~ elak sesak, kena sesak ~

Aug 29, 2010

mungkin sebab latar belakang suasana kampung menambah selera makanku.
sahur itu, buat pertama kali dalam sejarah, aku makan bertambah nasi sepinggan lagi.
biasanya sahur, langsung tak berselera. menghabiskan sepinggan nasi pun terpaksa berhempas-pulas.
menjangkakan jalan akan sesak teruk selepas 'lebuh raya' bukit putus sebagai mana yg berlaku sewaktu perjalanan pulang dari kampung bulan lepas. gara-gara kerja pembinaan belum selesai di 'penyambung' jalan hala ke seremban. lagipun dalam perjalanan pulang pada hari sabtu, didapati kerja pembinaan masih belum selesai lagi. kami mengambil keputusan, memulakan perjalanan balik lebih awal. lagipun, tak perlu tunggu makan tengah hari seperti kebiasaan sebab bulan puasa sekarang ni.
bila memulakan perjalanan awal, tentulah akan sampainya lebih awal. jadi direncanakan untuk singgah di bandar seremban, beli-belah apa yg 'patut', sebelum meneruskan perjalanan balik ke rumah di nilai.
nasib tidak menyebelahi kami, sesampainya di bandar seremban jalan sekitar bandarnya & menuju ke pusat beli belah di tengah bandar, sesak teruk. seolah-olah satu barisan yg panjang tetapi tidak bergerak. selepas berhimpit & bersesak, aku akhirnya putus asa & mengambil keputusan untuk membatalkan niat singgah di bandar seremban.
fikirku sekalipun dapat mencelah masuk ke pusat beli-belah nanti, akan ada masalah lanjut terutama kesukaran meletak kenderaan. jadi buat apa menambah masalah sedia ada?
kami bercadang untuk beli belah pada cuti merdeka, 31 ogos nanti.
mungkin keluar lebih awal, selepas subuh!

~ yelek, nothing, takda apa-apa ~

langsung tidak ada sebarang pengumuman tentang 'itu'.
walaupun dipancing oleh seorang rakan sekerja, tapi ceo tidak pergi ke arah 'itu'
makanya pengumuman khas oleh ceo ibarat pengumuman tarikh hari raya oleh penyimpan mohor besar raja-raja melayu.
semua dah tahu, sekadar formaliti, tak macam dulu-dulu, pengumuman dinanti penuh debar dan suspen.
sama juga seperti pengumuman ceo pada jumaat lepas. semua butirannya aku dah tahu terlebih awal. walaupun sebahagian besarnya masih menjadi rahsia yg tidak diketahui yg lain.
jadi kedatangan aku 'separuh hari' di ofis, tidaklah membawa apa-apa keberhasilan.
sekadar melihat soalan sama & alasan sama yg berulang-ulang.
jadi, program balik kampung yg dirancang jumaat itu terpaksa dibatalkan. walaupun esoknya aku & famili tetap jugak pulang ke kampung sebab niat sudah terpasang.
cuma tempoh masanya jadi begitu suntuk ditambah masa perjalanan pergi & balik yg panjang.
namun, masih berbaloi juga dapat berbuka & bersahur di kampung.

~ D-day ~

Aug 27, 2010

apa pun yg akan berlaku hari ini
biar apa saja yg diputuskan & diumumkan
lebih tepat lagi selepas jam 3:30 petang
akan aku terima dengan redha...

~ cakap ulang-ulang, ulang-ulang cakap ~

Aug 26, 2010

seingat aku sepanjang bekerja di kompeni ni, aku tak pernah ingkar arahan.
kenapa pulak sekarang aku perlu bertindak sebaliknya?
tak tahu kenapa, ianya terjadi jugak hari ini.
memang aku tak suka kalau orang bercakap sinis. aku juga tak suka kalau orang cakap benda yg sama secara berulang-ulang. aku dah faham, maksud dah sampai, jadi tak payah ulang...

cuti aku sudah pun diluluskan sejak seminggu lepas
cuti jumaat bersambung (cuti nuzul quran di selangor) bersambung ke 31 ogos, merdeka.
aku dah berjanji dengan wifey & anak-anak untuk balik kampung berbuka puasa dengan mentua aku. mereka seronok nak balik kampung.
lagipun raya kali ni kemungkinan besar, aku tak dapat cuti raya. berkorban lagi seperti tahun lepas.
malangnya, perjumpaan dengan ceo yg dijadualkan pada minggu depan telah dipercepatkan ke tarikh lebih awal. bertembung dengan cuti aku. jadi aku terpaksa menerima hakikat yg cuti aku perlu dibatalkan. ok, aku faham. aku terhimpit dalam situasi yg kurang menyenangkan. tapi aku pilih periuk nasi aku dulu. tak payah nak ingatkan aku. aku tahu tanggungjawab itu.

aku dah pun diingatkan semasa mesyuarat berlangsung semalam akan keperluan cuti itu dibatalkan. ok. dah maklum. tak payah cakap pun aku akan buat. tapi bila dah cakap aku anggap itu sebagai mengingatkan aku sahaja.
tapi pagi ini aku diingatkan sekali lagi akan keperluan pembatalan cuti. perlukah?
aku memang dah berkira-kira untuk membatalkan notis cuti online itu pagi ini. malah aku dah bertanyakan caranya daripada rakan sekerja.
peringatan yg berkali-kali itu menyebabkan aku sedikit 'terganggu'.
jadi, hari ini dalam sejarah, aku ingkar arahan.
aku akan bercuti jugak, tapi dalam masa sama, akan tetap hadir dalam pertemuan dengan ceo itu. itu yg aku cakap tadi pada orang yg mengingatkan aku berulang-ulang itu.
aku tinggalkannya dalam keadaan terpinga-pinga mencari jawapan aku yg kabur itu...
rasakan!

~ sikap orang sukar ditelah ~

seorang jiran yg juga merupakan ajk surau di kejiranan aku mengirimkan sms.
butiran sms itu mengingatkan tentang giliran kawasan kejiranan kami menaja majlis berbuka puasa & jamuan moreh selepas solat tarawikh yg diadakan di surau berdekatan
jadi untuk itu, sedekah dlm bentuk wang atau makanan adalah digalakkan.

aku sebenarnya tak tahu menahu pun akan wujudnya giliran tajaan tersebut. jadi aku balas sms itu bertanyakan apa bentuk sumbangan paling sesuai.
tetapi dia membalas sms itu dengan agak sinis mengatakan yg sepatutnya aku sudah tahu kerana surat sudah diedarkan berhubung perkara tersebut. jadi, aku pun bersangka baik, kemungkinan surat itu tak sampai ke tangan aku. aku tanyakan lagi yg pada siapa harus aku hulurkan sedekah itu.

petang semalam aku singgah di rumahnya untuk menyampaikan sedekah dalam bentuk wang.
dia mengingatkan aku tarikh giliran kejiranan kami mengadakan majlis itu. sambil itu sempat memberikan sindiran supaya aku 'menjengok' surau.
walhal aku memang kalau ada kesempatan memang turun ke surau tu, walaupun tidaklah setiap hari, terutama malam jumaat. cuma bulan puasa ini aku tidak turun ke surau tersebut kerana aku lebih selesa bersolat tarawikh di masjid berdekatan.

bukannya apa-apa, sebab aku tak punya motosikal seperti kebanyakan yg lain. sedangkan surau berhampiran itu terletak di tengah kawasan kejiranan. bila musim solat terawikh, lebih ramai yg turun ke surau daripada hari-hari biasa. jadi masalah kesukaran meletak kereta akan berlaku. pernah berlaku beberapa kali pergeseran antara tuan punya rumah dengan pengunjung surau kerana hal meletak kereta sesuka hati atau menghalang laluan masuk rumah penghuni berdekatan. jadi, aku yg berkereta ini terpaksa mengalah, pergi ke masjid yg lebih besar & mudah meletak kenderaan. walaupun jauh sedikit dari rumah.

dia sendiri sebagai ajk surau pun bukanlah setiap hari turun berjamaah ke surau. hal ini pernah diadukan oleh seorang jiran lain yg juga ajk surau tersebut. malah sudah ada ura-ura untuk tidak memilihnya lagi pada pemilihan ajk surau akan datang.
sebenarnya sikap begini akan hanya menjauhkan orang bukannya menarik lebih ramai untuk mengimarahkan tempat ibadat. sikap imam di surau berkenaan itu sendiri yg aku kenali, jauh lebih baik, sentiasa tersenyum & bertanya khabar sekali pun pada mereka yg cuma sesekali menjengah surau. tidak perlulah kata-kata sinis, bukankah bermulut manis lebih baik.

~ jangan mengata dulang ... ~

Aug 25, 2010

rakan sekerja aku pernah mengingatkan aku.
apabila kami asyik memperkatakan berkaitan boss atau ketua kita.
kalaulah kita ditakdirkan menjadi ketua/boss suatu hari pada masa depan, kita juga harus ingat yg pekerja di bawah kita akan mengata juga di belakang kita.
memang benar apa yg dikatakannya itu.
apa sikap kita agaknya kalaulah kita sampai ke tahap itu nanti?
entahlah. harap-harap pekerja di bawah kita akan melihat semua yg manis-manis dan muluk-muluk sahaja.
tapi itu satu harapan yg terlau ideal. utopia, mungkin.
apa reaksi kita bila bergelar boss nanti?
tapi sekurang-kurangnya bila kita bermula dari bawah, kita akan sentiasa sedar dari mana asal kita.
kita akan mengambil iktibar akan kekurangan boss kita.
menjadikannya sebagai suatu dinding teguh dan kuat agar tidak melakukan perbuatan sama.
dan tidak mengulanginya dalam perbuatan, tindak tanduk dan kepimpinan kita bila bergelar ketua/pemimpin atau boss nanti.
kalau kita buat juga, nescaya kita akan dikata belakang, diumpat dan dicemuh seperti apa yg kita lakukan sekarang terhadap boss kita.

~ kembali normal ~

selepas minggu yg kelam kabut minggu lepas.
ditambah pula dengan permulaan minggu ini yg di luar dugaan dan kejutan buatku.
tiba-tiba hari ini seakan kembali normal.
normaliti itu bermula seawal pagi ini.
wifey ada tugasan luar & seterusnya akan menghadiri majlis berbuka puasa.
jadi, untuk membodek aku, dia benarkan aku memandu keretanya.
menyedari yg kereta aku ada masalah air-cond. pertama kali aku memandu di waktu pagi dengan kesejukan di atas sedikit daripada paras beku.
pagi ini semasa memandu ke tempat kerja, jalan yg sesak sejak bulan ramadan tiba-tiba hari ini seakan-akan memberi laluan padaku.
jalan raya pagi ini agak lancar, sehinggakan aku sampai ke ofis seawal 7.05 pagi!
perkara menjadi tambah berseri pagi ini bila pelayaran internet begitu lancar.
dan lebih menambah wangi lagi, fesbuk & soccernet sudah boleh dilayari.

cuma mungkin sedikit 'membantutkan' keseronokan pagi ini ialah...
mesyuarat bulanan yg akan berlangsung jam 9:30 nanti...hu hu

~ pusing-pusing, kepala pusing ~

Aug 24, 2010

susulan daripada pertemuan dengan ceo, aku diminta mengatur pertemuan untuknya bertemua dengan staf kompeni kami.
aku disuruh berhubung dengan pegawai khasnya.
pagi tadi sebelum menghantar cadangan tarikh pertemuan, aku maklumkan hal ini kepada boss.
boss takde halangan akan cadangan itu. suruh aku aturkan.
jadi aku pun hantarkan e-mel kepada pegawai khas ceo menyatakan cadangan tarikh mengikut cadangan kelapangan jadual ceo.
selang beberapa jam kemudian, e-mel yg kuhantar masih belum dijawab.
dalam tempoh waktu tersebut, semua staf diminta menandatangani surat edaran makluman daripada boss.
aku sedikit terkejut, kerana makluman itu berhubung makluman tarikh pertemuan dengan ceo.
aku tidak pasti dari mana pengesahan tarikh itu dibuat. yang sebenarnya agak tersasar daripada tarikh yg aku cadangkan itu.
mungkinkah boss dihubungi sendiri oleh ceo tanpa melalui pegawai khasnya?
atau boss menghubungi terus ceo tanpa melalui pegawai khas itu?
kedua-duanya ada kemungkinan.

aku sedikit musykil sebenarnya, kenapa aku dan pegawai khas itu yg sepatutnya menguruskan hal ini tidak diberitahu atau dimaklumkan terlebih dulu.
tapi tak kisahlah, asalkan pertemuan yg dirancang itu tetap berlangsung.
aku mengambil sikap positif.

****

petang ini. jam 3:30 petang tadi aku terima maklum balas e-mel yg aku hantar kepada pegawai khas tersebut.
dalam e-melnya dia menyatakan tarikh pertemuan itu.
awal seminggu daripada tarikh yg dimaklumkan dalam surat edaran boss pagi tadi.
apa sebenarnya berlaku?
aku cuma memanjangkan e-mel itu kepada boss untuk makluman dan perhatiannya.
aku sedang tunggu reaksi boss.
sehingga entri ini ditulis, aku masih menunggu maklum balasnya.

~ kisah penjual ice-blended ~

aku ke pasar ramadhan petang semalam untuk beli juadah berbuka puasa.
kali aku ditemani oleh eril.
biasanya sesiapa yg menemani aku, akan mendapat upah.
sebut saja apa yg digemarinya, aku akan beli sebagai ganjaran.
jadi aku tanyakan apa yg dimahu oleh eril.
"belikan ice-blended..." jawabnya.
ya, selain kuih-muih, ikan bakar, air tebu, murtabak...di bazar ramadhan juga ada dijual ice-blended!
nak perisa apa? mocha, latte, cappucino, vanila etc. pilih saja.
sebaik aku memesan mocha, aku disapa oleh tuan punya gerai.
"eh, macam kenal je. apa khabar bang?" sapanya ramah.
"baik je..." dalam jawapan itu aku memandang tepat wajahnya sambil berjabat tangan.
sambil itu, aku cuba mengingat, siapa gerangan pemuda itu.
"lama tak jumpa. macam mana sihat?" tanyanya mesra.
"sihat. alhamdulillah. makin sihat. kau pun nampak sihat" aku cuba beramah.
"masih guna kereta lamborghini tu lagi?" tanyanya pula.
aik, macam mana dia tahu, aku pakai kereta model tu.
"pakai lagi. selagi boleh jalan, pakai je..." jawabku, masih dalam kesamaran.
"macam mana niaga...?" aku cuba ubah topik sambil terus cuba mengingat.
"okla bang. meniaga kecik-kecik..." dia jawab sambil tangannya sibuk menyiapkan ice-blended mocha.
selepas membayarnya, aku pun berlalu dengan berbalas ucapan "jumpa lagi, terima kasih...".
dalam perjalanan memandu pulang dari bazar ramadhan, akhirnya aku dapat mengingat siap gerangan tauke gerai ice-blended itu.
dia ialah salesman kereta yang aku beli dulu & masih pakai sekarang.
patutlah dia tahu model kereta apa yg aku pakai.
tak sangka dia masih ingat, sedangkan kali terakhir aku jumpa dia semasa dia menyerahkan kunci kereta baruku itu, kira-kira 6 tahun lalu.
cepatnya masa berlalu. mungkin aku customernya yg paling disayangi...!

~ hari muram nan suram ~

Aug 23, 2010

minggu lepas bermula isnin, pc aku meragam.
hari jumaat lepas baru keluar dari bengkel.
tapi sejak keluar bengkel ia meragam pulak.
hanya boleh buka sebahagian aje address atau web yg kita nak masuk.
aku pun dah pening kepala. puas aku godek.
masih macam tu jugak.
yg paling membengangkan aku dua tempat yg jadi feberet aku tak boleh dilayari.
soccernet & fesbuk.
yg lain tu aku tak kisah sangat. tapi yg dua ni memang hari-hari kena masuk.
kalau tak, hari aku akan jadi suram
hari ni, hari aku memang suram. tambah pulak cuaca yg kelam di luar.
apa agaknya sebabkan masalah yg timbul ni...
nak hantar masuk bengkel lagi ke?

~ perlukah menilai diri sendiri? ~

kerap kali kita berasa yg kita kenal diri kita sendiri.
kita tahu kemampuan diri.
namun cara terbaik ialah biar orang lain menilai diri kita.
itulah yg aku jawab bila ditanya oleh datuk ceo.
aku bertemunya pagi tadi.
pengalaman yg sedikit menggementarkan. nervous. maklumlah tak pernah bertemu dgn ceo secara berdepan. one to one begitu.
sudah lama aku tidak menghadiri 'temu duga'.
lagipun aku ini orang kecil. tak pernah menjangkakan hal begini.
sejak petang jumaat lepas, aku asyik terfikirkan apakah motif pertemuan yg dirancang ini.
malah tidurku sedikit terganggu.
pertamanya, aku tak tahu kenapa.
keduanya, aku tak pasti persiapan apa yg harus kubuat.
bertanya-tanya sendiri. menjangka. mentafsir. meramal. semuanya tak pasti. samar...
akhirnya, pagi ini semuanya terlerai.
aku ditanya apakah aku bersedia untuk menjadi ketua?
mampukah aku mentadbir sebagai ketua?
dalam keraguan ada keyakinan.
dalam keyakinan ada keraguan.
aku tidak mengatakan aku setuju.
cuma aku katakan "kalau datuk rasa saya mampu maknanya insyaallah saya mampu".
lagipun aku sudah punya pengalaman kerja yg lama. kalau itulah ukuran yg diambil.
aku sudah tahu selok belok di sini. aku sudah kenal staf di sini.
aku sudah tahu proses kerja di sini.
entahlah. aku tak mampu menilai diri aku sendiri.
biarlah orang lain yg menilainya.
aku reda & tawakal apa saja keputusan bakal disahkan nantinya.

~ teka-teki ~

Aug 20, 2010

petang tadi kak sekretari datang memaklumkan pesanan pada aku.
katanya ada panggilan urgent daripada pegawai khas kepada CEO kompeni aku.
dia cuba telefon talian terus aku, tapi aku tak jawab.
sebenarnya bukan aku tak jawab. aku tengah menjawab telefon di talian satu lagi.
so, dia tinggalkan pesanan pada kak sekretari.
jadi sebaik dapat tahu, aku pun telefon balik pegawai khas itu.
aku kenal dia. dia pun kenal aku.
tapi dalam hati tertanya-tanya jugak ape halnya.
tak pernah aku ada kaitan langsung dengan CEO walaupun dah lama aku kerja di sini.
panggilan aku segera dijawabnya.
selepas perbualan pendek yg standard, bertanyakan khabar, dia menyampaikan berita:
"datang ke bilik datuk CEO hari isnin 23 haribulan ni. memanglah awal sikit. tapi datuk yg mintak"
aku sedikit tersentak. menahan nafas. tapi cuba kontrol macho.
"apa halnya J..."

jeng jeng jeng.....!

~ korban cuti raya ~

minggu lepas aku dipanggil oleh boss.
selepas bersoal jawab berkaitan beberapa hal tentang ofis, dia bertanyakan aku hal cuti raya.
"awak balik mana raya taun ni?" dia bertanya.
"biasanya saya balik dua-dua. just ikut turn mana dulu je".
itu bukanlah soalan pokok yang ditanya.
sebenarnya ada sesuatu di balik soalan pertama tadi.
dia sebenarnya sudah maklum yg aku tidak mengambil walau sehari pun cuti raya tahun lepas.
puncanya, terpaksa memangku jawatan untuknya.
bagi yg memangku jawatan, mereka tdak boleh mengambil cuti. kerana diwajibkan bekerja 28 hari secara berturutan. jika tidak, dia tidak layak mendapat elaun memangku.
jadi tahun lepas aku sudah mengorbankan cutiku. hanya selepas dia balik dari menghabiskan cuti kontraknya, barulah aku bercuti. itupun 10 hari selepas sambutan hari raya.

pada mesyuarat bulan lepas, aku sudah menyatakan pendirian, yg tahun ini aku nak bercuti pula. sebagai 'hutang' yg perlu dibayar tahun lepas.
nampaknya, takde sebarang komen balas semasa mesyuarat itu.
tapi dalam pertemuan ini sedikit berbeza.
boss berhasrat untuk tidak menyambung lagi kontraknya. kebetulan kontraknya tamat pada akhir september. namun, cutinya masih berbaki kira-kira 13 hari lagi.
jadi dia merancang untuk mengambil cuti tersebut sebelum terus meninggalkan pejabat.
jika dihitung jumlah cutinya itu, dia boleh mengambilnya bersambung atau bertembung dengan cuti raya.
dia menyatakan hasratnya itu padaku. dengan jangkaan aku sekali lagi perlu memangku jawatan yang dikosongkan.

itu juga bermakna, cuti raya aku tahun ini sekali lagi terpaksa dikorbankan.
malah dia mencadangkan supaya aku bercuti awal sebelum raya & kembali bekerja pada hari isnin - raya ke-4.
apa ertinya cuti sebelum raya?
bukankah dia faham & maklum yg tahun lepas aku tidak mengambil walau sehari pun cuti raya?
pada asasnya dia setuju dalam mesyuarat lepas, aku patut mengambil cuti kali ini?
aku tegaskan sekali lagi, yg tahun ini aku nak cuti.
lagipun ini berkait dengan hal keluarga. nanti ada yg merajuk pula.
malah aku dah berjanji sejak dari tahun lepas bahawa tahun ini aku selayaknya dapat bercuti.

lagipun bukankah di ofis ini ada ramai pegawai lain yg boleh dilantik memangku tugasnya.
bukankah yg lain sudah mendapat giliran cuti?
hanya akukah yg harus berkorban? orang lain bersenang-lenang?
aku sengaja biarkan jawapan tergantung.
kataku, aku perlu bincang dulu dengan wifey. sebab cuti aku bergantung pada cutinya juga.
boss setuju menunggu keputusan aku.
hari ini genap seminggu 'perbincangan' kami itu berkaitan cuti.
aku tak dipanggil semula untuk menyatakan keputusan muktamadku.

tadi, bila aku lihat senarai cuti yg diluluskan.
rupa-rupanya boss sudah meluluskan sebilangan besar cuti raya staf lain.
ini termasuklah kumpulan pegawai.
sedangkan selalunya dia hanya meluluskan cuti pada mesyuarat akhir kompeni sebelum bercuti. aku pula masih menanti pengesahan cuti wifey.

~ telur separuh masak ~

Aug 19, 2010

ramai yg tak sedar bila mereka hanya cakap ikut sedap mulut.
ikut logik akal sahaja.
aku ada baca beberapa komen tentang kes buang bayi yg makin menjadi-jadi sekarang ni.
dah mula yg memandai-mandai mengemukakan teori & hipotesis masing-masing.
dalam blog kawan baik aku pun ada menyebut hal yg sama.
tapi setakat guna kelogikan akal sahaja, tak cukup.
kenalah buat kajian sikit.

hari ni aku baca surat khabar yg seorang pemimpin muda sebuah parti melontarkan kesimpulan yg hampir sama spt yg pernah aku terbaca sebelum ini.
mempersalahkan hari-hari sambutan yg dianjurkan sebagai punca berlakunya maksiat atau zina.
kejadian yg berleluasa sejak beberapa bulan kebelakangan (julai & ogos) berkebetulan tempoh 'musim mengawan' katanya yg berlaku sepanjang bulan disember & sambutan tahun baru.
jadi bulan julai & ogos adalah musim 'menetaskan telur'.
sekali gus menyalahkan penganjur yg mempelopori pesta-pestaan termasuk kerajaan.
teori yg mudah. mengambil kira tempoh 'eraman' seorang bayi.
mungkin adalah beberapa kes yg kena dengan teori itu.
tapi, maaflah aku menolaknya bulat-bulat.

di mana banyak berlaku kes buang bayi?
di bandar sahaja? orang KL sahaja? atau orang yg pergi pesta saja?
bukankah ia juga berlaku di kelantan, kedah, pahang, terengganu...
bukankah kes ini menular di merata ceruk yg tidak ada pun penganjuran pesta.
tak kira bandar, pekan, kampung, estet, pedalaman sekalipun, bukan?
adakah ini berkait juga dengan sambutan tahun baru atau hari valentine?
bukankah budak sekolah juga terlibat sama. orang dewasa lagilah.
cakap yg mudah, kalau tak pergi pesta pun orang buat seks juga, kalau dah nafsu membelenggui diri.

sebenarnya, ini bukanlah kes-kes one off atau one night stand. tapi dilakukan berulang-ulang hingga 'terlajak' dan 'termengandung'.
sekarang ni di mana-mana saja ternampak pasangan ke hulu ke hilir. di kompleks beli-belah, pawagam, di tempat makan. mereka ini berjumpa saban hari. saban minggu. bukan pada waktu menyambut merdeka, tahun baru atau apa saja sambutan.
ada yg berpasangan dah macam suami isteri, cuma tak duduk serumah. pergi kerja bersama, pergi berhantar, balik berjemput, makan tengah hari/malam bersama.
jadi ruang untuk 'melakukan sesuatu' juga sentiasa ada. tidak perlu tunggu untuk 'musim mengawan'.

carilah ruang penyelesaian. kemukakan cadangan.
jangan asyik menyalahkan.
usahlah buat kenyataan umum atau generalisasi.

dalam bidang penulisan dan penerbitan selalu diingatkan jangan buat kesimpulan yg umum sifatnya. kemukakan perincian atau data atau sokongan fakta.
kalau banyak - berapa banyak, berapa peratus, berapa jumlahnya, puratanya.
kalau tinggi - berapa tinggi, berapa kadarnya
kalau meluas - berapa luas, jaraknya, lingkungannya
janganlah menulis bagi pihak semua orang, tulis bagi pihak kita sendiri.
pendapat separuh masak tak memberikan apa-apa faedah.
kecualilah telur ayam kampung separuh masak yg elok dimakan waktu sarapan.

~ musim baru, juara baru? ~

Aug 18, 2010


man utd 3 (berbatov, fletcher, giggs)

kota bharu (newcastle) 0


soocernet.com

~ entri paling banyak dalam sehari ~

ya, hari ni entri paling banyak untuk blog ni.
setakat ini dah 4.
bukan lepas gian atau lepas gerama.
sebenarnya idea entah kenapa mencurah curah sejak dua tiga hari kebelakangan.
berkebetulan pulak pc aku rosak.
bila rosak, note book yg aku guna pulak, entah kenapa tak boleh nak log in ke blogspot aku ni. jadi aku tak dapat nak poskan entri baru.
aku pun heran jugak, apa pulak halnya.
puas aku cuba godek.
yg herannya, aku takde masalah pulak nak akses ke mana-mana laman lain.
tapi tang nak update blog pulak tak boleh.
hari ni entah kenapa aku teragak nak guna browser firefox.
selama ni aku hanya guna i.explorer.
memandangkan di note book yg aku pinjam/guna ni ada firefox, jadi aku pun try la.
boleh....aje.
tu la pasal, yg jadi puncanya banyak entri ni.
satu rekod untuk blog ini...

~ tergoda air oren ~

isnin lepas.
sebenarnya dah 5 hari umat islam berpuasa.
tapi bagi erin, itu hari pertama. sebab sebelum ni dia demam.
sejak dekat ramadhan, dia la paling teruja nak puasa. demam pun dia masih nak puasa.
tapi aku tak bagi. nanti tak larat. lagipun kena makan ubat, takut melarat...
jadi, isnin lepas merupakan hari pertama erin berpuasa.

bangun sahur, takde masalah.
senang aje dikejutkan. cuma tak berapa lalu nak makan.
ditelannya juga nasi goreng yg dimasak wifey dengan ayam goreng.
selepas meneguk air milo, dia pun sambung tidur.

petang itu, bila aku pulang dari kerja, erin sudah balik dari sekolah petang.
balik awal sebab bulan puasa.
uniform sekolahnya masih belum diganti. dia baring keletihan.
aku tanyakan padanya "puasa?"..."puasala..." jawabnya lemah.
kemudian aku katakan nak pergi ke bazar ramadhan. membeli perbukaan.
erin segera bangun. mengatakan yg dia nak ikut sama.
nak mandi & tukar baju dulu katanya sambil meminta aku menunggu.
mula-mula aku cuba halang. kesian, takut dia tak larat.
maklumlah, pengunjung bazar ramai. susah parkir, mungkin kena berjalan jauh sikit ke gerai.
suasana sesak, bising, asap. bimbang erin tak sanggup melaluinya.
tapi mengenangkan hari ni puasa pertamanya & teringin nak memilih makanan yg disukainya untuk berbuka nanti, aku pun mengalah saja.

sampai di bazar ramadhan, kami pun berjalan dari satu gerai ke gerai yg lain.
mula-mula erin nampak teruja. tapi selepas tu, langkahannya mula perlahan.
penat katanya dan minta aku segera beli & balik.
aku cuba memujuknya. kerana nak memilih makanan pun kadang-kadang rambang mata.
perlu juga buat pilihan makanan yg mewakili cita rasa semua.
memilih gerai atau makanan yg kita rasa paling baik antara gerai yg menawarkannya.
erin memilih ayam goreng dan kuih tepung pelita sebagai juadah berbukanya.

akhir sekali aku beli singgah di gerai menjual pelbagai jenis air.
aku beli air tebu untuk semua.
tapi erin minta dibelikan air oren untuknya. diletakkan dalam gelas plastik.
dia sendiri yg membawanya.
oleh sebab aku pegang banyak bungkusan makanan, jadi aku tidak lagi memimpin tangan erin seperti mana waktu awal datang tadi.
tapi aku mintak erin berjalan di sebelahku.
kami pun beredar pulang.

*****

dalam perjalanan ke tempat kereta, aku dapati langkahan erin sengaja diperlahankannya. beberapa kali dia tertinggal ke belakang.
bila aku berpaling ke belakang, sedarlah aku, yg erin sedang menyedut air oren dengan straw.
rupa-rupanya erin tak tahan dengan godaan air oren.
aku faham, budak-budak tak tahan dahaga.
sayangnya, waktu itu hanya tinggal 1 jam setengah sebelum waktu berbuka puasa.
tapi aku pura-pura saja tak nampak perbuatan erin yg curi-curi minum itu.

di dalam kereta semasa memandu pulang, erin sengaja duduk di belakang. sambil menyedut straw air orennya. aku bertanya "laa, kenapa erin minum?"
dia hanya tersenyum. "eh, papa tau ke erin minum. erin tak tahan dahaga la..." dia mengaku.
aku senyum aje.
tak mengapa lah...budak-budak.

~ marilah membanci dan dibanci ~

hari ahad. bersamaan hari rehat.
selalunya masa rehat paling sedap ialah waktu lepas makan tengah hari di rumah.
baring-baring sambil baca surat khabar atau nonton tv.
kadang-kadang tu terus terlelap.
hari ahad biasanya rutin hampir sama. kecualilah kalau ada rancangan nak bersiar-siar 'melawat' kompleks beli-belah, pergi kenduri kahwin, melawat sedara di hospital, atau sengaja nak makan di luar sesekali.

tapi, ahad biasanya, rutin hampir sama.
ahad lepas pun begitu. cuma kali ini bulan puasa.
jadi baring-baring aje depan tv. mata pun dah mula layu.
tiba-tiba ada ketukan di pintu. disusuli dengan ucap salam.
bunyinya, suara lelaki.
siapa pulak yg datang tak bagi signal dulu ni...dalam hati bersoal jawab.
aku buka pintu dan gril.
tersengih di depan pintu, seorang lelaki berpakaian kemas dengan tag tersangkut di lehernya.
dia memperkenalkan diri sebagai pegawai banci.

yep...baru aku teringat sekarang ni program banci penduduk & perumahan negara sedang dijalankan. memang meluas diwarwarkan. di tv, radio, surat khabar.
kalau ada penduduk malaysia yg tak tahu, patut halau diorang atau tarik balik kewarganegaraan...amboi, garang.
sedang berjalan antara 6 julai hingga 22 ogos.
sejak ianya bermula 6 julai lepas aku ada jugak bertanya-tanya dengan kawan-kawan ofis, dah 'kena' banci ke belum. ramai yg masih belum. kakak aku di kampung yg berdekatan dengan rumah aku pun belum.
hari ahad ni pun dah 15 ogos. dah dekat hujung-hujung dah ni.
takde pegawai banci datang. atau, mereka dah sampai, tapi takda orang di rumah.
atau diaorang buat secara rambang aje, tak pergi ke semua rumah?

akhirnya, petang ahad tu segala persoalan terungkai dan terjawab.
pegawai banci sudah di depan mata.
aku pun jawab satu persatu, dengan yakin, aku pun mengunci setiap jawapan.
tanpa memerlukan talian hayat atau bantuan sesiapa. semua jawapan aku muktamadkan.
lagi pula, nombor dan tarikh lahir setiap isi rumah memang ada dalam ingatan kepala aku.
jadi tanpa sebarang keraguan, pegawai banci menulis setiap jawapanku tanpa banyak tanya.
dia pun senang hati, sebab aku tak perlu terhegeh-hegeh cari surat beranak anak-anak aku dalam almari untuk rujuk tarikh lahir mereka.

sekejap aje, tak sampai 7 minit 43 saat, dah siap.
lalu dilekatkan satu kad kuning pada pintu rumah aku.
tandanya, sudah dibanci.

~ isnin yang biru ~

tiba-tiba aje sedang aku berborak dgn seorang rakan seofis, paparan skrin pc di depan aku bertukar menjadi biru.
aku cuba baca dan fahamkan apa ke jadah tulisan teknikal yg tertulis pada skrin.
antara arahan yg disuruh aku buat ialah offkan pc. kemudian on kan semula.
aku pun buatla apa yg disuruh.
kali ini langsung takde apa-apa pada skrin. kosong. blank...!
aku on dan off dua tiga kali lagi. manalah tau, kot-kot tadi dia hibernate...
tak de apa-apa, kosong. blank.

aku terpaksa menerima hakikat, yg pc ni dah kong.
lalu aku pun hubungi bahagian teknikal komputer.
buat aduan. pc kena masuk bengkel.
staf di situ perlu godek dulu, nak tahu apa masalahnya.
paling cepat seminggu, katanya. kalau mother board yg rosak, lama lah sikit. oleh sebab pc yg aku pakai ni daripada model lama, jadi mungkin spare partnya payah sikit nak dapat kena order dulu. jadi, ada kemungkinan memang makan masa yg lama lah di bengkel tu.

aku pun mula merancang kehidupan tanpa pc.
hari ni baru isnin. terpaksalah aku melangut seminggu ni tanpa dunia siber. dunia maya.
takpe, aku cuba pinjam lap top daripada kawan baik aku. dia tak pakai sangat lap topnya.
kalau tak boleh connect line ofis, aku boleh pinjam usb broadband daripada wifey.
lagi pun bulan puasa ni, wifey jarang kerja luar ofis. harap-harap gitula.

petang isnin tu, sedang aku bermenung macam orang kehilangan kucing, timbul satu idea lain.
aku pun menuju bilik boss.
dengan langkah perlahan tapi tegap dan tegas, aku melangkah masuk.
"boss, saya pinjam note book buat sementara boleh tak. pc saya kong lah. dah hantar bengkel. major problem, tak tahu bila boleh siap". aku menjelaskan pada boss dalam 4 ayat pendek. laju, mantap, lancar dan meyakinkan.
"ambiklah..." kata boss tanpa sebarang songeh atau bantahan.

zuuup...aku pun pasang note book kat bilik aku.
laju dan cergas saja aku melayari internet, blog walking & berfesbuk.
orang cakap monday blues, tapi aku rasa lebih sesuai isnin yg biru sebab skrin pc yg biru dapat diatasi dengan segera dengan melayari internet ai lautan biru...surfing!

~ teka gambar ~

Aug 16, 2010


mana satu chicharito?

~ rajin tapi malas ~

jiran ku ini sangat rajin mencuci kereta.
selang dua hari dia akan cuci kereta.
kalau hujan pun dia cuci kereta. pernah beberapa kali aku tengok dia cuci kereta dlm hujan...!
dia ada dua buah kereta. dua-dua pun dicucinya.
keretanya sentiasa berkilat. dari rimnya, tayarnya, badan keretanya, cerminnya, hinggalah bahagian dalam kereta.
aku memang tabik dalam hal ini.

aku pun cuci kereta juga. jarang hantar car wash. tapi rajin-rajin aku pun, 2 minggu sekali je. kalau musim hujan, lagi lah jauh selangnya.
ada juga tergerak sesekali, kalau dah rajin sangat, aku upahkan saja jiranku itu mencuci kereta ku sekali...he he
aku perhatikan setiap kali selepas keluar bersiar-siar, atau pulang kerja, dia akan bersihkan karpet alas kaki keretanya. banyak kali juga, dia merungut kepada anak-anaknya yg mengotorkan keretanya. nyatanya ia begitu mengutamakan kebersihan keretanya.
pantang berabuk atau dilekati sampah.

alangkah baiknya, kebersihan serba serbi dijaga, bukan saja kereta.
tapi sayangnya, dia hanya menjaga kebersihan kereta. lain-lain aspek tidak pula sampai pula kerajinannya ke tahap kerajinan mencuci kereta itu.

aku tak pernah nampak dia menyapu bahagian laman rumahnya. kalau ada pun mungkin sebulan sekali. isterinya, lagilah aku tak pernah nampak menyapu di luar. lantai simen di bahagian depan rumahnya, kadangkala berlumut 2 inci, baru dibersihkan
pokok-pokok hiasan yg ditanam di laman rumahnya tak pernah disiram. tumbuh secara 'semula jadi'. malah tumbuh meliar hingga melilit memanjat pagar rumahku. sesekali aku terpaksa, menggunting pokok itu yg menyemakkan pandangan.

rumput & lalang di laman rumahnya, tak pernah dipotong. kadangkala tumbuh lebat hingga sekaki tingginya. barulah dipotong dengan mengupah pemotong rumput mat bangla.
itu di laman depan rumah. di belakang rumah, lalang yg tumbuh sama tingginya dengan pagar rumah, barulah dipotong. jugak dengan mengupah mat bangla. serai yg ditanam pun tak sesubur itu.

kadangkala aku sebagai jiran pula yg naik rimas dengan semak samun yg tebal itu.
manalah tahu kalau ular sawa bertelur pun tak nampak dalam semak tu.
kenapalah jiran itu lebih taasub pada kebersihan keretanya, berbanding keadaan rumah yg semak samun?
aku sendiri tak faham. nak ditegur nanti bimbang bermasam muka.
aneh juga, dua sikap ekstrem pada orang yg sama...

~ janji ~

Aug 13, 2010

kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.
entah ke berapa kali berjanji, tapi masih tak tertunai.
kadang-kadang janji dibuat separuh hati saja. sebab itu ia sukar ditunaikan.
ada jugak, janji sekadar pemanis mulut. untuk menyedapkan hati yg mendengarnya.
ada banyak ragam dan kerenah mereka yg berjanji.
bila janji dituntut, mulalah mereka memberi alasan.
alasan dicipta sebenarnya untuk bertangguh. mencari jalan untuk melunaskannya.
ada sesetangah janji, memang sukar atau mustahil untuk ditunaikan.
ada setengah janji memang boleh ditunaikan. dengan sedikit usaha.
oleh itu, hati-hati bila berjanji.
berjanjilah ikut kemampuan.
kalau pasal kerja, letak jarak masa yg sesuai. kalau tak boleh tunai. minta maaf. kemudian letakkan masa baru.
kalau sekali tak tepati janji, mungkin maaf boleh diterima. tapi kalau sudah berkali-kali berjanji tapi masih tak dilunaskan, bermakna kita tidak lagi boleh dipercayai. keperibadian kita akan tercemar. integriti kita mula dipersoal.
janji kita selepas ini hanya dianggap sebagai janji kosong.
bak kata sesetengah orang, janji orang politik.
jangan buat orang berharap. jangan buat orang lain menanti buah tak gugur.
jangan sampai kita dianggap penipu, tak dihormati & tidak boleh dipercayai lagi.
putus saudara, hilang sahabat, lenyap maruah diri...

~ duit dan kuasa (versi bola) ~

Aug 12, 2010


ada yg kata, kalau team banyak duit mereka boleh jadi champion. itu mungkin ada hubung kaitnya. tapi tak semestinya betul. tengok senarai ni...
1992-93
biggest spenders: blackburn (4th), champions: man utd
1993-94
biggest spenders: blackburn (2nd), champions: man utd
1994-95
biggest spenders: everton (15th), champions: blackburn
1995-96
biggest spenders: newcastle (2nd), champions: man utd
1996-97
biggest spenders: newcastle (2nd), champions: man utd
1997-98
biggest spenders: newcastle (13th), champions: arsenal
1998-99
biggest spenders & champions: man utd
1999-2000
biggest spenders: liverpool (4th), champions: man utd
2000-2001
biggest spenders: leeds (4th), champions: man utd
2001-02
biggest spenders: man utd (3rd), champions: arsenal
2002-03
biggest spenders & champions: man utd
2003-04
biggest spenders: chelsea (2nd), champions: arsenal
2004-05
biggest spenders & champions: chelsea
2005-06
biggest spenders & champions: chelsea
2006-07
biggest spenders: chelsea (2nd), champions: man utd
2007-08
biggest spenders & champions: man utd
2008-09
biggest spenders: man city (10th), champions: man utd
2009-10
biggest spenders: man city (5th), champions: chelsea

source: daily mail, UK

~ kita kan puasa... ~


berkunjung ke bazar ramadan, pada hari pertama puasa merupakan satu cabaran.
cabaran pertama, ialah untuk meletak kenderaan. masalah diburukkan lagi bila ada yg kurang waras meletak kenderaan ikut tahap kebodohan mereka hingga menyusahkan orang lain.
puncanya sikap pentingkan diri dan mahu meletak kereta mereka sedekat yg boleh. kalau boleh mahu diletakkannya betul-betul di depan gerai jualan makanan.

tapi masih ramai yg sanggup beralah. tidak mahu menyusahkan yg lain. biarpun terpaksa meletak kenderaan jauh & perlu menapak dalam jarak yg bukan dekat. bukankah berpuasa juga bertujuan untuk melatih kita bersikap sabar dan tabah menghadapi cabaran. jika cabaran untuk meletak kenderaan jauh sedikit pun sudah mengeluh, maknanya puasa kita hanya berlatih menahan lapar dan dahaga saja. aku bernasib baik dapat meletak kereta agak hampir, berkebetulan ada yg beredar keluar. berkat kesabaran menunggu, mungkin...

sebaik sampai ke deretan gerai menjual juadah, ternyata luar biasa ramainya. hinggakan terpaksa bersesak-sesak & berhimpit impit. ada sesetengah gerai, ada yg berasak-asak serta berebut-rebut untuk berdulu-duluan membeli apa yg dihajati. hinggakan ada yg bermasam muka, merajuk & perli-memperli. aku lihat penjual pun pening kepala kerana tak menang tangan. apalagi terpaksa melayani kerenah pelanggan yg ramai. lebih buruk lagi, apabila sudah terlalu ramai, mereka sendiri kurang pasti yg mana pelanggan yg membuat pesanan dulu. inilah yg kerap menjadi punca kurang senang sesama pelanggan atau pelanggan-penjual. masing-masing pula tak mahu mengalah. nak cepat sahaja. bukankah semua yg membeli juadah itu bertujuan untuk persediaan berbuka puasa. maknanya sama-sama sedang beribadah. janganlah sampai kerana nak beli nasi ayam atau kuih akok menjadi punca rasa tak puas hati, sakit hati atau panas hati. hingga mengurangkan pahala puasa...

aku terpaksa beralah kerana datang sambil mengheret si kecil, erin, yg beriya-iya hendak mengikutku. aku cuba cari gerai yg kurang sesak atau tak perlu berebut-rebut. malangnya, tidak ada satu gerai pun yg tidak dikerumun. semuanya sama sahaja. yg kurang sesak sikit sebab juadah jualan mereka hampir habis atau kurang pilihan. gerai yg popular seperti menjual ikan bakar, murtabak & kebab lebih baik cuba dijauhi. kalau nak jugak terpaksa mengambil waktu yg lama untuk dapat giliran. aku tak sanggup buat begitu.

akhirnya, dapat juga aku memboloskan diri memberi makanan yg diperlukan. walaupun bukan pilihan utama, mungkin juga bukan pilihan kedua, bolehla juga dihidangkan untuk berbuka nanti. pada hari lain dan 29 hari lagi, mungkin aku boleh membeli & menikmati juadah yg lain. apa perlunya dibeli segala yg diinginkan dalam masa sehari!

~ 1st day, sahur ~

Aug 11, 2010

aku kunci alarm jam 4;00 pagi. tapi tak sedar bila masa ia berbunyi atau bila ketika aku menutupnya. tak sedar langsung.
4:30 wifey mengejutkan aku.

dia tak sihat. demam. mungkin berjangkit daripada erin & eril yg dah 2 hari demam. tak ke sekolah pun. tapi mereka beriya-iya juga nak puasa hari ni. pesan supaya aku kejutkan mereka bangun sahur. tapi aku tak sampai hati. sebab mereka tak sihat. kena makan ubat. jadi aku tak kejutkan mereka.

selepas gosok gigi & cuci muka aku pun panaskan kari ayam yg dimasak malam tadi. selepas tu aku panaskan pula ayam masak kicap. nasi tak perlu masak, sebab dipanaskan daripada lebihan malam sebelumnya. kemudian aku goreng telur. bancuh air milo. siap semuanya, aku hidangkan. kemudian aku kejutkan erol. dia tak banyak kerenah. bangun dan terus makan.

ya, kami hanya bersahur berdua. memang tak lalu makan waktu begini. kedua-dua kami makan tak habis pun sepinggan.
selesai makan, erol kembali menyambung tidurnya. manakala aku cuci pinggan mangkuk. kemudian terus mandi, solat subuh. bersiap dan terus ke tempat kerja.

sahur pertama ramadhan kali ini, berlalu dengan nada rendah....

~ pelumba lebuh raya ~

Aug 10, 2010


memandu di lebuh raya bagi orang sepertiku, bukanlah sekadar perlukan ketahanan fizikal tetapi juga mental. tidak ramai orang seperti aku yg memandu saban hari pergi dan balik ke tempat kerja melalui lebuh raya sejauh 100km.

aku perlu bersedia mengharungi jalan sesak waktu puncak di sebelah pagi. mengelakkan stres untuk memulakan kerja seharian. kemudian dengan segala stres kerja seharian perlu diserap untuk menumpukan sepenuh perhatian menguasai stereng kereta memandu pulang. sejauh ini aku masih mampu bertahan. meskipun adakalanya ia begitu memenatkan hinggakan ada hari-harinya aku tertidur kepenatan seawal 8:30 malam!

jumlah kenderaan di lebuh raya berganda banyaknya daripada 5-6 tahun dahulu. ianya semakin ketara dewasa ini. kalau dulu memandu di lebuh raya hanya memerlukan skil memandu yg mudah kerana jalannya yg lurus, tetapi kini ianya bukan saja memerlukan skil yang pelbagai malahan juga ketahanan mental yg tinggi. aku katakan demikian kerana semua orang kini bukan lagi memandu di lebuh raya tetapi 'berlumba' di lebuh raya.

bayangkan had laju yg ditetapkan cuma 110kmj tetapi rata-rata memandu lebih laju daripada itu. ini bukan saja kereta besar atau sederhana malah kereta dengan cc yg kecil juga dipandu laju.

kalau sekadar memandu 120kmj di lorong paling laju, itu sebenarnya tidak cukup laju. kerana ada pemandu lain yg akan memandu jauh lebih laju iaitu selaju 130, 140, 15o malah lebih daripada 180kmj. kalau lewat menukar lorong, pemandu laju ini akan 'menunda' kereta kita dengan rapat sambil memberikan flash. malah lebih daripada itu ada yg sengaja memasang lampu pada siang hari sambil memandu laju untuk memberikan isyarat supaya pemandu di depannya ke tepi untuk memberi laluan padanya!

bagi pemandu berkelajuan sederhana seperti aku ini, hanya layak berkongsi jalan yg sama. takde hak menggunakan lorong laju. kalau hendak memotong kenderaan di depan pun perlu lebih berhati-hati, memandang cermin pandang belakang dan cermin sisi beberapa kali sebelum memotong. sebelum pelumba laju yg muncul tiba-tiba dari arah belakang...
pic add google

~ bila tiba detik itu ~

berita itu memang dinanti.
berita itu bakal menentukan hala tuju aku selepas ini.
kalau boleh aku tidak mahu tahu berita yg disampaikan itu.
kalau mampu aku mahu mengubah berita sebenar dan mengolahnya semula.
kini, aku sedang memikirkan secara serius.
berita yg benar-benar aku tidak mahukan itu, kini jadi nyata.
berita itu adalah perkhabaran buruk yg sangat ingin aku hindari.
apakan daya, ianya di luar kemampuanku.
aku seharusnya mula bertindak, ke arah lain.
simpang yg aku pilih selama ini, semakin banyak ranjaunya.
keselesaan bukan lagi milik aku.
satu lagi 'keputusan' penting akan diketahui tak lama lagi.
kalau keputusan itu juga tidak memehak apa yg aku ingini...aku tahu detiknya sudah tiba untuk aku melangkah pergi.

~ layanan hampas ~

Aug 9, 2010

aku sekeluarga hendak keluar bersiar-siar pd hujung minggu. sebelum meneruskan perjalanan, singgah dulu di sebuah kedai makan untuk bersarapan untuk mengalas perut. masing-masing ceria, maklumlah dalam perancangan nak beli persiapan hari raya. kanak-kanak pastilah lebih teruja.

oleh sebab hanya nak bersarapan yg ringan, dan dalam perancangan nak makan tengah hari yg agak istimewa nantinya, kami hanya memesan roti canai dan minuman. pada masa tu taklah ramai orang di kedai makan itu. kedai makan itu sengaja dipilih kerana dalam laluan menuju ke lebuh raya. jadi tidak perlulah kami berpatah jauh dari arah laluan.

tapi kami terpaksa tercangak-cangak memanggil waiter untuk membuat pesanan. nampaknya di sini, pelanggan yg kena cari pekerja kedai makan. masing-masing nampaknya terlalu 'sibuk' hingga tidak menghiraukan kami sekeluarga yg sedang duduk & mahu membuat pesanan.

selepas bersusah-payah menarik perhatian dengan lambaian tangan & 'siutan' barulah seorang pekerja menghampiri kami. dengan wajah yg suram & kusam dia mengambil pesanan. detik berlalu. pelanggan yg datang semakin ramai. agak lama juga baru dihantar pesanan minuman kepada meja kami.

meja berhampiran kami sudah pun dihantar hidangan pesanan mereka. manakala meja kami masih kosong. anak-anak mula mengeluh. hati aku mula panas. aku sekali lagi memberi isyarat tangan & mata pada waiter yg mengambil pesanan tadi. dia mengangkat tangannya kembali. maknanya, dia faham maksudku yg hidangan kami masih belum sampai.

sekeluarga yg baru datang dan duduk di meja bersebelahan kami, dihantar pesanan terlebih dulu. kurang sabar, aku bangun dan pergi kepada seorang pekerja yg bertugas di kaunter atau kasyiernya. membuat aduan yg pesanan kami sudah terlalu lama tidak diendahkan. tapi nampaknya, penantian kami masih tidak berkesudahan.

tidak ada jalan lain lgi selain dengan protes. kami meninggalkan meja dan beredar pergi tanpa membuat sebarang bayaran mahupun membatalkan pesanan...!
mulai hari itu, kedai makan itu sudah disenaraihitamkan daripada kunjungan kami.
* kedai makan itu adalah kedai makan melayu bukannya kedai mamak

~ pembuka selera ~


man utd 3
valencia, chicarito & berbatov
chelsea 1
kalou
soccernet.com

~ petikan hari ini ~

Aug 6, 2010

1. "kalau dia betul-betul nak blah, sepatutnya dua bulan terakhir ni, dia sibuk sediakan penggantinya."
2. "i had a stinking feeling that he'll stay"
3. "dengarnya dia tengah melobi untuk sambung"
4. "dulu dia kata nak habiskan cuti, sebelum habis tempoh, sekarang dia kata nak biar cutinya burned. ada udang sebalik mee ke..."
5. "cakap je, bila dah dekat nanti dia bagilah alasan itu dan ini...kononnya arahan orang atas"
6. "jangan yg datang lebih teruk nanti dah la..."
7. "dia bukan buat apa-apa pun, ada dengan takde sama aje..."
8. "kalau dia stay, aku cari kerja tempat lain la..."
9. "hari tu keluar dari bilik big boss, dia ceria je..."
10."confirmed ke dia tak nak sambung?"

persoalannya, siapakah 'dia' dalam petikan di atas?
kenapa kebanyakannya bersikap negatif?
teori yg mana satukah yg betul?
tunggu 2 bulan dari sekarang, atau mungkin lebih awal...!

~ jersi baru ~


musim baru. jersi baru.
ramai penyokong liverpool di malaysia teruja sebab dah boleh beli jersi yg baru. iyalah, dulu carlsberg sekarang standard chartered. tapi apa gunanya beli jersi baru kalau main setakat europa league...ha ha
20 tahun penantian yg menyeksakan, bukan?
man utd pun ada jersi baru. kali ni bertulis aon bukan aig lagi. tapi tiba-tiba pulak digembar-gemburkan akan hukum haram memakai jersi yg terdapat red devils pada logonya. mungkin ini boleh dikaitkan dgn reporter yg anti manutd. adakah begitu rupa setan merah yg tak lebih daripada bentuk karikatur sahaja. kita sokong teamnya bukan setannya!

~ kebetulan atau memang betul ~

Aug 5, 2010

tak tahulah sejauh mana benarnya.
kata orang kalau kita ada niat nak tukar kereta yg kita pakai dengan kereta yg baru, jangan lafazkannya dalam kereta itu. atau bagitahu orang lain. simpan saja dalam hati, sampai kita benar-benar dah bersedia melepaskannya.
kalau setakat dalam perancangan atau ura-ura, janganlah bercerita tentangnya. atau 'didengari' olehnya.
sebabnya, ia akan merajuk. ya, kereta kita juga pandai merajuk.
macam mana ia merajuk?
caranya dengan meragam. maksudnya, ia akan memberi kita masalah.
sampai ke tahap eksiden, kalau ia betul-betul merajuk.
atau mengalami kerosakan enjin.
tayar pecah atau pancit.
atau kerosakan lain, seperti penyaman udara tak berfungsi, peralatan audio rosak, cermin automatik rosak, sistem alarm menjerit tak pasal-pasal, ataupun bateri 'kong'.
itu kata-kata kawan yg pernah aku dengar.

iyalah, aku mengaku. ada menaruh sedikit kepercayaan.
aku mengaku, memang ada bercerita dengan kawan-kawan akan niat hendak menukar kereta yg aku pandu sekarang kepada kereta baru.
dua bulan lepas, penyaman udara kereta ada masalah. jika dipasang, kereta jadi semput. jadi, aku hanya pasang jika perlu sahaja.
sebulan lepas, tayar kereta terpaksa diganti kerana pecah di tengah lebuh raya.
dua minggu lepas, dua tayar bahagian depan diganti baru sebab ada 'keretakan' luar biasa.
pagi tadi, enjin kereta tak boleh dihidupkan. kemungkinan besar bateri 'kong'.
sudahnya, aku tinggalkan begitu sahaja & pergi kerja dengan kereta wifey.
sebabnya aku dah 3 hari bercuti...takkan nak ponteng.
kebetulan atau memang betul?

~ nama saya zain, jefri zain ~

Aug 4, 2010


terjumpa poster wayang ni. keluaran 1966.
datuk jins, bila nak buat re-make?
gerenti gempak...
bond versi malaysia (dlm poster ditulis s'pore!)

~ sms tak boleh diharap lagi... ~

Aug 3, 2010

aku ada masalah. ianya berkait dengan henset.
bukan sebab henset ku rosak. tapi ada masalah penerimaan mesej sms.
sejak beberapa hari lepas, aku terima mesej lewat.
mesej-mesej sms yg diterima pada waktu petang sebenarnya dihantar pada sebelah pagi.
mesej sms yg dihantar pada tengah hari, hanya aku terima di sebelah malam.

ini menimbulkan kekeliruan. malah dalam hal lain menyebabkan ada yg kecil hati. mungkin kalau tak ditangani boleh membawa kepada ketegangan hubungan.
macam mana kalau berlaku kes kecemasan?
sampai begitu sekali pengaruh sms!

pada awalnya aku tidak berasa akan 'kepincangan' itu. hinggalah timbul keraguan padaku bila melihat sms perincian masa yg dihantar.
anehnya, tidak semua sms yg dihantar, lewat diterima.
ada sesetengah sms, aku terima macam biasa. selang beberapa saat selepas dihantar.

ada seorang rakan mungkin tersinggung kerana aku tidak membalas sms yg dihantarnya pada sebelah pagi. sedangkan aku tidak menerimanya. padanlah, apabila aku menghantar mesej padanya, langsung tidak dibalasnya. mungkin kerana 'balas dendam' sebab aku tidak membalas smsnya yg terdahulu...

aku sudah pun menghubungi penyedia khidmat telefon ini dan membuat aduan. tapi sehingga malam tadi masih aku terima sms yg lewat diterima. manakala ada sms yg takde sebarang masalah.
pagi ni aku dah buat aduan sekali lagi.
apa sebenarnya yg berlaku? masalah henset aku atau masalah teknikal di pihak penyedia khidmat telekomunikasi?

~ kirim salam aje ~

Aug 2, 2010

"nak kirim apa..." tanya wifey sehari sebelum dia berlepas ke jakarta.
entah. aku tak terfikir pun.
bagi aku tak harap apa-apa pun. dapat sehelai t-shirt bertulis jakarta pun dah cukup bagi aku.
soalan yg simple begitu pun biasanya susah nak dijawab.
soalan yg serupa juga ditanyakan oleh kawan-kawan atau saudara mara yg nak pergi bercuti atau melancong ke sesuatu tempat.
ada yg bertanya secara ikhlas. tapi ada juga bermaksud sebaliknya. iyalah, kalau nak kirim kenalah dihulurkan dengan wang juga. takkan nak 'kirim air liur' aje, kata sinis mereka.
kalau begitu, lebih baik tak payah tanya la.
pergi saja secara senyap-senyap.
tapi kalau orang lain tak tahu kita melancong atau bercuti, tak lengkap pula.
tak glamor...!
biasanya kalau aku nak melancong atau pergi bercuti di mana-mana, aku buat senyap je.
kalau ada bajet lebih, aku belilah ole-ole atau cenderahati untuk kawan-kawan atau sedara mara.
maklumlah, biasanya bajet aku ketat sikit.