- kerjaya paling stres -

Sep 30, 2012



wajah pucat tapi penuh kelegaan...mancini

wajah innocence de matteo

fuh... AVB mcm buat konsert rock

tension giler - aksi wenger mcm kena tembak

mcm biasa...fergie time. jam org lain semua tak betul

- jangan betulkan skrin anda -

Sep 28, 2012

blog ni under contruction.

berterabur sikit.

sedang adjust mana yg patut.

- kesulitan anda amat  dikesali -

- mu nok make gapo/ekau nak makan apo -



aku boleh bertutur banyak bahasa.
bahasa melayu, english, negori, minang, kelantan, kedah, pahang...ha ha ha

sebenarnya aku baru habis baca satu buku ni.
penulisnya mengkaji bahasa dialek yg semakin pupus.
tapi kajiannya tu tentang dialek bahasa cina.
judul buku tu "mandarin spread in malaysia"ditulis oleh seorang ahli akademik universiti malaya.

jadi, aku cuba letakkan kajian tu alam konteks dialek bahasa negeri di malaysia.

peredaran zaman, penghijrahan kerana mencari pekerjaan dan perkahwinan campur adalah puncanya.
perkahwinan campur antara negeri, antara kaum, antara negara malah antara benua.
kalau pasangan suami isteri berasal dari tempat yg sama, hal ni taklah sulit sangat.

tak payah lah pergi jauh sangat.
aku ambik contoh mudah, famili aku sendiri...

aku berasal dari negeri sembilan.
wifey dari pahang.
kami berkomunikasi dalam bahasa melayu standard.
habis tu kalau dia cakap loghat pahang, aku loghat negori...
macam ayam dengan itiklah jadinya.
itu dipanggil dialek atau loghat daerah.
kalau jumpa sedara mara atau balik kampung sebelah wifey barulah loghat atau dialek pahang itu dipraktikkannya.
begitu jugak dengan aku dengan adik beradik atau sedara mara.

adalah sekali dua, kami tersasul guna istilah loghat ibunda masing-masing.
akan terasa pelik, janggal dan mungkin melucukan...!

jadi kami masih lagi boleh bertutur dalam loghat negeri atau loghat ibunda masing-masing.
memanglah aku punya loghat negori tak berapa pekat.
malah loghat warga nilai tidaklah sepekat loghat negori di rembau atau kuala pilah, misalnya.
mungkin sebab nilai ni dah dekat dengan sempadan selangor...

yang ruginya ialah anak-anak aku.
kami berkomunikasi dengan diorang guna BM standard.
sesekali bila balik kampung, diorang terlopong jugak bila masing-masing cakap loghat daerah.
aku pun rasa silap jugak, tak ajarkan loghat negori pada mereka ni.

aku cuba bayangkan generasi akan datang.
cuba renungkan senario ini...

katalah si suami dari johor dan isterinya dari kedah.
tetapi mereka menetap dan bekerja di kuala lumpur.
anak-anak mereka membesar di kota raya.
bahasa yg digunakan bahasa melayu standard.
generasi berikutnya, terus tinggal sebagai warga kota.
jadi dialek atau loghat daerah tidak lagi dituturkan.

itu belum bab kahwin antara negara.
atau antara benua.
tinggal pula di new york, contohnya.
sudah tentu loghat daerah asal mereka langsung tak terpakai.
apatah lagi anak cucunya kemudian nanti

mungkin dialek atau loghat ni semakin lama makin kurang digunakan.
nak kata pupus tu, mungkin tidaklah.
sebab masih dituturkan oleh mereka yg tinggal di negeri asal.



- mengada-adakan yang tak perlu ada -

Sep 27, 2012




dulu aku bertungkus-lumus belajar. habiskan tenaga, masa dan usia untuk dapat segulung ijazah.
segala penat jerih sudah terbayar.
bersengkang mata untuk studi dan periksa, menyiapkan tugasan dan tesis  sebagai cabaran yg pelu ditempuh.
hari konvokesyen atau graduasi adalah hari penuh kegembiraan dan kelegaan.
hari kesyukuran untuk berkongsi dengan orang tersayang sekeliling kita.
hari penuh sejarah dalam hidup.
nostalgia yg indah untuk dikenang pada hari tua nanti.

itu dulu...
sekarang masuk tadika pun boleh grad. dapat ijazah....ha ha
dah jadi trend pulak sejak kebelakangan ni.



sekarang ni, di sekolah pun turut sama tumpang semangkuk.
cikgu dan pihak sekolah pun nak buat majlis konvo atau graduasi untuk pelajar tahun 6
yg tahun depan akan berhijrah ke 'dunia baru', tingkatan satu.

tak salah, untuk meraikan dan mengucapkan selamat jalan pada mereka yg paling senior kat sekolah tu.
ada sekolah yg buat di dewan sekolah je. memang itulah sepatutnya.
atau disekalikan saja dengan majlis penyampaian hadiah yg biasanya diadakan sebagai acara tahunan setiap hujung penggal persekolahan.

sekarang ni ada trend baru.
buat majlis graduasi di tempat mewah atau eksklusif sikit.
buat kat hotel.
dan ibu bapa yg nak hadir, kena bayar la.
anak-anak yg nak dapat 'segulung ijazah' tu pun kena bayar, tapi dengan harga diskaun oleh pihak sekolah, katanya.
kalau tak pergi, kasihankan anak-anak sebab kengkawannya yg lain datang.
lagipun, ini bukannya majlis calang-calang, ni majlis graduasi!!

ibu dan bapa dicaj sekepala rm50 dan anak rm30, jumlahnya dah rm130.
kepada yg tak mampu?
macam mana...
kalau nak datang digalakkan, kalau tak datang pun tak pe...
take it or leave it!
kata pihak sekolah...

itulah yg aku hadapi sekarang.
semalam, dapat surat dari pihak sekolah.
eril akan jadi graduan sekolahnya.
ada majlis graduasi kat hotel. berserta majlis hi-tea.
...dan aku kena bayar rm130 kalau nak hadir ke majlis itu.

ini bukan soal duit. mungkin ada yg kata kita ni kedekut pulak.
pasal anak pun nak berkira!
tapi soalnya, perlu ke majlis macam ni.
apa faedahnya?

untunglah eril.
banyak kali dapat merasa majlis graduasi/konvo.
tadika sekali, tahun 6 sekali, mungkin tingkatan lima nanti sekali dan masuk U sekali lagi.
kalau dapat masters atau PhD?
fuhh...


- kerusi panas -

Sep 26, 2012

 
 
 
 
kerusi lama. dah berjasa dekat 8 tahun.
masih elok lagi. tak pernah patah & tak pernah jatuh.
walaupun selalu aku goyang-goyang dan pusing-pusingkan

baru sampai, masih berbungkus lagi.
tak mintak ganti pun, tp org nak kasi ambik je...

- hilang kemanusiaan kerana bola -




ya, aku fanatik bola sepak.

dulu,
bola lokal, turun ke stadium tak pernah tinggal,
tak kira hujan, jalan sesak ke apa, penat di ofis
bola luar negara,
kalau live di tv mahu bergaduh dibuatnya kalau tak dapat tengok.
kedai mamak jam 3:00 pagi pun jadi.

sekarang,
dah tak sekerap dulu turun ke stadium.
banyak komitmen lain.
kalau live di tv, masih tak boleh miss. hingga wifey selalunya masam muka.
tak mahu gaduh, terpaksa belikan dua astro, dua tv.
setel!

dengan kengkawan yg tak sekelab (org bola tahu la...) biasanya taklah bergaduh.
sekadar kutuk-mengutuk. omputih kata banter.

kalau kalah, kalah lah. terima saja.
tak bertegur sapa 2-3 hari. walaupun hati sakit juga.
taklah sampai kopakkan kerusi di stadium. bakar bendera.
kalau di luar negara siap ugut nak bunuh pengadil, nak serang pemain bola.

dalam EPL ahad lepas ada pertembungan dua seteru ketat.
manchester united vs liverpool.
kesudahannya liverpool kalah di laman sendiri.
liverpool main lebih baik tetapi kalah.
ramai yg menyalahkan punca kekalahan tersebut kepada keputusan pengadil.
kad merah diberikan kepada pemain liverpool dan penalti yang membawa kemenangan MU.
 
sehingga dua tiga hari, penyokong kedua-dua pasukan 'bertekak' terutama di laman sosial, forum siber malah di ofis...ha ha ha


mungkin di negara kita fanatiknya setakat itu sajalah. tapi apa yg aku baca dalam laporan di akhbar dan laman sosial di Britain sangatlah mendukacitakan dan mengganggu fikiran.



 
mark halsey yg menjadi pengadil dlm perlawanan tersebut (pic) telah menerima abuse  atau maki-hamun yg melampau terutama di laman twitter daripada penyokong fanatik pasukan yg kalah.
 
mark halsey adalah dalam kategori pengadil seniior. pada tahun 2009, halsey telah didiagnosa menghidapi kanser tekak. tetapi kembali bertugas sebagai pengadil pada mac 2010.
berikutan itu ada penyokong fanatik yg melemparkan maki hamun di twitter yg sangat busuk.
 
"i hope mark halsey gets cancer again and dies" (aku harap mark halsey kena kanser semula dan mati) daripada akaun @johnwareing.
"mark halsey should've died of cancer" (mark halsey sepatutnya mati dek kanser) dpd akaun @lfcjohn259.
 
malah diberitakan isteri halsey, michelle juga turut dimaki hamun dalam twitternya!
 
ke manakah hilang kewarasan manusia!
mana perginya sifat kemanusiaan?
fanatik tu janganlah sampai hilang pertimbangan sehingga mendoakan kematian dan penderitaan orang lain sebagai sasaran kemarahan.

aku juga fanatik bola.
tapi masih waras dan masih punya sifat kemanusiaan...!




- jalan-jalan layan perut . . . 6

Sep 25, 2012

 
 
 
 
lunch hour tadi pergi bank. yes...gaji dh masyuuuk.
sebenarnya bulan ni terasa agak panjang sebab gaji dpt cepat sempena raya
mujur juga dpt bonus raya...kalau tak?
tapi lunch hari ni tapau je. singgah kat the baker's cottage, section 14 P. Jaya

ada 26 branch kat seluruh negara... (yg ni pic cilok dpd web site)

mcm biasa tak boleh miss...chicken floss bun

tapau...mcm 3 org punya makan, ha ha

- satu majlis tapi dua pasang pengantin -

 
 
 
 
ahad.
aku ke majlis kenduri di bandar bukit mahkota.
kalau nak elak tol ada jalan short cut dari nilai 3, tak payah ikut highway PLUS.
majlis kenduri kira pangkat bapak sedara aku lah jugak
majlisnya meriah. khemahnya panjang berderet. makanan eh pun sodap...
selain tu ada jugak port sate, abc dan cendol, kuih tradisonal nyonya...
dah mcm majlis open house pulak.
lagipun pengantinnya, dua pasang. ramailah tetamu yg datang.

 
 
cak pong cak pong..'hai selamat pengantin baru'. ..kompang dh bunyi...

pengantin baru sampai...

menunya best termasuk ada daging salai msk lomak cili api, petai, sambal belacan & ikan masin
selain menu standard nasi minyak, ayam masak merah, rendang, acar dll

tengok betul2 ada sepasang lagi pengantin baru tiba (baju biru)


tu dia dua pasangan mempelai, pink dan biru...

- kawan lama dari ganu... -

Sep 24, 2012




segalanya bermula dengan seloroh dan cabaran di fb. bermula dengan komen-komennya tentang profile pic yg baru aku tukar selepas raya tempoh hari.
lalu kawan-kawan pun semacam bersependapat yg aku semakin 'mengembang'.
 
geram dan tercabar dengan 'serangan' mereka, aku menyeru mereka yg berani supaya bersemuka. sebahagian daripada kawan-kawan aku itu dah lama tak berjumpa. malah ada yg dah putus hubungan kemudian berjumpa semula tapi cuma di alam siber.
dan mungkin jugak takkan berjumpa sampai bila-bila pun.
kita harus faham soal jarak dan waktu. soal komitmen masing-masing tak mememungkinkan  pertemuan itu mudah dirancang.
 
"bagitau tempat, tarikh dan masa, kita jumpa. ada bran?"
itu status aku pada mereka.
seperti dijangka, masing-masing memberi 1001 alasan. dan semuanya valid.
 
cuma ada seorang yg menyahutnya.
nasa... dari kuala terengganu. yg kali akhir aku jumpa sewaktu dia datang untuk konvonya.
dia senior setahun daripada aku. jurusan fakulti perniagaan & perakaunan.
kami jadi rapat sebab aku kawan baik pada rakan sebiliknya semasa tahun 2, zali.
dia juga satu group dengan aku bertanding untuk pilihan raya kolej.
group kami menang dan seterusnya membentuk barisan exco kolej.
 
"ok kita jumpa. 22 sept. siapa lebih macho.."
komennya pada status itu.
sejak itu kami saling berhubung. sama ada melalui fb atau sms.
 
hari ditunggu tiba.
sabtu lepas.
cuma janjinya pukul 10 pagi tapi singgah pula di jaln TAR, kuala lumpur.
sudahnya, pukul 12 baru nampak batang hidung.
 
pertemuan dirancang di bandar seri putera.
dia datang ke majlis kenduri kahwin anak sedaranya.
aku bagi tau, dekat je dengan nilai.
lagipun pada hari ahadnya  aku akan ke jemputan kahwin di bandar bkt mahkota.
bersebelahan je dengan bandar seri putera.
ya, segalanya berkebetulan.
 
asalnya kami jumpa di plaza tol putera mahkota.
sebaik nampak kelibat aku di tepi jalan, dia membunyikan hon.
ha ha dah nampak aku dari jauh...
maknanya dia masih kenal aku selepas bertahun-tahun tu.
tanda yg baik, maksudnya tak jauh beza dengan dulu.

selepas tu kami ke majlis kenduri kahwin tu, walaupun pada perancangan asalnya kami cuma nak lepak mungkin di kedai mamak saja.
tetapi disebabkan waktu tu dah tengah hari, terpaksalah juga ke majlis kenduri tu
sedangkan aku pakai sempoi je.
 
sempatlah kami berbual panjang hingga tak sedar, waktu berlalu.
dan hinggalah majlis tu pun dah nak bersurai.
ya, siapa sangka boleh berjumpa semula kan.
nasa sekarang seorang guru.
mengajar di kuala terengganu. tempat kelahirannya.
anaknya ada 4 orang.
 
 
ternyatanya, dia dah masuk kategori heavyweight.
dan dia mengaku kalah...!
katanya "kau ni mcm dulu gak. kekal dengan jeans dan t-shirt...aku ni jeans pun takde saiz dah...ha ha ha".

dia datang dari kuala terengganu semata-mata hadir ke majlis perkahwinan tu.
sementara aku datang ke majlis tu semata-mata nak jumpa dia, nasa....

siapa kata fb takde faedah. kalau diguna untuk kebaikan, maka baiklah jadinya.
bulan september ini saja, dua orang kawan lama yg aku sangka takkan berjumpa lagi, rupa-rupanya silaturahim kami masih panjang...
 
 
 

- sikap orang kita -

 
 
 

balik dari kerja hari jumaat tempoh hari, aku dapati kontraktor projek mega depan rumah tu, longgokkan tanah atas padang yg dah diratakan.
bagus, ada progres.
aku rasa tanah ni tujuannya sbg lapisan untuk tanam rumput.
tanah yg ada sekarang agak keras dan berbatu.

lebih kurang dekat nak maghrib aku ke depan rumah, nak siram pokok bunga.
aku ternampak aksi ni.
dia bukanlah pekerja kontrak, tapi jiran aku...!
mula-mula aku nampak dia angkut satu tong. lepas tu, satu lagi. dan lagi...banyak trip.
setakat satu tong mungkin tak heran la.

tak boleh jadi ni. aku masuk ke dalam rumah, ambik henfon.
tangkap gambar kandid ni...
hish...ini macam punya orang pun ada ke?!
dia pun nak tumpang semangkuk buat projek mega...


- projek mega depan rumah -

Sep 21, 2012

 
 
 
sejak beberapa hari lepas dah mula kerja-kerja membajak dan meratakan tanah depan rumah aku ni. patutnya kawasan lapang ni ialah taman permainan kanak-kanak. tapi mpn cuma tanam 4 batang pokok, letak dua bangku tempat duduk dan batu terapi  kat hujung padang.
 
 
padangnya tak rata. berbatu dan rumputnya bertompok-tompok botak. tak sesuai untuk budak-budak main. kalau jatuh, lutut koyak. bila hujan lebat, air bertakung, becak dua tiga hari.
 
ada ketikanya kami gunakan padang untuk aktiviti persatuan penduduk. terutama jamuan makan atau ceramah. wakaf tu kita orang kongsi duit, upah kontraktor luar bina. bolehlah dijadikan pentas atau tempat letak speaker atau amplifier.
 
budak-budak kecik kadang-kadang ada main bola, main kejar-kejar atau main bola lisut. yg tak seronoknya ada jugak budak-budak besar yg main bola kat situ. guna bola kulit, tendang kuat-kuat macam main kat stadium. ramai jugak yg bengang sebab kadang-kadang masuk rumah, kena kereta dan pecahkan pasu bunga. pernah satu hari bola kena pasu bunga dan masuk dalam rumah. aku simpan je bola tu, tak pulangkan. kereta jiran aku pun pernah kemek kena bola.
 
katanya, padang ni nak diratakan semula. ditanam rumput baru. dipasang permainan untuk kanak-kanak spt papan lungsur, buaian dll. elokla tu. sekurang-kurangnya diorang takdelah main kat tepi jalan, bahaya.
 
cuma nanti kena pakat-pakat tegur lah kalau ada kanak-kanak yg buat tak betul. jahanamkan apa yg dipasang. atau orang dewasa lebih 12 tahun pun sama-sama main buaian...
 
tapi tak pasti lagilah bila siapnya projek mega ni. tengok progresnya, macam tahun depan je baru siap...!
 
yg ini pun setelah berkali-kali persatuan penduduk hantar surat permohonan. sehinggalah raya lepas ada ADUN datang melawat kawasan sempena hari raya. kita orang bagi memorandum padanya. kena ada 'wahyu' dari atas gak. kalau tak, tak jalan.
walhal cukai pintu lewat sikit, datang surat amaran atau kompaun.

 
 


- kalaulah datuk rajagopal buat begini... -

 
 
ronaldo vs mourinho.
dalam perlawanan champions league antara real madrid lawan manchester city dua hari lepas, sebaik ronaldo menjaringkan gol di saat akhir yang membawa kemenangan pasukannya 3-2.
aksi pemain yg menjaringkan gol sudah biasa kita tengok. tapi jarang sekali aksi pengurus pasukan atau jurulatih juga meraikannya dengan aksi begini rupa.

aku cuba bayangkan kalaulah jurulatih harimau malaya, datuk k. rajagopal membuat aksi sedemikian, sebaik saja safee sali menjaringkan gol kemenangan...
fuh...tak dapat nak bayangkan la.... ha ha

- belajar bahasa kanak-kanak -

Sep 20, 2012





1.
malam sebelumnya aku ada dengar erin mintak mamanya gosokkan baju kurung.
baju kurung 'raya' katanya. maksudnya bukan baju kurung sekolah.
ditanya kenapa?
katanya "hari tu dah menang, jadi kena nyanyi lagi".

kalau tak silap aku, erin mewakili kelasnya dalam pertandingan nasyid.
aku cuba faham. kalau dah menang buat apa nyanyi lagi?
mamanya jugak tak faham "kan dah sudah hari tu. kenapa ada lagi?"
erin cuma jawab "iya la. hari tu ada banyak. esok ada 3 je nyanyi...?"
mamanya terus tak faham. tapi ikut aje kehendak anak kesayangannya tu.
gosok aje la baju...hi hi

mungkin aku silap. tapi mungkin juga betul.
maksud erin tu, mungkin sebelum ni pusingan awal. dah menang.
esok adalah pertandingan akhir, agaknya.

petang semalam, aku lepak kat porch sambil minum kopi.
tak lama kemudian, erin balik dari sekolah dengan baju kurung 'raya'nya.

"menang tak?' tanyaku spontan.
"menang...johan"! jawab erin, sambil tersengih.

"apa hadiahnya...?" aku tengok dia tak bawak apa-apa pun kecuali beg sekolah.
kalau johan, tentu ada piala ke atau apa-apa hadiah lain.

"dapat makanan je..." erin menjelaskan.
"menang nasyid dapat makanan?" aku sedikit bingung.

"makanan yg banyak-banyak tu. dia ikat cantik-cantik dalam plastik. dalam bakul kecik.." beriya-iya erin nak buat aku faham.

selepas beberapa ketika. baru aku dapat tangkap, maksudnya.
hadiah HAMPER...!!


2.
petang semalam patutnya erol ada latihan sukan.
disebabkan aku ada di rumah,  mc, erol ambik keputusan tak nak pergi.
sedangkan abangnya eril, pergi.

aku tanya kenapa dia tak nak pergi latihan sukan hari ni.
sedangkan semalam dia pergi je.

erol jawab "hari ni kena baling bola besi. mana larat..."
"baling bola besi? mana ada acara sukan baling bola besi...!"aku konfius.

"bola besi tu. pegang bola,  letak kat dagu lepas tu baling jauh-jauh..." erol cuba explain sambil tunjukkan aksi spontan.
"Ooooo...lontar peluru..! aku dapat faham.

aik...erol yg kurus kering cikeding tu, disuruh masuk acara lontar peluru.
biar betul cikgu sukan ni...!
elok pun dia tak payah pergi.


Rabu yang sejuk

Sep 19, 2012

Sejak semalam tak berapa sihat. Badan rasa suam-suam. Batuk-batuk dan tekak perit. Kepala pun ada sikit pusing. Kalau pergi kinik aku rasa gerenti doktor bagi mc.
Tapi disebabkan dah bercuti 3 hari termasuk hari malaysia, rasa tak patutlah nk sambung cuti lagi. Nanti org ingat sengaja dah plan tak nak dtg kerja.

Mungkin ini bahana makan sembarangan 2-3 hari ni. Maklumlah open house raya. Tak kontrol makan main belasah je. Minum air berais je entah berapa liter la agaknya. Hah...terima je akibatnya. Badan dah tak tertanggung.

Pagi ni rasa dah tak larat. Batuk makin kerap dan kepala pun berat. Tambah pulak hujan di bumi nilai ni. Jadi ambik keputusan tak pergi kerja la. Tidur balik jam 10 baru pergi klinik.

Oleh sebab rekod bersih takde masalah doktor nak bagi mc. Dibaginya stok ubat mcm kena makan sebulan.

Jadi rabu yg sejuk dek hujan ni aku duduk lepak di rumah ajela. Nak jugak buat entri blog via henfon. Lepas mkn ubat tadi rasa dah makin pulih. Lagipun mc 1 hari je. Nak tak nak esok kena kerja dah.

Sementara tu cuaca masih mendung dan sejuk sehingga jam hampir pukul 2 ni. Mungkin turut bersimpati pd aku yg tak berapa sihat ni
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

- marhaban di tengah padang -

Sep 18, 2012

patutnya entri ni dulu. sebab berlangsung pd malam sabtu.
acara tradisi tahunan kami penduduk kejiranan. jamuan raya...

jemput ajk surau utk doa selamat dan marhaban...

mcm biasa...acara kemuncaknya ialah makan-makan

selain menu utama yg ditempah, ramai yg sukarela hantar pot luck.
jadi banyaklah hidangannya.
tapi aku cabut awal lepas makan terus diam-diam cabut.
mlm tu ada live bola...he he

- open house raya, last kopek -

 
 
 
 
ahad lepas yg juga hari terakhir syawal kampung aku adalan majlis raya. masuk dah tahun ketiga kampung kita org buat majlis open house raya. kak lang telah bermurah hati menawarkan laman rumah kami sebagai tapak pasang khemah open house. seperti tahun sebelumnya ramailah sanak saudara, handai taulan, kawan-kawan dan penduduk kampung berjiran yg datang.
 
 
orang kampung tak main katering ni tapi buat gotong royong, memasak ramai-ramai. lebih meriah dan mengeratkan silaturahim. orang kampung juga menjadi penyambut tetamu dan menyediakan hidangan sama-sama. mereka seronok meraikan tetamu. malah mereka sangat bangga dan berbesar hati atas kesudian kami adik-beradik yg memberi segala kemudahan dan sokongan sehingga sanggup menawarkan diri sbg tuan rumah...
 
 
selain masakan utama, ada jugak disediakan port. antaranya port char kue tiau, port cendol dan port sate. yg ni, 'diimport' dari luar untuk menambah kemeriahan dan mempelbagai makanan...


pengerusi sdg beri ucapan alu-aluan kpd tetamu


khemah yg besar

beratur utk duit raya

tetamu menjamu selera diraikan oleh badut
games utk kanak-kanak
badut buat show
ada live band - anak muda berbakat
abang long selaku wakil tuan rumah pun join, nak lepas gian...he he nyanyi 'ayam den lapeh'



- siri bercakap dengan erin. . . 16 -

Sep 14, 2012





sebaik aku keluar bilik lepas solat maghrib dan baca yasin, spt yg rutin aku buat setiap malam jumaat, erin dah tunggu. mamanya pesan suruh beli burger atau nasi lemak je untuk makan malam. makan malam tak payah heavy sangat, katanya. alasan tak nak masak la tu...
eril nak nasi lemak, erin nak burger tapi erol nak nasi lemak dan burger sekali.
 
lalu, aku dan erin ditugaskan untuk misi menapau...
 
semasa perjalanan, dalam kereta, berlangsung perbualan ini:
 
erin: papa legoland tu jauh ke? (soalan ice breaking)
 
aku: tak jauh. kat johor je... (buat-buat selamba)
 
erin: bila dia nak bukak? (dengan wajah excited)
 
aku: tak lama lagi bukak la tu... (jawapan yg layan tak layan...)
 
erin: cuti sekolah kita nak pergi mana pa? (soalan trick la tu...)
 
aku: tak tau lagi la. tengok bajet... (jawapan nk kontrol macho)
 
erin: erin tau....LEGOLAND!
 
 
- perbualan terhenti buat beberapa ketika -
 
 
aku: duit raya erin ada berapa?  (soalan keluar tajuk...)
 
erin: banyak jugak. kenapa....??? (buat muka 1001 tanda tanya)
 
aku: ................(senyum, tak perlu kata apa-apa!)
 
 
 

- manusia...pantang ada kelebihan -

Sep 13, 2012




nak kata keliru, memang juga.
nak kata musykil pun ada.
dua hari berturut-turut, kejadian berlaku.
depan mata.
malah pada waktu yg hampir sama, tempat yg sama.
cuma berlainan hari.
dua hari berturutan.

kira-kira 5:30 petang, selasa.
waktu balik kerja.
aliran kenderaan sedikit perlahan dan mulai sesak.
semasa melalui jalan pantai baru, KL. kedengaran bunyi siren
sebuah ambulan sedang 'minta laluan'.
tentunya ada kecemasan.
biarpun sedikit sukar, para pemandu cuba juga membuka jalan untuk ambulan itu lalu.
masing-masing cuba beri kerjasama, aku respek.
dengan sedikit kesukaran, ambulan dapat meloloskan diri, utk menjalankan tugasnya.


kira-kira 5:30 petang, rabu.
waktu balik kerja.
aliran kenderaan sedikit perlahan dan mulai sesak.
semasa melalui jalan pantai baru, KL. kedengaran bunyi siren.
sebuah trak bomba sedang 'minta laluan'.
tentunya ada kecemasan.
biarpun sedikit sukar, para pemandu cuba juga membuka laluan untuk bomba itu lalu.
masing-masing cuba beri kerjasama, aku respek.
dengan sedikit kesukaran, trak bomba dapat meloloskan diri, utk menjalankan tugasnya.

di jalan sg besi menuju lebuh raya PLUS kemudiannya, aku nampak ambulan yg sama yg minta laluan sebelumnya.
aku pasti, ambulan yg sama.
aliran jalan ketika itu, tidak sesak.
sirennya tidak lagi berbunyi. malah ambulan itu dipandu perlahan. mengikut lorong kiri..

hal yg sama juga berlaku.
di jalan sg. besi menuju lebuh raya PLUS kemudiannya, aku nampak trak bomba yg sama, yg minta laluan sebelumnya.
aku pasti, trak bomba yg sama.
aliran jalan ketika itu, tidak sesak.
sirennya tidak lagi berbunyi. malah trak bomba itu dipandu perlahan. mengikut lorong kiri.

adakah mereka mengambil kesempatan, menggunakan siren untuk mengelakkan tersekat dalam kesesakan sedangkan sebenarnya tidak ada sebarang kecemasan, atau mangsa untuk diselamatkan?

aku tak pasti.
aku keliru, sebenarnya.

ini mengingatkan aku akan kejadian yg pernah dilaporkan di tv dan akhbar beberapa tahun lalu.
di johor bahru, seorang drebar ambulan dikenakan tindakan tatatertib oleh majikannya.
ini kerana mendapat aduan daripada orang ramai dan jiran drebar itu sendiri.
puncanya, dia membunyikan siren ambulan yg dipandunya untuk 'meminta laluan' jalan sesak, pada waktu tengah hari.
semata-mata untuk pulang makan tengah hari di rumahnya.
menikmati masakan isteri.
tiada kecemasan berlaku. atau dalam ambulan itu tiada pesakit untuk rawatan.
ini dilakukannya bukan sekali, tetapi beberapa kali.
drebar itu menggunakan sedikit 'kelebihan' yg ada untuk kepentingan dirinya.

mungkinkah itu juga yg cuba dilakukan oleh drebar ambulan dan trak bomba yg aku nampak pada hari selasa dan rabu itu?
mengambil kesempatan atas sedikit 'kelebihan' yg ada padanya untuk kepentingan diri.

mungkin...!!

- beza hero omputih dengan hero melayu -

Sep 12, 2012

 

walaupun dah lama tayang, hanya mlm tadi sempat tengok wayang the expendables 2. memang aku minat movie aksi la. aku akui cerita aksi begini tak berapa logik dan direka-reka, tapi masih nampak real. dah gerenti heronya menang di akhir cerita...

menariknya filem ni mengumpulkan legend untuk genre filem aksi. ada sylvester stallone,arnold schwarzenegger, van damme, jet li, chuck norris etc.
lebih menarik lagi mereka ni sudah berusia tapi masih diangkat sebagai hero. sudah tentu sekali dibayar mahal sebagai legenda.

bandingkan dengan hero filem di malaysia yg seusia dengan mereka.
nak ke produser filem ambik sbg hero? laku lagi ke filem kalau mereka berlakon?
ada ke penontong nak tengok?

bayangkan datuk jins shamsudin, datuk rahim razali atau datuk mustafa marof dijadikan hero filem KL Gangster misalnya.

memang tidak berlaku di negara ini.
hero filem atau pelakon kat malaysia ni bila dah meningkat 'veteran' macam hero 'expendables' ni, sekarang ni hanya layak pegang watak tambahan, contohnya:
- orang tua yg kesunyian di kampung atau tinggal di rumah orang tua
- orang tua bergelar datuk yg kaya raya tapi rumah tangga porak peranda
- jadi imam atau orang alim, atau tok bomoh
- jadi vip atau tan sri yg gatal dan kaki perempuan
itu saja lah standard hero dulu kalau berlakon pada masa sekarang dengan usia lanjut...!
tak patut kan...



- kawan yang baik tapi mencurigakan -

Sep 11, 2012




aku memang ada perasaan suspek atau curiga kat kawan aku yg seorang ni.
sebagai kawan, dia jugak tinggal di kejiranan aku. tapi sejak kebelakangan, kami tak rapat macam dulu. dulu selalu gak mengeteh kedai mamak bersama. tapi semenjak dia 'dianugerahkan' dengan kekayaan yg mendadak, kami dah jarang melepak bersama.
 
kira-kira beberapa tahun lepas kawan ini, hanya ada kapcai dan sebuah kereta kancil. pernah aku naik kancilnya yg tak berair cond. sebab rosak. takde duit nak repair, katanya.
maka semua cermin tingkap terpaksa dibuka.
 
tapi sejak 3-4 tahun kebelakangan, rezekinya bertambah.
kancil dijualnya. beli mpv mewah untuk isterinya, dan dia juga pandu kereta mahal.
rumahnya pun dah renovate. perabot dan hiasan dalam rumahnya, nampak mewah.

katanya berkat main saham. awalnya dulu, katanya main forex. tapi selepas beberapa daripadanya diisytiharkan tidak berdaftar, tak sah dan disekat oleh kerajaan. katanya, dah berhenti.

dia masih juga bekerja di tempat lama. dengan jawatan yg sama.
taklah berpangkat orangnya, level kerani aje. begitu jugak isterinya.
nak kata buat bisnes sebagai side income, tak ada jugak.
kalau dah mewah, dah kaya, banyak duit...buat apa nak kerja, jadi kuli lagi?

aku dengar banyak cerita kurang enak tentangnya dari kawan-kawan sejiran dan kawan sekerjanya.
terutama dari mana datang sumber kemewahannya itu.
tapi aku tak mahu percaya 100% cakap orang, benar atau tidak.

kalau dia bersikap low profile, mungkin orang tak berapa nak bercakap tentangnya.
tetapi ada kalanya, dia sendiri seakan-akan mengundang tohmahan.
seakan-akan menunjuk-nunjuk, walaupun dia tak berniat begitu.

sambut hari jadi anak, buat majlis besar-besaran.
buat open house raya dengan majlis besar-besaran.

tempoh hari, aku dijemput ke open house rayanya.
seperti dijangka, memang besar-besaran setaraf majlis dianjurkan vip dan orang kaya.

sempat jugak aku merisik.
"bisnes kencang sekarang ni ya!" usikku
"adalah main saham, sikit-sikit..." katanya ringkas.
"bila nak lepak mengeteh, lama dah..." tanyaku
"bila-bila pun boleh. nanti aku sms...." masih mesra macam dulu.
sikapnya yg tak berubah terhadap kawan-kawannya.
biar pun dah kaya....!

nak cakap pasal punca rezeki atau kemewahannya dari mana?
elok atau buruk...wallahua'lam.
mohon dijauhkan dari sumber yg tak baik untuk kawan ku ini.

 

- pakai singlet ke majlis orang -

Sep 10, 2012





aku selalu pastikan kalau ke majlis orang, kena pakai cantik-cantik sikit. wangi-wangi sikit. tak kiralah majlis kahwin ke atau sekadar majlis makan-makan rumah jiran misalnya open house raya. maksud aku, simple tak mengapa janganlah terlampau selekeh - dengan seluar tiga suku, dan t-shirt lusuh misalnya. biarlah penampilan tu, sedap mata memandang.

kena hormatlah majlis orang. walaupun kecik.
seperti mana jugak kita nak orang hormat majlis kita.

semalam aku pergi open house seorang kawan. majlisnya agak grand . dengan 3 khemah besar depan rumah, dihias cantik. siap ada live band lagi...
maka tak menang tanganlah si tuan rumah melayan tetamu yg datang berduyun-duyun. dah sampai tahap buat majlis kahwin standardnya.


menu utamanya, kambing golek dan lempeng panas.fuh...
duduk semeja dengan kami sefamili, ialah sepasang suami isteri. dua-duanya nampak macam datuk dan mak datin. memang bergaya. si mak datin tak lekang dengan spek hitam besarnya, sambil makan pun.

"ini rumah yg ke-4 untuk hari ni. lepas ni ada 3-4 lagi nak kena singgah...kalau tak singgah nanti ada yg kecik hati." kata mak datin yg ramah.

"kita orang pergi rumah sedara-mara dan kawan yg dekat aje. jiran-jiran...nak jalan jauh, jalan jem. masa suntuk, lagi..." balas wifey. macam terpaksa je melayan.

"ishhh...kami tak... jauh ke, dekat ke, mesti pergi. lagipun ramai org kenal. tak pergi nanti, orang ingat sombong pulak..." sambung mak datin.

perbualan mereka terhenti setakat itu je. sebab wifey aku tengok, pergi ke meja bufet. ambik makanan. dan macam sengaja lambat-lambat duduk semula ke meja ni...he he taktik la tu!

sejurus lepas mak datin dan suaminya beredar, wifey pun duduk semula. sambil tersenyum-senyum.

di belakang aku, satu meja famili lain.
si isterinya pakai t-shirt dan jeans lusuh. manakala suaminya pula hanya pakai jeans dan singlet.
fuh...simple habis weh...
peliknya, anak-anak mereka pakai molek pulak.

macam-macam perangai orang kita ni.
ada yg pergi majlis sebab bimbang dikatakan sombong.
ada pulak yg datang majlis orang dengan singlet dan pakaian selekeh.
sudahnya, aku yg mengumpat....hah hah hah

tgk pic yg dibulatkan merah

close up



- ayam kampung andak, sate itam, nasi ambeng jiran -




sabtu. jam 2:00 makan tengah hari 'raya' rumah andak.
di batang benar...orang negori panggil 'batang bona'
aku sampai jam 3:00 sebab tunggu eril & erol balik sekolah ganti.
ikutkan erin pun ada sekolah ganti, sebelah petang, kira ponteng aje la.
wifey pun kerja separuh hari. sebab hari ni giliran dia alternate.

usu, acik, atih dan kak lang & famili dah sampai.
"huh...dah start...!" aku berseloroh sebaik memberi salam dan menjengah masuk ke rumah.
"masuk la...baru je start!" sambut andak.

menu yg memang jadi sasaran dan permintaan kami.
masak lomak cili padi, ayam kampung.
sebab ayam daging dah biasa sangat dapat kat kedai.
andak memang bela ayam kampung. sebahagian dimakan, sebahagian lagi dijual.
selain tu, andak juga ada bela kambing.
untunglah duduk rumah kampung, boleh menternak.
duduk kawasan rumah teres, apa yg boleh dibela?

kemudian along pun sampai.
lepas sesi borak-borak kami pun dah mula nak bergerak ke rumah itam pula.
sebelum tu, isteri andak bekalkan setiap famili masak lomak cli padi, ayam kampung.
"sengaja masak lebih, boleh buat makan malam" katanya.
pucuk dicita, ulam mendatang.

5:30 sampai di rumah itam.
minum petang 'raya' katanya.
hujan, tidak menghalang kami untuk ke rumah itam, di mambau.
menu utamanya, sate dan mee sup.

berlidi-lidi eril, erol dan erin makan sate yg memang feberet mereka.
berlawan sapa makan paling banyak cucuk dengan geng sepupu diorang.
dekat nak maghrib baru balik dan sampai rumah.

sebelah malam. makan malam 'raya' rumah jiran pulak.
kali ni, nasi ambeng.
menu jawa, kata tuan rumah.
apa-apa sajalah.

gambar?
eh segan pulak nak ambik gambar, beraya rumah orang....

- kita sudah tidak lagi berpijak di bumi nyata? -

Sep 7, 2012


 
 
semalam sementara menunggu eril balik dari kelas tuisyennya yg habis jam 10:00 mlm. aku lepak kejap kedai mamak. selalunya selepas hantar eril, aku akan terus balik rumah. tapi sebab  selepas hantar eril aku ke pasar raya beli sikit barangan, rasanya tak berbaloi nak patah balik ke rumah dan kemudian keluar semula jemput eril.
 
selepas masukkan barang dalam boot kereta, aku pergi lepak kedai mamak tu. yg letaknya bersebelahan aje dengan pasar raya. pesan teh tarik dan roti canai je.
 
sedang ditayang di tv ialah satu program tv3. 'takdir' kalau tak silap. tak pernah aku tengok program ni, walaupun aku pernah tengok promonya.
kisahnya sungguh menarik dan menyayat hati juga. kejadian yg benar-benar berlaku sebagai pengajaran dan teladan kepada semua.
 
- - kisahnya sepasang suami isteri melayu yg baru pulang dari berniaga pasar malam, telah terlibat dalam satu kemalangan. waktu itu sudah tengah malam. mereka mengalami kecederaan agak parah, dan tersepit dalam kereta. beberapa kenderaan yg lalu lalang tidak berhenti untuk membantu. kereta mereka pada ketika itu tersadai di tengah jalan. jika tidak dialihkan, mungkin ada kenderaan lain yg akan melanggarnya. mujur ada 2 orang berbangsa cina dengan sebuah lori kecil, berhenti membantu. seorang daripadanya membantu mengeluarkan pasangan suami isteri itu untuk menyelamatkan mereka dan mendapatkan rawatan. seorang lagi, menjaga lalu lintas. ong menarik keluar si suami terlebih dahulu. kedua-duanya dalam keadaan antara sedar dengan tidak. sebaik saja mengeluarkan si isteri, terdengar dentuman yg kuat. mereka dilanggar oleh sebuah kenderaan lain yg memandu laju.
 
ong mengalami kecederaan yg parah. kedua-dua kakinya terpaksa dipotong. 10 hari kemudian dia meninggal dunia. pasangan suami isteri yg cedera itu amat terhutang budi, malah terhutang nyawa dengan ong. mereka juga berasa bersalah dan terkilan, oleh sebab kejadian itu, keluarga ong kehilangan orang tersayang. malah mereka tak sempat mengucapkan terima kasih pun, kerana ketika itu mereka juga sedang menjalani rawatan. tetapi keluarga ong, sangat baik. langsung tidak menyalahkan pasangan itu, sebaliknya berserah pada takdir. sejak itu, walaupun berlainan bangsa, kedua-dua keluarga menjadi sangat rapat. dan sentiasa berhubung hinggalah ke hari ini - -
pic hiasan
 
kejadian sebenar sebeginilah, yg berpijak di bumi nyata perlu banyak dipertontonkan pada khalayak umum. betapa nilai murni, pengorbanan dan hubungan baik melampaui batasan bangsa dan agama boleh dijadikan iktibar. sangat terkesan sekali, kerana diceritakan sendiri oleh mereka yg terbabit.
 
kenapa tema sebegini jarang diangkat sebagai drama tv, misalnya?
daripada memaparkan kisah konflik cinta yg tak berkesudahan, atau perebutan harta kekayaan, dendam kesumat sesama manusia, cerita hantu yg lawak seram, yang kebanyakannya hanyalah rekaan dan berasaskan skrip lakon layar semata-mata.
 
arghh...buat apa sedih-sedih.
kita tengok tv nak rileks. nak berhibur.
lebih baik tengok drama korea yg heronya hensem, heroinnya cantik.
lagipun takde aaron aziz, neelofa atau izara...
 
begitukah?
 
 
 

- freshies -

Sep 6, 2012


semalam semasa ada urusan nak beli buku di universiti malaya, laluan terhalang kejap oleh barisan yg panjang.
baru teringat ada terbaca banner di pintu masuk kampus 'minggu haluan siswa'. 'selamat datang mahasiswa baru' dll.
maknanya kumpulan pelajar baru dah masuk, untuk sesi baru tahun ni.
kalau dulu tarikh mendaftar ialah pada bulan jun sekarang ni ikut sistem baru, pendaftaran cuma bermula bulan september.
nak ikut sistem pengajian tinggi di luar negara, katanya...

freshies
maka terkenanglah zaman dulu-dulu.
waktu itu, dipanggil minggu 'orientasi'.
berbaris panjang ke sana ke mari. kononnya nak perkenalkan pelajar baru kepada suasana dan segala ceruk serta segala sistem di universiti.
perpustakaan, padang, masjid, dewan, aktiviti kokurikulum, fakulti dan kolej ditunjukkan.
itu belum masuk bab ceramah yg panjang dan melentokkan leher.
berpanas, berhujan, berembun itu perkara biasa...!
sesi bermula seawal subuh dan berakhir kadangkala dinihari.
itu yg kata orang "bangun pukul sikit, tidur pukul sikit".
maknanya terpaksa bangun awal, tetapi tidur lewat.

betapa gerun dan patuhnya pada abang dan kakak senior yg jadi urus setia atau ajk. ikut saja apa yg disuruh. katanya, untuk membentuk jiwa pelajar yg berdisiplin...
lebih gerun lagi bila berdepan dengan senior...yg bukan ajk.
bukan apa, bimbang kena ragging!

tapi sebenarnya mereka itulah yg akan menjadi kawan baik dan banyak mengajar selok-belok kehidupan dunia baru. ..alam baru.
bukan alam sekolah lagi.
betapa perlunya berdikari dan merujuk kepada yg lebih senior, yg lebih arif.

tapi, itulah sebahagian rencah kehidupan dalam fasa baru mengejar ilmu di menara gading.
selamat datang, freshies...!
tahun depan dah boleh jadi senior pulak.
kena ragging tahun ni, tahun depan boleh balas dendam...ha ha ha

pada yg jadi ajk, terutama yg lelaki, beruntungla boleh ushar-ushar freshies yg jambu dan cun.
lebih awal berbanding daripada senior lain.
sebab tu ramai yg berebut nak jadi urus setia atau ajk... ha ha
bagi ajk perempuan, freshies ni setakat boleh buat 'adik angkat' ajelah.....:)



- sedetik lebih -

Sep 5, 2012


Banjir: Lebuh raya Utara Selatan berhampiran UPM ditutup
KUALA LUMPUR 4 Sept. - Laluan kedua-dua hala Lebuhraya Utara Selatan antara Kajang dan Serdang ditutup kepada semua lalu lintas ekoran banjir kilat yang Kilometer 303 lebuh raya berkenaan malam ini.

PLUS dalam kenyataan menerusi laman twitternya berkata, hujan lebat yang melanda Lembah Klang sejak petang tadi menyebabkan laluan berkenaan ditenggelami air.
Ekoran tersebut, lalu lintas ke kedua-dua hala sesak teruk dan semua pengguna diminta menggunakan laluan alternatif menerusi Plaza Tol Kajang dan UPM. - UTUSAN

Downpour causes massive jams on several major roads in Klang Valley
PETALING JAYA: An evening downpour caused flash floods that snarled traffic for hours on several major roads in Kuala Lumpur, Serdang, Bangi, Nilai and Kajang.
Houses and cars in low-lying areas in Kajang and Serdang were submerged in waters at the height of the flood. Floodings were also reported in several housing estates in Kajang Heights, Country Heights, Sungai Ramal Dalam, Taman Sri Serdang, Serdang Jaya and Seri Kembangan.

Traffic was slow, at times at a standstill, for those heading out of the city southbound before the Sungei Besi toll with the jam stretching to Jalan Istana and TUDM due to the rain and floods.At about 9pm, PLUS officials opened an alternative route before the toll plaza to allow motorists to make a U-turn back to the city.
On the Besraya Highway, floods in front of the KTM Serdang station caused congestion around the Palace of the Golden Horses, Mines and Balakong with only one lane accessible on many stretches.A bottle neck also occured in front of the Minlon building heading towards the KTM station.

The water level rose at KM303.8 of the Universiti Pertanian-Kajang route forcing both sides of the road to be impassable to traffic.On the SILK Highway, floods around Bandar Sg Long forced the road to Cheras and Kajang to be closed and traffic diverted to Putrajaya.On the KESAS highway, the crawl started near the Vista Commonwealth heading towards the MRR2 and the KL Seremban Highway towards Sri Petaling – The Star
Banjir Kilat Sebabkan Kesesakan Teruk Di Lembah Klang

PETALING JAYA: Hujan lebat yang turun lewat petang Selasa menyebabkan kejadian banjir kilat melanda sekaligus mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di beberapa jalan utama di Kuala Lumpur, Serdang, Bangi, Nilai dan Kajang.
Laluan trafik sangat perlahan dan adakalanya tidak bergerak menghala ke selatan bandar raya hingga sebelum tol Sungai Besi.Kesesakan tersebut menjadi lebih buruk di Jalan Istana hingga ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Sungai Besi akibat banjir kilat yang berlaku.

Pada kira-kira pukul 9 malam, PLUS Expressways Bhd (PLUS) membuka laluan alternatif sebelum laluan tol bagi membolehkan pemadu membuat pusingan ‘u’ untuk kembali ke bandar raya.
Sementara itu, di Lebuh Raya Besraya, banjir kilat yang berlaku dihadapan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang menyebabkan kesesakan yang teruk sekitar, Hotel Palace of The Golden Horses, Mines dan Balakong dengan hanya satu lorong boleh digunakan.

Kesesakan turut berlaku di hadapan bangunan Minlon menghala ke stesen KTM Serdang.Paras air naik di KM303.8 laluan Universiti Pertanian-Kajang yang memaksa laluan di kedua-dua belah jalan tersebut terpaksa ditutup – mstar online
inilah antara berita yg termuat dalam akhbar hari ni dan akhbar online malam tadi. petang semalam hujan turun dengan lebatnya. aku perlu segera balik. lagipun hari tu hari jadi erin. kalau aku lambat, mungkin sangkut dalam jem. kesian nanti erin, tertunggu-tunggu papanya balik. jadi, aku redah jugaklah jalan yg sesak dan hujan yg lebat itu. kalau aku tunggu hujan reda seperti kebanyakan orang lain mungkin jalan lebih sesak. mungkin juga banjir kilat.
telahan aku betul. melepasi tol sg besi, hujan sangat lebat. jarak penglihatan sangat kabur. terpaksa pasang lampu dan mengekori kereta di hadapan supaya tak tersalah lorong. sampai di persimpangan antara susur keluar ke kajang dan susur upm, kenderaan makin perlahan dan sesekali terhenti. rupa-rupanya air dah mula naik. banjir kilat. salah satu puncanya, curahan hujan lebat yg luar biasa, ditambah pulak dengan kerja pembinaan yg menutup sebahagian parit tepi lebuh raya berhampiran kajang dan upm.
kenderaan mula bersesak dan berhimpit. lebuh raya tiga lorong menjadi satu lorong. mana-mana kereta yg memberanikan diri melalui lorong yg dinaiki akhir, setengahnya lepas, setengahnya terperangkap. aku ambil langkah selamat. biarlah lambat sikit. ikut lorong yg satu itu.
dan akhirnya lepas selepas hampir setengah jam tersangkut. dengar berita di radio, sejam selepas itu jalan yg aku lalui itu terpaksa ditutup sebab dinaiki air. dan sebahagian besar kenderaan yg melalui jalan itu terperangkap dan dilencongkan ke laluan alternatif.
maknanya, kalau aku terlewat sikit saja, akulah antara pemandu yg jadi mangsa terperangkap dalam kesesakan itu. dan mungkin juga, tak sempat nak meraikan hari jadi erin malam tadi...alhamdulillah.