seingat TS. semasa bersekolah di kalumpang, rumah famili kami bersebelahan sj dgn sekolah. dipisahkan oleh pagar kawat duri. maknanya tak payah susah-susah jauh berjln kaki, naik bas atau basikal. tak kena tergesa-gesa waktu nk ke sekolah. yg bestnya, waktu rehat boleh balik mkn di rumah, jemput pisang atau lempeng (pancake kata org putih) masakan mak.
cikgu kasim, guru kelas masa darjah satu. itulah nama cikgu pertama TS. masih kekal diingat nama itu hingga ke hari ini. peristiwa yg masih TS ingat, tak reti nak ikat tali kasut mintak tolong cikgu kasim ikatkan. sbb kawan2 yg lain pakai kasut yg ada strap. tk pakai tali. kawasan sekolahnya luas. blok sekolah semuanya satu tingkat. ttp ada banyak padang. padang bola, padang net ball, takraw. ada banyak pokok cempaka kat sekolah ni. ikut ckp org tua-tua di situ, tapak sekolah tu pernah jadi kawasan kubur masa zaman jepun dulu. sbb tulah banyak pokok cempaka. he he...seram.
benda lain tak berapa nak ingat. nama kawan-kawan pun tak ingat lagi dah. cuma sempat sekolah darjah satu di situ, lps tu pindah sekolah lain. tp TS masih ingat rohaya, rakan sebaya, anak jiran sebelah rumah. dia baik, selalu bagi pinjam main basikalnya atau mainan lain. bapaknya org berpangkat. TS belajar mengaji dgn emak rohaya.
0 refleksi:
Post a Comment