- kahwin bukanlah macam main pondok-pondok -

May 9, 2011

kalau nak kahwin jangan fikir pasal persiapan majlis perkahwinan tu semata-mata. terpaksa fikir tempah baju kat mana, nak buat hantaran, tempat kenduri, menu jamuan, urusan jemputan dan segala macam urusan lain. memanglah penting. tapi lebih penting dalam membina hidup baru selepas pernikahan itu. maklumlah, dulu hidup bujang sekrang berpasangan.


takkan nak tinggal sewa bilik saja. atau nak duduk dengan mak bapak. atau duduk berasingan buat sementara waktu. nak cari rumah sewa pun kena survei kosnya jugak. mampu ke tidak. kalau boleh dekat dengan tempat kerja. ada kemudahan pengangkutan atau dekat dengan kedai. yang penting ada tempat tinggal, tempat berteduh dalam menempuh kehidupan sebagai suami isteri. kalau boleh lebih bagus terus tinggal rumah yg dibeli sendiri. tapi biasanya, pasangan muda, ekonomi belum stabil, jadi langkah menyewa lebih ekonomikal.


bila nak tidur kenalah ada, tilam bantalnya. takkan nak bentang tikar je. seminggu dua bolehlah tahan.

bila nak memasak, kenalah ada dapurnya. perlu juga ada periuk belanga atau pinggan mangkuknya.

bila nak duduk berehat, kenalah ada kerusi mejanya. mungkin mula-mula bolehlah duduk bersila je atas lantai. masalahnya kalau sedara mara datang atau kawan-kawan bertandang, segan juga nak suruh duduk di lantai. lebih-lebih lagi kalau keluarga mertua berziarah...

rumah pun kenalah ada langsirnya, takkan nak tampal pintu kaca atau tingkap dengan surat khabar saja macam rumah kongsi.

kalau nak simpan makanan, kenalah ada peti ais atau sekurang-kurangnya almari.

nak letak baju pun kenalah ada almari atau ampaian.

bila nak basuh baju kenalah ada mesin basuh. tak ada pun tak pe, boleh cuci tangan. tapi kalau nak sidai kena juga beli ampaiannya. takkan nak sidai di pagar rumah saja.

malam-malam takkan nak menghadap muka masing-masing...kena jugak ada hiburan. set tv sekurang-kurangnya. takde astro takpelah, pelan-pelan kayuh.


kahwin bukan main pondok-pondok.

atau main masak-masak.

perlu ada perancangan. perlu ada sumber kewangan.


bukan apa, cuma kasihankan jiran aku yang baru pindah hujung minggu lepas. pasangan yg baru kahwin. masuk rumah angkut barang pakai kereta je. pendeknya, takde barang apa pun. tak tahulah, kalau belum pindah habis lagi.

langsir guna selimut.

katil guna tikar.

duduk guna lantai.

nak sapu rumah pun pinjam penyapu dari wifey aku.

kesian....

2 refleksi:

rahimin said...

baru2 kawin ni bnyk cabarannya. jgn pikir nk seronok je...

Anonymous said...

peringatan yg berguna utk aku...he he