kali terakhir aku menghadiri temu duga ialah kira-kira 10 tahun dulu. untuk jawatan yg aku sandang hingga hari ini. aku masih ingat pada hari temu duga itu. lantaran tergesa-gesa kerana terlewat untuk ke tempat temu duga, aku tertinggal tali leher. mujur ada 'pesaing' dalam temu duga tersebut yg baik hati meminjamkannya pada aku. mungkin berkat tali leher itu jugalah -memang ada dua kekosongan jawatan saja - kami berdua ditawarkan bekerja di kompeni ini.
esok aku akan menghadiri temu duga lagi. kali ini bukan sebagai orang yg ditemu duga tetapi sebagi penemu duga. pelik benar rasanya, tambah pulak ini pengalaman pertama aku diberi tanggungjawab itu.
soalnya, apa yg hendak aku tanyakan nanti kepada mereka yg datang penuh harapan? setahu aku penemu duga sengaja menduga dengan soalan yg licik dan mencabar. atau soalan yg sekadar menguji kemampuan. biasanya penemu duga ini mereka yg sudah berpengalaman dalam selok belok menemu duga. sudah faham apa kriteria calon yg hendak dipilih. sekilas ikan di air....
tak mengapalah. aku perlu berfikir positif dan terbuka. tiada yg kedua kalau tiada yg pertama. aku perlu ikut rentak penemu duga lain. sementara tu aku dah bersedia dengan beberapa soalan yg aku buat homework. taklah aku terkontang kanting esok.
harap-harap semuanya berjalan lancar. aku ingatkan calon yg bakal ditemu duga saje yg gabra, penemu duga pun gabra jugak...!
0 refleksi:
Post a Comment