korban pada raya korban

Dec 10, 2008

raya korban tahun ni, beraya di kg wife. sejak petang ahad tu, sehari sebelum raya. hujan dah mula turun.
hujan sepanjang hari. dari pagi membawa ke mlm.
lembu korban dah dihantar tuannya ke rumah sejak petang ahad. dh tambat bwh pokok rambutan & kuini.
3 ekor tahun ni. dh jadi tradisi tahunan famili wife TS. spt. tahun-tahun sebelumnya, abg ipar atau pak itam menjadi 'pengarah projek'. order lembu & kumpulkan duit serta pengurusan lain.
pagi raya. hujan masih turun.
sembahyang raya pun, masjid agak lengang. dtg lambat pun dpt saf no.3.
hujan masih turun. lebat pula tu. pak itam mula gelisah. mesyuarat tergempar dipanggil. tk boleh lewat sgt mula. tk boleh tangguh. sbb kebanyakan ahli keluarga akan mula balik ptg tu juga. kata putus dibuat. sewa khemah. lepas sembelih, lapah daging lembu bwh khemah.
khemah disewa melalui 1 panggilan telefon sj. 1/2 jam lps tu dah siap dipasang. dlm hujan.
jam 11:00 projek dilancarkan.
pakar sembelih kg, tiba. pakar melapah pun dh dtg. projek berjalan lancar.
3 ekor lembu tumbang. dlm hujan.
jam 12:30 dh mula agih daging korban. 2:30 dh boleh mkn sup tulang. 3:30 kari daging dh siap dimasak.
hari masih hujan.
selepas asar kebanyakan ahli keluarga mula beredar pulang ke destinasi masing-masing. TS & famili sambung cuti sehari lagi...



0 refleksi: