ceringkas

Dec 24, 2008

pagi ni ada dept. meeting. jam 9:00.
dijangka panas, ekoran beberapa isu berbangkit bulan ini.
salah satu isu 'membabitkan' seksyen TS. lagi satu, TS baru aje hantar pagi ni laporan bulanan editorial & monthly progress report. tak sempat. itu pun siapkan mlm tadi kat rumah.
daily report dah hantar hari isnin - deadline.
macam-macam laporan kena buat, tak terkejar jugak kadang-kadang.
hari ni cuaca di luar pun nampak mendung aje.
kalau kena bambu pagi ni, buat muka selamba. apa boleh buat, kita makan gaji. kita kuli mereka boss. hu hu.
[kemas kini lps meeting - 12:00pm]
boss bermula dgn beberapa 'serangan', amaran & sindiran tajam.
ttp lepas break utk pekena teh, mihun & sandwich. moodnya tiba-tiba berubah, ok.
laporan seksyen tak banyak 'perdebatan'. so, ku sangka panas rupanya mendung, seredup cuaca di luar.
lega...

0 refleksi: