kadangkala mempertahan kesetiakawanan itu perlu dibayar dengan harga yg tinggi. malah mungkin menggugat wibawa kita sendiri di mata orang lain. tanpa sedar, kita lupa garis sempadan. setakat mana akhirnya kesetiaan itu perlu juga ada garis pemisah. bukan infiniti yg tidak berpenghujung. bukan juga membuta tuli.
lebih sukar lagi bila kita disuruh menilai kemampuan 'sebenar' kawan baik kita itu. ianya benar-benar satu ujian. cabaran maha berat. bukan atas dasar peribadi tapi atas dasar dirinya sebagai seorang pekerja, sama seperti pekerja yg lain. kita diminta supaya tidak condong atau bias atau pilih kasih. kita perlu mengetepikan perasaan mahu memihak. mengambil kira penilaian secara objektif.
jika statistik, bolehlah dikira. andai, panjang pendek, bolehlah diukur. bagaimana pula dengan kayu ukur untuk menilai keupayaan diri? daya kepimpinan, kemampuan menyelesai masalah, kreativiti, kebolehan bertindak, membuat keputusan - semuanya bersifat subjektif!
dalam keadaan sebenar pun, kawan kita itu tidaklah seteruk mana. tetapi bukanlah juga pekerja terbaik. jadi sebagai jalan paling afdal, aku cuba nilaikan dengan paling jujur yg terdaya, tidak cemerlang, juga tidaklah sekadar memuaskan. kalau nilaian itu dipertikai, aku bisa saja mempertahankan.
akhirnya, aku pula diserkap sebagai "you're not being honest...", dalam eksesais penilaian itu. aku berasa sudah menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. jika itulah nilaian 'orang atas' pada aku, aku terima saja tanpa bantahan, walaupun aku tidak berniat begitu.
memang aku tak layak masuk golongan 'orang atas'. sebab aku tidak cukup jujur. tak cukup lurus. tak cukup kejam...!
dan aku masih berpegang pada nilai lama, kesetiakawanan...
'orang atas' tak boleh ada sikap semacam itu. itulah yg aku dapat simpulkan akan peristiwa yg berlaku hari ini. dan oleh sebab itu jugalah, aku dikatakan tidak jujur...
0 refleksi:
Post a Comment