kita manusia biasa. insan yang lemah...maafkan kami.
kita selalu gunakan alasan itu. demi menutup kesilapan diri. bukan kita saja yg gunakan alasan itu. orang lain pun buat begitu. tak salahkan. asalkan kita mintak maaf & mengakui kesilapan atau keterlanjuran. tapi bukan sekali dua kita gunakan alasan itu. kadang-kadang berkali-kali. ada kalanya berkali-kali dalam sehari!
kesilapan kecil, mungkin boleh dimaafkan. dilupakan begitu saja.
bagaimana pulak kalau kesilapan itu maha besar. melibatkan kerugian pada pihak lain, berjuta ringgit misalnya. jatuh bankrap kompeni tempat kita bekerja. sampai bercerai-berai, pasangan suami isteri kerana gurauan terlampau bahasa kita. hingga berlaku kecederaan akibat kecuaian kita memandu hingga membawa kemalangan di jalan raya.
adakah dengan sekadar mengaku kita insan lemah, merendah diri sebagai insan biasa...segala salah silap kita dibiarkan begitu saja? tak mungkin, bukan?
usah biarkan kelemahan menguasai kita. jangan jadikan 'insan yg lemah' sebagai kalimah untuk melindungi diri kita. binalah kekuatan dalaman dan luaran. berusahalah sehabis daya membaiki dan memperkasa diri.
jika segalanya sudah kita lakukan. namun masih jua gagal mengatasi kekurangan, kelemahan dan kesilapan. kemudian barulah bertawakal, andai takdirnya sudah begitu...redhalah.
demikan, yg dapat aku simpulkan dpd tazkirah seorang uztaz, malam tadi.
0 refleksi:
Post a Comment