jadilah seorang pekerja bukan pelakon

Sep 30, 2009

hari ni hari terakhirku sbg 'pemangku' tugas boss.
esok boss akan kembali.
adakah aku berasa lega?
ya, dan tidak.
ya, sbb beban yg terpikul di bahuku tdk lg perlu digalas.
tidak, sbb bnyk perkara yg terbuku di benakku, sama ada utk ku laporkan atau tdk pd boss.
aku tkda masalah langsung dlm menjlnkan tugas2 yg diamanahkan. malah aku tdk rasa terbeban spt mana yg aku jangkakan.
cuma yg menjadikan aku 'terkilan' ialah sikap rakan2 sekerja.
mrk tdk 'jujur'. sdgkan kita seharusnya jujur dlm apa jua yg kita lakukan termasuklah pekerjaan kita. kita bukan bekerja krn boss atau ketua, ada atau tdk. kita bekerja krn kejujuran kita utk menjalankan tugas yg diberi.
lebih menjengkelkan, bukan shj staf peringkat bawah berbuat begitu, yg senior pun sama juga. sudah diberi kelonggaran pulang 4:30 pd bulan puasa, masih nak balik seawal jam 4:00. dah diberi rehat setengah jam di bulan puasa, mrk ambik kesempatan bershopping & lunch sampai jam 3;00 ptg.
soal urusan luar ofis pun begitu jgk. bermcm alasan yg diberi bila nk keluar. kenapa bila boss ada, mereka tk pulak bnyk urusan di luar?
esok, yg pastinya semua akan menjadi 'pelakon terbaik', semuanya akan menjadi sgt sibuk . . .

dua jawapan untuk soalan yang sama

Sep 29, 2009

sejak minggu lepas, sambungan internet di ofisku terputus. jadi kami terpaksa bergantung pd broadband kepunyaan sendiri. beberapa rakan & penulis mengadu yg e-mel mrk hantar 'melantun' semula. maknanya, kotak e-mel aku dh penuhla tu.
soalnya mengapa terjadi begitu?
1.
seorg staf menghubungi bhg yg bertanggungjwb membetulkan kerosakan & menyambung semula apa2 yg patut. katanya dia sudah menghubungi pihak terbabit, ttp memandangkan masih ramai staf bercuti raya, maka tdk ada juruteknik yg boleh dihantar utk membetulkannya.
ptg itu stafku memaklumkan perkembangan lain. katanya, seorg juruteknik sudah dihantar ttp tdk dpt masuk ke bilik terletaknya server utk dibaiki. puncanya, staf yg memegang kunci bilik tersebut masih bercuti raya. manakala ofis pulak tdk memiliki kunci pendua.
2.
dimaklumkan olh pihak terbabit bhw, kerosakan sambungan internet ke ofis kami berpunca dpd kerosakan saluran kabel fiber optik yg terputus akibat kerja pembinaan bangunan berhampiran ofis kami. kami juga dimaklumkan kerja memulihkan kabel dijangka memakan masa seminggu. kerja pembaikan sdg giat dijlnkan.

dua jawapan berbeza utk soalan yg sama. sama ada boleh terima kedua2nya. terima salah satu. atau tolak kedua-duanya. . .

meratah siakap di rumah angah

Sep 27, 2009

mengikut rancangan, kami adik-beradik akan berkonvoi ke rumah angah di bahau. tp disbbkan aku perlu tunggu wifey balik kerja dulu pd hari sabtu itu, makanya aku cadangkan yg lelain, bergerak dulu. jadualnya mkn tengah hari sambil beraya di rumah angah.

bergerak dr rumah kira2 12:45pm. aku diberitahu usu spy tdk ikut lebuh raya plus melalui senawang. jadi aku pun ambik keputusan merentasi jln bandar seremban. memangla tk jam. ttp yg melambatkan kami ialah terpaksa melalui 10 persmpangan lampu isyarat sepanjang melalui bandar seremban menuju ke ampangan, paroi & tembus ke bkt putus. kami habiskan masa setngah jam melalui bandar sermban sj.

sampai di bkt putus, pergerakan kenderaan sgt perlahan. wp tak jammed tp disbbkan kenderaan yg bnyk, maka perlahanlah jadinya. sampai di tg ipoh, aku ikut jln pintas melalui ampang tinggi tembus ke pekan k. pilah. sekali lagi masuk jln pintas yg pernah ditunjukkan olh acik. melalui jln kampung, bukannya ikut jln utama. akhirnya sampai di rumah angah hampir jam 2:15pm. konvoi yg lain sudah pun tersandar kekenyangan.

kami berlima dihidangkan ikan siakap segar yg besar. dibakar & cecah sos yg dibuat sdr. dah lama tk mkn ikan sungai segar begini. olh sbb jadi kumpulan terakhir, maka jadi 'tanggungjawab' kami menghabiskan apa-apa yg tinggal... hu hu.

lepas tu kami berborak, lepak adik beradik. semuanya ada, kecuali andak sekeluarga. mcm biasa, cerita nostalgia paling popular. rupa2nya angah berpuasa. puasa enam. hari tu jgk merupakan hari jadinya. sebelah mlmnya, dia menjemput rakan2 sekitar perumahannya utk hadir majlis doa selamat. katanya menu mlm nanti, nasi tomato. dia mintak kami tunggu smpai mlm. kami menolak dgn baik, sbb ada perancangan lain. konvoi akan bergerak ke rumah 2 lagi rumah saudara yg dh lama tk dikunjungi. selepas solat asar di rumah angah, kami beredar...

jangan pandang sebelah mata pada apek

Sep 26, 2009

pagi itu aku ke kedai runcit.
sdg aku berjalan di kaki lima kedai, aku ternampak seorang apek jln mundar mandir.
dia baru saja keluar dr kedai empat nombor ekor.
aku tak tahu pulak apa kenanya si apek tu. mcm org tak betul aje.
lalu aku terus masuk ke kedai runcit berhampiran. beli telur, lada kering, gula, garam, kunyit & rempah spt yg dipesan mak.
sebaik aku berjalan dgn bungkusan brg tu menuju ke arah motor kapcaiku, bahuku ditepuk seseorg.
sedikit terkejut aku segera menepis & berpaling pd yg empunya tgn.
laaa…apek tadi rupanya. apahal pulak ni, getus hatiku.
nasib baik tak ku kilas tgnnya, langkah mempertahankan diri, teknik silat sendeng yg pernah kutuntut masa di asrama dulu.
“apa hal ni pek, kacau org?” sergah aku pd apek tu.
“bukan mau kacau, maa. wa ada hal mau ciakap sama lu…”terang si apek
“amende pulak. kau kena ekor ke? nak belanja aku mkn rojak?” perliku.
“bukan itu maciam. wa mau celita sikit sama lu. kalau lu mau lengar, lu mulih jadi kaya wooo…” jelas apek. aku berasa curiga. apa agaknya muslihat apek ni. nak mengenakan aku ni gamaknya.
“tu ape…?” tanyaku pd apek yg memegang sekeping kertas, seakan2 resit atau tiket.
“ini macam kawan. gua ini hali ahh, ada manyak ong. wa punya nombor beli itu nombor ekor, sula menang pirst plise” cerita apek dgn bahasa pelatnya
“biar betul pek, lu jadi kaya la itu macam?”.
“ini mukan kicik punya nombor, wa letak besar punya wang. suda kena jackpot, nombor wa naik. boleh dapat 8 juta linggit, maa”
“huagrrrgh…banyak tu. lu kaya la apek. jadi jutawan segera…! aku tercengang
“itu yg jadi masalah wa. wa tak mau itu wang manyak. apa mau bikin. wa sulah tua. bini pun sula takda. anak wa solang, pompuan ada sana hong kong. tak balik-balik. anak laki pun ada sana penang. sulah kaya. bisnes. suda kaya. duit manyak pun tala guna”
“habis tu, kalau betul apek menang, sama mau ambik ini duit” tanyaku lurus.
“wa sudah tua. apa guna luit manyak. sulah mau mati. wa main ekor, suka-suka. bukan mau kaya. cukup makan sudahla. ini sulah minang ekor 8 juta, apa wa mau bikin?”
aku hanya terlopong. mcm tak percaya je cerita apek ni.
“itu pasal wa panggil lu mari sini. wa mau lu angkat ini tiket. pelegi claim itu luit. lu moleh jadi kaya. lu muda lagi. moleh pakai itu uwang. wa tak mau wang manyak. lu mau ka? tanya apek pd ku. sambil menghulur tiket empat nombor ekor bernilai 8 juta pd ku.
aku terkedu. tiba-tiba kepalaku pening. rasa nak pitam . . . pandanganku tiba-tiba bertukar gelap...

setahun hanya sekali...

Sep 25, 2009

seorg rakan sepejabtku, biasanya tdk mengambil cuti bila musim perayaan.
lgpun dia memang tk sambut apa-apa perayaan pun…he he
katanya sengaja nak enjoy memandangkan org lain cuti panjang & sekolah pun ditutup krn bercuti maka jln raya sekitar ibu kota tentulah lengang. terhindar dpd kesesakan. takda stress. tak perlu berhimpit2. sbb itulah dia enjoy bila org lain sibuk bercuti.

thn ini aku turut menikmati apa yg dirasai olh rakan ku itu. kebetulan aku tdk bercuti raya thn ni. aku keluar rumah dr nilai jam 7:15 pg memandu dgn kelajuan sederhana. tapi masih sempat sampai ke pejabat kira2 jam 8:10. aku menikmati pemanduan sepanjang perjalanan yg melegakan. spnjang minggu ini hingga esok, pastinya jln raya masih lengang. kalaulah hari2 begini, alangkah indahnya…

senyum sokmo

Sep 24, 2009


bila anak kecil bertanya...

kadang2 anak-anak kecil bertanyakan soalan yg kita sendiri tk pernah terfikir utk ditanya.perkara kecil & remeh bagi kita, ttp mrk melihatnya sbg sesuatu yg besar, aneh & mengelirukan. mereka ingin tahu. sbb itulah mereka bertanya itu & ini.

semalam semasa duduk berehat slps pulang dari kerja, si kecil, erin menghampiriku dan bertanya:

"kenapa kita kena duduk tempat yg sama, papa. papa duduk kat kerusi tu, mama kat situ, abg kat sana, angah kat sini..?" sambil menunjukkan meja makan & kerusi tempat duduk setiap ahli keluarga.
ya tak ya jugak. tempat duduk tetap. setiap kali makan, kami akan duduk di tempat yg sama. seorang pun tdk pernah membantah. sudah tahu. sudah faham. sudah maklum. tdk perlu ditunjuk atau diatur lagi. semuanya spontan. setiap kali makanan dihidang, semuanya akan duduk di tempat yg sama. seminggu lepas, kelmarin ataupun mlm nanti. kekal di kerusi yg sama.

apa jawapan yg harus diberi? kenapa begitu? bukannya ada tanda nama di kerusi tu? kenapa perlu ada kerusi tetap? kenapa tdk ada yg pernah membangkitkan persoalan ni? mcm mana nk jawab soalan anak kecil ini?

mujur otakku pantas memikirkan jawapan kpd soalan yg jujur ttp subjektif itu.
"samalah mcm erin kat sekolah. erin tiap-tiap hari duduk kat kerusi yg sama kan...mcm tulah kat rumah, semua org duduk kerusi yg sama...betul tak?"
erin tersengih & menganggukkan kepalanya. bersetuju & puas hati dgn jawapan ku...

masih ramai orang buta huruf di malaysia!

Sep 23, 2009

aku kerja hari ni, walaupun kebanyakan org masih menyambut hari raya & bercuti.
ofis dibuka. tapi masalahnya semua kedai mkn & kantin berhampiran, ditutup.
aku tk bersarapan pagi ini. olh sbb tu aku ke sebuah kompleks beli belah tgh hari td.
kalau takda bnyk pilihan atau kedai mkn yg dibuka pun sekurang2nya restoran makanan segera pasti buka. lgpun itu sj pilihan yg ada. kalau tk, kebulurlah hari ini.

slps mkn, masih ada sedikit masa utk singgah beli apa yg patut di hypermarket di situ. lgpun nk meneman rkn sepejbt yg nk beli sedikit barangan keperluan.aku cuma beli 2 botol minuman jus, yg menawarkan harga diskaun.olh sbb memang disediakan lorong pantas (fast lane) utk yg membeli barangan yg sedikit jumlahnya, aku pun beratur dilorong tsbt.

agak mengecewakan bila ada 2 org yg beratur di dpnku, membawa troli yg sarat dgn muatan pelbagai barangan. sdgkan dgn jelas & terang papan tanda yg menyatakan "10 items and below only". sama ada mrk buat2 tak peduli atau memang buta huruf, aku tk pasti. lebih memanaskan hati, kasyier tdk pula menghalang mrk dpd melanggar peraturan. sebaliknya dgn 'senang hati' membuat kiraan barangan. perbuatannya mendpt reaksi aku & seorg lagi pelanggan yg beratur di dpnku. ttp tdk ada tindakan pun dpd kasyier tsbt. kemudian seorg lagi dgn troli yg sarat kemudian membuat bayaran di kaunter. sekali lagi kami komplen. pelanggan itu sebaliknya mengatakan "ini kasyier tkda marah, apasal lu org bising?!"dgn nada kurang ajar. aku pun membantah "lu tak tau baca ka, tara nampak itu tulisan?". dan seorg lagi pelanggan yg menyokongku menambah "so selfish la you!". pd pelanggan yg menolak troli penuh itu. sebaliknya si kasyier, tdk berkata apa2 sebaliknya terus memasukkan barangan dlm beg plastik & mengira item barangan. dgn masam muka, pelanggan yg menolak troli berlalu dgn merungut. walhal dia sendiri tahu yg dia bersikap pentingkan diri.

haruskah aku salahkan dia? sdgkan yg membuat peraturan pun tak ambil peduli, tambahan pula sikap si kasyier yg langsung tdk ambil endah aduan & bantahan kami.apa gunanya fast lane? kalau tdk dipatuhi pelanggan & pemilik serta pekerja hypermarket itu sendiri? lebih baik biarkan saja semua lorong sama, tak kira barnagn bnyk atau sedikit, takdalah yg sakit hati...

masakan arab acik dan rendang kak lang

Sep 22, 2009

utk berlaku adil bg pasangan yg sdh berumah tangga, mrk akan buat sistem giliran. kalau thn ni beraya di kg isteri, thn depan giliran beraya di kg suami pulak. bagi yg jarak kg kedua-duanya tdklah terlalu jauh mcm aku, biasanya pd hari raya kedua, giliran beraya sudah bermula. suasana rumah yg penuh sesak dgn sanak saudara yg berkumpul pd raya pertama di rmh mak mentua ku kembali lengang pd raya kedua. seawal 9:00 sudah ada yg memulakan perjalanan pulang beraya ke kg satu lagi. diikuti olh keluarga yg lain, beransur-ansur meninggalkan rumah mak mentua. keluarga aku memulakan perjalanan beraya ke nilai pd jam 11:00 pg. kami singgah di rumah sepupu wifey di kuala rompin dlm perjalann pulang itu. kari daging & ayam masak merah begitu membuka selera kami. menyebabkan aku terpaksa memandu dgn perut ketat, wifey & anak2 pula tertidur kekenyangan.

sepnjg perjalanan, bnyk kenderaan di jln raya. walaupun tdklah sampai terjadi kesesakan. bagai manapun setiba di kuala pilah, laluan hala bertentangan sesak teruk hingga ke bkt putus - iaitu rantaian sejauh 15km. kalaulah thn ini giliran beraya di nilai dulu, pastinya kami terbabit dlm kesesakan itu. alhamdulillah, giliran thn ini adalah sebaliknya.

sebaik memasuki seremban, acik menelefonku bertanyakan aku di mana ketika itu. katanya dia ada buat 'makan-makan' di rumahnya. sampai di nilai dlm setengah jam kemudian, aku tdk pulang ke rumah, sebaliknya terus menuju ke rumah acik. ada sesuatu yg istimewa di rumah acik kali ini. masakan makanan ala-Arab. dengan masakan nasi mirip nasi bukhara/beriyani tetapi dilengkapi dgn sos cili, sup daging & mayonis digaul dgn buah-buahan (aku pun tk tahu mcm mana nak terangkan). mengikut acik, resipi itu dipelajari dpd pensyarahnya di UIAM. acik mengambil kursus bahasa Arab utk memenuhi waktu terluang. sbb acik sudah pun pencen kerja. sungguh enak mkn sesuatu yg berlainan dpd biasa. semua memuji masakan acik. hinggakan acik terpaksa menanak nasi seperiuk lagi!

sekembali dr rumah acik barulah pulang ke rumah. mengemas rumah yg beberapa hari ditinggalkan & berehat sekejap. sebelah mlmnya kami ke rumah kak lang. spt biasa, rendang daging kak lang memang takda tandingan. hinggakan kami sekeluarga tersandar kekenyangan...badan yg susut sepanjang tempoh puasa sebulan dulu, sudah ditampung dgn hanya dlm tempoh 2 hari beraya!

bila tv dikuasai lelaki...

Sep 21, 2009

saban tahun bila pulang ke kampung berhari raya, aku & kaum adam yg dewasa tk berpeluang langsung tengok tv. lagipun kami tk begitu meminati program tv yg disiarkan di hari raya. selain hiburan nyanyi2 (kalau tkda program siti, tak sah) atau filem melayu yg dikitar semula, tkda apa yg nak ditonton sgt. sbb tu biasanya tv dikuasai olh kumpulan kanak2 atau kaum ibu/perempuan. kami biasanya ‘sibuk’ berborak dpd lepas mkn mlm hingga larut mlm. macam2 topik yg dibualkan. maklumlah bukannya selalu berkumpul begitu.

tapi raya thn ni sedikit berbeza. mungkin sbb ketiadaan kaki borak yg pulang beraya. krn giliran balik beraya ke rumah mentua. tumpuan kami beralih kpd tv. lebih tepat lg live bola, EPL. pd mlm raya pertama ada match melibatkan arsenal & liverpool. bermula dr jam 10:00 bersambung hingga 2:30 pg. jadi tkda peluang bagi kanak2 & kaum ibu menonton tv. mlm berikutnya pulak seawal 8:30 dh ada live menarik man utd vs man city diikuti perlwnn melibatkan chelsea.

menariknya kebanyakan yg menonton tv ialah penyokong liverpool & arsenal. slps perlwnn mlm sebelumnya yg dimenangi olh arsenal & liverpool, mrk begitu 'berminat' nk tengok live man u-man city. dgn harapan man city menang atau seri pun dh cukup. begitu desperatenya diorang…hu hu. sanggup menahan hati & kebencian pd rival dgn menonton perlwanan mrk. aku cool aje wp akulah satu2nya penyokong man u di situ. banter spt ‘habisla man u’, “manu tk kuat mcm dulu, ronaldo takde”, “man u bungkus than ni”. aku cuma jwb “boringla, asyik menang je, tiap2 thn jadi champion”.

sebaik saja rooney menjaringkan gol seawal minit ke-3, mrk yg lain mula mengeluh. ttp perlwnn slps tu berlangsung rancak, berbalas serangan berbeza sekali dgn perlwnn derby spt kebiasaan. lebih menarik lag bila penyokong arsenal & liverpool bersorak riang setiap kali man city menjaringkan gol penyamaan. terutama bila bellamy menjadikan kedudukan 3-3 pd minit akhir perlwnn. aku dijadikan sasaran ‘sorakan’. namun pd saat genting owen tiba2 muncul mengekalkan status quo man u. dan sorakan aku seorang saje yg memenuhi ruang tv ketika itu, dgn yg lain terdiam, terlopong & menggosok2 mata seakan tak percaya. dr mana munculnya owen & bagaimana giggs begitu pintar mengumpannya? sepelik bagaimana sekumpulan lelaki dewasa, menguasai tv pd raya than ini slps saban raya mrk asyik mengalah & beralah?

meraikan yang ada, mengingati yang tiada

Sep 20, 2009

rumah mak mentua di kampung penuh sesak dgn anak2 & cucu yg pulang beraya sjk ptg semlm & mlm tadi. hinggakan segenap ruang rumah penuh sesak. nk tidur pun dh serupa mangsa banjir. bergelimpangan. mujur rumah mak mentua aku ni besar. ada 6 bilik, itupun masih belum mampu menampung anak cucu yg pulang beraya.

pg ni slps bersarapan nasi dagang, ketupat, rendang & kuih kacang. masing2 sibuk bersiap dgn baju raya. pagi2 ni masing2 sibuk menggayakan baju melayu & baju kurung. menariknya setiap keluarga dgn warna tema masing2, lengkap bersampin & bersongkok bg yg lelaki. yg perempuan plak dgn baju kurung & tudung pelbagai fesyen. sebelum ke masjid utk solat sunat aidilfitri, tradisi tahun2 sebelumnya kami semua saling bermaaf2an. cuma tahun ini buat kali ke-2 beraya tanpa arwah ayah. sedikit menyedihkan suasana. slps tu yg lelakinya mula bergerak ke masjid.

selesai ke masjid, konvoi ke pusara mula bergerak. 8 buah kereta bergerak serentak. melawat pusara arwah ayah, dgn pimpinan bacaan yasin & doa abg ngah. terasa terharu mengenangkan yg sudah tiada.

slps menziarahi pusara, kami singgah di rumah saudara mara. 4 buah kesemuanya. ternyata sukar bg btuan rumah menyediakan ruang apalagi juadah utk rombongan kami, ibarat rombongan nikah kahwin lagaknya. ramai sekali. yg paling aku ingat ialah serbuan kami di senuah rumah iaitu rumah mak itam yg menyajikan nasi dagang dng kari ayam kampung. perjalanan balik konvoi ini hanya sampai ke rumah pd jam 3:00 ptg. agenda seterusnya, tidur...zzzz dlm kekenyangan.

meredah kelam dinihari,menyahut lambaian desa

Sep 19, 2009

seawal 3.30am wifey sudah mengejutkan kami dpd tidur. mlm td aku diarahkan tidur awal. maklumlah aku memikul tugas berat sbg pemandu. perjalanan kami ke kampung memakan masa antara 4 1/2 - 5 jam. jadi sewajarnyalah aku diberikan masa rehat yg cukup. aku tahu sepanjang mlm tadi wifey mengemas rumah & mengemas barangan utk dibwk pulang ke kg.

tepat jam 4:30 pg kami memulakan perjalanan. minyak kereta sudah diisi penuh ptg semlm. bekalan utk sahur hanyalah air nescafe & milo dlm tin. makanan pula ialah roti. cukupla, lagipun hari ini hari terakhir puasa. nk mkn pun tak berapa nk lalu.

perjalanan seawal ini dirancang utk mengelakkan kesesakan trafik yg dijangka teruk hari ini. jadi sahur & tidur kami menjadi korban. trafik lancar sekali, pd dingin pagi yg gelap. anak2 tk boleh tidur krn teruja nk balik kampung. bertemu sepupu2 mrk. nak main bunga api. nk tayang baju raya.

menjelang ke pagi, mata makin mengantuk. jadi kira-kira jam 6:30 aku berhenti di R&R muadzam shah. utk solat subuh & melelapkan mata seketika. slps hilang mengantuk, akupun meneruskan perjalanan. perjalanan masih lancar, walaupun kenderaan di jln raya semakin bnyk, tdk sewaktu awal pg ketika kami meninggalkan nilai tadi. siaran radio mula melaporkan kesesakan jln raya di sana-sini. aku & wifey hanya tersenyum lega.

kami sampai di kampung kira-kira jam 9:30 pg. dgn selamat. aku pun sambung tidur.

kisah enam budak hitam dengan sebuah gitar

Sep 18, 2009

kami nekad. gitar kapuk tu mesti didptkn semula. perancangannya, mlm minggu ni. sbb warden mael biasanya balik rumah bininya hari sabtu. dia off sabtu ahad. hanya ketua warden yg tinggal di rumah warden yg ada pd hujung minggu. warden mael hanyalah fellow warden yg tinggal sebuah bilik warden yg disediakn di hujung dorm tuah. sebelah dorm kami. biasanya warden mael akan balik ke rumahnya hari sabtu. kadang2, petang jumaat lagi dia dh balik. ambik 'bekalan nafkah' dpd bini dia utk seminggu la tu...he he.

dah dua hari dah kami tk berlonggok petang2. main gitar, atas tangga hujung asrama. sambil nyanyi, sambil ngorat pelatih maktab perguruan yg ulang alik ke asrama mrk. petang2 kami dibenarkn buat aktiviti bebas, sama ada bersukan, beriadah (tidur pun riadah jgk). kalau tkda latihan bola atau sukan lain (terutama pd luar musim) kami lepak main gitar je. gitar tu, boy yg punya. boy memang 'terer' main gitar. masa cuti sekolah dia join band. main kad kenduri kahwin atau kelab. entah kenapa 2 hari lepas si sudin punya kemaruk, diangkutnya gitar kapuk si boy masa pergi prep. apa lagi kena rampaslah dgn warden mael. gitar tu 'dipercayai' disimpan oleh warden mael dlm biliknya. bilik fellow, kat sebelah dorm tuah. teruk si sudin kami kutuk, maki hamun. hinggakan sudin terduduk mencium kaki kami, mohon ampun & maaf. kami pun dah kemaruk nak main gitar. jari-jemari kami dah gatal nak petik tali gitar. lagipun kami kesian tengok si boy, yg dah 2 hari tk lalu mkn, krn rindukan gitarnya (alasan kukuh ni...).

hujung minggu adalah hari aktiviti bebas utk penghuni asrama. mlm minggu inilah akan kami jalankan misi merampas kembali gitar dari bilik warden mael. kami dh sahkan yg warden mael, dh pun balik ke rumahnya pagi td. tugas kami ialah mengelakkan terbongkarnya rahsia komplot ini dpd ketua asrama & balaci2nya. tapi bagaimana caranya?
aku & taleban dah buat perancangan strategik. master plan yg genius. taktikalnya, itik, yg bertubuh paling kecil antara kami terpilih sbg ejen khas utk menjlnkan misi pentig ini. ini soal hidup mati. sbb si boy dah 2 hari mogok lapar!

ptg itu kami kami berenam berkumpul di tangga asrama. aku & taleban aturkan taklimat. itik menggalas tugas berat ini. itik perlu merangkak di atas siling. bukaan siling terdpt di dorm jebat. mlm ni dia perlu menyelinap masuk ke dorm jebat. panjat ke siling, melalui dorm jebat, melepasi dorm tuah, seterusnya masuk ke bilik warden. slps mengambil gitar itu, itik perlu merangkak semula ke atas siling melalui laluan yg sama & turun ke dorm jebat. tugas kami berlima ialah memantau, kelibat si itik tdk dilihat olh ketua asrama & balaci2nya. itik akan memanjat siling melalui katil double decker berhampiran lubang utiliti siling dlm dorm jebat.

tepat jam 1:30 pg, kala bulan malu-malu kucing menampakkan sinarnya. tatkala sebahgian besar penghuni asrama yg lain lena diulit intan. misi pun dilancarkan. itik berpakaian serba hitam. bagai si ninja lagaknya. lalu menyelinap masuk si itik ke dorm jebat. memanjat katil double decker, seterusnya masuk ke lubang utiliti siling. kami berlima yg lain berada di lokasi strategik yg ditetapkn dlm perancangan utk memantau. si itik merangkak dgn hati2 di atas siling. dgn lampu suluh kecil. dia perlu merangkak dgn memegang & memijak kayu2 di atas siling. silap langkah terperosok atas siling. maunya pecah siling & itik bergolek jatuh. kami menaruh harapan amat tinggi pd itik. kami menaruh kepercayaan sepenuhnya pd itik. itik punya skil merangkak yg sesuai dgn susuk tubuhnya yg kecik.

kira2 20 minit lps misi dilancarkan. itik sudah turun semula dr atas siling. dengan gitar sekali! ya be da be du!! misi kami berjaya. pg esoknya, waktu sarapan, aku tengok si boy begitu berselera sekali mkn. begitu jgk waktu mkn tengah hari. ptg itu kami lepaskan gian main gitar sambil nyanyi tanpa henti.

esoknya, isnin. boy dipanggil olh ketua warden. tak lama kemudian kami berlima yg lain - aku, sudin, taleban, itik & kundur pulak dipanggil. kegembiraan kami hanya sekelip mata. kami berenam, kena rotan & didenda cuci tandas asrama.

catatan: tamat sekolah, boy menyertai sebuah band yg pernah merakamkan album, taleban jd cikgu, itik masuk uitm (tp lps tu tk tahu plak ke mana). spt yg lain2nya, aku dh lost contact

adakah aku seorang prejudis?

1.

aku arahkannya hadir dlm satu mesyuarat. katanya clash dgn temu janji dgn wakil syarikat buku. aku minta dia tunda temu janji tu. oklah katanya. pagi hari mesyuarat, katanya dia ada exam jam 4:30. jadi minta kebenaran aku utk undur diri dpd mesyuarat lebih awal. aku kata, ok, asalkan dia attend mesyuarat tu sbg wakil kompeni kami. baiklah katanya. jam 12:00 tgh hari dia menelefon dr luar pjbt. katanya, mungkin lewat sikit ke mesyuarat sbb ada urusan di bank. aku ckp, cuba tepati masa. jam 2:45, dia telefon lg. dua kali. aku sengaja biarkan tk berjawab. jam 3:00 dia hantar sms mengatakan tk dpt hadir ke mesyuarat tu, sbb keretanya terlibat dlm kemalangan ketika dlm perjalanan nk ke tempat meeting. aku balas sms, supaya uruskan keretanya dulu. pasal meeting, lupakan sj tp maklumkannya pd penganjur.

persoalan: betulkah dia ada temu janji dgn wakil syarikat buku? kalau benar clash dgn meeting tentunya clash jgk dgn exam yg diadakan jam 4:30? apa motifnya telefon aku tengah hari tu? betulkah kereta yg dipandunya terlibat dlm kemalangan? apa pun aku tk mahu berperasangka buruk pdnya. aku terima sj alasannya.

2.

semua staf diminta buat permohonan cuti raya 2 minggu awal. supaya perancangan utk operasi kerja tdk tergendala. semua akur. akupun dh luluskan cuti mrk. tp masih ada yg ambik cuti sakit & cuti kecemasan. malah ada yg mohon cuti hari ini utk kelulusan! apa masalah mereka? yg peliknya permohonan secara online dibuat pd hari ini, sdgkan mereka sudah bercuti. adakah 'org bunian' yg mohon utk mrk? bukankah semua org diperuntukkan cuti, gunakan sajalah. lebih buruk lagi bila pelulus pertama dgn 'senang hati' memperakukan cuti mrk ini. aku akan biarkannya tergantung - lulus/tdk lulus -

menyelami jiwa jujur kanak-kanak

Sep 17, 2009

biasanya slps berbuka & tersandar kekenyangan, anak2ku berehat tonton tv. lps tu buat homework atau ulang kaji. dlm masa sama suara mrk riuh rendah memecah suasana. sebaliknya, suasana mlm selasa itu, tk sama. tk spt hari2 biasa. mrk terperap dlm bilik. malah si kecik, erin pun join sama.

mulanya aku tk endahkan sgt. tp kemudian rasa sunyi plak, tnpa suara gurauan, ketawa & gaduh kecil mrk. lalu aku buka pintu bilik mrk, sedikit. spt org mengintai lagakku. ketiga2nya sdg 'sibuk' melukis sesuatu pd kertas. eril sibuk mewarna. erol melukis sesuatu spt seorg yg berbaju melayu & bersongkok. lukisan erin plk, entah apa-apa. lalu aku pun bersuara "lukis apa ni...?". tanpa berpaling pd ku & mata serta tgnnya menari-nari mewarnai lukisan, "kad raya..." jwb eril ringkas. "ooo...kad raya, lukis sendiri ya...!". aku semakin jelas. "ramai kengkawan bg kad kat teacher...kita org pun nak kasi jgk", tambah erol, menjelaskan.

entah kenapa hatiku tersentuh. begitu besar pengaruh kawan2 & cikgu pd mrk. hinggakan 'bersusah payah' menyiapkan 'kad raya' itu. sdg kad raya yg mrk maksudkan itu dibuat sendiri, hasil lukisan & warnaan mrk sendiri. 'kad raya' itu pulak dikoyakkan dpd halaman buku latihan yg tdk dipakai lg.

tiba-tiba aku rasa bersalah. takkanlah nk dibiarkan sj budak2 tu hantar kad raya 'yg kurang sempurna', yg selekeh dan 'tdk sepertinya' itu pd cikgu mrk. iyalah, kad raya buatan sdr, lebih besar maknanya, walaupun tk cantik, tak berwarna-warni. tp seolah2 mak bapak tk ambik perhatian pd perkara kecil sebegini, hinggakan 'kesedaran' anak2 kecil ini lebih tinggi. mrk berusaha menghasilkan 'kad raya' walau bahan yg digunakan tdk sesuai. yg penting ianya percuma & hasilnya dpt diberi kpd cikgu mrk.

kadang2 perkara kecil begini bagi mak bapak, tetapi besar ertinya pd mrk. iyalah, tentu mrk rasa 'ketinggalan' atau 'serba salah' memandangkan kawan2 lain memberi kad raya pd guru sdgkan mrk tidak. itulah yg aku dpt rasakan sdng bermain di kepala mrk. itulah yg mendorong mrk dgn idea - melukis & mewarna sdr utk menghasilkan sekeping kad raya utk cikgu.

kita selalu terlupa & mungkin pernah berkata 'budak-budak tk tau apa-apa'. perkara kecil itu BESAR bagi mrk. lantas aku katakan pd mrk, "cantiknya kad raya ni, lukis sendiri ya.' mrk cuma tersenyum sumbing, menerima pujian. walaupun pujian tu tk seikhlas mana, sbb tk cantik pun sebenarnya...he he). "kalau papa belikan kad raya, utk bagi pd cikgu & kengkawan, nak tak?". aku memancing. segera dijawab "nak...nak!" dgn wajah yg tiba2 bertukar girang & sorakan yeyyy! lalu mrk segera menyimpan kertas, gunting, pensel warna tsbt.

sepulang dr kerja, ptg itu, aku singgah di kedai. belikan kad raya yg aku janjikan. spt diduga, sebaik sj pulang dr sekolah ptg itu, soalan pertama eril & erol ialah "papa dah belikan kad raya?". alangkah seronok & gembiranya mrk bila aku berikan kad raya itu. tk sempat mandi & tukar pakaian sekolah lagi, mrk segera menuliskan nama2 cikgu & kawan pd kad raya itu utk dihantar bila ke sekolah esok...aku hanya mampu tersenyum melihat gelagat mereka. lurus, jujur & putihnya hati kanak-kanak. kalaulah semua org dewasa spt 'bersihnya' kanak-kanak di dunia ini...

kenangan di puduraya nak balik raya

Sep 16, 2009

usu dh belikan tiket utk kita org berdua. usu yg teruja. sbb nk balik raya. usu student praktikal. aku plak baru kerja. jd tk dpt cuti raya, panjang2 mcm org lain, mcm senior yg dh lama kerja. usu dh beli tiket, awal2 lg. kami balik naik bas ekspres. dijangka bertolak jam 6:30 dpd puduraya. usu beli tiket utk kita org balik sama2. lg pun mak dh pesan suruh balik sama2. ikutkan, mlm ni mlm rayalah.

aku balik kerja jam 5:00. itupun sbb bulan puasa, boleh balik awal. kalau tk waktu pjbt sampai pukul 6:00. kalau ade O.T, balik mlm la jwbnya. tapi hari ni aku balik 5:00 sharp. balik rumah sewa dulu. beg dh siap packing. mandi p. ramlee je. lps tu, terus gerak ke bus stop, tunggu bas.dah janji dgn usu. lgpun usu dh beli tiket. dan mak suruh balik sama-sama.

olh sbb esok nk raya. makanya jln sesak teruk. aku naik bas dr p.j. 5:30 bas dtg. bergayut tepi tangga. nekad. sbb dh janji dgn usu. usu dh beli tiket bas, bertolak 6:30. kalau terlepas, beraya kat puduraya jelah kita org. kalau usu tinggalkan aku & berpaling tadah atau kejam, dia balik sorang2 naik bas. maka akulah yg akan terkonteng2 beraya di puduraya. tp aku yakin, usu tkkan tinggalkan aku. dia takkan tergamak memungkiri janji. dia tentu tk sanggup tinggalkan abgnya. dia tentu tk sampai hati. lagipun mak dh pesan, balik kampung sama-sama.

dlm bas yg sesak, drebar bukak lagu raya. rasa syahdu. jugak saspen. sbb jln sesak. takut tk sempat kejar ke puduraya. aku pasti usu pun saspen gak tunggu aku kat sana. dlm hati aku berdoa bas ni tk eksiden. mintak2 drebar dia, cilok gila babas spy cepat sampai. debaran semakin kencang bila ku jeling jam di tgn. dh pukul 6:00. saat2 mencemaskan. aku dh mula berpeluh. seram sejuk. jln sesak teruk. mahu sj rasanya aku melompat turun & berlari menuju ke puduraya. gila apa? kan puasa ni...

tentu usu dh sampai. sbb td masa di ofis, jam 3:00 dia telefon. dah gerak dr gombak. kompeni tempat praktikal dia bagi half day off. tentu dia dh sampai kt puduraya. tgh tunggu aku. sambil matanya meliar, melilau mencari aku di tengah2 kesibukan. tengah kesesakan. celah2 ketiak busuk org yg lalu lalang. aku tahu usu akan pegang pd janji. sbb usu yg pegang tiket. dia ada tanggungjawab besar, menunaikan amanah yg diberi.

6:25 aku sampai di puduraya. segera meluru & berlari2 anak enuju platform bas no. 23. di celah kesibukan. kesesakan ku redah. berlanggar2 bahu. aku buat tk reti. 5 minit lagi bas akan bertolak. biasanya bas ekspres, jalan ikut time. sharp. adakah usu dh naik bas meninggalkan aku? atau nanti bila sampai platform no. 23 bas dh gerak & aku hanya mampu melihatnya berlalu pergi. dan ternampak kelibat usu di cermin tingkap, melambai2 tgnnya sayu. sambil memberi isyarat "aku terpaksa pergi dulu, bang...". oh tidak!

aku smpai di platform n0.23, rasanya larianku lebih laju dpd rekod kebangsaan 100 m. dgn beg sandang pulak tu. aku nampak kelibat usu. di tgnnya bungkusan burger & air kotak. pasti bekalan utk berbuka dlm bas nanti. memang usu ni seorg yg setia. walaupun mukanya kelihatan sedikit pucat. masakan tidak. sekarang dh pukul 6:30. bila-bila masa je bas akan bergerak. "cepatla...bas dh nak jln". kami pun serentak melangkah ke tangga bas, yg membunyikan hon utk bergerak...

1 jam kemudian kami sampai ke kampung halaman. usu & aku balik sama-sama. spt pesan mak. kami sampai pd mlm raya. pastinya raya kali ini lebih meriah. sbb aku dh kerja. terima kasih usu, sbb belikan tiket bas. terima kasih usu sbb sanggup bertarung perasaan saspen menungguku hingga ke saat akhir...

catatan balik raya masa aku masih bujang, baru kerja.

abang mior dan zakat fitrah

sjk 7-8 tahun kebelakangan aku tk perlu pergi ke masjid atau tmpt tertentu utk menunaikan zakat fitrah. malah saban thn, semasa ramadan, seorg amil akan dtg ke ofis menemuiku. aneh bukan? tidak. amil tersbt ialah abg mior, suami kpd salah seorg staf di ofisku. setiap kali ramadan abg mior akn dtg ke ofis tepat pd masanya. iaitu sebaik kami mendpt gaji bulanan. kami tk perlu bersusah payah, sediakan wang yg cukup shj. begitulah istimewanya abg mior kpd kami.

tp ramadan kali ini aku tertunggu-tunggu kedatgn abg mior ke ofis. menjelang 10 hari lg syawal, abg mior masih belum muncul. apakah abg mior sudah dtg ke ofis semasa ketiadaanku? tp spt kebiasaan, abg mior tetap akan dtg semula, krn mengenali staf yg belum dikutipnya duit zakat fitrah. thn ini nampaknya kelibat abg mior tk muncul.

bukan tkda amil di tmpt lain. selalu jgk aku ternampak amil yg merata tempat. di kompleks beli belah, di pasar ramadan, dekat bank. pendeknya sekarang ni pemungut zakat lebih proaktif, mrk dtg kpd org ramai. mrk diletkkan di tempat tumpuan awam. tp aku tetap nk tunaikan zakat fitrah melalui abg mior.

olh sbb raya dh semakin dekat, bimbang tk sempat atau terlupa, lantas aku tanyakan hal ini pd isteri abg mior. yg memberitahu yg abg mior tdk lg menjadi amil mulai thn ini. jd aku perlulah jgk byr zakat pd amil lain. minggu lps, kebetulan aku terserempak dgn abg mior. mengesahkan apa yg dimaklum olh isterinya. spt biasa dgn sopannya dia mintka maaf sbb tk beritau awal2. tkda apa yg perlu dimaafkan, 'khidmat' yg diberikan selama ini amat terpuji. kami amat berterima kasih pdnya.

ptg semlm aku singgah di sebuah restoran makanan segera utk bungkus makanan buka puasa. kebetulan berhampiran restoran itu ada sebuah kaunter bayaran zakat. jadi, aku ambil kesempatan utk buat bayaran. buat pertama kalinya sjk beberapa thn, aku tdk menggunakan khidmat abg mior.

bisnes kuih raya

Sep 15, 2009

ptg semlm anak sedara wifey dtg ke rumah.
tujuannya nk hantar kuih raya yg ditempah oleh wifey.
aku tengok penuh kereta kancilnya dengan kotak & balang kuih.
minggu terakhir seblum raya ni dia sibuk menghantar pesanan dr rumah ke rumah.
majoritinya di lembah klang ttp ada juga sejauh kuantan & melaka.
cara bisnesnya melalui 'iklan' dpd rakan & sedara mara, atau dr mulut ke telinga.
namun kebanyakan tempahan diterima secara online.
yep, dia gunakan facebook & blog.
tempahannya di luar jangkaan, hinggakan tk menang tgn memenuhinya.
mungkin thn depan kereta kancilnya tdk cukup besar utk mengangkut kuih raya utk dihantar kpd pelanggan. exora mungkin, lg pun pendptnnya lumayan!

biar bajet lebih, jangan lari bajet

Sep 14, 2009

ptg semalam kami ke kl. tujuannya, beli belah utk raya. sebahagiannya memang dh beli awal. kali ini, pusingan terakhir berikutan ada bajet lebih sikit. lebih kurang jam 3:00 lebih keluar rumah menuju sebuah kompleks beli-belah di kl.

tiba di sana dlm jam 4:00 jalan masuk ke kompleks beli belah tu sesak. bnyk tempat parking yg dah tutup sbb penuh. selps jenuh berpusing-pusing, dptlah jgk lot letak kereta kebetulan ada yg nk balik.masuk ke dlm kompleks pun sesak & meriah dgn org ramai.

jangkanya acara membeli belah akan mengambil masa yg panjang. jd kami pun buat mesyuarat tergempar & mengambil keputusan utk berbuka puasa di salah satu tempt mkn di situ. dpd pengalaman lps, kalau tk buat tempahan awal2 pastinya susah nk dpt tempat semasa berbuka nanti. jd sebelum meneruskan agenda membeli belah, kami cari tempt makan utk tempahan. slps semua setuju, chakra menang undian terbnyk. dr satu kedai ke satu kedai kami menjelajah. bila penat atau bosan erin, erol, eril akan berhenti sekjp utk bermain di pdg permainan, main alat permainan atau duduk sj di bangku.

dlm jam 5:30 kebanyakan kedai mkn yg kami lalu, sudah menampalkan fully booked pd pintu masuk kedai mrk. nasib baiklah kami dh booking awal2. dlm jam 6:45 aktiviti membeli belah berhenti rehat & akan disambung lepas berbuka & solat maghrib nanti. makanan yg ditempah dihidangkan tepat sebelum waktu berbuka. takda apa yg nak dikomplen. makanan di situ pun sedap, suasana tk sesak, bersih & aman damai.

slps mengenyangkan perut kami sambung beli belah. sehinggalah masa tamat bila pengadil meniupkan wisel kira-kira jam 9:45 mlm. utk sedikit bajet lebih lagi spt mangkuk kuih raya & perhiasan meja. turut tersangkut ialah beg tgn raya yg baru idaman wifey. dlm kereta ketika perjalanan pulang anak2ku & wifey sibuk membelek brgn yg mrk beli. penat weh, jadi drebar ni...respekla sikit, he he

nisan putih ayah bonda

pagi semlm spt rutin aku sejak berpuluh thn menjelang syawal adalah melawat pusara ayah bonda. kebiasaannya seminggu menjelang aidilfitri aku ke situ utk membersihkan pusara. spy bila dilawati sanak saudara pd pagi syawal nanti, pusara itu tdk kelihatan terbiar, semak samun. slps membersihkan pusara mrk, aku sedekahkan surah yasiin & doa.
arwah abah - meninggalkan kami pd jam 9:45 pagi,
sabtu, 11 april 1987 pd usia 62 thn
arwah mak - meninggalkan kami pd jam 1:30 pagi,
jumaat, 27 januari 1995 pd usia 66 thn
begitulah catatan pd batu nesan ayah bonda. meski sudah lama mrk pergi (abah 22 thn, mak 14 thn) namun pd sudut hati ini masih mengingatimu, merinduimu, meyayangimu.
buat abah & mak,
anak nakal mu dulu, kini sudah punya keluarga. yg tak sempat kau berdua tatap. anak-anakku iaitu cucu-cucumu yg tk pernah kau timang, peluk cium.
semoga rohmu, dicucuri rahmat & diberkati di sisi Allah swt.

pasukan antibola sepak menang lagi

Sep 13, 2009

pasukan anti-football [baca: wenger] man. utd, menewaskan spurs di gelanggang lwn 3-1 sekali gus meleburkan rekod 100% pasukan itu, biarpun beraksi dgn 10 pemain selapas scholes dilayangkan kad merah pd minit ke-60. sementara itu pasukan hebat yg bermain pro-football [baca:wenger] arsenal, dibelasah 4-2 oleh man. city. ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut pasukan tersebut. adakah kali ini arsenal [baca: wenger] akan mengecam man. city (atau adebayor) pula sbg anti-football. kita tunggu & pakat tengok ramai-ramai...hu hu

meluatnya tengok lelaki tak puasa!

Sep 12, 2009

kalau bdk kecik atau org perempaun tu aku boleh fhmla.
ini tdk, org lelaki, muda, sihat walafiat plk tu tk puasa...aku tk bolh terima.
aku tahulah mrk tk mkn di khalayak ramai.
mrk pergi kedai mamak, & beli makanan bungkus. ada yg pakai spek hitam, ada yg pakai topi, ada yg pakai topi keledar, tk mahu org cam wajah mrk.
kalau nk dekat berbuka tu lainlah, ini waktu tgh hari. tkkan awal lg dah bungkus makanan kot.
aktiviti ni aku dgr dpd org lain & kadang2 nmpk dr jauh je.
tp tgh hari td aku tengok dgn mata sdr.
aku singgah di kedai mamak utk beli mkn tgh hari erin. anakku yg 'puasa yang yok', stgh hari je. tp bila lapar, merengek nk mkn. nk masak satu hal plk. wifey kerja. tk mengapala dia masih kecik, belajar di tadika. sekurang2nya ada 'niat' nk puasa. nk tk nk, terpksala ke kedai mamak.
lalu ternampaklah aku adegan yg tk ingin dilihat. lelaki melayu, muda, sihat walafiat bersubahat dgn kedai mamak, mkn di bulan puasa. dlm kata lain, tk puasa!

mercun, jiran dan kamera

Sep 11, 2009

bakar mercun adalah salah di sisi undang2.
lebih dpd itu ia jgk mengganggu jiran tetangga di kaw. kejiranan. terutama yg tinggal di kaw. perumahan rumah teres yg dipisahkan hanya dgn pagar atau tembok.
ada jiran yg punya anak kecil. kalau org dewasa pun terkejut dgn bunyi letupan mercun, apa lagi anak2 kecil atau bayi.

mrk yg bermain mercun bukan sj kanak2 ttp jg org dewasa. mrk seronok membakar mercun, mendengar bunyi letupan - lg kuat lg puas - sambil membakar duit mrk. ibu bapa jgk tdk peduli, malah ada yg sama2 bermain atau menggalakkan anak2 mrk bermain dgn memberi mrk wang. tak seronok beraya kalau tkda mercun, tk meriah raya kalau bunyi mercun tk kedengaran, begitula alasan mrk.

di kaw. kejiranan aku tk terkecuali. wifey & anak2ku selalu mengadu mrk kadang2 dikejutkan dgn letupan bunyi mercun. malah kadang mercun ditujukan/dihalakan - dgn mercun roket - ke bumbung rumah.

mlm td aku sengaja mengintai & mengintip anak2 jiran (yg disertai bapa mrk) bermain mercun. aku bwk sekali kamera. tak sangka plk perbuatan aku itu menimbulkn salah fhm & selisih fhm. org berslah memang mcm tu. cuba menyalahkn org lain. tanggapannya tujuan aku bwk kamera tentulah utk dijadikan bukti & diserhkn pd pihak berkuasa ke tau nk buat repot. si bapa mempersoalkan kenapa aku berbuat demikian. katanya mrk hanya berseronok2 (peduli apa org lain yg tk seronok). lagipun katanya, org lain pun main mercun jgk, jiran2 lain tk bising pun. "kenapa tak main dlm rumah sj, tkdelah ganggu org lain..."kataku sinis. ini menimbulkn kemarahan si jiran td. maka berlakulah 'perang mulut' sikit. dia menuduh aku tk pandai nk hormati jiran, mementingkan diri, malah mengatakan "kalau tk boleh terima jiran buat perkara yg kau tk suka, pindahla ke tmpt lain!". aku balas semula "kenapa main mercun je, tk main meriam buluh atau m16 ke atau c4 ke? lg meriah, lagi kuat...!" aku tk mahu mengalah. jiran2 lain dh mula keluar, bila dgr pertengkaran kami itu. "padam balik gambar yg kau ambik dgn kamera td...k"atanya mula kendur slps menyedari aku tk mahu beralah. "apasal pulak, kalau kau boleh suka hati main mercun, suka hati akulah nak ambik gambar" tegasku. dia mula gelisah. jelas sekali aku tkkan berundur. "susahla ckp dgn org pandai2 ni..." kata akhir dpdnya, sebelum berlalu masuk sambil memekik memanggil anak2nya masuk ke rumah

wp tahu perbuatannya salah ttp tetap mahu mempertahankannya. inilah masalah sikap segelintir masyarakat kita. jiran2 tk bantah atau buat bising bukan bermakna sbb mrk suka atau tk peduli, sekadar tk mahu timbul perselisihan faham. demi nk jaga hati jiran wp hati sakit krn gangguan bunyi mercun. kalau ikutkan hati sudah tentu ramai yg buat repot pd pihak berkuasa.

sehelai rambut panjang di atas meja

Sep 10, 2009

aku sampai di ofis pg ni kira-kira jam 7:30.
semasa aku mengemas meja, sebaik sj on kan komputer
aku ternmpk sesuatu...
ada sehelai rambut panjang atas mejaku
ptg semlm takde, hari-hari sebelum ni pun takde, selama ni pun tk pernah jumpa.
siapa punya rambut?
rambut aku pendek aje
kemungkinan besar rambut seorang perempuan
kalau rambut seorg perempuan...siapa?
semua staf di ofisku, bertudung.
yg lelakinya semua berambut pendek, botak pun ada.
habis tu rambut siapa tu?
aku nekad, aku akan contact horatio dpd CSi
suruh diorg buat ujian dna
spy aku tahu siapa gerangan empunya rambut yg sengaja meninggalkannya pd meja tmpt aku bekerja. ini kes serius ni...he he
bilik aku telah diceroboh semasa ketiadaannku.
atau mungkinkah itu bkn rambut manusia...rambut bunian mungkin atau rambut hantu atau pontianak...heee mintak dijauhkan.
tadi aku letak rambut tu, kt satu sudut atas meja ku.
olh sbb aku agak sibuk pg ni, tengah hari begini baru aku teringat pasal rambut tu. kucari-cari semula. tak da. tak jumpa. mana hilangnya? ada org/org ghaib/halimunan/hantu ambik balik gamaknya!
rambut ... ooo...rambut!

hidup ini ibarat naik roller coaster

zz pintar orgnya. dia jgk ketua pengawas sekolah. sekelas dgnku masa form six.
muka pun blh thn hensem. agak alim orgnya. mengaji quran sedap. jd imam pun boleh.
semasa di upper six, pelajarannya merudum. fokusnya hilang.
ini gara2 diserang angau. jatuh hati pd seorg pelajar junior.
kalau nk digandingkan mrk memang pasangan yg sesuai.
pelajar perempuan tu anak org kaya, budak k.l, cantik & popular di sekolah.
tp dpd bisik2 rakan perempaunku di asrama, dia tdklah sebaik yg di'tunjuk'kannya di sekolah. khabarnya dia punya boifren keliling pinggang termasuk yg dh bekerja.
zz menyedari pelajarannya semakin merosot. tp tk dpt keluar dpd lubang yg digalinya sdr.
zz pernah mengadu pdku yg dia sukar melupakan gadis itu.
aku & kwn2 lain cuba menasihatkannya. jgn ikut perasaan. ada jgk kwn2 lain yg berpasangan ttp tdklah sampai menjejas pelajrn mrk. malah ada yg lebih meningkat krn sokongan moral agaknya. malah cikgu2 pun pernah menasihatkannya slps menyedari kemerosotannya. sdgkan dia antara pelajar harapan sekolah utk capai 5A.
lebih parah bila dh dekat musim peperiksaan, mereka break off.
result peperiksaan zz tdk begitu baik. sdg aku & rkn2 lain yg tdklah sepintar zz berjaya ke U.
mungkin krn malu dgn kawan2nya yg lebih berjaya, zz tdk mahu bertemu atau menghubungi kami. malah hbungan kami terputus terus.
khabar yg aku dengar, zz mengambil periksa sekali lg pd thn berikutnya. semangatnya pulih kembali menebus kesilapan & dihindari 'gangguan'. aku dpt tahu dia dpt keputusan yg cemerlang & melanjutkan pljrn ke UM dlm bidang ekonomi.
kemudian slps habis belajar, yg aku dengar dpd kawan2 lama, zz bekerja sbg pensyarah di kolej terkemuka.
namun, khabar terbaru yg aku dgr dpd rkn sekampungnya tentang zz tdk begitu menggembirakan. zz kini buat bisnes secara kecil-kecilan utk menanggung keluarga. semuanya gara2 mengambil keputusan yg silap. ceritanya dia meletak jawatan sbg pensyarah utk bergerak aktif dlm politik. memegang jwtn penting & dianggap bintang yg mula bersinar. kemudiannya dia menjadi setausaha sulit kpd seorg ahli politik berpengaruh. zz juga mula dilimpahi kemewahan. kereta besar, rumah besar.
entah di mana silapnya, ahli politik itu jatuh (atau dijatuhkan). bersama2nya zz turut jatuh. akhirnya, zz terpaksa bngun semula dgn berniaga secara kecil-kecilan sejak sethun dua kebelakangan ini.
meski hubungan kami dh lama terputus, ttp aku tetap mahu mendengar perkhabaran zz dpd kwn2 lama lain. aku doakan zz mampu bangkit semual membina hidupnya. mungkin takdirnya begitu, atau mungkin silap sdr membuat keputusan...

aiman tak kesah...!

Sep 9, 2009

seorg rakan editor menelefonku pg ini.
dia lebih dulu jadi editor dpdku. lebih pengalaman. lebih senior.
antara yg kami perbualkan, tentang blog.
dia baru tahu yg aku punya blog.
memang aku tk menguar-uarkan yg aku punya blog. hatta pd kawan2, kenalan atau saudara mara sekalipun. yg aku tulis bukannya hal yg serius. kebanyakannya berkisar berkaitan diriku. sekadar merakam peristiwa, cerita lama & emosi semasa.
dia menegurku krn menggunakan bahawa campur aduk & ejaan ringkas. nahu tak betul. peraturan subjek & predikat tidak diikut. kata nama, kata kerja, sendi nama diabaikan.
aku sbg editor sepatutnya menguasai & mempertahan maruah bahasa. kalau tidak editor yg faham & fasih tentang ilmu bahasa tidak menjaga kualiti & mempertahankan kedaulatan bahasa, maka org kebanyakan apa lagilah 'melacurkan' bahasa. demikian 'ceramah'nya.
memang kritikannya agak keras & pedas.
memang begitu sikapnya yg ku kenali sejak dulu. lebih2 bila berbicara soal bahasa. sekurang2nya dia jujur dlm meluahkan pandangannya.
pandangan aku sudah tentulah bercanggah dgn pendptnya. aku tidak membina blog ini sbg seorg editor ttp atas nama peribadi. jgnlah disamakan kerjayaku dgn entri blogku yg peribadi sifatnya.
tp tdk pula aku menyanggah pendapatnya. setiap org punya hak utk mengemukakan suara hati mrk. jadi, aku terima sj pro atau kontra.
sekejap tadi, aku pun 'mencari' blog, rakanku itu.
baru sj rupanya terjun ke dunia blog sekitar julai lepas. blognya agak serius entrinya. ada artikel berkaitan politik, agama dan bahasa.
dia menegaskan dirinya 'bukan ahli' mana-mana parti politik. tp gaya penulisannya cenderung ke kiri. dia mengatakan dirinya bukanlah ahli agama atau ustaz, tp tulisannya spt serba tahu dlm hal-ehwal atau hukum hakam agama.
itu tak bermakna aku mengkritiknya. cuma pandangan jujurku...
sekurang2nya aku tahu dia melawat & membaca blogku.
sekali gus, memahami pandanganku tentang dia pula.
09.09.09

biarkan saja ia berlalu pergi...

mengenangimu buatku menghimbau kenangan dulu.
mungkin kita terlalu naif mengikut hati masing-masing.
usia mentah, belum matang, ikut emosi.
sukar memahamimu, sukar lagi memahami diriku sendiri.
aku tahu kau menyayangiku. mungkin hingga ke hari ini.
aku tahu, aku adalah cinta pertamamu. aku juga begitu.
entah mengapa, ketika syawal makin mendekat.
hatiku segera teringatkanmu.
dulu aku ikutkan hati.
iyalah, kau di puncak menara gading...
sdg aku termanggu bertatih mencari arah
aku tak pantas menjadi permaisuri hatimu
meski engkau tak pernah mengungkapkannya
aku sedar siapalah aku
lantas, perlahan-lahan kuundur diri
ternyata hatimu kudus dan ikhlas
cuma aku yang bodoh, mengutuk diri
meski pedihnya terasa hingga ke tulang
aku tahankan dengan air mata dan sengsara hati
cerita lama ini kuungkap kembali
meski jika ada sekelumitpun ingatanmu padaku

hubungilah aku...

bukan...bukan...untuk mengganggu hidupmu
jauh sekali untuk menggugah mahligai rumah tanggamu
sekadar melepas rasa terbuku bertahun lama
kupohon kemaafan andainya...
hatimu sudah tertutup dan takdir tidak lagi mengizinkan


e-mel ini kuterima mlm td.
ini bukanlah pertama kali.
spt. yg terdahulu, aku tk membalasnya.
tdk semua kenangan perlu disimpan di kotak memori...S

mana perginya kad raya?

Sep 8, 2009

aku dpt kad raya percuma utk dihantar kpd kenalan.
dah 10 hari dah.
aku belum hantar lagi pd sesiapa.
sebabnya, aku tak terima pun kad raya lagi.
lagipun, aku malas nak beli setem di pjbt pos.
lebih teruk lagi ke mana nk kualamatkan kad itu nanti?
yg ada cuma nombor telefon, alamat tk simpan.
kad raya bukan lagi medium yg popular.
dah ada pun kad raya digital, hantar pakai e-mel atau mms.
dulu-dulu masa kecik selalu tulis pantun 2 kerat;
"pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas"
"pecah kaca pecah tong, sudah baca harap gantung"
org buat koleksi kad raya. sapa dpt bnyk, dia akan rasa glamour.
ada yg sanggup tempah kad raya sndr. ada yg beli kad raya yg cantik, besar, mahal & ada lagu raya pd kadnya.
kad raya yg bnyk diterima akan digantung sbg hiasan rumah utk hari raya. gantung pd dinding, gantung guna tali, gantung mcm pokok pd ranting kayu letak dlm pasu rumah.
dulu pejbt pos terpaksa ambik pekerja sambilan utk uruskan pengeposan kad raya yg mencecah jutaan keping. selalu masuk dlm surat khabar, gambar posmen angkut kad raya dlm guni besar.
skrg tak lg. org dah tak heran nak hantar kad raya. org hantar sms raya.
thn ni satu keping kad pun aku belum terima lagi.
rasa-rasanya takde langsung kot...

bila muncul 9 bulan di langit

Sep 7, 2009

aku terlewat bgn pagi ni.
jam atas meja menunjukkan 9:00 pagi.
aku kelam kabut.
peliknya, cuaca di luar masih gelap.
argh...mungkin hari mendung nk hujan.
'papa, papa, ada bnyk bulan kat luar...!" jerit anakku.
yg berlari masuk ke dlm rumah.
terkejut & tergamam.
dgn mata yg tadinya separuh tertutup, tiba2 terjegil.
lantas aku menuju ke pintu depan.
kudongak ke langit, kelihatan bulan-bulan bergantungan.
9 kesemuanya.
terang, merah, kuning dan jingga.
tk lama kemudian angin bertiup kencang.
diikuti cahaya terang.
matahari mula terbit. bukan di sebelah timur.
tapi kali ini luar biasa...dari sebelah barat.
kiamat? detik hatiku
lalu masuk semula ke dlm rumah.
memeluk isteri dan anak-anakku yg sedang ketakutan.
tiba-tiba...aku tersedar drp mimpi.
ku lihat jam menunjukkan 2:30 pagi.

apakah gerangan atau firasat mimpiku ini?

bulan puasa, bulan hibernasi

pagi sabtu aku di telefon olh seorg stafku.
tujuannya utk memberitahu yg masalah van kompeni dh setel. dia sebenarnya tkde kena mengena pun dgn hal van. tp sikapnya tu harus dipuji.
dia bwk kwnnya seorg mekanik utk membaiki van yg sudah hampir seminggu tdk bergerak ke mana2. masalahnya hanyalah bateri yg dah 'kong'. bukannya masalah besar sgt.
segala2nya bermula sjk selasa lps. staf marketing yg jg merupakan driver van mengadu yg van kompeni rosak. pagi itu dia menemui aku, katanya minta kebenaran tukar bateri kereta. aku kata tukar aje la. dua hari kemudian bateri masih belum ditukar. dia mengatakan bukan sj masalah bateri ttp jgk masalah starter. mcm tau2 aje, mungkin dia pernah jd mekanik kot. cuma jika masalah begitu, van terpaksa ditunda ke bengkel. masalah lain plk timbul krn utk ditunda, van memerlukan insurans. aku difhmkan yg insurans tdk ada dlm simpanan kami. jadi van tsbt tersadai hingga jumaat. masing2 buat tk peduli je.kalaulah boss ada tentunya mrk tk biar van begitu. pasti berkejar ke sana ke mari atasi masalah, maklumla nanti boss nampaklah diorg prihatin & rajin buat kerja.
lebih memeningkan aku, apa tindakan pegawai marketing? asyik buat temu janji luar je...hasilnya camane? buat brosur pun dh berbulan2 tk siap...masalah van pun, pejam mata aje.
entahlah, aku dibgtau yg bhg marketing tkde sebarang aktiviti. alasannya sbb bulan puasa. tk pernah plak aku dengar di mana2 pun aktvt marketing dibekukan sempena bulan puasa. yg pastinya bulan ni gerentilah sales target mrk tk dpt capai.
apa nak kisah alasan dh ada, bulan puasa!

majlis berbuka dan terawih keluarga

Sep 6, 2009

kami berkumpul di rmh kak lang mlm td.
majlis berbuka & terawih menggantikan mjlis tahlil & yasin bulanan.
semuanya hadir kecuali along yg kerja syif & abg atan yg tk sihat.
bila berkumpul begini sesekali emang meriah.
makanannya secara pot-luck. sorang sikit jd bnyk & bermacam jenis.
ada spagheti, ada bubur lambuk, ada ayam percik, rojak, yong tau fu, kuih muih, buah buahan dll. bubur lambuk dibwk khas oleh abg anjang yg sanggup beratur di masjid kg baru KL sjk ptg.
sembahyang terawih diimamkan olh acik & angah.
seronoknya terawih bersama keluarga. rasa lebih tenang & khusyuk.
slps tu sambung makan mlm pulak. dgn udang masak sambal, tomyam, masak lomak potai ikan cencaru, ayam goreng berlada, sayur campur, kerabu mangga
pendeknya sama standard spt bufet kat hotel 5 bintang hu hu...
adalah yg ambik kesempatan buat jualan kuih raya. nk tk nak terpaksalah order sebalang dua...
ada yg dh booking tarikh hari terbuka raya yg org lain tk boleh nak booking hari yg sama...
lepas tu berborak kisah2 nostalgia dulu2 yg memecahkan suasana mlm dgn hilai tawa kami adik-beradik
hampir tgh mlm barulah majlis bersurai. kak lang tk lupa membekalkan aku utk lauk pauk utk sahur. pastinya bngun sahur pg ni lebih 'bersemangat'...

bayar dulu baru makan...

Sep 5, 2009

kek pilihan erin
kami ke pizza *** ptg smlm utk berbuka puasa sambil meraikan hari jadi erin.
sampai di sana dlm 6:40, maknanya 40 minit sblm berbuka.
tk ramai org pun. hanya ada 5 meja yg diduduki pelanggan lain.
bila kami masuk agak tercengang, krn meja2 lain yg masih kosong semuanya bertanda dgn 'reserved'.malahan lebih dpd 3/4 ruang mkn di situ bertanda 'reserved'. tk pernah plak kami alami & tengok begini di sini malah di mana2 kedai mkn sekalipun. ini agak luar biasa. kami ditunjukkan olh sorg staf satu meja kosong yg cukup utk 4 org. sdgkan kami berlima. di kiri & kanan meja kami pun ada famili yg duduk di meja kecil yg sepatutnya hanya 4 org. slps memesan makanan, kami diberikan resit olh seorg staf. dan kami diminta utk membayar bil yg tertulis pd resit. "hah, kami belum mkn lg, makanan blm pun sampai, takkan kena byr dulu". ini sistem bln puasa cik, kena byr dulu sblm mkn. kalau reserved tkpa, sbb cik tk reserved dulu...lg pun bln puasa ramai, takut lmbt". "tk kami tk nk bayar, kalau lmbt sgt kami mkn tmpt lain..." balas ku.
tk lama kemudian, kami didatangi seorg staf dipercayai pengurus cawangan."ini sistem baru bulan puasa kena byr dulu. semua org lain byr dulu incik" antara 'hujahnya'. kami tetap dgn pendirian, hanya akan byr slps mkn. nampaknya dia terpaksa mengalah. kami tetap akan dihidangkan wp belum bayar. sementara tu, ramai pelanggan lain yg dtg slps kami, terpaksa beredar hampa, krn semua meja sudah penuh dgn 'reserved'. walhal meja yg 'reserved' pun blm dihidang makanan sehingga masuk waktu berbuka pun.
yg aku tk fhm, sepatutnya meja 'reserved' dihadkan utk sejumlah bilangan atau meja, tdklah menghalang yg dtg masuk (walk in). seolah2 ada layanan berbeza antara yg 'reserved' dgn yg dtg terus. sdgkan bayarannya sama saja. lgpun kalau pekerja sdr tk mampu melayani jumlah pelanggan yg 'reserved' lebih baik mrk hadkan sj. tkdalah pelanggan yg sudah 'reserved' meja, marah2 krn makannan yg dipesan lmbt sampai.
sistem byr dulu sebelum mkn yg kononnya digunakan utk bulan puasa jgk menybbkan pelanggan tk puas hati. sbb dlm bil tetap dicaj servis utk layanan hidangan. kami sbg pelanggan ada hak utk bertegas. lgpun kami tk pulak diberitau ada sistem baru, sehinggalah kami memesan makanan. kalau diberitahu lebih awal, mungkin kami ke tmpt mkn lain sj.
wp kami bertegas tknk byr dulu ttp nampaknya, makanan yg dipesan tdklah lewt sgt. meskipun terlewat beberapa minit slps waktu berbuka.

sms kawan lama

dh lama jgk aku tk dengar berita kwn lama ku ini. dia jgk bekas rkn sekerja. mlm td sementara menunggu waktu isyak & terawih utk ke masjid, aku hantar sms pdnya:

aku: sudah2la tu mkn. bwk2la pegi terawih
kwn: siapa nie?
aku: kwn lamo dr nilai...hu hu
kwn: shaaban ke?
aku: tak, ramadan
kwn: he he. sori la bro. aku pakai hp baru hp lama dh rosak. apa cerita tmpt kerja kita
aku: mcm biasa. kita org baru je lantik pengurus seumur hidup. how's life bro?
kwn: alhamdulillah sjk aku berenti kerja kt sana, rezki aku makin bertambah2 baik
kwn: lama tk borak dgn ko, mlm ni free tak
aku: lain kalila aku nk gi masjid ni

siapakah gerangan berkepala botak itu

Sep 4, 2009

antara kelemahan yg aku memang akui...susah nk ingat org terutama nama mrk.
kalau aku terjumpa bekas kwn sekolah, tmpt kerja atau kwn sekampus biasanya aku terawang2. tk kenal mrk. yg peliknya, selalu mrk yg kenal aku. malah mrk tau nama aku. aku akan cuba ingat siapa gerangan mrk, ingatan yg kabur. tanyalah siapa kwn baikku di sekolah dulu...hanya berapa kerat yg aku ingat. sekolah menengah, pun sama.
tapi peliknya ptg smlm. aku ternampak org yg aku kenal. namanya jugak ku ingat. dh berpuluh thn aku tinggalkan alam sekolah. aku terserempak dgnnya semasa membeli judah di psr ramadan berhampiran rumahku. dia jgk mengenali aku. maklumlah aku ni 'popular' semasa sekolah dulu agaknya.penampilannya kini dgn kepala botak licin & perut boroi itu tdk menghalang aku dpd mengecamnya. kami sekelas beberpa thn semasa di sekolah dulu. dia tinggal dgn neneknya sbb emaknya meninggal sjk dia kecil. sbb tu lah dia dimanjakan neneknya. masa ting. 4 dia dh ada motorsikal sdr utk mke sekolah. pakaiannya sentiasa kemas dgn rambut kerintingnya sentiasa berminyak. pencapaiannya dlm periksa agak sedrhana.
masa berborak td katanya dia kerja dgn majlis perbandaran sbg pengauat kuasa. "kalau ko ado masalh dgn majlis, bg tahu aku, kalau2 boleh aku tolong" antara katanya. dia tinggal di kg, rumah peninggalan arwah neneknya. kebetulan dekat dgn kaw. perumahan tmpt tinggal aku. dia jemput dtg ke rumahnya raya nanti, begitu jgk aku. kemudian akmi bertukar no. telefon. berkat ramadan, menautkan kembali hubungan 2 sahabat lama.

bila potong cepat je, bila nak sambung...

ptg rabu, sepulang dr kerja, erin mengadu tv rosak.
katanya tkde gambar.
aku pun periksa. 'services is not available...'
padanla...servis astro kena gantung.
aku akui sedikit lewat byr bulan ni.
lgpun aku selalu terlupa pasal bil yg ini. sbb ada 2 tv & 2 astro.
mlm tu jgk aku bayar online.
anak2ku merungut tk dpt tengok kartun.
hingga ptg smlm, balik dr kerja, servis masih digantung.
aku pun telefon pusat servis. dlm hati dh panas.
nasib baik yg melayan tu menyejukkan hati.
soalku kenapa bila byr lewat kena gantung cepat, tapi bila dh bayr, lmbt plak nak sambung semula!
bila semak aku dh bayar, dia mintak maaf & jamin akan sambung secpt mungkin.
tk sampai setengah jam, servis dh ada semula.
maknanya mrk tkkan sambung secara automatik, sekalipun kita dh byr.
kita kena report dulu, baru disambung...kalau tk jgn harapla.
duit didahulukan, pelanggan dikemudiankan! slogan 1 astro!

selamat hari jadi, erin

hari ni, hari jadi erin. 6 thn.
dia tk tahu pun yg hari ni hari jadinya.
wp asyik bertanya "bila papa nk beli kek birthday erin?"
iyalah, dia kecik lg.
erin lebih rapat dgnku. maklumlah anak yg kecik sekali (bongsu?).
wifey selalu kata aku lebih manjakan erin.
eril ada ckp aku lebih sayang erin.
erol selalu keliru, adakah erin adiknya atau kakaknya.
bagiku tanggapan mrk tk betul sama sekali.
kasih sayang aku pd semua adalah sama. tk lebih tk kurang.
erin dh besar sekarang, wp giginya rongak mcm mak nenek...he he

pagi lain, tengah hari lain, petang ...?

Sep 3, 2009

4:15 pm (semlm)
perbincangan telefon
"pelancaran buku pd 8 sept."
8:42 am (pg ini)
sms " i dtg tengah hari nanti. kita bincang pasal book launch"
1:15 pm
perbincangan telefon
"tak jadi dtg..."
"pelancaran buku ditetapkan pd 16 sept...bkn 8 sept."

(tengok anak bulan syawal pun tk susah mcm ni..)

sistem canggih, prosedur lapuk!

hari ni genapla sebuln aku ke kuching. tugas rasmi. bukannya melancong.
penginapan & makan minum ditanggung penganjur.
tambang penerbangan & pengangkutan aku dulukan duit sdr.
ada cara lain, tp cara ini lebih cepat, mudah & 'amalan' selama ini.
oklah.
balik dr out station, aku pun buatla claim, spt 'amalan' biasa.
out station sbelum ni, ke penang, hanya dpt 1 bln slps tuntutan.
aku jangkakan yg inipun, sebulanla jgk.
pg smlm aku terima satu envelop besar.
borang tuntutan aku dikembalikan, tk lengkap.
cap terima di pihak sana, 17 sept. tp kenapa hanya dikembalikan pd 2 sept.?
lebih aneh lagi, dinyatakan bhw aku tdk sertakan resit bayaran tiket kapal terbang...walhal aku sudah lampirkan salinan bayaran tiket yg dibuat secara online yg disahkan olh bossku sdr.
lebih pelik lg, aku mengemukakn salinan resit byrn tiket online yg serupa spt aku buat tuntutan ke penang tempoh hari...tkda plak masalah.
lantas aku menelefon mrk utk penjelasan. jawapan mrk, tk boleh diterima krn ianya hanya cetakan salinan komputer bukan tulen!
jadi aku tanyakan balik "you all tk pernah tengok resit online ke? selama ni tkda org yg buat tuntutan guna tempahan tiket online ke? sebelum ni pun guna salinan yg sama jgk, tkda masalah pun?"
spt biasa alasan standard "saya hanya ikut prosedur", "saya hanya ikut arahan".
sepnjg hari aku tercari-cari apakah yg dimaksudkan resit bayaran online yg tulen. masih tk jumpa!
mrk sepatutnya menggunakan otak, budi bicara & berfikir di luar kotak selari dgn perkembangan teknologi. bukannya masih lg menggunakan alasan & prosedur lapuk, menggunakan borang yg remeh, proses kelulusan yg lembap.
lebih menyakitkan hati, yg aku tuntut adalah duit aku sdr!

kerja bertangguh, akhirnya....

proses penerbitan buku ni dh lama siap.
lebih krg 3 bln lepas. lebih tepat awal bulan jun.
cuma tunggu 'lampu hijau' dpd pihak atasan mrk sebelum dicetak.
slps 3 bulan, 2 kali pruf, 2 kali dummy disemak, slps 3 kali perbincangan bersemuka, berpuluh perbincangan telefon...
masih lg lampu merah.
ptg td aku terima panggilan telefon, yg memaklum "ini arahan menteri...!"
buku akan dilancarkan 16 sept ini.
aku bertegas krn 'lampu hijau' & surat rasmi belum diterima.
10 minit kemudian aku diberitahu majlis pelancaran dipercepat kpd 8 sept.!
serentak itu surat 'lampu hijau' dihantar melalui faks.
8 sept. adalah 5 hari lagi.
ditolak hari bekerja, cuma 3 hari!
apa yg didahulukan? apa yg diutamakan?

di sini menjemput, di sana mempelawa

Sep 2, 2009

1.
mak mentua aku ada di rmh abg iparku di putrajaya. dijangka balik sabtu ni. abg iparku akan hantar. dia ajak kami sama2 balik. berbuka di kampung ramai2. lagipun dia teringin nk mkn bubur lambuk yg wifey sbg chefnya. aku belum bg kata putus lg.
2.
sabtu ni merupakan keluarga sebelah aku adakan baca yasin & tahlil bulanan. sempena bulan puasa digantikan dgn majlis buka puasa & sembahyang terawih. aku dh beberapa kali tertinggal aktiviti ni. lgpun ini sudah dimaklumkan awal2. tapi aku belum kata ok lg.

beza kawan sebenar dengan kawanku

olh sbb dh masuk 1 sept. makanya bnykla bil yg luput tarikh bayaran.
aku sedar masih belum bayar ansuran kereta.
memang niatnya nk byr pg itu. tp hujan sepanjang pagi jd penghalang.
kira2 jam 2:00 langit masih mendung. masih ada tanda hujan nk turun lg.
aku gagahkan semangat, pergi ke bank. langkahku cepat-cepat.
nk guna khidmat mesin deposit & atm.
sampai di sana, barisan panjang di mesin atm.
hajatku nk keluar tunai dulu, lps tu baru bayar di mesin deposit.
ku kira duit yg ada di wallet. ok, cukupla utk bayar duit kereta.
bayar di mesin deposit dulu, lps tu guna atm utk keluar duit buat belanja harian.
slps selesai buat bayaran di mesin deposit (wp berkali2 duit direject) aku pun ikut barisan beratur di mesin atm.
bila tiba giliranku, mesin tk terima kad atm aku. sbb kad yg aku guna dpd bank lain, offline. tergendala.
aku pulang ke ofis dgn duit rm3 dlm wallet. nk byr duit tol pun tk lepas. nk ke bank lain, hujan dh mula turun. di ofis aku mintak 'jasa baik' kwn sepjbt yg baik hati, meminjamkan rm10. cukupla utk byr tol & lepas tu singgah di mana2 mesin atm dlm perjalann balik ke rumah nanti.

moral peristiwa ini: kawan kita lebih baik dpd mesin kawanku...he he

diver on grass

Sep 1, 2009

watch this mr. wenger & gooners

naik la pulak...

dlm jam 9:15 smlm aku ke putrajaya.
menuju rumah abg iparku, utk hantar emak mentuaku.
emak mentuaku mengatakan yg perjalanan ini terasa jauh.
walhal tk sampai 1/2 jam atau 35km je.
mungkin dia tk biasa perjlnan mlm
malah aku ke tmpt kerja pun lg jauh. nilai - kl sekitar 50 km.
slps minum kopi & mkn jemput2 kurma, kami pun pulang.
setiba di nilai sudah 11:30.
singgah di stesen minyak. tp entah kenapa kereta berbaris panjang.
pelik jugak. tk jadilah, esok je isi, malas nk tunggu giliran.
lgpun dh tgh mlm. bebudak dh mengantuk.
tengok berita jm 12:00 di tv.
harga petrol naik!
patutla...

kisah kawanku, z

seorang kwn lama, z, mengirim sms pdku. sms tentang kelebihan ramadan. & selamat berpuasa buatku & keluarga. sekali gus sms tu membuatku terkenang kisahnya yg lampau.
semasa bujang dulu, kami pernah tinggal serumah, malah sebilik. orgnya baik ttp selalu kurang bernasib baik. di kampus dulu dia selalu merungut pasal kursus yg diambilnya sukar. dpt penyelia tesis yg dikenali amat tegas. habis belajar, z antara kwnku yg terakhir dpt kerja. menganggur buat beberapa lama slps grad. dia hanya bekerja kilang di berhampiran kampungnya di utara. sudah bnyk temu duga dihadiri, tp satu pun tk lekat. satu hari aku berckp panjang di telefon & menasihatinya. aku ajak z berhijrah ke kl. aku tawarkannya tmpt tinggal di rumah sewaku. malah aku sanggup berkongsi bilik dgnnya.z mengatakan yg dia bergantung harap pdku. sbb dia tiada saudara-mara di kl. lagipun terpaksa meninggalkan mak ayah yg sudah tua di kg. aku sanggup dulukan duitku utk sewanya, hanya perlu diganti balik slps dia dpt kerja nanti. z nekad, dtg ke kl atas dorongan semangatku. dia dtg dgn motornya dgn sebuah beg besar serta sebuah harapan menggunung, berhijrah demi masa depan lebih baik.
kebetulan ada kerja kosong sbg pengurus cwgn di satu kedai 24 jm hampir dgn rumah sewa kami. dia diterima bekerja. kami berkongsi kegembiraan & z tk henti2 mengucapkan terima kasih pdku. bgmanapun dia menempuh kesukaran sepanjang bekerja di situ krn kekurangan staf. adakalanya z terpaksa bekerja 48jam semata2 mengisi ketiadaan staf. ada kala aku yg kesian, turut membantunya sbg jurujual di situ. pd suatu hari, kedai yg diurusnya telah kehilangan sejumlah wang. hanya 2 org yg mempunyai akses. jadi z telah ditahan di lokap & disoalsiasat sbg suspek. mujurlah dia terlepas krn hasil siasatan menunjukkan seorg lagi staf yg punya akses telah menghilangkan diri. malah wang itu hilang dlm tempoh pengawasannya. tak tahan dgn masalah yg melanda kedai 24 jam itu, dia berhenti kerja. beberapa bulan dia menganggur, sehinggalh mendpt kerja kilang melalui agensi pekerjaan. malangnya sebhg gajinya terpaksa diberi komisen pd ejen tsbt. slps beberpa bulan dia berhenti kerja, itupun slps aku menasihatkannya cari kerja lain yg lebih sesuai dgn kelulusannya. pd ketika itu, z hampir putus asa & mahu pulang sj ke kg. dgn pengalamannya, dia dpt kerja sbg pengurus cwngn kedai 24 jam tp kompeni berlainan. kali ini dia bertahan dgn bekerja di situ. dgn itu z dpt beli motor baru besar yg menjadi idamannya, menggantikan motor buruknya yg dipakai sejak di kampus dulu. malangnya beberpa bulan kemudian, motor tersbt dicuri. z, menghadapi kesukaran ke tmpt kerj krn terpaksa menaiki bas. sehingga sering lewat sampai. beberapa kali dia diberi amaran. utk mengatasai masalah itu, z, membeli sebuah basikal. dia berbasikal dr rumah sewa ke tmpt kerja setiap hari. termasuk utk shif malam, sejauh hampir 10km! dlm masa sama, ada hikmahnya. z dpt berjimat & mengumpul wang, lalu membeli sebuah kereta.
slps tu kami berpisah krn aku berpindah, duduk di rumah kakakku yg suaminya meninggal dunia. pd hari terakhir sblm aku berpindah, kami berbual hingga ke pagi. Z amat berterima kasih atas pertolonganku selama ini. kami saling berjanji akan terus berkwn sampai bila-bila!
kami terus berhubung hingga ke hari ini. z, kini masih bekerja dgn kompeni yg sama. punya sebuah rumah di s. alam, tinggal bersama isteri & 4 anaknya. dr masa ke masa kami akan berhubungan melalui telefon. setiap kali raya kami akan saling kunjung mengunjung. z, antara kwn lama yg masih berhubungan. yg lain entah di mana gerangan mrk...