zoo negara, hulu kelang

Dec 3, 2008




pernahkah anda melawat ke sana. jgn terkejut ramai yang masih belum sampai ke sana. pagi tadi TS berbual dgn seorang rakan sepejabat. percaya atau tidak...dia tak pernah ke sana. anehnya, dia tu warga kuala lumpur. lebih tepat lagi, tinggal di Sentul sejak lebih 30 tahun. malah TS sendiri pun kali terakhir menjengah ke sana semasa rombongan sekolah, kira-kira tahun... (...TS sendiri pun dah tak ingat tahun bila). seingat TS, waktu tu TS bersekolah di kuala kubu baru, selangor. masa tu lawatan sehari jugak pergi ke batu caves, tugu negara dan muzium negara. nasib baik ada rombongan sekolah, kalau tak mungkin tak sampai lagi ke tempat-tempat itu. sekurang-kurangnya pernah jugakla sampai.

budak-budak sekarang lebih kenal kompleks beli-belah, menara kl, klcc, sunway lagoon, genting highlands theme park berbanding tempat sebegitu. mungkin yg paling seronok ke zoo adalah kanak-kanak. dah 2 kali TS sekeluarga ke zoo melaka. bila diberitahu yang kami akan ke zoo, bukan main teruja lagi dia orang terutama si kecik, eyerin. lalu hari ahad lepas kami sekeluarga berkunjung ke sana. sampai kat sana tempat letak kereta agak sesak walaupun jam baru menunjukkan sekitar 11:00 pagi. nasib baik kereta kami antara beberapa kereta terakhir yang dibenarkan masuk. selepas itu pintu tempat letak kereta ditutup. tetapi TS difahamkan ada sebuah lagi kawasan letak kereta sementara berhampiran zoo yang dibuka utk menampung pengunjung yang ramai, tak jauh dari situ. memang ramai pengunjung hari ini, nak beli tiket masuk pun perlu beratur panjang di kaunter tiket (rm15 utk dewasa/rm6 utk kanak-kanak). begitu jugak beratur panjang untuk naik tren yg disediakan mengelilingi zoo. nak makan di gerai yg disediakan pun kena beratur panjang juga. begitulah suasana ramai, sesak tetapi meriah. ada famili yg datang membawa bersama-sama bekalan utk berkelah di zoo. tak kurang juga ramai pasangan muda yg ber"dating" di zoo.

seronokla naik tren keliling zoo sambil tengok pelbagai haiwan di kandangnya. sambil tu singgah kejap di akuarium tengok hidupan air terutama ikan sungai. banyak jugak ikan pelik-pelik yg kita tak pernah tahu namanya. selain itu, sempat juga tengok pertunjukan haiwan antaranya anjing laut, ikan lumba-lumba & gajah yang dilatih khas menunjukkan kemahiran bermain bola, melompat gegelung, menari serta pelbagai aksi melucukan & menghiburkan pengunjung yg dtg bersesak-sesak. waktu nak balik sempat jugak beli barangan cenderahati sbg kenang-kenangan.

seperkara yg perlu disedari terutama oleh pihak yg bertanggungjawab tentang zoo ini ialah ramainya pengunjung terutama keluarga yg mengunjungi zoo saban hujung minggu & cuti persekolahan. dgn kata lain, zoo masih menjadi daya tarikan pengunjung terutama keluarga utk meluangkan masa bersama. lokasi zoo yg pernah ada ura-ura utk dipindahkan ke sepang suatu ketika dulu tapi mendapat banyak bantahan terutama NGO. tapi perlu disedari kawasan ini sudah terlalu sesak & tak boleh dibesarkan lagi utk menampung haiwan yg dipelihara. yg dapat TS perhatikan pembangunan kawasaan sekitar terutama kawasan perumahan baru yg menghimpit kawasan zoo. binaan yg ada seperti kandang dan bangunan di zoo negara sudah banyak yang uzur. mungkin usaha perlu dibuat untuk berpindah lokasi & membina zoo negara baru yg lebih moden & terancang. NGO hanya menyuarakan pandangan soal alam sekitar atau kebajikan haiwan kononnya, tapi pada masa yg sama adakah mereka membantu pihak zoo dari segi khidmat kebajikan atau kewangan? atau mereka sendiri tidak pernah ke sana melihat sendiri betapa terhimpit , sesak dan daifnya zoo negara? entah-entah mrk pun sama mcm rakan sepejabat TS jugak tak pernah lawat zoo. sebaliknya hanya bersuara untuk menjadi hero atau utk publisiti murah!

harapan TS bila eyerin dah besar nanti, dia akan bawa pulak familinya ke zoo negara yg baru & moden serta terkenal bukannya zoo hari ini yg sama seperti yg TS kunjungi kira-kira 20 tahun dulu.

0 refleksi: