erin memang suka kucing. dulu pernah nak dirembat anak kucing mak tih nya. dipujuknya aku angkut bawak balik rumah. tapi ditentang keras oleh mamanya yg berkuasa veto dalam majlis keselamatan rumah tangga.
tapi pantang ada kucing jiran yg sesat atau makan angin, diangkutnya bawak balik. didukung, dibuat main & dibaginya makan. diberinya makan, twisties, cokelat, mamee kengkadang burger atau ayam goreng. lepas puas main, baru dilepasnya kucing tu.
baru-baru ni ada seekor kucing warna oren lebih kurang, datang ke rumah, merengek nak makan. macam biasa, erin bagi dia makan. kucing tu jadi jinak. hari-hari dia datang rumah. tapi setakat laman rumah ajela, sebab dilarang oleh mama erin masuk rumah sebagai tetamu. lama-kelamaan, kucing tu tak nak balik dah. ada aje dia lepak kat porch rumah. kadang-kadang siap lepak atas sofa kat luar tu. dia dah naik lemak sebab dimanjakan erin. dah macam erin tu dianggapnya sebagai tuannya.
mama erin dah naik rimas. bulu kucing & bau kencing kucing mula merata-rata. dia suruh aku buang kucing tu kat rumah orang. tapi aku buat-buat tak dengar aje. erin pun buat tak faham aje.
petang semalam, ada dua orang budak lelaki mundar-mandir depan rumah. masa tu, erin belum balik dari sekolah. kucing oren tu, macam biasa lepak tepi pancuran air depan rumah. sejuk sikit agaknya kat situ. beberapa kali dua budak tu berlegar-legar depan rumah. mereka nampaknya memerhatikan kucing tu dengan penuh minat.
lalu aku tegur mereka, "nak apa dik...?".
"kucing ni uncle punya ke?" tanya mereka dengan muka tak bersalah.
"bukan. dia datang sini. so, kita orang bagi dia makan...nape?" aku dapat tangkap yg diorang ni memang minat akan kucing.
"kalau kita orang ambik boleh ke uncle...?" seperti diduga, mereka menyatakan hasrat hati yg terpendam.
"ambiklah. tapi jaga elok-elok, bagi dia makan tau...?" aku sambut, macam orang mengantuk disorongkan bantal.
"rumah kita orang banyak makanan, kita orang sayang kucing..." seorang daripada mereka membuat tawaran.
"kalau camtu, bawaklah balik..." aku meluluskan permohonan mereka, tanpa banyak soal.
"kucing ni baik ke uncle...?" tanyanya pulak.
"kucing ni baik, manja. tak pernah wat hal..." promosi percuma aku berikan.
"nampak pun macam kucing baik. terima kasih ya uncle..." lalu mereka dukung kucing tu dan bawak pulang.
petang tu, sebaik saja pulang dari sekolah, erin macam mencari-cari sesuatu. memanggil-manggil kucing tu. sejak beberapa minggu ni, kucing itu akan menyambutnya setiap kali balik sekolah. petang itu tidak lagi. aku perhatikan, erin agak muram. tapi dia tidak pula bertanyakan pasal kucing tu.
aku rasa kesian pulak, pada erin. rasa bersalah pun ada...
0 refleksi:
Post a Comment