- lena yang panjang -

May 13, 2011

aku demam malam tadi. aku telan panadol. tidur tak berapa nak lena. aku terjaga setiap jam. jam 12 terjaga. 1 lebih terjaga. pukul dua tersedar lagi. seterusnya 3 lebih terjaga semula. hinggalah 4, 5, 6 dan 7 pagi. aku nak bersiap pergi kerja walaupun kepala berat. tapi ditegah oleh wifey. "kalau melarat nanti lagi susah..." tegurnya.


aku pun kembali sambung tidur. aku perlu ke klinik, ambik cuti sakit. tak berapa nak tidur. jam 9:00 aku bersiap & pergi ke klinik. doktor bagi aku cuti sakit, sehari je. memang demam katanya. kemudian aku singgah ke kedai mamak. walaupun takde selera langsung, aku kena isi perut sebab nak makan ubat. tosei & kopi o jadi alas perut. balik rumah, aku makan ubat.


aku sambung tidur. sedar-sedar dah jam 2. erul & eril balik dari sekolah pagi. kemudian mereka bersiap pulak untuk ke sekolah petang, sekolah agama. mereka kemudian seperti selalu dihantar oleh jiran aku, yang memang ambik upah bayaran bulanan. aku tak makan tengah hari, walaupun ada disediakan oleh wifey. sebaliknya sambung tidur, selepas makan ubat.


sedar-sedar eril dan erol sudah balik dari sekolah petang mereka. lebih kurang 6 lebih. huh, lamanya aku tidur, tak sedar apa-apa. mungkin ubat demam yg aku makan sebabkan mengantuk. lepas makan malam dan ambik ubat. aku sambung tidur lagi.


aku tersedar dari tidur kira-kira jam 3 pagi. selepas tu aku tak boleh tidur dah. tengok tv sampai pagi. lepas tu terus bersiap ke tempat kerja...

0 refleksi: