sesuai. sebab makan-makan adalah feberet orang malaysia. tapi ada yg tak setuju, kata mereka seolah-olah kita 'meraikan' kepergian itu.

cukupkah hanya dengan sekeping kad tanda terima kasih dan penghargaan kita. jika ditafsirkan sebaliknya, ianya terlalu kecil & terlalu murah. dalam masa sama, kita selalu dengar orang berfalsafah mengatakan, yg penting bukan harga pemberian itu tetapi nilai pemberian itu. jadi, walau hanya sekeping kad cuma, itu lebih bernilai berbanding material yg cuma sekadar nanti dijadikan hiasan.


selain itu, ada jugak yg mencadangkan, kalau nak bagi hadiah perpisahan berilah barangan yg dia akan guna selalu. contohnya mug (kalau boleh yg ada tulis nama kawan-kawan/rakan sekerja atau tarikh khidmat), jam, pen, buku, plag, trofi, bingkai gambar dsb. jadi, bila guna barangan itu tak kiralah di mana atau masa bila pun, mereka akan kenang kembali detik indah bersama kita.


tapi hadiah itu selalunya diberi kepada kawan atau staf yg berhenti mengikut 'cara yg baik'. misalnya, berpindah ke tempat kerja lain, tamat tempoh kontrak, mencapai umur bersara. kalau dia diberhentikan, dipecat atau bagi notis 24 jam, biasanya takdelah dapat apa-apa pun. walaupun dah 10 tahun kerja di tempat yg sama.


maknanya, tafsiran setiap orang adalah berbeza-beza. ada yg kata sesuai tetapi tak sesuai pula kepada yg lain. ada yg boleh terima tetapi ada pula yang tak berapa sudi menerima. murah sangat rasa tak sampai hati, mahal sangat membazir pulak. bagi aku yg penting ialah keikhlasan pemberian itu. dan bagaimana orang itu menilaikan pemberian yg diterima. ada orang tak kisah pun, ada jugak yg berasa kecil hati kerana tak dihargai.


tapi kalau kita diberi hadiah berupa pakaian sebagai tanda penghargaan dan perpisahan, bagaimana agaknya? dan pakaian yg diberikan itu pulak, tak menepati saiz kita? apa kita nak buat? bagi pada orang lain tak patutlah sebab itu hadiah yg diberikan khas untuk kita pakai. simpan dalam almari? sekadar menambah sesak dan sendat.atau bingkaikan untuk perhiasan? tak pernah dibuat orang...


takpelah. kita perlu berfikiran positif. kalau pakaian itu saiznya lebih besar, terpaksalah kita besarkan saiz badan. tapi kalau saiznya lebih kecil, kenalah diet... dalam kes ini, itulah yg terjadi pada aku, baru-baru ini.


hah...ambik, kena diet la kalau nak pakai hadiah baju baru yg jenamanya terkenal & harganya boleh tahan mahal tu. esok, aku nak joging semula...dah lebih sebulan berehat sebab kasut joging koyak. he he he... alasan!


1 refleksi:

editor kampung said...

nilai pemberian lebih bermakna tak kisah berapa nilainya. yg penting tanda ingatan dpd keikhlasan hati. kalau bagi hadiah mahal pun tp asyik 'mengungkit' pemberian itu, tiada nilainya.