- on the way... -

May 3, 2011

pernah tak bila kita tunggu seorang kawan pada waktu yg dijanjikan, dia tak muncul-muncul. selepas resah menunggu, kita pun telefon atau hantar sms. jawabnya "otw" atau "on the way..." dalam perjalanan bertemu kita. sebagai orang yg sabar, kita pun tunggu ajela. lagipun dia dalam perjalanan, mungkin ada gangguan di jalanan. ada eksiden dan jem teruk. tapi selepas sejam menunggu, masih juga tak kunjung tiba...walaupun jaraknya taklah sejauh mana.


"on the way..."maksudnya dalam perjalanan ke sesuatu tempat. mungkin untuk bertemu seseorang. nak menunaikan janji temu yg sudah dimakum lebih awal. ataupun hendak menghadiri sesuatu majlis.


tapi ramai sangat yg salah guna istilah "on the way..." ni. kebanyakan yg guna ini untuk mengelakkan alasan sebenar. tak lain kerana tak dapat menepati masa. maka alasan mudah, bagitau saja "on the way... ". sedangkan ketika dia menjawab "otw" tu sebenarnya dia...


1. masih lagi berada di rumah atau buat urusan lain


2. sebenarnya terlupa...


3. baru nak masuk kereta utk mulakan perjalanan


4. belum buat keputusan nak datang ke tidak



5. sedang memilih baju apa yg nak dipakai



6. sibuk menenyeh mekap & lipstik



7. asyik berchatting di internet sampai tak ingat dunia



8. perlawanan bola live di tv masuk minit-minit terakhir yg mendebarkan


bagi mereka, tak mengapalah lewat sikit. bukannya kena formal sangat, mesti patuh pada masa. bukannya sedang menjalani peperiksaan. ataupun kena daftar masuk naik kapal terbang takut terlepas. setakat nak jumpa kawan atau majlis kenduri, lambat sikit tak mengapalah...mereka tentu faham. lagipun, orang lain buat jugak....ini perkara biasa je.


jadi, lain kali kalau kita tertunggu-tunggu seseorang, bila mereka hantar sms "otw" usah percaya sangat. mungkin mereka baru bangun tidur...!

3 refleksi:

rahimin said...

alamak. aku pun pernah bg alasan otw ni. padahal aku mmg giler punya lupa...!

editor kampung said...

macam tulis dpd pengalaman sendiri aje..he he

bangsawan nilai said...

tau takpe...!