tragedi berulang lagi. secara kebetulan dan takdir-Nya disember sekali lagi menjadi igauan.
tumbangnya highland towers menyembah bumi 15 thn lalu.
tsunami melanda juga di bulan yg sama.
semasa perjalanan pulang dr zoo negara minggu lepas yg terletak hampir dengan kemensah height, TS perhatikan kwsn sekitarnya rancak dibangunkan & bukitnya gondol ditarah. memandu melalui lebuh raya ampang/hulu kelang. dpt lihat perumahan dan banglo mewah megah berdiri berlatarkan bukit. kawasan elit. perumahan orang berada sekitar hulu kelang.
bukit antarabangsa. tmn mewah. ukay perdana. ukay height.
seminggu kemudian berlaku kejadian itu. musim hujan. tanah runtuh. mengorbankan 4 nyawa. meranapkan 14 rumah banglo. memutuskan hubungan jln raya perumahan kejiranan. persekitaran diisytihar bahaya utk didiami.
spt. tragedi sebelumnya. janji ditabur. tuding-menuding. tuduh-menuduh. salah dicari...
pemaju yg membina rumah dilereng?
PBT yg meluluskan projek?
atau pembeli rumah yg tk peduli risiko?
0 refleksi:
Post a Comment