badak berendam & lompat tikam

Aug 31, 2009

ptg smlm abg iparku menelefon wifey. katanya nk bwk mak mentuaku dr kg & singgah ke rumh utk berbuka. olh sbb dh bgtau awal2, tk sedapla kalau masak biasa2 aje. mungkin msk spesial skt. wifey cadang nk masak ikan asam pedas. jd kamipun ke psr. selain beli kepah utk dimasak sup.
ptg tu aku ke psr ramadan. wifeyku pesan spy belikan kuih tepung pelita, badak berendam atau lompat tikam. tentang tepung pelita tu aku kenal, pernah beli & pernah mkn. tp perihal badak berendam & lompat tikam, dua jenis kuih yg dikatakan berasal dr pantai timur, tdk pula kutahu bgmana rupanya. aku dh katakn pd wifey yg aku tk kenal. wifey plk masa tu sibuk di dapur, memask. katanya berpesan , cuba cari di gerai yg jual makanan pantai timur misalnya gerai yg jual nasi kerabu.
maka aku pun pergi ke pasar ramadan dgn 'motif' utama dptkn 2 jenis kuih berkenaan. sampai di sana yg kutuju spt yg dipesan olh wifey. kedai yg jual makanan pantai timur. lalu aku pun dgn muka selamba bertanya'mana satu kuih badak berendam...?". aku bernasib baik, bila yg menjual tu berkata 'tu dia..." sambil menunjukkan kuih yg berwarna hijau diselaputi kuah berair warna putih seakan santan. "kuih lompat tikam ada tak?" tanyaku lagi/ "yg ni kuih lompat tikam..." tunjuk tuan punya gerai. "jugak berwarna hijau & putih dgn ada pencecahnya sekali. slps dibungkus & membayarnya, aku pun pulang dgn senyum lega. kuih badak berendam & lompat tikam utk mak mentuaku, hidangan berbuka nanti.

hargailah kami sebagai pembayar gaji anda...!

Aug 30, 2009

Surat ni aku hantar slps berbincang dgn sekumpulan ibu bapa lain yg tdk puas hati dgn pengumuman taska yg bercuti panjang & ditutup sempena hari raya. dahlah aku tension tk dpt cuti thn ni. dtg plak surat yg 'sesedap rasa'. hrpnya ini, membuka mata tuan punya taska tu spy tk buat sbrg keputusan dgn sewenang-wenang.
28 Ogos 2008

Pengurus
Taska ** ****
** *, ******* ****
****** ******
****** Nilai

Puan,

Penutupan Taska Sempena Hari Raya

Dengan ini kami merujuk perkara di atas dan surat puan bertarikh 26 0gos 2009.

Kami mewakili kumpulan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke Taska ** **** ingin menyatakan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan tindakan pengurusan taska membuat keputusan berkaitan penutupan sempena Hari Raya.

1. Majoriti ibu bapa yang menghantar anak mereka ke taska puan terdiri daripada ibu bapa yang bekerja. Jika pihak taska bercuti panjang di manakah kami nak hantar mereka terutama anak kecil dan bayi? Bukan semua ibu bapa dapat bercuti hari raya terutama pekerja swasta.
2. Pengurusan taska adalah berasaskan perniagaan (business oriented)kerana ibu bapa dikenakan bayaran untuk perkhidmatan yang diberi. Dalam perniagaan, soal perkhidmatan kepada pelanggan (ibu bapa) mesti diberi keutamaan bukannya soal cuti kakitangan. Sepatutnya pihak pengurusan taska mengambil daya usaha membuat giliran cuti pekerja mereka bukannya memberikan cuti sembilan hari sekali gus untuk semua.
3. Kami bekerja atau makan gaji. Sama juga seperti pekerja taska. Bezanya cuma dalam bidang yang berlainan. Pastinya tidak logik kalau sesebuah syarikat ditutup semata-mata untuk kakitangannya cuti hari raya. Sekurang-kurangnya pasti ada satu atau dua pekerja yang perlu berada di pejabat. Taska juga ibarat sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan(service). Kami faham, semua orang mahu bercuti hari raya, tetapi wajarkah cuti untuk sembilan hari?
4. Pada awal tahun ini, pihak taska menaikkan yuran. Ibu bapa faham dan maklum kerana kos pengurusan yang semakin meningkat. Kami akur dan tidak membantah. Sepanjang bulan puasa, taska ditutup awal. Kami akur, walaupun sesetengah daripada kami, terpaksa terkejar-kejar mengambil anak-anak sebelum jam 6:15 petang. Kali ini pihak taska mahu bercuti panjang untuk berhari raya pula. Adakah pihak kami terpaksa mengikut ‘arahan’ taska setiap masa? Apakah hak kami selaku pihak yang membayar sebagai pelanggan? Sepatutnya pihak taska membuat survey terlebih dahulu untuk mendapat maklum balas ibu bapa sebelum membuat keputusan.
4. Jika pihak pengurusan taska mahu meneruskan keputusan menutup taska untuk cuti raya, kami mahukan agar yuran untuk bulan depan dipotong RM100-RM150 kerana bebanan dan kesulitan yang kami terpaksa tanggung dalam tempoh tersebut.

Makluman, tindakan dan perhatian puan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.


Yang benar,


Wakil Kumpulan Ibu Bapa Bekerja
******* *****
******* ******
******* ****
*********

man utd 2 arsenal 1

tanpa kelibat ronaldo, man utd is nothing.
man utd tdk sekuat mana musim ni. dgn burnley pun kalah.
lgpun arsenal dh score 10 gol, baru dua match.
habisla man utd kena ratah mcm lauk.
tp boleh menang gak dgn arsenal.
camane yek?

resensi ... 13

Aug 29, 2009


Menangani risiko ancaman sosial kanak-kanak
JUDUL: Perlindungan kanak-kanak berisiko
Pengarang: Siti Hajar Abu Bakar Ah dan Abd Hadi Zakaria
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
Pengulas: MOHD YAHYA MOHD ARIFFIN

tersiar di utusan malaysia, 24 ogos 2009

KANAK-KANAK adalah modal insan yang penting untuk sesebuah negara. Mereka merupakan generasi pelapis yang menjadi harapan untuk meneruskan kemajuan yang dicapai dan dicorakkan oleh generasi kini.
Namun, jika golongan ini diabai serta dibiarkan terlibat dalam aktiviti antisosial, maka ia bakal menjejas dan merosakkan masa depan negara. Tingkah laku antisosial kanak-kanak termasuklah keganasan (fizikal dan harta benda), keganasan seksual, penyalahgunaan dadah, lepak, lari dari rumah, kongsi gelap dan geng samseng.
Sama ada sedar atau tidak, perubahan sosial dan desakan ekonomi menyebabkan ramai kanak-kanak hidup dan membesar dalam persekitaran berisiko. Kanak-kanak yang terdedah kepada persekitaran berisiko ini mempunyai kecenderungan tinggi untuk terlibat dengan pelbagai kegiatan antisosial.
Masa depan kumpulan kanak-kanak ini dikatakan amat kabur sekiranya kehidupan berisiko yang dilalui mereka tidak ditangani dengan bersungguh-sungguh oleh pihak yang berkaitan. Malah apa yang lebih menggerunkan lagi seperti kata pengarang buku ini ialah jika masalah ini dipandang remeh oleh masyarakat maka, ia mampu mengancam kesejahteraan hidup masyarakat. Cuba kita bayangkan bagaimanakah kehidupan sebuah komuniti yang mana majoriti daripada anggota muda (kanak-kanak) terdiri daripada mereka yang antisosial?
Begitulah antara gambaran yang dilontarkan oleh dua pengarang buku ini, Profesor Madya Dr. Siti Hajar Abu Bakar Ah dari Universiti Malaya dan Profesor Dr. Abd Hadi Zakaria dari Universiti Darul Iman mengenai kanak-kanak berisiko di negara ini. Bagi memperkukuhkan hujah, mereka mengkaji beberapa persekitaran sosial berisiko iaitu persekitaran sosioekonomi keluarga yang mencabar, kapasiti dan kualiti kemahiran hidup yang dimiliki kanak-kanak serta persekitaran komuniti berisiko.
Buku setebal 219 halaman dengan lapan bab ini membincangkan tiga intervensi sosial yang boleh membantu dan melindungi kanak-kanak berisiko daripada ancaman faktor risiko atau terbabit sebagai pelaku antisosial.
Tiga intervensi itu ialah penjagaan peribadi bersemuka, program kemahiran hidup serta program penjagaan komuniti untuk kanakkanak berisiko. Buku ini memberi pengetahuan lebih luas berkaitan penjagaan sosial kanak-kanak berisiko dan lebih penting, sebagai usaha melindungi mereka. Perkara asas yang perlu dilakukan oleh pihak berwajib sebelum mengenal pasti program pencelahan yang komprehensif untuk menangani tingkah laku antisosial kanak-kanak ialah mengenal pasti faktor prajadian dan risiko yang mendorong kanak-kanak terlibat dan melakukan aktiviti antisosial.Perancangan program penjagaan sosial untuk menangani masalah tingkah laku berisiko kanak-kanak harus memenuhi tiga kekurangan keperluan golongan berkenaan.
Pertama ialah keperluan perhatian, kasih sayang, penjagaan, kawalan, bimbingan dan hubungan mesra daripada orang dewasa yang berkesan. Individu dewasa berkesan seperti ibu bapa, saudara terdekat, guru, profesional dalam bidang berkaitan dengan kanak-kanak berperanan penting membantu kanak-kanak berisiko mengawal diri sendiri, mengenal pasti kekurangan keperluan, merawat masalah serta memanfaatkan aset pengembangan dalam diri mereka seoptimum mungkin.
Program ini pula harus bersifat anjal.
Kedua, keperluan memiliki kemahiran hidup yang mampu membantu kanak-kanak berisiko menghadapi segala cabaran hidup yang wujud di persekitaran sosial mereka.Menurut pengarang, penjagaan peribadi untuk kanak-kanak berisiko akan lebih berkesan jika mereka yang terlibat mempunyai kemahiran dalam bidang berkaitan.
Program yang dijalankan pula harus seimbang daripada segi keperluan sosial, akademik, sahsiah dan peribadi kanak-kanak ini, selain latihan harus terbuka. Maklumat mengenai latihan kemahiran ini harus dimaklumkan secara terus dan telus kepada kanak-kanak berisiko melalui sekolah, pusat pengembangan atau media massa.
Perkara ketiga ialah keperluan kanak-kanak berisiko untuk hidup dan membesar dalam persekitaran komuniti mesra dan membangun. Persekitaran ini harus menyediakan kaedah dan strategi yang terdapat dalam sesebuah komuniti bagi melindungi kebajikan dan kesejahteraan mereka.
Di samping itu, persekitaran sedemikian merupakan elemen paling diperlukan oleh kanak-kanak ini untuk membentuk serta mengekalkan interaksi dan perhubungan yang positif dengan ahli lain dalam komuniti.
Menurut pengarang, cabaran Ketujuh dan Kesembilan Wawasan 2020 serta Dasar Sosial Negara dengan jelas menyentuh mengenai kepentingan persekitaran sosial yang mesra dan membangun dalam pembentukan masyarakat Malaysia yang maju, sejahtera dan beretika mulia.Isu yang dikaji dalam buku ini dilihat mampu menyumbang kepada peningkatan pemahaman dan kesedaran tentang perlindungan kanak-kanak berisiko di negara ini.
Buku ini amat sesuai dibaca dan dirujuk oleh masyarakat yang ingin mendalami, memahami serta mencari cara untuk melindungi kanak-kanak berisiko yang sememangnya wujud di sekeliling kita

kita rasa kita kenal dia, tapi...

kita kenal dia.
kita selalu jumpa dia. sama ada di mesy., seminar atau terserempak di mana2.
dia jgk kenal kita.
tapi kita tk pernah berurusan secara formal. kita dlm organisasi yg sama. tp di tmpt lain. jawatan pun lain2. dia pegawai atasan. kita pegawai biasa2 aje.
kita rasa kita kenal dia.
tapi pd satu hari, kita perlu berurusan dgn dia. sbb kali ini memang urusan itu berkaitan dgn dia. bukan kita sengaja gatal2 nk jumpa dia. sbb ada urusan formal.
kita pun jumpa dia. di pejbtnya.
kita rasa kita kenal dia.
tapi dia layan kita mcm kita tk pernah kenal. mcm kita tak pernah jumpa. dia hanya pandang muka kita sekali imbas. terlalu sibuk menghadap komputernya. sibuk dgn kerjanya.
kita rasa kita kenal dia.
tapi dia taklah spt yg kita rasa kita kenal.
tk mengapalah. siapalah kita ni.
kita kenal org. org tu jugak kenal kita. tapi kita tk dilayan seperti org yg dia kenal.

senyum sokmo

Aug 28, 2009

champions league draw

group A
bayern munich, juventus, bordeaux, maccabi haifa
group B
man utd, cska moscow, besiktas, wolfsburg
group C
ac milan, real madrid, marseille, fc zurich
group D
chelsea, porto, atletico madrid, apoel
group E
liverpool, lyon, fiorentina, debreceni
group F
barcelona, inter milan, dynamo kiev, rubin kazan
group G
seville, rangers, stuttgart, uneria urziceni
group H
arsenal, az alkmaar, olympiakos, standard liege

alamak! banjir lagi...

slps apa yg berlaku semlm separtutnya aku lebih teliti. itulah yg aku lakukan. olh sbb kereta aku biasanya tdk diletakkan di porch, jadinya ianya terdedah pd 'cabaran' cuaca terutama hujan & panas. ptg semlm pun hujan, jd aku pastikan semua tingkap kereta tertutup rapat terutama di bhg penumpang depan.
mlm td aku keluar utk ke masjid utk solat terawih. bila pulang, aku pastikan sekali lg tingkap di bhg itu tertutup rapat. pagi ini pun hujan turun lg. bila aku nk membuka pintu keretaku...ternampak yg tk sepatutnya berlaku. alamak! cermin tingkap kereta ku tdk tertutup rapat! kali ini di bhg pemandu plk... aduh gerangan apakah yg dh berlaku sejak dua hari ni. basahlah tempat duduk, stereng, dashboard & alas kaki. aku terpaksa alas dgn surat khabar utk duduk. tentunya tk selesa, tp tu aje pilihan yg ada...
dlm masa memandu ke tmpt kerja, aku terfikir bhw bukan sj keretaku terdedah pd basah dek hujan, ttp jg terdedah pd pencuri kereta. maklumlah cermin tingkap terdedah bermakna mempelawa mrk bertindak. cermin tingkap terdedah samalah maknanya dgn kereta yg tdk berkunci...

bekerja dengan mata terpejam

Aug 27, 2009

selasa lalu, aku keluarkan surat panggilan mesy. bulanan utk staf. olh sbb boss tkde, maka akulah yg diamanah mempengerusi mesy. surat itu sudah diedarkan kpd semua staf. mrk jgk sudah meletakkan initial masing2, sbg perakuan makluman sudah diterima.
dlm surat panggilan mesy. tu jg tercatat bhw. mrk perlu menyerahkan laporan tugasan bulanan individu & laporan bulanan ketua bhg. semua laporan itu mesti diserahkan selewat2nya jam 10:00 pg ini.
mesy. akan diadakan esok, pagi jam 9:30. kebiasaannya mrk perlu menyerahkan laporan2 tsbt 2 hari sebelum mesy. maknanya aku bagi sedikit kelonggaran. wbp hingga jam 12:00 tgh hari td, satu laporan pun aku blm terima.
nampknya semua di sini hanya buat kerja sbb arahan boss. bukan sbb nk kerja, atau buat kerja sbb itu dh memang kerja mrk.
aku tk terkejut langsung. malah sudah jangka sejak awal.
semasa belajar dulu, seorg profesor pernah berkata bhw ramai pelajar "membaca dgn mata terpejam". jadi aku buat kesimpulan bhw staf di tmpt aku, "bekerja dgn mata terpejam..."

bila kereta dilanda banjir kilat

slps ambik bebudk dr taska smlm, aku letak kereta di dpn rmh spt biasa. hujan br aje teduh. tp masih ada tanda2 nk hujan lg. tk lama kemudian wifey pulang dr kerja. spt biasa, kami buat 'rombongan' ke bazar ramadan berhampiran rmh. guna kereta wifey.
sepnjg mlm tadi hujan turun sekejap lebat, sekejap renyai, sekejap teduh. hinggalah awal pagi. spt biasa slps sahur, aku tk tidur. slesai mandi & solat subuh akan terus ke tmpt kerja. tp ada sesuatu yg tk kena pd keretaku pg ini. tmpt duduk kereta di bhg penumpg dpn basah. begitu jgk dashboard. alas kaki jgk basah.
laaa... begitulah yg terpantul dr mulutku. bila melihat cermin tingkap di bhg tu tk tutup rapat. malah agak luas. pastinya smlm semasa menjemput bebudk balik dr taska, aku tk tutup tingkap semula. atau ada yg gatal2 tgn membukanya tnpa pengetahuan aku. apa pun salah aku jgk kenapa tk periksa dulu sebelum kunci & tinggalkn kereta. sudahnya...banjir kilat!

mr. lim yang luar biasa...!

Aug 26, 2009

lagaknya macam org biasa-biasa aje. dtg dgn jeans & kemeja t. berserta beg bimbit, penampilannya bagai seorg jurujual. siapa gerangan ‘org tua’ ni pasti terlintas di kotak fikiran siapa saja. siapa sangka dia pemegang ijazah dpd lima universiti termasuk masters & m.b.a. malah sekrang ni sdg menyiapkan tesis phDnya dlm usia menjangkau 56 tahun.
tengah hari semlm dia dtg bertemuku. tanpa temu janji, tanpa telefon. redah aje, katanya. samalah spt seorg jurujual. memperkenalkan dirinya sbg Lim. katanya dia berminat terbitkan tesisnya sarjananya tentang biografi seorg tokoh politik tempatan. sebaik menyiapkan tesisnya thn lalu, dia ‘menjajanya’ utk diterbitkan kpd hampir “semua penerbit yg ada alamat” (meminjam bulat-bulat dpd Lim). tp jawapan yg diterimanya negatif atau tkda jawapan langsung. jadi dia dtg bertemuku lantaran saranan penyelia tesisnya. aku pun ambil salinan lembutnya ke komputerku. sikap ingin tahunya & mahu belajar itu (yg katanya tk mahir menggunakan komputer) menyebbkn aku terpaksa pula mendemontrasikan cara paling mudah menyalin fail dpd pendrive kpd computer atau desktop. begitulah sikapnya yg sentiasa mahu belajar, apa saja.
paling mengagumkan Lim tdk pernah bersekolah secara formal. dpd ppriksaan LCE, MCE & HSC , dilepasinya sbg calon persendirian. begitu juga ijazah pertama dan sarjananya dgn duit poket sdr. sbg pelajar program pengajiann jarak jauh atau out campus.lebih luar biasa lg, Lim bukanlah dpd kalangan berada malah lebih dpd itu dia hanya bekerja sbg tukang sapu (semasa dpt ijazah pertamanya) & pengawal keselamatan (jaga – semasa lulus sarjana). dia sentiasa bertukar kerja krn adakalanya terpaksa menumpukan pd pengajiannya dlm masa sama tk mahu menyusahkan majikannya jika ponteng kerja utk ke kuliah atau menjalnkn kajian tesisnya. Lim fasih dlm bnyk bahasa termasuk english & BM. malah kalau hanya berckp melalui telefon pasti sukar nk teka etnik asalnya. dpd kelulusan yg dicapai dia pernah jadi guru & pegawai tadbir di sebuah universiti swasta.
dia sedar & mengakui, adakala ramai yg memandang rendah pdnya atau tk percaya yg dia punya kelulusannya diiktiraf 5 buah universiti. malah ada cerita lucu yg diceritakannya pdku, yg dia pernah ditahan polis & dituduh sbg pencuri motosikal. semasa disoal siasat dia ditertawakan & dianggap tdk siuman semata2 krn menceritakan ‘hal sebenar’.
begitulah satu watak yg penuh warna-warni. aku kagum dgn semanagtnya kentalnya. seorg yg berjiwa besar, tabah, berani & sanggup berkorban utk mengejar cita-cita. dirinya menepati ciri-ciri belajar sepnjang hayat. oleh sbb seronok bercerita & aku plk melayaninya, sedar tk sedar, sudah jam 2:00 ptg sejk dia mengetuk bilikku jam 12:00tgh hari tu. beberapa thn slps ini aku perlu memanggilnys sbg Dr. Lim…

kucing takda, tikus menari-nari

bossku bercuti. akan balik bertugas hanya pd 1 oktober. aku dilantik sbg pemangku. menjalankan tugas2nya. sepnjang tempoh itu aku ‘tdk layak’ bercuti. hatta cuti raya sekalipun. itu bukan masalah besar bagi aku. cuti raya tahun ni pun agak panjang 4 hari. sempatlah kalau nk balik ke kg wifey & kampungku sendiri. lagipun lepas boss balik nanti, aku akan pulun bercuti pulak...hu hu. sebelum ni pun aku sudah bnyk kali memangku tugasnya. tapi biasanya dlm tempoh singkat. kali ini tempohnya panjang. aku tak tertekan sgt menjlnkan tugas yg diamanahkan. cuma yg memeningkan kepalaku ialah menjalankan dua tugas serentak. pastinya sedikit sebanyak memberi bebanan. kerja aku sdr pun berlambak.tapi yg lebih membebankan ialah menangani kerenah pekerja di bawahku. sehari dua ni aku hanya pantau saja. sudah ternampak pun ketdkakuran mrk. maklumlah bila kucing takda, tikus menari-nari.
aku ada cara aku sendiri mengawas mrk. aku ada ‘cctv’ sdr. bulan puasa pun ada yg nak 'mengular'. dah mula 3-4 org yg berikan alasan keluar utk uruskan hal peribadi. jumpa lawyer la, jumpa pemajula, uruskan tabung haji, urusan surat wasiat – ada sj alasan mrk. satu saja pesanku, yg aku dimaklum mrk ada urusan, kalau mrk ‘melencong’ ke lain atau terbabit dlm sebrang masalah di luar, aku tdk akan pertahankan mrk. semasa boss ada, tk pulak mrk ada urusan mendesak begitu. Strategi minggu pertamaku, pantau dulu. Aku berikan mrk benefit of the doubt. tunggulah minggu dpn. ada surprise utk mrk kalau terus-terusan dgn kerenah yg menyusahkan aku!

bazar ramadan semakin mahal!

Aug 25, 2009

Tahun lepas
kebab – RM 2.00
nasi ayam – 3.50
ikan bakar – 3.50
otak-otak - 1 – 50sen
nasi kerabu/dagang – RM 3.50
murtabak - RM2.00

Tahun ini
kebab – RM3.00
nasi ayam – RM3.80
ikan bakar – RM5.00
otak-otak – 1 - 65sen / 5 - RM 3.00
nasi kerabu/dagang – RM4.00
murtabak - RM2.50

perbandingan harga yg aku survey di bazar ramadan berhampiran rumah. senarai merupakan antara pilihan makanan 'wajib' setiap kali ke situ.

yang mana satu agaknya ...

1.
saya ada phD nk diterbitkan. pd awalnya saya tk bercadang nak terbitkan. tp slps dpt galakan dpd rakan2 pensyarah lain saya rasa why not? lgpun pelajar saya pun minat nk tahu lebih lanjut bila tesis tu saya rujuk dlm kuliah. bagaimana caranya nk terbitkan buku? boleh ke? saya percaya buku ni boleh diterima ramai. lagipun dlm masa sama saya nak berkongsi pengalaman saya, kajian saya, pengetahuan saya & maklum balas dpd pembaca.
2.
saya ada phD nk diterbitkan. sebenarnya saya dah dapat tawaran untuk terbitkannya. tapi saya tak nak terburu2. saya nk buat survey tentang penerbit dulu. berapa royalti you boleh bagi saya? berapa cepat you boleh terbitkan? boleh tk uruskan pelancaran buku ini nanti? saya nak buku saya nanti dipamer & dijual di toko buku besar spt mph, borders, kinokuniya boleh kan?

2 bakal pengarang menemuiku pd hari isnin. kedua2nya berminat nak jadikan tesis mrk sbg buku & kami sbg penerbitnya. siapa agaknya yg memiliki ciri pengarang sebenar?

madu dibalas tuba ... 2

Aug 24, 2009

dpd entri "madu dibalas tuba" (19.8.09)

aku ingatkan slps beri penjelasan pd ‘boss’, maka semuanya dah selesai. lagipun boss ada menyuruh aku membalas e-mel pengarang tu. aku sengaja menghantarnya e-mel yg ‘baru’ maknanya aku tk reply e-mel sebelum ini. antaranya aku menjelaskan yg aku bercuti (aku cuti seminggu) & ada urusan kerja outstation (memang aku ke sarawak 4 hari) & perkara yg dibangkitkannya bukan berkaitan editorial ttp bhg lain yg lain. aku jg sdh maklumkan kpd mrk berkaitan utk membuat tindakan susulan pdnya. malangnya dia mebalas e-mel aku dgn cc (salinan) kpd boss aku. malah e-mel aku ini dibalas dgn sindiran yg sinis. tk mengapalah, aku dh ikut arahan boss, lebih dpd itu aku dh jelaskan kedudukan sebenar, terpulanglah dia nk terima atau tidak.
aku dh putuskn spy ini akan berkakhir begitu sj. aku pun malas nk melayaninya lagi. biarlah staf berkaitan yg deal dgn dia. tp seorg rkn sepejabt menasihatkanku spy membalas e-mel tu dgn menyertakan nama & emel mrk yg berkainan, wp aku agak keberatan. lebih2 lagi "sekali terkena, dua kali serik".
namun, hatiku bagai dihiris hari ni bila mendpt panggilan dpd seorg yg aku kenali. yg juga merupakan bekas rakan sekerja pengarang itu di sebuah universiti di ng ini. olh sbb dia mengenali aku, jadi dia membangkitkan salinan e-mel yg dihantar olh pengarang itu kpd bossku. aku terkejut krn rupany2 pengarang sudah edarkan salinan (cc) kpd penerima e-mel lain selain bossku. lalu aku jelaskan pd org itu bhw aku & bossku sudah pun memberi respons & penjelasan pd pengarang itu.
aku rasa amat kecewa dgn cara tdk beretika pengarang itu. maklumlah dia kini seorg profesor di sebuah universiti ternama di u.s.a, sdgkan semasa di sini, dia hanyalah pensyarah biasa sj. aku juga percaya ada banyk lagi penerima e-mel yg sama di kalangan bekas rakan sekerjanya di universiti yg sama di m'sia. sudah pasti kebanyakan mrk yg membaca e-mel itu akan mempercayainya. meletakkan kesalahan itu pd aku. maknanya di belakang aku, dia memburuk2kan aku & kompeni aku. soalnya kenapa perlu urusan antara dia dgn aku (penerbit) dihebahkan kpd org lain? bukankah ini urusan profesional antara pengarang-penerbit, apa kena mengena dgn org lain? inikah caranya membalas jasa penrbit yg pernah menerbitkan hasil tulisannya sbg buku ? inikah sikap seorg profesor yg inteleknya tinggi ttp moralitinya rendah?lebih penting lagi, apa tujuan nya berbuat demikian?
terima kasih kp kenalan aku yg sudi mendpt penjelasan dr pihak aku terlebih dulu bukan hanya percaya melulu tuduhan sebelah pihak. sekurang2nya ada insan yg bersikap sedemikian. kalau tdk krn dia mendedahkan salinan e-mel tu pd ku nescaya aku tk tahu apa yg sudah dilakukan pengarang itu di luar pengetahuan aku. sedarlah kini aku berdepan dgn seorg prosefor yg bersikap spt "kaduk naik junjung"…aku kecewa, amat kecewa diperlaku sebegini. betapa kerdilnya aku rasa sbg seorg editor, yg tk dihargai sumbangannya. sebaliknya dijadikan bahan sindiran & tohmahan.

laporan kajian jalan raya (sdn. bhd.)

olh sbb setiap hari memandu utk ke tmpt kerja, aku boleh agak trend pemanduan semasa. contohnya kalau cuti sekolah, jln raya kurang sesak wktu pagi. jadi bolehlah keluar lwt dpd biasa. kalau bulan puasa, spt sekrg ni, biasanya kesesakan akan berlaku lebih awal dpd biasa. sebagai misalan, kalau biasanya jln mula sesak dlm jam 7:15, tp kalau bulan puasa jln akan mula sesak seawall jam 6:50 pagi. kenapa?
jangkaan aku, biasanya dlm bulan puasa yang Islam akan bangun bersahur. sebahagian besar dpd mrk tidak tidur selepas bersahur. ada yg terus melakukan amalan sunat spt baca quran dll (sbb pahala lebih besar dlm bulan mulia ini) sementara menunggu waktu solat subuh. seterusnya slps solat subuh kalau nak tidur balik, dah alang2, jadi kumpulan ini pun akan terus keluar ke tmpt kerja.
satu kumpulan lagi pula kemungkinan kalau tidur takut ‘terlajak’ seterusnya terlwt ke tempat kerja, jadi mrk ini biasanya tak tidur ataupun tidur2 ayam. selepas solat subuh, bersiap terus ke tempt kerja.
satu kumpulan lagi ilah mrk yg diberi kelonggaran olh majikan utk pulang awal di bulan Ramadan. jadi biasanya, tempoh waktu bekerja akan diubah, kemungkinan masuk bekerja lebih awal contohnya pd hari kerja biasa jam 8:30 -9:00 tp pd bulan puasa masuk bekerja jam 8:00 – 8:30. utk mematuhi waktu bekerja yg baru mrk kenalah dtg awal.
maknanya ramai yg keluar bekerja lebih awal dlm bulan puasa. itu pasallah, jalan raya sesak lebih awal dpd hari bkerja biasa. sekian sj laporan dpd pemandu yg sudah 10 thn berulang-alik dr nilai-kl. t. kasih.

di saat genting, gas habis...

Aug 23, 2009

hari ni, hari ahad, hari ke-2 puasa.kalau hari bekerja, biasanya juadah berbuka aku beli sj dr bazaar ramadan dekat dgn rumah. wifey akan hanya sampai ke rumah jam 6:00 -6:30.sbb tk sempat utk wifey memasak, kalau sempat pun pastinya kelam kabut. olh sbb hari ini dia cuti & ada masa utk memasak, jadi kami ‘dipelawa’ utk mencadangkan menu masakan utk berbuka hari hari ni. special sktlah.
”nasik aym!” cadang eril. “nasik lemak…”kata erol. “burger …kata erin, walaupun dia tk puasa. “apa kata buat mi kari…” cadang ku pula.
setelah diperdebatkan & dimesyuaratkan dlm dewan parlimen mini, akhirnya cadangan ‘mi kari’ dipersetujui sebulat suara. ttp setelah diperincikan, tk berbaloi (bkn berbaloi-baloi) utk masak mi kari utk jumlah org yg tk ramai. sbb bnyk bahan diperlukan, kerang, tauhu, sayur, ayam, kari dsb. kaedah memasaknya pun lebih susah. kalau buat banayk2 utk ramai org, tak pa. kosnya berpadanan dgn hasil. setelah ditolak campur, kami pun setuju utk mi goreng sj dgn syarat bnyk perencah spt ayam, udang, bebola ikan dll.semua setuju dgn ‘pindaan’ itu.
tugas ke kedai membeli bhn, diserahkan pd aku dgn erin. waktu di kedai, aku kena pau dgn erin yg beli gula-gula & jajan. hampir jam 6:00 program masak-memasak pun bermula. dlm waktu ni biasanya kami tk dibenarkan berada di dapur, nanti chef tk dpt menumpukan perhatiannya. jadi kami pun duduk diam2 tengok tv.
tiba2 kedengaran dr dapur “alamak, gas habis la…”. hah! gas habis, tk masaklah mi goreng special hari ni!
nombor telefon kedai yg jual gas memasak ada, ttp masalahnya kadang2 mrk hantar lewat. selain tu, hampir setiap hari biasanya ada lori gas yg pusing2 sambil membunyikan hon sekitar kaw. perumahan ni. tp hari ni tkdala plak lori tu lalu.
langkah segera diambil, pelan kontijensi. hantar sdr tong gas ke kedai runcit berhampiran. aku pergi dgn erin. dlm sibuk2 angkut gas, di tgn erin ada gula2 lagi. entah bila masanya dia menyeluk balang dpn kaunter tu, tk perasan pun. nak tk nak terpaksa byr jgk, kalau tk dia merengek nanti. kena pau lagi!
dlm masa 20 minit, program memasak diteruskan semula. masakan siap tepat pd waktunya. mi goreng special mama, rasanya lebih sedap dpd biasa, waktu berbuka itu !

hari pertama dan kebab

Aug 22, 2009

hari pertama puasa berlalu dgn lancar.
agak mengejutkan, eril & erol mudah sj dibnegunkan utk bersahur. mungkin semangat hari pertama. tp nampknya, mrk tk lalu mkn. mungkin esok kena mkn makanan lain bukannya nasi berlauk. aku cadangkan makan sosej atau roti atau telur sj, tambah membantu ialah hujan yg turun berkali kali sejak 11:00 pg. jadi cuaca tklah panas sgt. sepnjang hari ni eril &eril duduk di rumah. tonton tv jadi agenda utama. erin tk puasa, jd aku bagi warning pdnya kalau nk mkn, jgn mkn dpn abang2nya. erin ikut aje, seakan si kecil ini mengerti.
masuk ke petang, aku perhati, erol sedikit 'goyah'. beberapa kali kulihat dia ke dapur. buka peti sejuk. aku buat2 tk nampak. kira2 jam 3:00 dia mengadu lapar. tanyanya"roti yg beli semlm ada lagi tak?"aku pun guna 'ayat power' utk memujuk & membodeknya. 4 jam lagi, lg pun hari ni taklah mencabar sbb cuaca tk panas.
jam 6:00 aku, erol & eril ke bazaar ramadan berhmpiran rumah. penuh sesak. thn ni tk bnyk gerai jual kuih muih. yg banyk jual lauk-pauk. mungkin sbb hari pertama. bnyk kedai yg diserbu sudah kehabisan apa yg dijual. sasaran utama kami ialah gerai kebab, makanan kegemaran eril & erol. ramai org di situ. nasib baik dpt jgk beli sbb stok kebab pun hampir licin. hari pertama ni kami berbuka puasa di rmh kak lang. usu & famili pun ada. olh sbb masing2 bwk makanan, bila dikumpul jadi bnyk sekali hidangannya.
alhamdulillah semuanya berjln lancar di hari pertama.

jgn lupa, sahur

Aug 21, 2009

"papa, jgn lupa kejutkan erol, sahur nanti", pesan erol pdku.
semangat betul dia.
jgn setakat hari pertama je, sudahla.
masalahnya dgn erol ni ialah waktu nk menegjutkannya bangun sahur. sdgkan waktu pagi, nk kejutkannya ke sekolah pun sudah teramat payah. liat sekali nk bangun, inikan plk waktu sahur pd dinihari, waktu paling syok tidur.
pastinya aku tk sampai hati tdk mengejutkannya. meski terpaksa mendukungnya ke bilik air utk basuh muka sebelum makan sahur nanti.
slps solat terawikh tadi, ku ajarkannya niat puasa.
sebelum tidur, sekali lagi dia berpesan,
"papa, jgn lupa kejutkan erol sahur nanti...tau!"

berakhirnya syaaban, bermulanya ramadan


tujuh warna jingga

katanya ada sebaris warna jingga
nun di kaki langit, lewat petang itu
sepulang aku menziarahinya
sedang dia terbaring lesu di ranjang itu
bagaimana mungkin menjengah jendela
yang ku lihat hanyalah langit kelam
mendung senja, malam yang menginjak tiba
tujuh warna jingga, diulanginya
sekilas ku jengah jendela
aneh sekali, seimbas ku perhati
benarlah,
ada sebaris warna jingga
tujuh lapis semuanya
di kaki langit kala senja
bukan tujuh lapis warna pelangi
yang jelmanya sesudah gerimis
esoknya, dia pergi tak kembali
bersama perginya tujuh warna jingga
puas ku tunggu tiap kala senja
kelam senja malam yang ada cuma
bukan sebaris warna jingga

nostalgia arwah bonda, di gerbang ramadhan, al-fatihah

senyum sokmo...

Aug 20, 2009

kaedah ini wajar difikirkan terutama bila ke masjid utk solat terawikh pd bln puasa nanti

kami nak makan, bukan nak 'dengar' tv

aku balik kerja agak lewat smlm. lebih tepat lps solat maghrib di surau ofis. ada kerja mendesak yg perlu dibereskan. tiba di rmh dlm 8:30. lepas mandi & bersiap lbh kurang, aku ajak wifey & anak2 keluar mkn. kali ini saja nk cuba mkn di sebuah kedai mkn lain, bukan yg biasa kami kunjungi. sbb setiap kali melalui kedai mkn tu ternmpk ramai org & bnyk kereta. tentulah andaiannya kedai tu popular. kalau popular pastinya makanan yg dihidang sedap, bnyk pilihan, bersih, servisnya cepat atau harganya berpatutan.
semasa nk memesan makanan, kami dapati volume tv (ada 2 tv) terlalu kuat. tambah lg disambung pd speaker besar (ada 4) yg diletakkan diempat penjuru kedai. olh sbb volume tv yg kuat, menyukarkan kami utk memesan makanan. suara kami ditenggelamkan volume tv. lebih buruk lg pramusaji (waiter) yg mengambil pesanan pun terpinga2 tk dpt dengar dgn jelas. beberapa kali dia bertanya "apa?", "tk dengarla...boleh ckp kuat sikit tk?", "boleh ulang sekali lg tak...". hanya dgn nada suara yg hampir separuh menjerit, barulah dia dpt menulis pesanan dgn betul.
kami berasa kurang selesa & rimas dgn gangguan volume tv tu. nk tk nk terpaksala jgk tunggu pesanan. lgpun perut dh lapar. aku dh mula rasa 'tersilap' pilih kedai ni. mujur kami tk menunggu lama. hidangan cepat disaji. namun siaran tv terus mengganggu kami. semasa mkn saluran tv menyiarkan rancangan tentang gay. menemuramah 'gay terlampau' yg bangga dgn tabiat buruk mrk. apa tujuan pendedahan ni pun aku tk tahu. sekadar sensasi, pastinya. lebih tk selesa lg bila yg turut sama menonton ialah kanak2. erol bertanya pd ku "gay tu apa papa?"....aku segera mengalih tajuk "nasik goreng pattaya erol mkn tu sdp tak? papa nk skt...".
selain gangguan volume tv seolah2 berada di sebuah konsert tu, gangguan jgk dtgnya dr kucing. yep, kucing yg sudah jadi 'tradisi' kedai mkn org melayu. aku pun tk tahu kenapa. kedai mkn mamak tkda plk kucing. bukan seekor, 3-4 ekor yg mengiau & merayu spy diberikan sedikit makanan. ada kucing yg lebih berani cuba melompat naik ke kerusi & meja kami mkn.
aku 'arahkan' anak2ku segera mkn. aku plk mintak pekedai tu halau kucing tu ke tmpt lain. alasanku, anak2ku takut kucing. walhal sebenarnya, anak2ku sgt menyukai kucing. dlm perjlanan pulang slps mkn, aku katakan pd wifey, itulah kali pertama & terakhir kita mkn di situ". wifey angguk, setuju. kami nk mkn, bukannya nk 'dengar' tv.

resensi ... 12


Judul:
Nilai dan Etika dalam Pendidikan Matematik
Pengarang:
Nik Azis Nik Pa
Tahun:
2009
Terbitan:
Penerbit Universiti Malaya


Buku Nilai dan Etika dalam Pendidikan Matematik ini menganjurkan pendekatan bersepadu bagi membentuk program pendidikan matematik yang berkualiti tinggi. Sebahagian persoalan kritikal tentang konsepsi dan tindakan untuk mengembangkan nilai dan etika dalam pedidikan maetmatik akan terjawab apabila membaca buku ini dengan teliti dan membuat refleksi terhadap gagasan yang dibincangkan. Antara pandangan utama dalam buku ini ialah pendidikan matematik yang berkualiti tinggi hanya dapat dicapai sekiranya warga pendidikan komited untuk membuat anjakan bermakna dalam pemikiran dan budaya pendidikan matematik yang mereka hayati dengan berlandaskan persepektif bersepadu. Pengembangan nilai dan etika yang menyeluruh pula merupakan matlamat penting dalam program tersebut. Sekiranya ingin melaksanakan usaha baru dengan berkesan seperti pengembangan nilai dan etika, kita perlu membuat persiapan baru. Buku ini adalah penjelasan untuk bertindak bagi ahli pendidik yang ingin mencapai matlamat tersebut dalam milenium baru ini.

Profesor Dr. Nik Azis Nik Pa adalah pengasas dan Presiden Persatuan Pendidikan Matematik Malaysia. Kini beliau berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

madu dibalas tuba

Aug 19, 2009

pasti ramai tk percaya aku pernah jadi editor naskhah utk buku2 yg berkaitan bahasa jepun, thai, filipino (tagalog) & spanish. segera aku teringat seorg profesor dr germany yg terkejut bila dtg ke ofisku pd suatu hari, aku sdg menangani kamus jepun - melayu. malah aku boleh menuturkan ayat ringkas dlm bahasa jepun yg aku hafal. ramai jugak yg tak tahu apakah peranan sebenar editor. termasuklah penulis sdr. aku katakan begitu, krn sering kali slps buku seseorg penulis diterbitkan mrk masih berhubung dgn editor bertanyakan soal jualan, soal royalti, soal beli buku yg sebenarnya tdk ada kena mengena dgn editor. wp editor selalunya melayani mrk berkaitan soal tsbt semata2 krn mahu menjaga hubungan baik editor-penulis. jadi editor disalah ertikan sbg bertanggungjawab apa saja berhubung sesebuah buku yg diterbitkan dr mula terima manuskrip hinggalah slps terbit & dijual di pasaran jugak berkaitan royalti & laporan jualan. bhg pemasaran & kewangan yg sepatutnya mengambil alih tugas editor berkaitan servis slps jualan jgk selalunya 'menggunakan' khidmat editor utk berhubung dgn pengarang.walhal sepatutnya mrk berhubung terus dgn pengarang bukannya editor sbg org tgh atau org ketiga. sekali lagi atas dasar khidmat utk pelanggan, editor akan campur tgn walaupun mrk sepatutnya lepas tgn atau cuci tgn.
hal ini aku kaitkan dgn apa yg berlaku pdku sejak 1-2 hari ini. hari ini aku diminta beri 'penjelasan' olh boss berhubung aduan seorg pengarang yg aku menjadi editor bukunya. buku itu berkaitan belajar dlm bahasa filipino. malah pengarang itu, yg kini bekerja di USA mengemukakan 'bukti2' drp surat-menyurat & salinan e-mel yg seolah2 menjurus kpd 'kesalahan' & 'ketidakpedulian' aku sbg editor. anehnya dlm rekod 'aduannya' kpd boss aku, terutama ketidakpuashatiannya sbb kelewatan menerima pesanan buku & ketiadaan penyata jualan buku & bayaran royalti. walhal kesemua itu bukan kerja atau tanggungjawab seorg editor. malah dlm setiap surat & e-mel yg kujawab itu jelas menunjukkan yg aku sudah pun memaklumkan tindakan kpd org yg menjalankan tugasan itu iaitu staf pemasaran & staf kewangan. malangnya, kesalahan atau aduan itu ditujukan kpd aku. aku dah jelaskan hal ini kpd boss. nampaknya boss 'berpuas hati' dgn penjelasan itu. dia sendiri akan menjawb aduan tersbt berdasarkan maklumat yg diterimanya. wp pd awalnya boss kelihatan sedikit 'angin' bila terima aduan tu, ttp slps menyedari 'sasaran' pengarang itu salah, makanya aku dilihat sbg 'dilepas dan dibebas' dpd sebarang pertuduhan atau dakwaan.
anehnya, aku mempunyai hubungan yg baik dgn pengarang itu. sepanjang proses menyiapkan bukunya kami sering berbincang, makan minum bersama & dia menghadiahkan sbtg pen bila bukunya siap, sbg cenderahati. kami sering berbalas e-mel wp dia tdk lg berada di m'sia & pulang ke negara asalnya. malah ketika mula2 dia berhijrah ke usa, dia blm ada sebarang pekerjaan. dia selalu bercerita pasal cuaca & perihal 4 musim di sana. tentang anak2 kecilnya yg semakin membesar. kemudian slps mendpt kerja di sana,dia bercerita pasal kerjayanya semakin berkembang. ttp slps beberapa thn, krn silap org lain atau tdk kompetennya staf lain, aku pulak yg dilihat sbg 'kambing hitam'. tak semena2 tanpa usul periksa aku diadukan kpd boss. padahal dia sbg pengarang tdk faham apakah tugas sebenar seorg editor!
beginalah nasib editor. kalau yg betul atau baik sesebuah buku yg diterbitkan yg dpt nama ialah pengarang & penerbit buku. nama editor tk pernah ada sumbangan pd sebuah buku yg baik. tp kalau buku yg dihasilkan tdk baik, ada kesilapan sana-sini makanya editorlah yg disasar, org pertama dipersalahkan, didakwa sbg tdk peka atau tdk berfungsi sbg editor sebenar2nya yg sepatutnya "maksum" dpd sebarang silap & salah!

nostalgia seorang kawan

sejarah adalah setiap hari yang berlalu. maknanya setiap yg kita lalui hari ini akan menjadi sejarah sebaik sahaja kita melangkah ke hari esok. terpulanglah sama ada kita mahu terus bernostalgia atau sebaliknya memandang ke depan mengharungi hari mendatang. seorang rakan sepejabatku mengeluh, kerana minggu ini merupakan hari-hari terakhir sebelum berpindah ke tempat tinggal lain. yelah, kalau kita dah tinggal berpuluh tahun di situ, dlm kes kwnku ini sejak kecik lagi, pastinya sedikit keresahan, kesedihan & emosi tersentuh. aku memahami perasaannya. aku juagak pernah mengalami peristiwa yg sama, malah sudah berkali-kali. apa boleh buat hidup kita sentiasa berubah, demi kelangsungan hidup. ada setengah kenangan boleh dikenang & terus diingat hingga ke akhir hayat. ada kenangan yg tdk perlu dikenang lagi, perlu dilemparkan jauh-jauh. tidak semua kenangan itu indah. tapi ada juga kenangan pahit. tapi biasanya kita memilih kenangan manis, kenangan indah untuk disimpan dlm kotak memori. sedangkan ada sesetengah kenangan itu, walaupun pahit dirasakan tetapi sebenarnya, manis kenangannya. sesukar mana pun melupakan kenangan lama, sukar lagi mencipta kenangan baru, di tempat baru, dalam suasana baru yg kita sendiri tak pasti pengakhirnya, pahit atau manis. tentunya kita harapkan yg manis-manis belaka. namun sepahit manapun kopi, jika dicampur dgn gula, akan terbit rasa manisnya. yg manis itulah menyedapkan secawan air kopi. yg pasti, kita akan terus mencipta kenangan baru itu tanda disedari. kerana kenangan dan nostalgia biasanya tidak pernah dirancang. ia tercipta dgn sendirinya.

pagi ahad di bistro mamak

Aug 18, 2009

pagi ahad, rutin aku sekeluarga sarapan pagi di kedai mamak. makan kat kedai mamak lebih mudah. sebut aje nk makan apa. semua ada. yg penting servis cepat. tempat bersih. nk kata sedap sgt masakannya, tk jugak. bagi signal tgn je akan dtglah waiter ambik order. kadang2 tk sempat duduk lg, diorang dh tanya nak mkn apa…
dlm masa sama dpt tengok, mcm2 ragam org di situ.
1. duduk di meja bersebelahan kami, seorg perempuan dlm usia 30an bersama anaknya, seorg lelaki & seorg perempuan. dia memakai topeng muka, ialah skrg ni bukanke org kecoh pasal h1n1, elokla tu. cuma peliknya, 2 org anaknya tu tdk pulak memakai topeng muka.
dia baru saja sampai, duduk & order makanan pd seorg waiter. tp bila seorg waiter lain lalu berhampiran, segera dipanggilnya. “sudah lama la order, belum dpt lagi. berapa lama mau tunggu” katanya. aku dgn wifey saling berpandangan. kami yg lebih dulu sampai & lebih awal order. sdgkan dia baru je duduk. ini taktik utk dpt hidangan cepat ni....fikirku. selang beberapa minit kemudian, dipanggilnya seorg lagi waiter lain, “eh, bnyk lama sudah orderla, apasal lambat sgt?!”. sekali lagi dia mengadu dgn nada sedikit tinggi. bijak berlakon rupanya perempuan ni, detik hatiku.
2. selang satu meja berhampiran kami, duduk satu pasangan. dpd penampilannya spt pelajar kolej. memang berhampiran bistro ni ada 2 buah kolej swasta. lagipun bistro ni menyediakan servis wi-fi percuma. maka pasangan ni sibuk membelek lap top. yg nampak di skrin sejak tadi, mrk main computer games. jangkaanku mulanya mrk sibuk nak menyiapkan assignment. sampai nk makan pun tk sempat, makanya terpaksa diusung lap top ke kedai mamak. setakat nak main games, tk payahlah bwk lap top ke kedai mamak. lepas mkn nanti main ajelah kat rumah sampai lebam mata. gamaknya diorg tu tkda broadband/internet berbayar kot. itu pasallah guna wi-fi kedai mamak…
3. meja keluarga kami. aku order roti banjir, wifey dgn nasi lemak ayam gorengnya, eril dgn roti telur, erol pesan tosei garing & erin dgn telur separuh masak. habis makan, bayar & teruskan dgn aktiviti pagi ahad yg lain…

arif "patah kaki"

arif kwn lamaku. lepas maghrib td dia menelefonku. katanya dia 'patah kaki'. bukan patah kaki dlm erti kata sebenar, patah kaki yg dimaksudkannya ketiadaan kereta buat tempoh seminggu. ketiadaan kereta ibarat 'patah kaki'. sukar utk ke mana2, hatta utk ke kedai yg jaraknya tk sampai 500 meter pun. yep, kereta bukan lg barangn mewah spt 10 thn dulu. ianya suatu keperluan. tgh hari tadi keretanya dirempuh dr belakang sebuah kereta lain. jadinya, walaupun yg bersalah org yg melanggar itulah, ttp akibat & kesusahannya tetap dirasakan olh org yg tak bersalah spt arif. keretanya terpaksa dihantar ke bengkel. katanya mungkin ambik masa seminggu. itupun paling cepat. kalau tuntutan insurans lambat disettlekan, maka akan berlanjutanlah keretanya tersadai di bengkel. buat sementara waktu arif kenalah naik bas atau teksi ke tempat kerja.
aku masih ingt pengalaman beberapa kali eksiden kecil. semuanya berpunca dr sondolan belakang, kecuaian org lain yg bahananya kita yg turut menanggungnya. olh sbb itu pengalaman pahit, aku akan sentiasa ingat bagaimana & di mana ia berlaku.
1. kereta aku dilanggar sebuah kereta di parking lot. seingat aku kereta tu tertekan minyak semasa mengundurkn keretanya. baru dpt lesen kot. kami repot polis dia kena saman & insurans dia bayar kerosakan keretaku.
2. kereta ku disodok olh sebuah forklift sewaktu menunggu wifey berhampiran ofisnya. kelakar pun ada. pemandu forklift tk sepatutnya membwknya di atas jln raya. kegunaannya hanya utk dlm gudang, mengangkut brgn. mamat tu bayar harga lampu belakang kereta ku yg pecah.
3. keretaku dilanggar sebuah motosikal ketika nk membelok masuk ke perkarangan ofis wifey.budak motor tu cuba memotong belah kanan walaupun aku dh beri signal membelok. dia melambung mcm superman & landing terduduk. kwn2nya dtg mengerumuni seolah2 aku yg salah. tp pak guard ofis wifey pertahankan aku sbb dia 'saksi utama' di tempat kejadian. kami buat repot polis, tp abg polis tu nasihatkan masing2 repair sendiri2 aje. buang kes.
4. keretaku dilanggar dr belakang olh sebuah kereta lain ketika berhenti di traffic light. di satu simpang empat di serting. waktu pulang dr kampung hantar isteriku yg baru bersalin. kereta baru dibeli tk sampai sebulan. sudahnya hinggap satu penumbuk ke muka org tu yg tdk mengaku bersalah.di balai polis, dia disaman, sudah terang lagi bersuluh. aku memandu lebih 150 km utk sampai ke rumah dgn keadaan kereta terbarai yg sgt menyayat hati...
5. dilanggar dr belakang ketika menuruni bukit putus, di k. pilah. org tu berjanji nk bayar kerosakan yg dibuatnya. dia bagi alasan nk cepat, sbb nk hantar isterinya yg demam ke klinik. aku tk percaya langsung. dia janji nk bayar harga repair. no. telefon yg diberinya palsu. aku boleh kenakan dia sbb no. ic & no. keretanya dh ku catatkan, tp aku ni tk sampai hati...moga dia dpt balasan setimpal, menipu org...
6. kereta aku dilanggar sebuah bas awam. aku nk repot polis. tp abg drebar merayu jgn, sbb takut majikannya tahu. namanya jgk mungkin kena blacklist. jadi, dia sanggup bayar repair kerosakan. bereh...dia tunaikan janji slps aku bagi tempoh dlm masa 20 jam dia mesti masukkan duit dlm akaunku. kalau tk repot polis akan dibuat...kena garang sket tuntut hak kita!
anehnya setiap satu kejadian dpt ku ingat dgn detail. semuanya pulak dilanggar dr blkg. mohon dijauhkan agar aku tdk terlibat dgn kemalangan serius. mintak dijauhkan jgk terhindar dpd melanggar kereta org...buat arif, bersabarla, ini semua coobaann! sama ada dilanggar, terlanggar atau melanggar. berhati-hati di jln raya.

kompeni didahulukan, staf mendahulukan (duit)

Aug 17, 2009

lebih sebulan lalu aku ke penang, atas urusan kompeni.
namun segala-galanya menggunakan duit poket sendiri. sudahlah wang pendahuluan tk diberi. duit tiket kapal terbang, duit penginapan hotel, jugak duit teksi & pengangkutan. satu sen pun kompeni tak keluar duit.
bukan sedikit, jumlahnya menjangkau rm737.30.
aku serahkan borang claim pd tarikh 16 julai 2009.
hari ini 17.8.2009, baru aku terima cek. selepas sebulan. selepas berkali-kali bertanya. dlm baucar bayaran aku temui catatan berikut:

tarikh tuntutan: 16.7.2009
cek disediakan: 24.7.2009
tuntutan cek disahkan: 25.7.2009
diluluskan: 29.7.2009

...aku cuma terima hari ini. selepas 30 hari. lembabnya. 3 0rg berlainan utk sediakan satu cek. bengang! lebih pelik lagi apa terjadi dlm tempoh masa kelulusan yg diberi pd tarikh 29.7 hingga hari ini 17 ogos iaitu 20 hari kemudian, menjadi seribu tanda tanya di kotak fikiranku.
tak pikir ke, sudahlah kita dulukan duit sendiri, nk tuntut macam mintak duit kompeni, walhal itu duit kita sendiri...
tobat dah, aku dh serik...lain kali kalau kompeni tak bayarkan, aku tk pegi...

usain bolt pecah rekod 100meter

usain bolt breaks world record in time of 9.58s to win 100 meter gold in Berlin, final of the World Athletics Championship.
"...quicker than usain bolt, the fastest thing runnin' " lyric from Akon song

mat motor, polis trafik dan denggi

secara tiba2 motosikal di dpnku yg ditunggangi seorg anak muda, tanpa topi keledar, buat pusingan u. nyaris saja aku melanggarnya kalau tk sempat membrek. mukanya kelihatan cemas. aku hon panjang. geram. mahu aje aku sumpah seranah, kalau tdk teringatkan anak2ku turut bersamaku.
sedikit ke depan, dua polis trafik dgn motor besar mrk menghalangi jln. segera menerjah di otakku, inilah puncanya mamat motor tadi berpatah balik. gila...nyaris saja kulanggari tadi. polis trafik tu cuma berdiri di situ mengawal lau lintas. sbb persatuan penduduk sdg mengadakan kempen 'perangi aedes, jauhi denggi'. sekumpulan wakil persatuan penduduk mengedar risalah tentang bahaya denggi. sambil meminta pemandu yg lalu lalang menurunkan tandatgn menyokong kempen (apa kena mengenanya?!).
dlm ramai2 itu aku ternampak ternampak A, jiran selang beberapa rumah. dia mungkin cam keretaku, lalu melambai tgnnnya spy aku berhenti. "nko tandatgn kat sini. ani ada kempen sikit pasal denggi. ubat ni boleh letak dlm air, bunuh jentik2." kata A sambil menghulur satu fail, brosur & abate. "ada kes ke kat tempat kita ni" tanyaku. "kwsn kejiranan sebelah dh ada kes. area kita belum lgla" , A menjelaskan.
macam2la skrg ni dgn jerebunya, serangan h1n1, demam denggi, mat rempit, politik sempit....arghh rimas!

man utd 1 vs birmingham 0

Rooney strike cheers champions
Wayne Rooney stepped out of Cristiano Ronaldo's enormous shadow to ensure Manchester United began the defence of their Premier League title with a 1-0 victory over Birmingham.
soccernet.com

melampaui keraguan munasabah

Aug 16, 2009

1.
aku sempat berbual dgn pak guard sekolah semasa mendaftarkan sekolah erin. aku diberitahu yg ramai ibu bapa dipanggil olh cikgu saban hari utk membawa pulang anak mrk. ini disbbkan anak2 mrk menunjukkan simptom h1n1 terutama demam & batuk. ini menunjukkan betapa seriusnya keadaan semasa. aku sedikit terkejut. tapi aku semakin terkejut bila pak guard itu menyatakan bhw epidemik h1n1 ini berpunca gara-gara amerika & sekutunya terutama israel sengaja menyebarkan virus itu terhadap penduduk dunia terutama og islam. jadi kemudiannya mrk akan mencipta vaksin yg sebenarnya mempunyai kandungan khas yg boleh menguasai minda spy mudah dikuasai mrk terutama generasi muda suatu hari nanti...fuh! satu teori yg amat hebat!
2.
pd hari, tempat & tujuan yg sama juga aku menuju ke pjbt sekolah, sambil berjln melalui sekumpulan pelajar beruniform pengakap sdg duduk di tgh kwsn lapang mendengar taklimat seorg guru yg juga berpakaian pengakap. sebahagian 'pengakap' itu memakai topeng mulut. cikgu yg berpakaian pengakap itu menegurku "incik nk daftar anak ke?". "ya..." jwbku ringkas. "silalah naik ke pjbt, tingkat satu?" tunjuknya ramah. "buat jugak aktiviti ke? takda arahan spy tangguh dulu ke?" tanyaku merujuk pd aktiviti luar pelajar sbg pengakap. cikgu pengakap tu hanya tersengih, tk menjawab. sebaik aje selesai urusan pendaftaran, aku pun beredar. bertembung sekali lagi dgn kumpulan pengakap tadi yg sdg bersurai. "dah habis dah?" tanyaku pd salah seorg dpd mrk. "cikgu ckp, hari ni batal sbb jerebu..."
sbb jerebu ke atau teguranku tadi...

kenapalah agaknya...

Aug 15, 2009

musim baru bola sudah bermula. tp entah kenapa aku tk begitu teruja musim ini. sedang rakan2 dr team rival sudah memulakan mind games & provokasi...hu hu. termasuklah team yg setiap kali musim bermula akan mendabik dada "tahun ini penantian akan berakhir selepas 20 tahun..." atau satu lagi kelab penyokong yg sentiasa bersedia utk mengemukakan alasan "pemain kami masih muda, tunggulah setahun dua lagi mrk akan matang & jadik juara"...
mungkin masih diulit mimpi indah juara tiga tahun berturut2. sbg juara dunia cabaran adalah biasa saja dlm dunia bola. kurang motivasi, mungkin. dah lali dgn kemenangan & kejuaraan, tdk sama sekali. tdk pernah puas utk bergelar juara. begitulah tingginya penanda aras sbg kelab bergelar juara atau feberet. tp musim ini masih panjang, perlwnn pertama hanya akan bermula esok bagi man utd.
mungkinkah sbb penghijrahan ronaldo? tdk sama sekali. yg ku sokong ialah teamnya bukan playernya. beckham pergi, keano pergi, nilsterooy berhijrah, cantona bersara...itu hanyalah asam garam dlm bola. setiap kali itu pasukan yg baik akan terus kekal di persada teratas. mlm ini bnyk perlwnn sbg pembuka tirai musim, anehnya aku lebih leka tonton live badminton di mana pemain m'sia bertarung di semi final kejohanan dunia di hyderabad. dan spt biasa, slps meletakkan harapan tinggi menggunung mrk akan kecundang...! itulah sekali lg yg terjadi mlm ini. jadi lebih baik kusandarkan sokongan & harapan pd man utd, krn kelibat mrk jarang sekali mengecewakan...

cuti sebelum waktu

Aug 14, 2009

aku langsung tdk merancang cuti kali ini. entah kenapa aku pilih tarikh ini. cuti seminggu, pd pertengahan bulan. isteri aku sendiri terkejut kenapa aku tiba2 ambik cuti. aku sendiri tk pasti sebenarnya. mungkin sbb sedikit tekanan kerja. atau 'cemburu' melihat rakan sekerja lain yg cuti memanjang. seolah-olah cuti mrk tk habis-habis. pelik jgk, aku yg jarang bercuti ni pun terkadang teragak-agak nk ambik cuti. takut cuti tak cukup sampai ke hujung tahun.
tp cuti tak dirancang ni ada baiknya. kalau nk merancang kena ikut perancangan org lain jgk. bila tk dirancang ni kita bebas buat perancangan sendiri. secara spontan.
dlm seminggu ni aku dpt mengecat bilik depan rumahku, uruskan pendaftaran sekolah erin, buat kerja ofis yg ku bwk balik, jaga eril yg demam, belajar memasak nasik goreng (gara2 malas ke kedai mkn), uruskan beberapa perkara berkaitan perancangan kewangan dgn bank, mengemas surat-menyurat & dokumen yg berlonggok & sbhgnnya sudah wajar dibuang atau dibakar, tanam benih pokok pakma, uruskan dobi pakaian, survey kedai kereta terpakai, tonton siaran tv termasuk beberapa rancangan lama yg sebelum ni aku tk pernah tonton, bersenam guna mesin yg dh mengeluarkan bermacam bunyi keriut, potong rumput belakang rumah, balut buah pokok mangga yg mengeluarkan buah pertamanya, repair ampaian kain yg dah senget....fuh panjangnya senarai. semua tu tak mungkin aku buat kalau aku merancang cuti kali ini....
cuti kali ini aku penuhi tanpa rasa bosan. semuanya ku buat dgn fikiran santai. kalau kita rancang tp tk jadi, mungkin timbul rasa tension. kalaulah selalu dpt cuti tapi gaji tetap jalan...alangkah ....

erin dah besar

Aug 13, 2009

"kenapa erin tk boleh makan chewing gum?"
"kenapa papa tk bagi erin naik basikal sorang2?"
erin selalu bertanya soalan.
adakala susah nk beri jawapan yg benar2 jujur atau memuaskan hatinya.
jawapan yg paling kerap aku beri ialah "erin kecik lagi....bla bla..."
pagi tadi aku ke sekolah dekat dgn rumahku.
tujuannya utk pengesahan pendaftaran erin ke darjah satu thn 2010, ya, thn depan.
baru lg rasanya kusambut kehadiran erin ke dunia ini.
sedar tk sedar kini dia sudah mahu ke sekolah...
betulla...erin dh besar!

bercuti di bagan lalang

Aug 11, 2009



tika mentari terbenam


berkhemah & mandi manda

projek sepang goald coast

kira2 seminggu lps aku buat booking sebuah chalet di bgn lalang. antara rumh aku dgn pantai bagan lalang tklah jauh sgt. lagipun kami dh kerap ke sana. ttp disbbkan sudah beberapa kali anak2 aku men'cadang'kan spy kami bermlm di sana, pd kali ini aku akur sj, lagipun cuti sekolah hujung bulan nanti sudah masuk bulan puasa. kata mrk kepergian utk mandi laut & bermain dipnatai tdk mencapai kepuasan krn terlalu singkat. jadi sepulangnya dr bt pahat kami pun singgah di bgn lalang.
sampai di kaunter pendaftaran chalet yg ditempah, tertulis pd kaunter, 'mohon maaf, chalet sudah penuh'. tkda sesiapa di kaunter. alamak, kataku perlahan. pasti anak2ku kecewa. lagipun booking yg aku buat tkguna sebarang deposit, bak kata org 'pakai air liur' aje. lagipun waktu dah hampir 5:30 ptg, sedangkan aku diberitahu masa buat tempahan hari tu syaratnya mesti check in sebelum jam 5:00 sbb kalau ramai org, booking tu dikira batal.sedang aku berdiri2 di kaunter agak kebingunan, tiba2 muncul dr dlm pejabat, seorg lelaki. memperkenal dirinya sbg pengurus di situ. "mintak maaf cik, dh penuh dah". "saya ada buat booking...". "dah booking tkda masalah...apa nama encik, saya semak". kata pengurus tu."saya......" jwbku. "ya, ya, ada booking...."selesai buat bayaran kami pun masuk bilik. chaletnya selesa & bersih. berdepan sj dgn pantai.berbaloila dgn harganya yg sederhana. selesai je angkut barang dr kereta kami pun tk lengah lagi terjun ke laut. mandi-manda puas2. kebetulan pulak air tengah pasang. wow...bestnya.
sebelah mlamnya kami makan ikan bakar & makanan laut yg segar di kedai tepi laut. bersebelahan sj dgn chalet kami. yg penting harganya berpatutan & kami nikmati hidangan hingga tersandar kekenyangan. pulang ke chalet, kami lepak di wakaf yg disediakan di tepi chalet. sambil minum kopi o panas & makan kacang goreng.
pg esoknya bersarapan di kedai berhampiran chalet di tepi pantai. dekat sj. kemudian sesi bergambar. diikuti sekali lagi sesi mandi manda. bermain pasir, main bola, main frisbee, lompat ombak & kejar2 dlm laut. seronok sakan. kami bermain pantai hingga keletihan. hanya kembali ketika waktu tgh hari utk check out. selesai berkemas & angkut barang ke kereta kami ke pasar ikan/hasil laut yg terletak tk jauh dr chlet tsbt. kami lihat ramai yg 'memborong' ikan & hasil laut lain. semuanya segar bugar & harganya berpatutan. peniaganya pula ramah tamah. harga pun masih boleh ditawar jika beli dlm jumlah bnyk.sudahnya kami beli udang, kepah & ikan bawal, tenggiri & cencaru utk stok dibawa pulang. walaupun cadangan asalnya cuma nk beli udang.
bermalam, bercuti, berkelah & mandi manda di bagan lalang memang berbaloi-baloi, bak kata amy search...

tol pengantin di batu pahat

Aug 10, 2009

sabtu lps aku sekeluarga ke bt pahat. tujuannya ke majlis perkahwinan anak sedara wifey. kami keluar bertolak dr rumah seawal 8:30pg. singgah dulu isi perut bersarapan di bbn cafe. perjalann lancar menyusur highway plus ke selatan.
yg penting sediakan minyak kereta yg cukup & duit tol. lebih kurang 3 jam kemudian termasuk singgah di muar & ayer hitam, kami menuju ke kawasan yg terkenal dgn 'parit-parit'nya. di salah satu 'parit' itulah yg kami tuju. sampai di sana olh sbb jlnnya hanya muat utk laluan sebuah kereta, maka terpaksalah bersenget2 utk berselisih. disbbkn agak jauh meletak kereta dr rumah pengantin, malas plk utk berpatah balik bila teringatkan kamera yg tertinggal, tambahan plak cuaca yg panas terik, sudahnya tkde sekeping gambar pun yg dpt diambil utk kenangan.
cukup tersusun 'penganjuran' majlis ini. org kampung nyata sepakat menyumbang tenaga. dr hal masak-memasak hinggalah setiap tetamu yg dtg menjamah hidangan & pulang dgn buah tgn. niat nk pulang pd awalnya terbantut bila wifey setia menunggu kedtgn pengantin wp jam sudah menunjukkan 2:45ptg. alang2 sudah sampai dr jauh tunggulah nak tengok wajah pengantin katanya memberi hujah. sebaik pengantin tiba, paluan kompang bergema, memecah damai kampung & memeriahkn suasana.
rombongan pengantin lelaki tiba2 tersekat di pintu masuk rumah pengantin perempuan. rupanya dihalang olh sekumpulan wakil tuan rumah. mrk pd awalnya berbalas pantun. kemudian meminta bayaran 'tol' dpd rombongan pengantin sebelum 'dibenarkan' masuk. mahu tdk mahu rombongan pengantin lelaki menyerahkan tol dlm sampul berwarna putih kpd kump. 'jurutol' tadi. lalu dibenarkanlah rombongan itu masuk. tdk pula aku tanyakan berapa 'bayaran tol' dlm setiap sampul itu. kaum perempuan yg membawa dulang hantaran dibenarkn masuk ke rumah, manakala pengantin lelaki 'didudukkan' di halamn rumah utk dipertontonkan dgn persembahan 'silat pulut' yg diiringi paluan & nyanyian kumpulan kompang. selesai acara silat pulut, pengantin lelaki melangkah masuk ke rumah pengantin perempuan.
sebelum menaiki pelamin sekali lagi pengantin 'dihalang' pula olh sekumpulan kanak2 yg meminta tol. kump. kanak2 itu termasuklah anak2 aku sendiri. maka, dihulurlah tol kpd kump. kanak2 itu olh wakil rombongan pengantin sekali gus utk membolehkan pengantin bersanding di atas pelamin.
menarik sekali adat atau acara yg diaturkan. bayar tol itu bagiku hanyalah sekadar utk memeriahkan susana bukannya utk membebankan atau menyusahkan rombongan pengantin. hanya utk seronok2 aje. sbb yg aku tahu dlm sampul surat tol yg diterima olh anak2 aku hanyalah dua ringgit sj...kpd yg bakal beristerikan org johor atau bt pahat khasnya, tk perlulah bimbang...hu hu
ingatkan highway aje ada tol, rumah org kawin & pengantin pun kena tol jgk!

kasihanilah mereka ini...

Aug 9, 2009


bertalu-talu aku terima sms sebaik aje sepakan penalti solomon kalou menerjah jaring yg dikawal ben foster. man utd kalah pd chelsea melalui sepakan penalti dlm perlwnn pembuka tirai EPL. community shield, itulah yg dimenangi & direbutkan olh 2 pasukan ini. man utd selaku juara bertahan EPL manakala chelski selaku juara piala FA musim lps.
perlwnn adalah seimbang. ttp dlm perlwnn yg berkesudahan 2-2 tdk ada extra-time sebaliknya terus diadakan sepakan penalti.
anehnya sms yg bertalu2 masuk itu, bukannya dpd penyokong chelski sebaliknya dpd kalangan kawanku yg merupakan kipas susah mati (die hard fan) YNWA & gunners. kesian mrk tu...tk langsung melibatkan team mrk tp tetap menonton perlwnn menarik tu semata2 utk melihat man utd dikalahkan. tk kiralah kalah penalti ke atau sekadar nk merebut 'perisai'.
kesian mereka...

mana tiket tol?

Aug 7, 2009

dah berpuluh thn aku memandu. hampir setiap hari melalui plaza tol. tk pernah aku alami apa yg berlaku semlm. yep, ptg semlm, pulang dr kerja agak lewat, hampir jam 7:00. ada kerja urgent. walaupun waktu begitu trafik 'sepatutnya' dh lengang, tk sesak. tp yg berlaku smlm sebaliknya jammed. hampir dgn tol sg besi .bukannya highway tapi susur ke the mines/astro yg jammednya melimpah ke highway. ramai yg potong q, sudahnya laluan yg tkde kene mengena pun sesak teruk. berhimpit-himpit, meloloskan kereta masing2. taktik aku ialah mengekori lori di dpn. sbb kereta lain tkkan nk himpit lori 10 tan. jadi cepatlah aku sampai ke plaza tol. slps je plaza tol sg besi, semuanya lancar.
setiba di plaza tol nilai, mcm biasa aku hulurlah duit. pekerja tol tu tiba2 bertanya "tiketnya mana incik?". hah!...aku pun seluk poket baju, takda. cari di dashboard, takde. cari bwk kerusi, pun tkde. cari dlm glove box, lagila takde. aku mula gabra...kereta di blkg dah mula berbaris. "eh, tkdela resit saya...". "incik ambik tk td, atau terlupa atau tadi incik pakai touch n go?" tanya pekerja tol. "saya tk ingatla, t n g, saya tk pakai...macam mana yek?" tanyaku. "kalau incik tk ambik, tk pe, kalau ambik, kena caj...tkpa saya cuba tanya diorg. td incik masuk tol mana?". "sg besi"....aku terdengar mrk hubungi seseorg. terdengar suara seorg lelaki menjwb "tadi driver kereta tu tk ambik tiket, dia terus jln" dia mengesahkan. "incik tk ambik tiket tadila..." terang jurutol. sambil memulangkan baki bayaran.
serentak tu, aku menjeling cermin pandang belakang. muka pemandu kereta diblkg berkerut & terkumat-kamit. barisan kereta makin panjang. bila palang tol diangkat, aku pun terus memecut kereta ku. dlm hati berkata 'dh berpuluh thn bwk kereta, mcm mana boleh lupa...' sambil menggaru kepala yg tk gatal...

apa jadi semalam?

aku melalui jalan yg sama. setiap pagi. setiap hari ke tempat kerja. aku tahu mana stesen minyak yg buka 24 jam, yg buka awal pagi atau yg bukak lewat. aku kerap singgah mengisi petrol pd waktu pagi. pagi semalam spt yg kuceritakan dlm entri "di hujung titik merah", stesen minyak tu belum bukak spt kebiasaannya. kenapa? aku pun tk dpt menjwbnya. pg ini, aku melalui jln yg sama. melalui stesen minyak yg sama. pd waktu yg hampir sama spt. semalam.
semlm ianya, gelap gelita. tanpa seorg pekerja pun.
hari ni, terang benderang. pekerjanya sibuk melayan pelanggan.
apa jadi semalam? sengaja nk 'menyakat aku gamaknya...

kisah pemandu teksi dengan pelancong jepun

Aug 6, 2009

pelancong memang perlu khidmat pemandu teksi utk ke mana2. jd tk heranla, memang ada kaitan antara kedua2nya. cuma yg nk aku ceritakan ialah gelagat pemandu teksi dgn pelancong tu. masa aku dlm sebuah teksi semasa di kuching, drebar teksi tu terima satu panggilan telefon. menariknya, pemandu tu gunakan hands free. jadi dptla aku dgr perbualannya.
yg kelakarnya komunikasi antara mrk. mcm itik berckp dgn ayam. aku agak itu warga asing. pelancong warga asing tu nk guna khidmat drebar teksi tu di sebuah pjbt pos (yg aku dpt agak, si pelancong tu pernah guna teksi tu sbb tu dpt no. telefon drebar teksi tu) kalau ikutkan apa yg aku dpt dengar. english yg diguna pelancong tu berterabur & susah nk fhm. aku sdr tk fhm. ttp yg menariknya drebar teksi tu fhm. malah english yg digunakan oleh drebar teksi tu begitu fasih sekali. dpd pertuturan tu aku mengagak sama ada pelancong tu dr jepun atau korea.
habis perbualan mrk, aku pun bertanyakan drebar. "itu org jepun ke korea?". si drebar teksi ketawa "org jepun. itu hari dia ada naik teksi saya. dia ambik no. telefon. senang mintak tolong teksi pergi mana2". jelasnya. "dia mintak saya ambik dia kat pejbt pos...saya kata saya pergi hantar customer dulu lps tu ambik dia kejap lagi...".
aku tabik dgn drebar teksi tu...

di hujung titik merah

ptg semlm lg aku sedar yg petrol keretaku sikit. jd aku rancang isikannya pg ni. di stesen minyak yg biasa aku singgah. sbb letaknya memang di laluan harianku ke tmpt kerja. sebelum tol, sebelum susur ke highway.
entah kenapa pg ni belum buka lg. masih bergelap. tk mcm biasa, buka awal. jadi aku tunggu dlm 5 minit. masih belum ada tanda2 pekerjanya dtg. terdetik dlm kepala, sama ada utk berpatah balik ke stesen minyak terdekat (yg tdklah dekat sgt) atau meneruskan sj perjalanan. wp jarum meter minyak nampaknya sudah hampir ke garis merah E ttp belum keluar simbol merah pam minyak tu...
jadi keputusannya, sama ada berpatah balik & mungkin lewat dpd biasa atau teruskan perjalanan & hadapi risiko tersadai di tgh highway sbb kehabisan petrol? anehnya aku pilih yg berisiko...teruskan memandu!
akibatnya sepnjg pemanduan konsentrasi aku agak terganggu. sekejap2 akan mengerling ke arah jarum meter minyak. hati mula berkata2 "betulke keputusan ni?""sempat ke sampai ke stesen minyak","kalau minyak habis tgh jln, nak buat camne?". rasa menyesal mula menyelinap. rasa gusar semakin menguasai.
sasaran aku ialah sebuah stesen minyak hampir dgn plaza tol sg besi. slps susur keluar kajang, nyala merah dgn gambar pam minyak terpapar di skrin. alamak! aku mula cemas. langkah defensif aku ambik. tukar dr lorong tengah ke lorong kiri. perlahankan kelajuan...
aku dh mula reda & akur dlm hati, yg aku dh buat keputusan yg silap. aku tk sepatutnya ambik risiko. mcm mana kalau ada eksiden menyebabkn jln jammed tiba2. tak ke naya?
tp masih ada sedikit keyakinan bila semakin hampir ke hala stesen minyak yg aku tuju. semakin hampir walaupun warna merah di skrin aku rasakan semakin terang...
dlm kegusaran yg semakin memuncak, aku dh nampak stesen minyak kira2 1km di dpn." c'mon bro..." terluncur kata2 menguatkan semangat yg aku tujukan pd keretaku. 500m, 300..200 ...100 m....sampai je di stesen minyak tu aku menarik nafas lega yg panjang....
lain kali aku tk buat dah...

kuching ... 4

Aug 4, 2009

waterfront, kompleks dun & fort margherita


serba tk kena
sebelah pg acara bengkel ialah rumusan & penutup. sbhgnya besar peserta pulang pg ni. hanya sbhg kecil yg pulang ptgnya. aku adalah dlm kump. itu. kalau dtg sbg peserta teakhir, pulang jgk aku antara yg terakhir bersama 5 org lg yg flightnya jam 4 ptg tu ke klia.
pd awalnya aku hanya cadang nk bwk balik ikan terubuk masin dgn kek lapis aje. cukupla. ptg semlm pun keluar bersiar2 dgn li, ipin, khai, arul mrk sibuk beli t-shirt, aku tk beli pun. tp hari ni aku berubah fikiran. sbb si edil sibuk nk beli tikar sarawak. ni kira last minute shoppingla. mula2 kami berempat sekadar nk teman edil. lepas tu terfikir plak anak2ku. baik belikan mrk t-shirt jgk. dlm sibuk2 masuk kedai, keluar kedai kami terpisah. sbb bnyk sgt kedai. aku plak tertinggal hand phone kat bilik. so aku shopping sorang2 jela. edil ke mana, ipin dan li ke mana, khai pun entah ke mana.
ada bnyk kedai. ada bnyk brgan utk ole2 di bwk balik. kraftgn, kain2, t shirt mcm2 lg la. malah sepanjg kaki lima kedai ada aja yg jual gambir sarawak yg popular tu...hu hu.
belek punya belek, keluar, masuk kedai, aku dh jadi rambang mata nk pilih. akhirnya dptla jgk kain pua kumbu utk hiasan & t-shirt menarik utk wifey & anak2ku. disbbkan terleka, jam dh pukul satu. sdgkan dh janji dgn diorg nk ke airport sama dlm pkl 2. aku pun belum lunch lagi. balik ke hotel terus ke tmpt mkn. menurut waiter tu semua org dr peserta bengkel dh mkn. maka makanla aku sorang2, ditemani 3 org waiter yg berdiri di sisi. rasa mcm vip plak. habis mkn aku terus ke bilik. mandi & sumbat brgn dlm beg. siap & terus turun. hajatnya nk kejar mrk yg berlima tu. dah pukul 2:15. sampai di lobi, waktu check out, aku dibgtau yg kwn2ku tadi baru je check out & naik teksi ke airport. salah aku jgk, padan muka kena tinggal!
aku pun terus naik teksi. sampai di sana sekitar jam 3:oo. aku kena perli dgn kengkawan tu, sbb lmbt. selepas daftar masuk aku lepak sekejap dgn mrk. sambil tengok gambar2 yg mrk ambik dr lap top edil. kami menunggu di pintu 6. tk lama kemudian pengumuman utk naik pesawat. kami pun beratur. aku terpandang pd skrin yg menunjukkan waktu tiba & berlepas pesawat. aku perasan ada tertulis pintu 5 utk penerbangan ke kl. akupun bgtau yg lelain. tp kata mrk pd tiket masing2 dicatat pintu 6. aku tengok tiket aku, pintu 5. aku yg silap kot. lgpun tkkan waktu flight sama utk 2 penerbangan serentak...fikirku.
bila tiba giliran kami, dibgtau yg flight kami beratur tu menuju ke k.kinabalu, bukannya klia. hah...!!nasib baik, kalau tdk salah tempat landing, naya! lalu kami pun berlari2 anak menuju ke pintu 5. sbhg besar, penumpang ke klia sudahpun naik pesawat. mujur kami berlima tk ketinggalan kapal terbang...
1 jam 40 minit slps itu kami pun selamat sampai di klia. layanan pramugari, elsie, mesra sekali. perjalanan pulang begitu lancar sekali. tk sedar waktu berlalu. kami pun berpecah menuju haluan destinasi masing2. khai & edil kena transit di situ, utk terbang semula ke utara & timur. aku & ipin naik teksi je. li dijemput olh drebarnya...
entah kenapa rangkap lagu, sayang sarawak sungainya sempit...terngiang-ngiang di telingaku mlm itu.

kuching ... 3

Aug 3, 2009


antara retorik dgn ikan terubuk masin
esoknya bermulala atur cara bengkel. ucapan. pembentangan kertas kerja. ptg itu kami diletakkan dlm kump. bengkel. aku lega krn diletakkan dgn group yg sesuai. diberi tugasan perancangan editorial. dptlah jugak aku beri sumbangan & buah fikiran. bengkel berterusn hingga ke petang & akan bersambung di sebelah mlm. aku harap input yg diberi dpt diketengahkan kpd pembuat polisi & diterjemahkan sbg tindakan. apa sj resolusi yg diputus dlm bengkel ni aku hrp tdk hanya berakhir sbg kertas cadangan atau retorik yg muluk shj.
ptg tu, perancangan spontan olh urus setia, kami dibwk dgn bas melawat sekitar kuching termasuk ke satok & seberang sungai. tujuannya apa lagi, ikan terubuk masin & kek lapis yg terkenal di sarawak. dlm pd itu kami jgk di bwk ke bangunan dewan undangan negeri yg baru dirasmikan olh ydp agong bulan lps. cantik & unik. pd hari yg sama jgk sdg berlangsung regatta di sg sarawak. ini sebenarnya acara tahunan yg ditunggu2 penduduk kuching. antara acaranya, perahu berhias, perahu naga, perlumbaan perahu & sukan air tradisional. memang menarik, ramai yg dtg hingga sesak jln raya. terhibur sekali. bas jgk bwk kami ke merata tempt sekitar bandar kuching. malangnya disbbkn hari ahad & tumpuan ramai pd regatta makanya bnyk kedai & tempat yg tutup. itulah alasan yg diberi olh 'pemandu pelancong' kami, zed, yg jgk urus setia, sbb dia adalah anak tempatan. kami singgah di kedai jual kek lapis yg sebenarnya rumah penduduk tempatan. biasanya rumah itu dijadikan jgk 'kilang' & kedai jual kek lapis. sistemnya sungguh teratur. mrk jgk boleh uruskn penghantaran melalui pos. bungkusannya dibuat sesuai utk diangkut dlm kapal terbang. ada jgk kedai yg advance menawarkan pembelian & tempahan secara online. kemudian kami ke satok, singgah di pasar yg terkenal dgn ikan terubuk masin. dpd yg sekecil2nya hinggalah yg besar sekali. lebih penting kami diberikan potongan harga istimewa mencecah 50 persen. olh sbb ramai yg hanya akan balik pd selasa, makanya tdk ramai yg membeli. sebaliknya menempah utk dihantarkan ke hotel pd selasa. aku tk belipun sbbnya dlm kump. bengkel, salah seorg dpdnya adalah org tempatan. dia menwarkan menjadi 'ejen' utk kami. ada pakej ikan, saiz, siap dgn senarai harga sekali. kami buat tempahan melalui dia lebih senang.
kami sepatutnya balik ke hotel dr lawatan singkat itu menaiki bas semula. ttp aku, li, ipin & khai punya rancangan lain. kami naik perahu utk menyeberang sungai utk kembali ke hotel. kami ditunjukkan di mana lokasi jeti olh zed pemandu pelancong. kami diberitau tambanganya 50 sen sj olh seorg penduduk tempatan yg jgk kwn zed. ini pengalaman baru bg sesetngah kami. wp 'pemandu' kami seorg pakcik tua, kami kagum dgn skilnya wp arus sungai agak deras masa tu & perahu sedikit bergoyang & senget. sampai di jeti berhampiran hotel, hampir semua telefon kami berbunyi serentak. rupa2nya kwn2 menunggu kami dlm bas. wp kami dh bagitau pd zed, ttp zed tk tahu nama kami! dia cuma bgtau ada 4 org balik naik perahu tp tk tahu siapa mrk. kami pun tergelak ramai2!

kuching ... 2

Aug 2, 2009





perjalanan yg panjang
lbh krg 1/2 jam dlm penerbangan pilot bgtau yg kjp lg akan dihidangkan mkn. tk lama kemudian, pilot umum spy stafnya tangguhkn hidangan sbb cuaca krg baik & mintk penumpang pasang tali keledar. cuaca di luar hujan dgn kilat. pesawat yg dinaiki bergegar & bergoyang agak kuat jgk. aku perhati pasangan di sebelah berpegag tgn. aku tkda sapa nk pegang, pegang aje kerusi dpn. di sebelah sana, aku lihat penumpang ada yg menutup mata, ada yg tunduk ke bwh aje. muka saspen jelas pd muka masing2. lama jgk kira2 10 minit. suasana kembali tenang. kami dihidang makan. aku pilih nasi goreng dgn sambal udang. ada jgk coklat & buah.
1 jam 35 minit slps berlps dr klia, kami mendarat di airport kuching. landingnya agak 'kasar'. kami terpaksa menekan brek dgn kaki & memegang kerusi depan....! sedikit cemas melintas dlm hati, tp alhamdulillah tdklah membwk kemudaratan. mungkin perkara biasa utk penerbangan mlm, sukar sedikit mendaratkan pesawat.
slps melepasi kaunter imigresen & ambik beg, aku terus tercangak2 mencari kelibat F. naik teksi berkongsi, boleh jimat bajet. sbb nk ke hotel yg sama. tk nampak pun kelibat F. aku ambik keputusan naik teksi sdr. tiba di luar aku perhati barisan beratur yg panjang. terutama mat/minah salih dgn beg besar2 mrk. teksi agak kurang. jadi adala yg potong q. takda sistem.tkda sapa yg uruskan pengambilan penumpang. ada yg mula merungut ttp sbb dah byr, kena tunggulah jgk.
dlm pd berbaris tu aku ternampk F. dia agak jauh terkedepan dlm q tu. so akupun tk lengah pergi pdnya. kata F dia pun tercari2 aku nak kongsi teksi. mcm mana boleh tk nampak yek? tiba giliran kami pun naik. tiba di hotel yg terletak betul2 tepi sungai, kami pun daftar masuk. di situ aku terserempak dgn Y, salah seorg urus setia. aku dibgtau, yg aku & F lah peserta bengkel yg terakhir sampai. aku masuk ke bilik jam 11.20 mlm. biliknya ok, besar, cantik. cuma pemandangan ikut tingkap tk berapa menarik. aku harapkan dpt river view, yg dpt pandangan pusat bandar dgn bangunan & jln raya. aik penginapan ditaja pun nak komplen...he he.
spt dh jadi tabiat aku, agak sukar melelapkan mata. sbb berada di tmpt & persekitaran baru. mujur ada movie yg menarik di tv. aku pun layan mata hingga ngantuk & tidur kira2 jam 2:30 pg.

kuching ... 1

Aug 1, 2009


antara nilai-klia tklah jauh. jd ptg tadi aku dihantar olh wifey & body guardsku. sampai di sana baru jam 7:00 ptg. anak2ku spt biasa nk ikut turun. tp aku bgtau tkpayahla. buang duit parking je. slps berslman & pesanan standardku setiap kali meningglkn mrk dgn "jgn nakal-nakal, buat homework, baca buku, tolong mama...". aku pun menuju ke balai berlps. sibuk dgn org lalu lalang & berurusan ke kaunter. olh sbb aku sampai awal sbb tk & flight jam 8:50 atas alasan tkmahu wifey memandu mlm.
slps duduk sekejp, memerhati gelagat yg mcm2 ragam aku menuju ke surau utk solat maghrib. tiba2 aku ditegur olh F. dia mewakili bossnya ke kuching utk bengkel & mesy yg sama aku hadiri. " sapa lagi ye, yg sama flight dgn kita?" antara yg ditanya pdku. "i rasa kita berdua je, sbb tk nampak pun yg lelain. sbb kebanyakannya naik flight ptg" balasku. slps perbualan ringkas, aku pun mintak diri. F dihantar olh adik perempuan & anak2nya. yg si kecil merengek nk mkn kfc.
selesai solat, aku pun ke kaunter utk dftar masuk. olh sbb aku gunakan online booking, mudah sj gunakn self check in kiosk. lgpun dh ada 'pengalaman' guna pertama kali sewaktu ke penang tempoh hari. olh sbb aku bwk beg yg sedikit besar, maklumla 3 hari 3 mlm di sana. staf di kaunter menegurku kenapa tk hand carried je, satu beg. aku senyum je. buat apa susah2 menyeret beg kalau ada khidmat bagasi. bukan kena byr ekstra pun. tiket ku tertulis 26A. aku jangka tentu dpt tempt duduk blkg, tepi tingkap. masa berjln menuju ke tmpt menunggu sblum naik penebangan, mcm biasa akan melalui kedai2 bebasa cukai yg jual perfum, coklat, jam dsb. kita akan disapa olh gadis2 manis yg 'mengiklankan' produk mrk.
sudah ramai di ruang menunggu. aku tercari2 kelibat F. tujuannya nk kongsi teksi utk ke hotel tmpt penganjuran diadakan setibanya di airport kuching nanti. sampai ke sudah tk jumpa. hinggalah dh naik apal terbang. suasana terbang mlm tk sama dgn siang. lebih ramai yg berdiam & melayan fikiran sdr. dpd yg berborak dgn teman sebelah. duduk di sebelahku satu pasangan yg aku percaya org sarawak yg balik dr bercuti di kl. pasangan ini tampil bergaya. si lelaki dgn kemeja-T & jam tgn berjenama. yg perempuannya bergaya dgn beg tgn louis vuitton. berbanding aku yg pakai jeans levi's yg beli masa diskaun raya 2 thn lps, dgn kemeja-t polo yg beli masa jusco sales. takpalah sama standard, duk kelas ekonomi jgk, pujuk hatiku.

bersambung...