- yang baru pun rosak jugak...-

May 18, 2011

aku berdepan dengan pelbagai masalah sepanjang menggunakan pc lama dulu. macam-macam kerenah dan ragam yg aku hadapi. ada ketikanya ia mogok, tapi 2-3 hari kemudian elok semula seperti takde apa-apa yg berlaku. kengkadang terpaksa masuk i.c.u (bengkel) berminggu-minggu lamanya sebab sakit kritikal.


banyak kali jugak dah, aku komplen. mintak tukar yg baru. akhirnya, 2 bulan lepas, aku dapat pc baru. berdesup-desup lajunya bila melayari internet. al-maklum ramnya tinggi, memorinya besar gedabak. ingatkan masalah dah selesai dengan dapatnya pc baru, takkanlah sakit jugak.


meleset sama sekali. pc yg baru rosak jugak. kena badi apalah, gamaknya...

0 refleksi: