- car wash -

May 16, 2011

hari ni ambik cuti. sengaja sambung-sambung cuti. bukan selalu aku buat. lagipun ada urusan bank yg perlu aku uruskan. aku dengan erin yg jadi teman. hari guru, tak belajar, katanya. manakala erol & eril tetap ke sekolah, sambut hari guru & main sukaneka dengan cikgu.


selepas sarapan di kedai mamak & menguruskan hal-hal bank, aku singgah ke tempat car wash. ada banyak tempat cuci kereta kat nilai ni. pilih aje yg mana satu. kalau rasa diorang cuci tak bagus atau tak ikut cita rasa, cuba pulak car wash lain. itulah yg aku lakukan sejak beberapa tahun ni. aku bukan pelanggan yg setia. mana aku rasa nak singgah, dan tak banyak kereta, ramai pekerja, atau ada tempat menunggu yg agak selesa ke situ aku pergi. kadar bayaran lebih kurang sama saja.


hinggalah beberapa bulan lepas, aku dah jadi pelanggan car wash setia ni. ada tempat menunggu yg agak selesa, seperti wakaf, dibina bawah pokok, ada kipas besar, ada paper percuma, ada muzik radio yg tak memekakkan, pekerjanya ramai (dan ada 2 mat bangla) dan buat kerja cepat. walaupun taklah sempurna kerja diorang ni, kira boleh terima lah.


jadi, tadi aku pergi car wash yg sama. ada 2 kereta lain. yg satu ni trak pick up 4wd. dari mula aku sampai, 4wd tu masih belum siap dicuci. tuan punya 4wd tu komplen macam-macam. itu tak bersih, ini tak kena pada pekerja car wash itu. malah dia sempat mengatakan pada aku, "jangan datang cuci kat sini lagi...selekeh kerja diorang ni...". aku sengih aje.


sebaik dia berlalu pergi, pekerja car wash yg dah kenal aku sebagai pelanggan tetap mengadu.


"apa dia cakap sama abang...? kita cuci tara bagus ka...?" tanya seorang pekerja mat bangla.


"iyala, dia cakap lenkali jangan mari sini..." aku mengiyakan.


"dia kasi bayar 1o ringgit. tapi dia punya kereta manyak kotor. serupa satu tahun tara cuci. ada banyak tanah....lekat sana", rungutnya.


"laaa...manyak susah mau cuci la..." aku menyiram minyak.


"sudah dekat 2 jam tau, cuci dia punya kereta saja. buang masa la. ada manyak kereta lain mau cuci, orang lain pun komplen, manyak lama..." tambah mat bangla tu.


"itu macam punya orang pun ada ka..." kataku sambil menggeleng kepala.

0 refleksi: