derma

Dec 29, 2008

Mungkin bukan hanya TS yg perasan sejak kebelakangan ini makin ramai yg memungut derma. derma buat surau, buat masjid, sekolah agama, bantuan org miskin. ada yg bawa surat sokongan majlis agama & jabatan kebajikan masyarakat. ada yg pungut derma dr rumah ke rumah, di pasar malam, depan bank, malah dtg ke ofis. bukan TS kisah sgt nak hulur derma, biasanya hulur jugak ala kadar. ikhlas. ttp kekadang tu terfikir jugakla, betul ke mrk tu mewakili yg memerlukan sebenarnya? sampai ke derma yg kita hulur tu kpd pihak yg memerlukan? bagi TS itu terpulanglah. kalau mrk tipu pungut derma, mrklah yg tanggung dosa. kita yg menghulur ni, sampai tk sampai tetap dpt pahala sbb niat yg ikhlas. itu kata ustaz TS dulu.
ptg tadi, semasa TS mengecat tembok pagar rumah (lebih-lebih cat rumah raya lepas) dtg seorang jiran, Az. selepas borak-borak pendek, dia hulurkan sekeping kertas. surat rupanya. isinya tentang hasrat pungut derma utk seorang jiran yg sakit & hilang pekerjaan. jadi kawan & jiran ambik daya usaha, pungut derma terutama utk ringankan beban belanja persekolahan anak-anaknya. sekolah dh nak mula minggu depan. si K (jiran yg sakit tu) sebelum ini, pemandu lori. setahu TS, pendapatannya lumayan. sbb ambik upah ikut trip. makin banyak trip atau jauh trip, makin banyak upahnya. masalahnya, K bukan makan gaji, takda caruman epf atau socso. cuma dibayar upah atau bolehla digelar 'pemandu upahan'. bila K dah jatuh sakit (K diserang strok, 2 minggu lepas aildilfitri), terpaksa berhenti kerja. pampasan pun tk dpt. rawatan pun kena tanggung sendiri kosnya. jadi, sbg jiran yg prihatin, derma dihulur utk ringankan bebannya. bagi TS kita harus sentiasa beringat, jgnlah hanya mengejar pendapatan lumayan, biarlah gaji atau pendapatan sederhana tp ada jaminan atau jaring spt socso, epf, insurans atau simpanan lain. bukan utk kita sj ttp fikirlah anak isteri jugak.

0 refleksi: