- semalam . . . -
May 24, 2011
pagi
seorang kawan belikan aku buah jambu batu (guava) untuk makan tengah hari. diracik & cecah asam sedap juga. katanya dia tahu aku tentu lapar. tapi takkanlah jambu batu je, kurang-kurang belilah kfc ke, nasi beriyani ke...hu hu.
semalam aku jadi panel 3 orang penemu duga pengambilan staf baru. ada 18 calon kesemuanya yg datang untuk mengisi kekosongan jawatan. apa yg berlaku dalam bilik temu duga tak boleh diberitahu. semuanya sulit dan rahsia. panel menghabiskan masa dari jam 9:00 pagi- 2:00 ptg. hanya minum teh & kuih saja. 5 jam tu. pelbagai peristiwa & momen dalam sesi temu duga itu. cukuplah sekadar aku nyatakan...
pengalaman yg cukup menginsafkan.
malam
lebih kurang jam 11:30, henfonku berbunyi. waktu tu, aku baru saja terlelap. sehabis menonton tv. pada skrin terpapar nombor syekh, antara jiran di kawasan kejirananku.
"wey...dah tido ke?" tanyanya.
"baru nak tido, nape, tengah malam kol aku, ngigau ke?" aku tanya balik.
"aku baru abis shif la....lalu depan rumah nko tadi. lampu kete nko, on la. pegi tutup. nanti esok abis bateri, tak boleh start..."sambung syekh dengan satu nafas aje.
"alamak! nasib baik ko bagi tau. tima kasih yek..."sambil tarik nafas lega.
dalam hati, mujur juga ada jiran yg prihatin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 refleksi:
Post a Comment