resensi...3

Dec 4, 2008




Judul: Isu-isu Kritikal dalam Pendidikan Matematik
Pengarang: Nik Azis Nik Pa
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
Halaman: 628
Tahun: 2008
Harga:RM75.00


Pendidikan matematik adalah satu disiplin ilmu tentang cara manusia belajar dan mengajar matematik. Dalam abad kedua puluh satu, pendidikan tersebut menjadi satu kegiatan yang sangat penting. Usaha untuk memperkasakan pendidikan matematik dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan memerlukan tindakan yang bersungguh-sungguh untuk mengenal pasti dan menangani isu kritikal. Buku ini adalah satu panggilan untuk bertindak bagi semua pihak yang berkepentingan dalam pendidikan matematik. Kecemerlangan dalam pendidikan matematik akan hanya dicapai dengan memenuhi tuntutan peradaban dan mencapai tahap penghayatan dan pembudayaan ilmu yang tinggi. Ahli pendidik matematik tidak boleh membenarkan pandangan yang sempit dan sekular mencorakkan tindakan mereka. Mereka perlu mengembangkan keupayaan untuk melihat pendidikan matematik secara lebih bersepadu. Hanya mereka yang berpandangan jauh dan berfikiran terbuka dapat mendukung aspirasi besar untuk membangunkan pendidikan matematik yang cemerlang.

Profesor Dr. Nik Azis Nik Pa adalah Profesor Pendidikan Matematik dan Ketua Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

0 refleksi: