resensi...4

Dec 18, 2008




Judul: Sulh dalam Kes Kekeluargaan Islam
Pengarang: Raihanah Hj. Azahari
Harga: RM55.00
Halaman: 226
Tahun: 2008



Pertikaian lumrah berlaku dalam kehidupan masyarakat terutama dalam institusi kekeluargaan. Ada pelbagai kaedah penyelesaiannya sama ada melibatkan institusi undang-undang atau perdamaian. Sulh adalah konsep penyelesaian damai pihak yang bertikai tanpa melibatkan institusi pengadilan yang formal seperti mahkamah atau penyelesaian kaedah alternatif. Di negara ini, kaedah penyelesaian secara damai telah diamalkan sejak kedatangan Islam. Ianya sudah sebati dengan kehidupan masyarakat. Namun begitu, transisi yang berlaku dalam kaedah penyelesaian pertikaian keluarga daripada kaedah tidak formal kepada kaedah perbicaraan bukanlah semata-mata disebabkan pihak bertikai cenderung kepada litigasi. Jelasnya, undang-undang yang digubal bertujuan mengawal kehidupan manusia selain menjamin keadilan kepada pihak yang terlibat dalam pertikaian. Fokus buku ini menghuraikan konsep sulh dan pemakaiannya dalam hal kekeluargaan khususnya yang berkaitan dengan pertikaian suami isteri selepas perceraian. Di samping itu, tumpuan buku ini untuk mengenal pasti sejauh manakah aplikasi sulh itu menepati konsep sebenar yang ditentukan Islam.

prof. madya dr raihanah azahari adalah pensyarah kanan jabatan fiqh & usul, akademi pengajian Islam, universiti malaya.

TS: konsep sulh ini bertujuan murni utk mendamaikan dua pihak yg bertikai (suami-isteri) utk mencari jln perdamaian atau menyelesai sebarang tuntutan dgn persetujuan bersama. dlm banyak kes, mrk yg bersetuju melalui proses ini dpt menyelesaikan kes lebih cepat berbanding yg memilih proses perbicaraan di mahkamah. namun kalau fikiran dh terlalu beremosi & sayang bertukar benci sukarlah utk mencari titik temu. apa pun kaedah anjuran Islam ini, mempunyai hikmah utk semua.

0 refleksi: