kenapa isnin lebih sibuk?

Dec 22, 2008


TS kerap berasa hari isnin lebih sibuk dpd hari bekerja yg lain. kenapa/mengapa?
contohnya hari ni. pagi-pagi lagi dah dipanggil menghadap boss. taklimat.
pukul 11:00 nanti ada temu janji dgn penulis.
laporan bulanan deadlinenya hari ni jugak. baru separuh siap.
selain tu kena prepare surat & dokumen utk dihantar kpd jawatankuasa penerbitan utk pramesyuarat awal januari yg kena disiapkan hari ini utk penghantaran esok.
jam 2:00 nanti ada penulis nak jumpa utk diskusi.
petang ni, jam 3:00, ada mesyuarat editorial. kena siapkan laporan progres utk pembentangan.
kenapa semua mesyuarat/temu janji/deadline/ mesti hari isnin hah, takde hari lain ke.
atau sbb kerja minggu lepas/sebelumnya tertunggak ke minggu ini...isnin.
atau sbb semalam, kepala tak celaru sbb cuti...
org lain pun selalu berasa hari isnin lebih sibuk dpd hari lain jugak ke...entahlah!

0 refleksi: