nilai 3

Dec 27, 2008

jualan gudang terbesar di malaysia. gedung beli-belah terbesar. pusat borong terbesar. begitulah antara iklan yg mengaitkan populariti nilai 3. kira=kira 5km dr tol nilai. boleh kata semua ada, dr tekstil, barangan rumah, perhiasan, perabot, kedai makan, dgn kata lain apa sj yg boleh dibeli, ada dijual. memang utk dpt barangan dgn harga gudang, datanglah ke nilai 3. kata org, barangan murah takda kualiti. tidak benar. ada 2 sbb kenapa harga barangan di sini murah. 1. barangan didapati terus dari gudang, 2. pemborong membelinya secara pukal sbb tu boleh jual dgn harga lebih rendah di pasaran.
ptg tadi TS berkunjung ke sana. entah buat keberapa kalinya. sekadar nak beli barangan buat persiapan anak-anak ke sekolah tak lama lagi. beli pakaian utk sekolah agama - baju melayu, kasut & beg sekolah. spt biasa harganya murah, boleh tawar-menawar & kualitinya ok kalau kita rajin buat perbandingan dr kedai ke kedai yg menjual barangan yg sama. spt biasa pd hujung minggu atau cuti sekolah, memang suasananya meriah. jln pun sesak. kpd yg tk pernah ke sana, hanya dengar cerita dpd kawan-kawan atau sedara mara - dtglah. pasti tak rugi, tentunya nak dtg lagi. kawasan niaganya luas. pusing sehari suntuk pun, belum tentu boleh lawat habis semua kedai di situ. jgn rambang mata atau terlebih bajet, sudah...

0 refleksi: