~ juara bola dan cuti ~
Dec 30, 2010
~ meriam dan harimau ~
Dec 28, 2010
sedang aku bersiap nak mandi, telefon aku berbunyi.
aku faham itu bunyi ada sms masuk.
kalau subuh-subuh begini ada yg menghantar sms, ada hal yg mustahak.
atau ada berita yg tak sempat disampaikan menunggu pagi atau hari siang.
lalu aku segera berpatah balik dari laluan menuju bilik air.
"hantu betul..."! bentak aku dalam hati.
sms dari seorang kawan.
penyokong tegar arsenal, menyampaikan berita kemenangan ke atas chelsea.
rupa-rupanya ada game subuh tadi.
aku tak tahu-menahu. dan tak nak ambil tahu pun.
lagipun, jarang-jarang ada perlawanan subuh hari isnin/selasa begini.
tak lama selepas itu, satu lagi sms masuk.
malas aku nak melayannya.
dah tahu...mesti satu lagi sms 'merayakan' kemenangan arsenal.
memanglah penyokong arsenal ni, macam budak-budak seperti pemain arsenal jugak.
tak kira subuh pun nak hantar sms...
bila kalah senyap pulak.
lagipun ape kelas arsenal. sekarang ni, dah ada satu lagi team budak-budak yg lebih hebat daripada arsenal.
dan dah hampir jadi juara pun.
ya....harimau malaya, pasukan bola malaysia...!
~ keranamu bola... ~
Dec 27, 2010
~ penyimpan rahsia ~
Dec 24, 2010
kata orang itu maknanya mereka percayakan kita.
kita pendengar yang baik. kita juga penasihat yang baik.
kita kawan yg baik dan sebagai penghargaan, kita diberi kepercayaan.
mungkin...
tapi awas...
ada yg sedia berkongsi 'rahsia' dengan kita. tetapi sebenarnya berkongsi rahsia itu dengan orang lain juga.
hairan? sepatutnya rahsia hanya diberitahu pada orang dipercayai yg boleh simpan rahsia. kalau lebih daripada seorang, itu bukan rahsia lagi.
biasa dengar tak ayat begini...
"ini aku bagitahu kat engkau aje, jangan bagitahu orang lain...habis kat sini aje".
tapi sebenarnya ayat tersebut digunakan juga untuk berkongsi rahsia dengan 10 kawan yg lain.
jadi, di mana 'rahsia'nya?
jangan terkejut pulak, sekiranya anda memang 'penyimpan rahsia yg baik'.
kemudian datang seorang kawan yg juga kawan kepada 'pengongsi rahsia' tadi datang kepada anda.
"si anu tu cakap bla bla bla..... tapi aku bagitau engkau aje ni. jangan bagi tahu orang lain pulak..."
anda pun pura-pura belum tahu akan 'rahsia' yg di beritahu itu.
dalam kata lain, anda seorang saja penyimpan rahsia & berpegang pada kata-kata "ini aku bagitahu engkau saje, jangan bagi tahu orang lain...".
sedangkan orang lain tidak berbuat begitu.
malah kawan yg mahukan anda menyimpan rahsianya itu, rupa-rupanya menyebarkan rahsianya sendiri kepada ramai kawan-kawan lain.
ini kisah benar yg berlaku pada aku...
dan aku takkan terkejut jika orang lain juga pernah mengalaminya.
~ pemandu & hujan ~
Dec 23, 2010
~ naik satu, naik persen ~
Dec 22, 2010
tapi ada yg naik dua.
sepatutnya semua naik persen.
tapi ada yang tak naik persen.
ada juga yg naik persen, tapi tak naik satu.
ada yg tak naik persen, satu pun tak naik.
ada yg patut naik persen dan naik dua,
tapi hanya naik persen dan naik satu saja.
ada yg naik persen tapi terpaksa merayu untuk naik satu.
bukankah dah dijanjikan...
semua naik persen, dan semua naik satu.
kenapa ada beza-beza.
apa lebihnya, pada yg dapat.
apa kurangnya, pada yg tak dapat.
adakah ini janji 100 hari.
kalau begitu, ia hanya gula-gula.
yg mangkuk tingkat paling atas jugak...paling untung.
~ eksiden lagi ~
Dec 21, 2010
~ dua dalam satu ~
Dec 20, 2010
bukan seorang tetapi berdua.
seorang bertemu melalui 'udara' atau lebih tepat, di telefon.
seorang lagi secara bersemuka.
yg seorang itu rakan semasa perkuliahan dulu. tinggal di kolej kediaman yg sama.
sejak kami grad, hanya bertemu pada hari konvo sahaja.
selepas itu kami membawa haluan masing-masing.
puas juga merisik khabar melalui teman-teman lain, tapi tak dapat disusur di mana gerangannya.
masih dengan sikap jenaka dan periangnya. masing-masing menyatakan kerinduan akan masa lampau. cuba mencipta kenangan masa depan, yg entah nyata entahkan tidak.
tapi syukur, silaturahim yg terputus, bersambung semula.
seorang lagi bekas rakan sekerja. yg mengambil keputusan menghilangkan diri, tanpa khabar tanpa berita. beberapa kali juga aku menghubunginya, tapi entah kenapa tiada susulan.
aku sendiri tak tahu mengapa, segalanya kabur, senyap dan sunyi.
pertemuan kali ini juga tidak dirancang.
kebetulan aku ternampak dia di tempat parkir kereta.
kami berbual singkat.
dalam masa sesingkat itu, pelbagai perkara yg dibualkan.
seakan masa yg ada tak cukup.
jadi, kami berikrar, apa yg berlaku senelum ini takkan dibiarkan.
kami akan saling berhubungan.
macam dulu-dulu.
~ hujung minggu yg boring ~
Dec 19, 2010
~ ular lidi nak jadi naga ~
Dec 16, 2010
sebenarnya, kita tidaklah memikirkan sangat ganjaran itu semasa bekerja.
itu memang sudah diperuntukkan pun. tak perlulah nak buat tuntutan beriya-iya.
sebab memang dah termaktub dan ada dalam peraturan standard.
tapi kalau sesudah 3 bulan tugasan berakhir, ganjarannya masih belum diterima.
timbul jugaklah rasa musykil. walaupun bayarannya tak berbaloi dengan kerja yg kita buat.
tapi soalnya, itu hak kita yg memang dah tertulis.
jadi ape kejadahnya selepas 3 bulan, bila kita semak & hubungi mereka yg 'berkhidmat' untuk membuat bayaran, tiba-tiba menyatakan tuntutan kita belum diproses lagi.
gara-gara kononnya, dokumentasi tak lengkap. ada pindaan tarikh.
sebab itulah mereka 'bekukan' pembayaran.
apa ni?
duit itu bukan mereka yg punya, kompeni yg punya.
kalau big boss kompeni tahu pun, dia akan menyebelahi kita.
sebab dia tahu kita dah buat kerja.
dah 3 bulan berlalu pulak tu.
kenapa nak sekat orang yg dah buat kerja.
kalau tak buat kerja, tu lainlah.
kadang-kadang soal 'ikut buku' lebih penting daripada budi bicara atau common sense.
sebab itulah perkara mudah menjadi sukar.
perkara enteng jadi rumit.
buat kerja tak guna akal budi yg dianugerahkan tuhan.
lepas tu berkeras pulak nak pusing keliling, korner baring.
ini bukan soal kelulusan duit berjuta-juta pun.
rm2000 pun tak cecah.
tak payah lah nak tunjuk kuasa yg sekelumit itu.
nak bertegas pada perkara yg boleh dilentur.
membesarkan perkara yg titik-bengik.
bila kita komen sikit, melenting.
kalau buat kerja dengan betul & guna otak atas kepala tu, ada ke orang nak komplen?
~ keluhan seorang pemandu ~
Dec 15, 2010
aku dah tak merasa lagi 'nikmat' memandu di jalan raya. maksudnya, dimana-mana jalan termasuk lebuh raya yg sepatutnya 'memendekkan' dan 'mempercepatkan' perjalanan. kadang-kadang aku sendiri tak pasti sama ada aku berada di mana. sama ada di lebuh raya atau tempat parkir yg luas. sesak dan tak bergerak...
~ nassir sudah tiada ~
menurutnya, gambar ini diambil 2 minggu lepas semasa mereka sama-sama menghadiri satu seminar di kuching.
sebenarnya, petang semalam aku baca status fb seorang lagi kawan, yg orang dlm gambar ini abdul nassir said telah kembali ke rahmatullah. lalu aku khabarkan kepada kenalan yg lain termasuk rakan sekerja.
nassir pernah menjalani latihan amali di kompeni kami beberapa tahun dulu untuk melengkapkan mastersnya.
dia seorang yg pendiam, baik dan tak tinggal solat.
paling aku ingat, nassir diperkenalkan kepada aku oleh seorang kawan lama, zack (yg juga sudah arwah) yg sama-sama buat masters ketika itu.
al-fatehah
~ sebumbung, tak sebantal ~
Dec 14, 2010
tujuannya untuk memantau prosedur kerja dipatuhi atau tidak.
memang menjadi rutin hujung tahun begini kompeni kami akan dikunjungi mereka.
sijil kualiti yg diberi perlu dipantau supaya tidak alpa & tidak bersikap sambil lewa.
itulah tujuannya mereka datang secara berkala.
proses audit dalaman dikatakan tidaklah seketat auditor luar.
jadi sejak beberapa hari sebelumnya, aku sibuk mengemas kini dokumen yg berkemungkinan akan disemak keakurannya.
dalam masa sama, membantu rakan sekerja yg menjadi in charge untuk urusan pengauditan.
aku melakukan segala yg termampu 'menutup' kekurangan yg mungkin menjadi sasaran.
aku rasakan sudah melakukan apa saja untuk bahagian atau seksyen aku.
cuma yg aku sangsikan beberapa staf daripada bahagian lain hanya melihat dari jauh.
seolah-olah tiada apa yg akan berlaku.
walhal semua bahagian atau semua staf sepatutnya terlibat sama.
apa akan jadi sekiranya mereka yg tidak ambil peduli itu ditemu bual nanti?
atau dokumen mereka tidak lengkap bila disemak?
tak ada usaha atau sikap lewa begini septutnya tidak berlaku.
atau mereka yakin sudah bersedia sehingga tidak ada apa-apa lagi yg perlu ditampung?
entahlah.
~ kenduri kahwin
Dec 13, 2010
maklumlah cuti sekolah yg panjang begini memang banyak jemputan kenduri kahwin.
bila dah dijemput kenalah datang. sedara pulak tu.
elok jugak aku ke sana.
tak sangka pulak ketemu beberapa kawan lama yg dah lama tak jumpa.
sempat bertanya khabar, bertukar no. telefon.
yg dah berkeluarga.
dah semakin 'lebar' di bahagian tengah
bahagian di atas pun semakin 'lapang'.
memang benarlah ada hikmahnya bila kita disunnahkan supaya mengadakan keramaian untuk majlis perkahwinan begini.
inilah antara hikmahnya, iaitu mengeratkan silaturahim di samping menyambung semula tali silaturahim yg terputus.
cuma kita saja yg tidak melihat itu semua.
ada sesetengah daripada kita agak keberatan nak menghadiri kenduri-kendara.
terutamanya jemputan yg jauh. tak berbaloi kata mereka. duit minyak, duit tol. buang masa & tenaga.
tapi, inilah sebabnya kita digalakkan menghadirinya.
ada hikmah yg tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.
~ audit ~
Dec 10, 2010
kali ini mereka diberitakan akan datang.
aku percaya selama ini ramai yg cuba 'menyembunyikan' kewujudan kami daripada dikunjungi auditor luar.
sudah banyak aduan yg kami kemukakan kpd auditor dalaman, tetapi 'pi mai pi mai, tang tu juga'. takda sebarang tindakan susulan.
kepincangan yg berlaku cuba ditutup seboleh mungkin.
bukan sekali dua, bukan setahun dua tapi sudah berkali-kali dan sudah bertahun-tahun ianya berlanjutan.
jadi, entah di mana 'silap'nya. nama kami 'naik'.
tak dapat tidak pihak yg cuba menutup, terpaksa akur.
sebaik mendengar yg auditor akan datang 'melawat' kami, aku sifatkannya sebagai 'peluang'.
ya, peluang untuk menunjukkan hal 'sebenar'.
peluang untuk kami mengadu nasib. peluang untuk kami membela diri.
namun, aku dimaklumkan oleh rakan sekerja yg 'in charge' urusan audit.
kami diminta memberitahu yg baik-baik sahaja.
kami diminta mengemas kini rekod.
kami diminta melengkapkan fail.
diminta kemaskan pejabat. bersihkan tandas.
yg akan diaudit ialah cara kerja, prosedur dan sistem kerja.
malah 'diselitkan' unsur amaran, bahawa jika kami diberikan 'NC atau tidak akur' dalam laporan auditor, terimalah padah 'amarah' atau amukan pihak pengurusan atasan.
dan nampak gayanya, kami perlu ikut.
kecenderungannya, kami juga perlu tunjuk yg baik-baik atau yg muluk-muluk sahaja.
entahla,
nampaknya peluang yg datang menggolek ini tidak digunakan dengan wajar.
masing-masing nak jaga periuk nasi.
walhal, kalau tidak sekarang, bila lagi?
~ ihsan ~
Dec 9, 2010
~ kenapa bersikap begitu...? ~
Dec 8, 2010
pertama kali. baru ambik semalam.
jadi, pandu kereta sedikit berhati-hati.
lagipun, ada pendapat umum mengatakan tak boleh bawak kereta baru laju-laju, nanti piston pecah atau enjin rosak.
tapi, menurut mekanik atau pakar kereta, fakta itu hanyalah dongeng atau cerita rakyat semata-mata dan tidak benar.
tak mengapalah, tak rugi apa pun kalau pandu kereta sedikit perlahan daripada biasa, bukannya perlahan melampau hingga menyusahkan pemandu lain.
ada dua kategori kereta baru. ada kereta baru yg dipandu oleh pemandu baru.
ada kereta baru, yg dipandu oleh pemandu lama.
jadi, aku masuk dalam kategori kedua.
sudah menjadi resmi pemandu di jalan raya, bila nampak kereta baru dengan plat pendaftaran baru, fikir mereka kereta itu pastinya dipandu lebih perlahan & lebih berhati-hati.
jadi mereka boleh himpit atau sondol supaya mereka ke tepi.
jalan raya hanyalah untuk pemandu lama yg boleh memandu laju. yg pemandu baru & kereta baru perlu ke tepi dan beri laluan. respek sikitlah yg lama ni....
kalau slow, akan dihon. atau paling tidak diberi jelingan tajam.
atau mungkin dengan mulut terkumat-kamit menyumpah seorang diri.
ahhh...bukankah semua orang pun begitu juga.
suatu masa dulu mereka pun pemandu baru. memandu kereta baru dan mungkin membeli kereta baru pada masa depan.
apa salahnya bertimbang rasa sikit dengan pemandu baru atau kereta baru yg berada di atas jalan raya.
hari ini sepanjang pemanduan dari rumah ke ofis, beberapa kali aku dihon. malah sebuah lori sempat menyondol aku dari belakang & menyalakan lampu mahukan aku ke tepi memberi laluan. kenapa pulak?
sedangkan aku memandu di lorong tengah dengan kelajuan 90kmj.
kanapa sebuah lori memandu melebihi had laju 90kmj dan memandu di lorong tengah?
kenapa tidak memotong sahaja di lorong paling kanan, atau lorong paling laju kalau dah laju sangat lori tu?
itu tak lain tak bukan sebab nak buli pemandu yg bawak kereta baru...!
aku sikit pun tak kesah atau gentar.
hon lah berapa kali atau berapa kuat nak hon pun...
jelinglah setajam pisau sekalipun...
sumpahlah seberapa bakul sekalipun...(lagipun bukan aku dengar...ha ha)
aku juga ada hak untuk berada atas jalan raya seperti pemandu atau kereta lain!
~ ke sana ke mari ~
Dec 7, 2010
mesyuarat begitu panjang sehinggakan naik lenguh punggung duduk di kerusi.
beberapa kali terpaksa 'berlakon' pergi ke toilet atau kononnya menerima panggilan telefon yg mustahak.
lebih jelas, bukan aku seorang saja yg berbuat begitu.
mesyuarat berlangsung dari jam 9:30 pagi berlanjutan hingga hampir 2:00 ptg.
kami sengaja dihidangkan kuih-muih & minuman di meja mesyuarat. tujuan penganjur mungkin untuk mengelakkan 'break' di tengah-tengah mesyuarat.
memandangkan esoknya cuti umum sempena 'maal hijrah' jadi aku pun merancang sesuatu. wifey mencadangkan kami bercuti singkat ke PD. bermalam di sana.
aku setuju & wifey pun 'menyelongkar' internet mencari hotel atau resort yg masih dibuka untuk tempahan.
maklumlah cuti umum & cuti sekolah serta hujung tahun begini biasanya bilik hotel penuh ditempah. nasib baik jugak ada online booking boleh juga kita tahu & tempah di saat akhir. kalau main redah saja, mungkin tidur dalam keretalah, jawabnya.
berita baik, ada lagi bilik hotel untuk tempahan.
jadi kami pun terus bersiap & terus ke sana.
jarak pun tak jauh, 30-40 minit saja dari rumah.
sempat jugaklah mandi-manda petang itu.
esoknya, disambung lagi aktiviti mandi-manda.
sambil menikmati rehat & pemandangan pantai yg cantik & nyaman.
kemudian, aku terima panggilan pula dari salesman yg kereta baru aku dah boleh diambil.
oleh sebab dia bercuti, aku perlu mengambilnya sendiri di kedai. aku boleh saja tunggu hingga keesokannya, tapi dah teruja aku setuju datang hari itu juga.
jadi dari PD aku terus menuju ke seremban untuk ambil kereta baru.
sempat jugaklah pusing-pusing dengan kereta baru petang itu.
kepada wma 574, kereta lamaku, terima kasih atas khidmat yg diberikan sepanjang 6 setengah tahun, sebelum ini.
~ klinik 24 jam ~
Dec 2, 2010
wifey mengejutkan aku dari tidur. "erol muntah-muntah. bawak pergi klinik la..."
sejak petang itu eril muntah. dia merengek tak sedap badan. tak lalu makan.
tapi badannya tak panas pun. mungkin sakit perut atau salah makan.
tapi, perangai erol ni memang payah nak makan. memilih sikit.
aku pun bingkas bangun. bersiap lebih kurang.
jarak klinik dengan rumah aku taklah berapa jauh.
sampai di situ, aku tinjau melalui cermin pintu klinik. tak nampak pun kelibat sesiapa.
"sila tekan loceng ini selepas 12 malam" tertulis di bahagian tepi pintu depan.
aku pun menekan loceng, dengan harapan tak pelu menunggu lama.
maklumlah waktu begini, memang tengah sedap tidur.
tak lama kemudian kedengaran staf klinik itu bergerak ke sana kemari.
lampu yg tadinya tidak dipasang sepenuhnya, kini terang benderang.
beberapa minit kemudian, pintu dibuka.
selepas menyemak rekod pendaftaran, aku diminta duduk sebentar.
mungkin mereka nak bangunkan puan/tuan doktor, fikirku.
sementara menunggu itu, muncul pula beberapa yg lain.
sepasang suami isteri mendukung anak kecil mereka. demam mungkin.
hampir serentak dengan itu, datang pula satu pasangan muda.
yg perempuannya duduk sambil tunduk menekan perut. sakit perut agaknya.
nama erol kemudian dipanggil masuk ke bilik rawatan.
seperti biasa doktor bertanyakan "apa sakitnya?".
"muntah-muntahlah doktor. banyak kali..." aku jawab bagi pihak erol.
aku perhatikan muka doktor sedikit sembap. masih mengantuk.
tak bersemangat. sedikit lalok.
dia cuma menekan-nekan perut erol.
kemudian meletakkan satu alat pada telinga erol untuk mengambil suhu badan.
"tak demam pun..."katanya sambil menunjukkan bacaan pada alat itu...36.1
"saya bagi ubat sakit perut dan tahan muntah..." jelasnya sambil memandang ke arahku.
muka aku berkerut. ada persoalan dalam hati "itu je...?"
"kenapa?"...tanya puan doktor. mungkin ada soalan terpancar pada riak wajah, kerut dahiku.
"takde kaedah lain ke doktor, untuk tahan muntah. dia dah lemah dah ni. makan aje, keluar balik, makan muntah semula..." aku tak dapat menahan persoalan di hati.
"kalau nak saya boleh bagi injection..." balas doktor itu pendek.
"heeek, tak nak injek..." erol mula takut.
"ataupun masukkan ubat bontot..." doktor memberikan alternatif.
mungkin itu pilihan yg ada. aku setuju...
"you pernah buat sendiri, tak? saya bagi ubat, boleh buat di rumah..." doktor itu bertanya.
"tak pernah. tak pandai..."aku sedikit terkedu.
kemudian doktor meminta erol mengiring & memasukkan ubat itu.
selesailah 'khidmat' doktor itu.
matanya masih layu. mukanya masih sembab.
sebaik mengambil ubat. aku pun balik.
erol masih muntah. tapi tidaklah sekerap sebelumnya.
harap-harap dia cepat sihat semula.
boleh bermain dengan riang semula dengan eril & erin.
ada kesimpulan yg boleh aku buat. servis klinik 24 jam, kedai serbaneka 24 jam, restoran mamak 24 jam & stesen minyak 24 jam...tak sama dari segi 'mesra pelanggan'nya.
~ kembali bertaut ~
Dec 1, 2010
ketika itu aku sedang hadiri mesyuarat.
aku sempat baca mesej itu.
nama seorang kawan lama tertera pada nota kecil itu.
kawan yg sudah bertahun-tahun aku cuba jejaki. tapi tak jumpa.
kali terakhir aku ketemunya, di majlis kenduri perkahwinannya. di batu pahat, johor.
aku & seorang lagi kawan, zol sampai sesat-sesat mencari rumahnya.
selepas itu kami terputus hubungan.
entah di mana silapnya.
mungkin masing-masing sibuk membina kehidupan sendiri.
aku rasa tak sabar-sabar nak menghubunginya semula.
nak bertanya khabar. nak dengar suaranya. mahu berbual dengannya macam dulu-dulu.
tapi...mesyuarat yg sedang dihadiri menjadi batu penghalang.
mesyuarat yg aku sendiri tak tahu bila habisnya. meleret-leret & seakan seperti plot filem hindustan yg sengaja dipanjang-panjangkan sebelum sampai kesudahannya.
aku dah tak sabar.
fikiran aku tidak lagi tertumpu pada mesyuarat yg aku hadiri.
aku mula terkenang peristiwa manis semasa kami berkawan dulu. lebih tepat semasa kami di kampus, sama-sama belajar. sama-sama ke library. sama-sama melepak. sama-sama makan atau ke pasar malam.
mesyuarat yg bermula sejak jam 9:15 pg akhirnya tamat pada 1:00 tengah hari.
sebaik sahaja habis mesyuarat, aku terus menelefonnya.
dia masih kenal suara aku, walaupun aku cuba bergurau dengan menyamarkan diri.
aku juga kenal selanga 'jawa'nya itu.
lantas kami bertanya khabar. perkhabaran terbaru.
panjang sekali perbualan kami.
sorotan dari beberapa tahun dulu cuba diimbas kembali.
rupa-rupanya dia jugak sudah bertahun-tahun menjejaki aku.
lantaran nasibnya baik, tatkala pagi ini dengan tak sengaja dia melayari lama web kompeni aku. demi terbaca saja nama yg dikenalnya tertera pada skrin, hatinya melonjak.
iyalah, nama itulah yg sejak sekian lama cuba dicarinya.
...dan silaturahim yg bertahun-tahun dulu terputus kini terjalin kembali.
dalam tempoh 1/2 jam perbualan telefon itu, terlalu banyak yg hendak diperkatakan. hinggakan berkali-kali kami berlaga cakap.
minggu depan dia akan mengikuti kursus di KL. dan kami sudah merancang untuk bertemu.
aku tak sabar menunggu pertemuan kembali itu.
syukur tuhan mempertemukan kembali dua sahabat lama...
~ bagai realiti tv ~
semakin menjadi trend sekarang ni. nampaknya yg bercorak hiburan lebih popular.
namun ada jugak yg bukan hiburan pun popular spt the biggest loser, amazing race atau tak lama dulu the apprentice.
lebih drama atau terkesan bila ada penyingkiran di akhir setiap episod. satu demi satu yg tersingkir. hinggalah pada peringkat final, akan ada pemenang atau juara.
hari ini adalah hari 'penyingkiran' di kompeni aku. tidak seperti episod atau rancangan di tv, ianya cuma diadakan sebulan sekali.
aku sifatkan demikian, kerana mulai bulan ini, setiap staf diberikan sasaran kadar produktiviti. jika ada yg tidak mencapai sasaran, mereka akan dipanggil masuk ke bilik lembaga. mereka perlu mempertahan atau memberi justifikasi mengapa mereka tak wajar disingkirkan. pada akhirnya, akan ada juga yg tersingkir.
sama seperti dalam rancangan realiti tv.
jadi, soalannya, siapakah staf yg pertama sekali 'tersingkir'?
kalau mengikutkan congakan aku, semuanya tersingkir sebab semuanya gagal menepati sasaran yg ditetapkan.
sebabnya tak realistik, tak praktikal...lebih daripada itu...mengarut!
kalau dah semua tersingkir...tutup saja kompeni ni...he he
~ kawan tak makan kawan ~
Nov 30, 2010
~ kapcai ~
~ tolonglah, jangan score lagi...~
Nov 29, 2010
lagipun ada match yg cecah scoreline 21-19 mcm main badminton!
~ MAHA ~
hari meraikan keluarga. merayakan cuti yg singkat.
ada yg lebih suka bersantai di rumah.
tapi kalau cuti sekolah, dan anak-anak memang bersantai di rumah, tentunya mereka rasa tidak seronok, bukan.
nak ke mana?
"pergi jalan-jalan kat KL" cadang eril.
"pergi MAHA nak..." usul wifey.
"mana-mana pun boley, boring duk kat rumah..." sampuk erol.
selepas berkemas & sarapan di kedai mamak pagi tu, kami bertolak. sasaran awal pergi ke MAHA. khabarnya dapat respons yg menggalakkan.
waktu itu jam hampir 11:00 pagi.
sampai di persimpangan susur masuk ke serdang, nampak jalan sesak teruk.
kenderaan berbaris panjang. itu belum masuk ke plaza tol lagi.
berapa kilometer lagi nak sampai ke tapak karnival?
macam mana pulak soal parkir?
tak sanggup rasanya bagi aku sebagai pemandu yg hari-hari melalui jalan sesak di KL, perlu jugak bersak-sesak di hujung minggu begini. haaaa..tak sanggup!
langkah paling sesuai ialah membatalkan saja niat untuk ke sana. lain kali saja boleh pergi...
alternatifnya, terus menuju ke KL.
tak kesahlah, mana-mana kompleks beli belah pun. asalkan bersantai di luar rumah, pada hujung minggu...!
daripada memerap saja, kepala pun jadi sakit. otak pun boleh jadi beku.
~ laporan trafik, biarlah betul... ~
Nov 26, 2010
semasa memandu sepanjang jln pantai baru untuk menuju ke NPE yg sesak, ditambah pula dengan lampu isyarat yg tiba-tiba menjadi 'bangang', sekejap sangat lampu hijaunya, menyumbang lagi kepada kesesakan teruk yg memang dah teruk.laporan trafik mengatakan lebuh raya PLUS sesak teruk berhampiran susur masuk Nilai, ke arah selatan.
ya, laluan menuju ke destinasi aku. ada kemalangan katanya. cuaca pulak hujan.serentak itu aku, perhatikan meter minyak kereta. masih ada 3 bar. tapi dalam keadaan hujan & sesak begini, sukar dijangka. ada baiknya aku singgah di mana-mana stesen minyak. pilihan aku, stesen minyak di sg besi nanti...
sebaik berhenti di stesen minyak berhampiran tol plaza sg besi, laporan trafik daripada stesen radio melaporkan bahawa, jalan yg sesak berhampiran Nilai semakin teruk. malah kesesakan kenderaan sepanjang 10 km sehingga ke persimpangan bandar bukit mahkota.
huh, teruk betul tu...!
bila menghampiri, susur masuk bukit mahkota, aku memperlahankan sedikit kereta. menjangkakan kesesakan di depan. aku memandang jauh ke depan dalam kesamaran akibat hujan...
tak nampak pun kesesakan. mungkin, di depan lagi...aku masih dengan kelajuan yg sesuai, untuk memudahkan berhenti jika ada kenderaan berhenti di depan. masih takda kesesakan...dalam masa sama, tiada pula laporan trafik seperti sebelumnya....
sampai di R&R Nilai pun, masih tiada kesesakan...di depan sedikit, persimpangan susur masuk ke KLIA/Shah Alam...pun tiada kesesakan. hinggalah aku sampai ke simpang susur masuk Nilai...tiada sebarang kesesakan! lancar sahaja perjalanan....!
apa ni! siapa yg bagi laporan. laporan terkini, semasa atau laporan yg dirakam! menyirap darah aku...!
itu pendengar seperti aku. bagi pendengar lain, yg melalui laluan yg sama. yg 'terpengaruh' macam aku bila dengar laporan trafik tu macam mana? atau mereka yg menggunakan laluan alternatif yg dicadangkan, tentunya tak tahu sebenarnya kesesakan yg dilaporkan sebenarnya 'tidak berlaku'.
hawau betul!
~ sukan malaysia ~
~ syarat naik pangkat ~
Nov 25, 2010
prestasi kerja sewajarnya menjadi keutamaan.
kelulusan, kelayakan dan kemahiran akan mendorongnya mendapat kelebihan.
pengalaman juga penting, walaupun ada sesetengah pekerja hanya 'lama bekerja' tetapi masih tidak menimba pengalaman.
potensi pada diri pekerja yg sentiasa berusaha memajukan diri. sesetengah pekerja memang mahir, rajin, berdisiplin...tetapi tidak menonjol potensinya. terutama dari aspek kepimpinan, pengurusan atau perancangan
ada banyak lagi kriteria yg boleh diukur untuk kenaikan pangkat.
itu yg positif.
ada jugak yg negatif.
yg kaki bodek atau kaki kipas jugak masih berpeluang naik pangkat.
sedara mara orang atasan atau anak emas boss.
atau guna kabel pun, jugak kriteria yg boleh membuka peluang kenaikan pangkat.
menjatuhkan 'orang di atas' atau menikam rakan sekerja yg menjadi saingan, atau yg pintar main politik pejabat jugak berkemungkinan naik pangkat.
namun, semua kriteria yg dinyatakan di atas atau yg tidak disenaraikan di atas, tidak diambil kira dalam proses kenaikan pangkat di kompeni aku.
hanya ada satu kriteria sahaja, iaitu berapa tahun atau sudah berapa lama tempoh seseorang itu bekerja.
katalah 10 tahun, secara automatik akan dinaikkan pangkat.
yg baru, yg berpotensi, yg kanan, yg paling banyak tugas, yg pernah memangku tugas boss, yg prestasi kerjanya baik, takde masalah disiplin, yg mahir, yg berkelulusan...tidak layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat.
okeylah...apa nak buat kalau kriteria zaman ais atau zaman dinasour masih nak diguna pakai di zaman siber dan global ini.
kononnya mensasarkan ranking no.1 tapi mentaliti berada pada no. corot..!
~ musibah ~
Nov 24, 2010
~ aduhai... kereta pinjam ~
Nov 23, 2010
pelbagai 'bunyi' kedengaran ketika memandu. gegar sana, gegar sini.
~ jiran & kereta ~
Nov 22, 2010
jiran sebelah kiri rumah, ada dua kereta.
selang satu rumah lagi pakai 3 kereta.
rumah aku sendiri, ada dua kereta.
jadi, faham-aham sajalah kenapa jalan raya penuh sesak dengan kenderaan.
nak pergi kedai runcit dekat dengan rumah pun susah nak parkir kereta.
sedara-mara datang ke rumah pun susah nak parkir kereta dekat dengan rumah kita.
itu belum cerita pergi ke majlis keramaian atau ke kompleks beli belah, atau pusat bandar.
di kawasan perumahan aku takda disediakan kemudahan pengangkutan awam.
sudahlah begitu, agak jauh dari jalan utama.
kalau takda kenderaan sendiri...bagaimana?
kereta bukan lagi barangan mewah tapi keperluan. bagi penduduk kawasan perumahan aku, ianya boleh dianggap sebagai kemudahan atau barangan asas.
tapi bila jiran kita, beli kereta lebih besar, lebih mahal dan lebih mewah, apakah agaknya reaksi jiran sebelah? cemburu?
apa komen anak-anak?
"papa, ayah haikal beli kete baru. bila papa nak beli kete baru...?"
apa kita nak jawab...?
~ team manager mana ni...?
~ gold coast exclusive view tour ~
Nov 19, 2010
foto eksklusif. pada satu hari minggu aku & famili dijemput ke sana. ditawarkan pakej istimewa. dilayan bagai vvip mengadakan view tour.
sesuatu yg jarang berlaku & mereka yg bertuah saja yg terpilih.
~ salesman ~
Nov 17, 2010
sebelum itu, aku sudah menghubungi salesman itu. dan janjinya akan bertemu denganku di bank itu. aku menjangkakan yg akan mendapat kereta baru hari tu. jadi aku datang dengan kereta yg hendak di trade in. malam sebelumnya aku sudah mencuci kereta itu walaupun dalam hujan!
sesampai di sana, aku pun berurusan dengan pegawai bank. walaupun sedikit sukar mencari lokasi bank, mujur ada google map. hujan mula turun dengan lebat. salesman masih belum muncul, walaupun katanya on the way sewaktu aku menelefonnya sebaik tiba di bank seperti yg dimintanya.
tiba-tiba muncul seorang sales girl, seorang ah moi dari syarikat kereta yg sama. katanya dia mengambil alih tugas dari salesman itu. di tangannya, ada fail lengkap dokumen berkaitan kami & urusan pembelian itu.
~ gosip ofis ~
Nov 16, 2010
oleh sebab aku, biasanya aku meletak kereta di tempat yg sama setiapa hari, jadi jika aku tidak meletakkannya di situ, pastinya ada dua saja kebarangkalian.
pertama, aku tak hadir atau bercuti.
kedua, aku ada urusan lain di luar jadi lewat masuk ke ofis.
tidak pula aku sedari ada kebarangkalian lain pada pandangan staf lain.
aku sebenarnya meletakkan kereta di temapt lain untuk memudahkan aku pergi ke seminar itu.
tak mahu menyusahkan yg lain supaya mengalihkan kereta mereka.
rupa-rupanya timbul cerita lain pulak.
pada mulanya ramai yg menjangjakan aku bercuti. tetapi bila mendapati aku berada di ofis lain pula cerita yg berputar.
aku dikatakan beli kereta baru. ya, malah aku dikatakan beli model terbaru proton, inspira.
sebabnya, pernah dua kali sebelum ni, aku bertukar kereta baru, tak seorang pun yg tahu.
sedar-sedar aku sudah memarkir kereta baru di tempat kereta 'rasmi' aku.
dan biasanya, kalau ada saja model terbaru proton, aku akan membelinya.
sebab aku tak kisah akan kereta yg nak dibeli asalkan baru dan harganya berpatutan.
aku juga lebih cenderung beli kereta baru daripada kereta second hand.
sebabnya aku tiap-tiap hari memandu berulang alik sejauh 100km dari rumah ke ofis.
kalau second hand, tak tahu 'wear & tear'nya. mungkin mendatangkan masalah pula padaku.
caraku, beli kereta baru & belasah cukup-cukup.
cerita yg aku beli kereta baru & model inspira itiu rupa-rupanya tersebar tanpa aku sedari.
hinggalah ditanyakan betul atau tidak oleh salah seorang staf.
aku hanya menggeleng kepala & tersenyum...
dalam hatiku berkata "memang betul, tapi bukan inspira..." he he he...
~ hanya kerana rm187.67 ~
Nov 15, 2010
hanya sebab kita tak bayar mereka 187.67. mereka report kepada pihak berkuasa.
yg tanpa usul periksa telah menyenarai hitamkan aku.
sudahnya aku alami kesukaran untuk membuat perancangan kewangan. maklumlah nak buat perancangan perlukan modal. nak modal perlu pinjam wang. tetapi bila sudah disenaraihitam, susahlah. perancangan terbantut.
susah sangatkah nak tuntut 187.67 daripada aku?
ya, mungkin aku terlupa atau terlepas pandang.
mereka simpan rekod lengkap aku.
no. henfon aku tak pernah tukar sejak 10 tahun lalu.
aku tak pernah pindah daripada alamat aku tinggal sekarang sejak 10 tahun dulu.
aku kerja di kompeni & tempat yg sama sejak 10 tahun dulu.
sepucuk surat peringatan pun tak dihantar. patah lagi penyata.
satu panggilan telefon pun tak pernah aku terima.
bukankah beribu orang lain yg menjadi pelanggan mereka.
bukankah orang lain lebih besar hutang mereka daripada aku?
jadi bankrapkah mereka kalau tak tuntut 187.67 daripada aku?
10 tahun dulu jugalah aku 'melanggan' mereka. inilah balasannya...
bukan aku tak mampu bayar. setakat tak sampai rm200 tu...!
dasar lintah darat!
bila aku dah bayar pun, masih banyak prosedur yg aku perlu lalui.
sekeping surat pun ambil masa 3 hari untuk menyiapkannya.
aku tanamkan dalam hati takkan berurusan lagi dengan mereka sampai bila-bila.
~ sesekali je ... ~
Nov 12, 2010
maka tercari-carilah ruang yg kosong.
malah, tak heran ada berlaku perselisihan waktu begini. kurang sabar, geram...emosi sedikit terganggu. cepat panas.
ada yg mengambil sikap sabar, menunggu kalau-kalau ada yg keluar.
ada yg kurang sabar, terus berlalu pergi. tak jadi singgah.
ada jugak yg memarkir ikut suka. di tempat yg terlarang atau ditegah.
tapi ramai yg berpusing-pusing bagaikan tawaf dengan harapan ada yg keluar atau ada yg masih kosong.
bila terjadi begini, apa tindakan penyelesai masalah?
sebabnya, takde sapa yg akan datang membantu...
pandai-pandailah buat keputusan. asalkan tidak menyusahkan orang lain dengan menghalang kereta lain keluar atau menutup laluan kereta lain.
nak tak nak, ramai yg berbuat begitu...biarpun sebenarnya membentur 'sedikit' peraturan.
ada yg kata, sekali dua tak mengapa.
entahlah...
~ hanya iklan semata-mata ~
Nov 11, 2010
~ pelik juga bila... ~
~ surau ofis ~
Nov 9, 2010
~ dah kata dah... ~
malah perkara yg aku bangkitkan memang berasas. aku utarakannya dalam mesyuarat. dan pandangan aku itu, kemudiannya disambut dengan jawapan, akan diambil kira & akan dibincangkan semula dalam mesyuarat akan datang yg lebih mendalam.
namun apabila mesyuarat itu berlangsung kemudiannya, perkara yg aku bangkitkan itu dianggap sebagai tiada isu. jadi, ianya tidak dibincangkan langsung.
semalam satu surat pekeliling diedarkan bahawa sstu taklimat berkaitan sistem berkaitan akan diberikan. aku masih bersikap sangsi & skeptikal. dan bercadang untuk membangkitkannya sekali lagi dalam taklimat berkenaan yg dijadualkan bermula jam 9:00.
kira-kira jam lapan 8:15, belum pun waktu pejabat bermula, setiausaha kompeni memaklumkan yg boss memanggil ketua-ketua bahagian bertemunya pada jam 8:45 iaitu sebelum taklimat berlangsung. lalu aku merisik, apa tujuannya.
aku dimaklumkan bahawa ianya bertujuan untuk perbincangan berkaitan isu yang pernah aku bangkitkan sebelum ini.
aparaaaaa....!