kawan lama

Dec 15, 2008



6:15 ptg jumaat.
masa tu sdg memandu pulang dr ofis. lebuh raya PLUS sekitar bangi. hujan agak lebat.
telefon berbunyi. Lee...terpapar pd skrin. sepupu belah emak TS, merangkap kwn baik.
salam...ada 'seseorang' nak berckp dgn TS katanya:"agak-agak kenal tak...
telefon diserah pd 'seseorang' itu. "kenal tak aku?" soalnya.
TS tk berapa cam. tp suaranya mcm familiar.
beberapa lawak ringkas kemudian. "ni arimla..." katanya pecah misteri.
sbb TS tgh memandu. hujan pulak tu. tk guna hands free kit pun.
tk dpt borak panjang. TS mintak dia tinggalkan no. telefon pd lee.
lps maghrib tu...TS telefon semula lee. kami berbual panjang.
kisah terkini. kisah silam. flashback. psl kerja. pasal anak-anak. pasal kwn-kwn lama. cerita masa sekolah. maklumla bknnya selalu jumpa atau berbual di telefon.
yg TS nak tahu sgt ialah tentang arim.
mcm mana dia boleh jumpa? kat mana?apa khabar arim skrg? apa yg dibuatnya?
bertalu-talu serangan soalan TS ajukan. mcm soal siasat gamaknya.
"tu la engko, tk nak carik kwn lama, arim tu kwn baik engko tu.." kutuknya.
satu demi satu misteri arim dibongkar dek lee...mcm mana blh jumpa...dpt no. tel. dpd usop (kwn lama jugak).
kebetulan ada jiran lee nak beli kambing utk akikah. dpt tahu dpd usop yg si arim ada bela kambing. mungkin blh kowtim harga. itulah sejarah awalnya. perjumpaan diatur antara lee+kwn lee+arim.
segalanya terbongkar...
arim kini tauke kambing. ada ladang kambing yg besar dekat jalan labu ( jln labu adalah jln lama utk ke seremban dr nilai). menurut lee lagi, arim kini penternak jaya. ada kira-kira 400 ekor kambing termasuk kambing boar, janapuri, kambing kampung.diceritakan jg si arim bekerja dgn syarikat kapal (dipercayai berpangkat sekurang-kurangnya kapten). kumpul modal isi masa lapang (elak bosan) bila tk belayar ke laut. bermula 2 thn lalu.buka ladang kambing mula-mula 100 ekor.skrg dh berjaya. ikut ckp lee, dia ada pekerja sendiri. kereta menjalar (wish) dan 4wd (hilux).
tambah lee, arim yg "dijumpainya" kini berbadan gempal. gemuk pendek. rendang. TS dh dpt no. tel. arim. tk sabar nk berjumpanya.
mlm tu sebelum tidur, TS menghimbau kenangan bersama arim. zaman dulu-dulu. zaman kegemilangan. zaman sekolah...

hebat kau skrg ye!


0 refleksi: