- back to school -

Jan 5, 2012

berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni, tak payah susah-susah tunggu eril, erol dan erin untuk hari pertama ke sekolah. hantar depan pintu pagar sekolah je. itu permintaan diorang sendiri. fuhhh...eksen sungguh!

tapi sebetulnya, aku tetap ambik cuti, bukan tujuan untuk 'memantau' diorang ke sekolah tetapi sekadar melanjutkan 'tradisi tahunan' untuk bercuti pada hari pertama sekolah!...he he

eril begitu bergaya sekali dengan baju pengawasnya. siap dengan vest sekali. aku pesan, kalau panas nanti tanggalkan vest tu. tapi dia kata, itu uniform, kalau tanggal vest, tak lengkaplah uniform tu....dan sebelum ke sekolah pagi tu dia mintak aku ambikkan gambarnya. iyalah....

erol macam biasa, kalau boleh hari-hari nak ada subjek pendidikan jasmani - PJ. hari-hari nak tendang bola, hari-hari nak berkejar sana sini. kalau boleh bawak basikal ke sekolah lagi dia suka. apatah lagi dgn beg sandang 'converse' yg dibeli di nilai 3 tu...memang nampak sporty...ha ha

erin pun sama. kalau kejutkan pagi-pagi macam patung je. tak gerak-gerak. mata kuyu & layu tu memang dah adat dah. bila pakai tudung dah nampak macam ustazah pilihan. tapi memang tak padan dengan beg pink 'angry bird' yg dipakainya tu...he he

bila masa-masa begini, kita pun mengimbas sekali zaman sekolah dulu. macam mana tak boleh tidak mak dan abah bersusah-payah sediakan kelengkapan sekolah. kalau boleh dapat sepasang baju baru pun dah kira seribu rahmat. budak-budak sekarang bertuah. dan seboleh-bolehnya aku tak mahu mereka melalui jalan yg pernah aku lalui dulu.

cuma dari segi sekolah dulu aku bertuah amat. sekolah aku bersebelahan dengan rumah kuarters polis. yep, abah gua polis wooo. sebelah pagar aje. boleh bangun lewat sikit dan boleh pergi lewat sikit. maksudnya, dah dekat-dekat loceng berbunyi baru bergerak ke sekolah. sempatlah mak buatkan sarapan pagi. tak kiralah sekadar nasi goreng atau cekodok pisang dan secawan teh o panas. waktu rehat pun boleh sempat balik. dan lebih daripada itu, kengkadang kalau nak buang air pun menyusup balik jugak, lebih selesa tandas di rumah...he he ini kisah benar ni!


3 refleksi:

rahimin said...

eksen betul diorg yek...
baru aku tau ko anak polis! sekolah sebelah pagar plak tu...untungnya

editor kampung said...

memang bajet lari, tp apa boleh buat tanggungjawab kan. betullah, mak bapak kita dulu mcm nilah tensionnya bila bukak sekolah. kita ni tahu seronok je anak-anak

Irfa said...

budak sekarang lebih berani..tahun ni ada anak darjah 1 tapi cume teman hari orientasi..hari mula skolah dia tanya 'umi tak gi keje ker"maknanya suh balik la tu..