- warga maya -

May 5, 2011

seperti biasa, aku berjaga lagi di tengah malam buta, di kala orang lain sedang enak diulit mimpi. seperti biasa, aku korbankan waktu tidur semata-mata demi memenuhi minat sebagai pencinta bola sepak. seperti biasa, aku bersorak dan kadangkala merungut sendirian dengan aksi pemain di kaca tv. wifey dah masak benar dengan perangai aku. eril, erol & erin juga faham bila aku kata nak tidur awal sambil mengunci jam untuk bangun 'bersahur'.


yang tidak faham, tidak mengapalah. yang tak sanggup biarkan sajalah. perhatikan saja pada peminat bola yg tegar, mereka juga tak ubah seperti aku. malam tadi (dinihari...) aku tonton siaran langsung bola peringkat separuh akhir liga juara-juara eropah.


perlawanan bermula malam tadi bermula jam 2:45 pagi (kira-kira 8:45 mlm, di manchester). pada waktu rehat separuh masa pertama, sementara menunggu perlawanan bersambung di separuh masa kedua, aku buka lap top. tak pernah pun aku buat begitu. biasanya, aku tukar saja saluran tv lain sementara menunggunya. ada setengah orang akan bancuh air kopi untuk bersengkang mata, tapi aku jarang sekali begitu. tidur awal & bangun semula adalah formula yg biasa aku gunakan sejak dulu.


sengajalah aku buka laman fesbuk. tak sangka masih ramai yg berjaga. masih ramai yg online. masih aktif, macam hari siang. masih ramai yg mengemas kini profil. masih ramai yg memberi komen pada status kenalan mereka. masih ramai yg 'berniaga' dan 'memasarkan' produk mereka. masih ramai yg meluahkan kekecewaan mereka. masih ramai yg menzahirkan kemarahan mereka. masih ramai yg menunjukkan perasaan sedang dilamun asmaradana. menyatakan kerinduan pada orang tersayang. masih ramai yg memuat naik gambar foto mereka yg terbaru, baru pulang dari percutian. masih ramai yg bersengkang mata untuk menelaah menghadapi peperiksaan akhir di varsiti.


warga maya, tak pernah tidur...!


tak bekerjakah diorang ni, esok?

tak ke sekolahkah esok?

tak mengantukkah mereka? timbul banyak persoalan di mindaku.


kalau dah itu minat mereka, perlukah aku mmpersoalkan? mereka jugak sepertiku, sanggup bersengkang mata kerana demi ketegaran pada minat mereka.

0 refleksi: