- apahal mesti nak ada kalendar? -

Dec 30, 2011

tokey...kedai lu takda kalendar free ka...?
 nape bila hujung tahun kita sibuk nakkan kalendar

macam-macam design. boleh buat hias dinding ofis/rumah...

biasanya aku dpt bnyk kalendar yg org bagi. kengkadang pass
pd kengkawan atau sedara. tak tahu mana nk letak dah...

tapi kalendar yg ni mesti ada. feberet aku.
biarlah org kata 'kalendar kuda'. haribulannya dr jauh pun dah nampak...
terang dan jelas...ha ha

- ishh...inilah susahnya jadi wakil -

Dec 29, 2011

sebenarnya menjadi wakil lebih sukar daripada yg diwakili. kalau orang yg 'mewakilwalikan' tu mungkin tidak sukar kerana itu sebahagian tugas hakikinya.

yang nak aku ulas ialah wakil dalam mesyuarat. lebih-lebih lagi bila kita mewakili boss. boss kita kengkadang memang pandai. dia akan pilih mesyuarat  yg dia akan hadir, dan yg mana tidak. lebih penting atau kurang penting. atau yg ada kepentingan dan glamor dengan yg tidak. atau kalau ada orang besar-besar turut hadir, macam mana sibuk pun, dia akan cuba menyelit datang jugak...ha ha ini dah kutuk belakang boss ni.

selalunya wakil akan duduk diam-diam saja dalam mesyuarat. bersuara kalau perlu saja.

yang lecehnya, bila balik ofis nanti kena buat report. atau bagi taklimat pada boss berkaitan mesyuarat yg kita hadir sebagai wakil tu.

yang tak sedapnya, kengkadang kita tak tahu apa nak dicatatkan. ada kalanya kita hanya jadi pendengar dan tak ambil bahagian, makanya banyak poin yg tak kita ingat.

lebih buruk lagi, dalam mesyuarat pagi ni, di mana aku mewakili boss. satu biji butir pun takde apa yg aku catatkan. mungkin sebab aku mengelamun. maklumlah sekarang ni tengah sibuk siapkan perancangan tahun depan yg nak kena hantar esok. masih tak siap lagi.

sudahnya, yg aku ingat hanyalah apa yg aku makan masa tea break tadi.
mihun yg tawar, dan kuih karipap yg keras!

apa aku nak kelentong boss ni.....adeh!

- tiada lagi dia...dia tiada lagi -

Dec 28, 2011

pagi tadi semasa sampai di ofis, aku nampak lampu di blok bangunan sebelah masih terpasang. waktu tu dah jam 7 lebih. biasanya time begini aku selalu nampak kelibat abang zam. berjalan berkeliling blok dan bangunan sambil menutup suis lampu.

tapi hari ni lain sikit. masih terang-benderang, walaupun hari dah makin terang. matahari dah memancar. tak macam biasa. mungkin dia cuti agaknya. tak datang kerja. takde dia, tak bertutuplah lampu....hmmm.

kemudian selepas duduk di depan pc, sambil menghirup kopi segera yg dibuat sendiri. baru aku teringat, peristiwa tengah hari semalam. abang zam ada datang ke ofis kami. orangnya memang peramah, suka bergurau dan suaranya yg garau lantang itu selalu memecah suasana.

dia masuk ke bilik aku. mengucapkan selamat tinggal. ya, semalam hari terakhir abang zam bekerja di blok bangunan sebelah tu. hari persaraannya. "aku dah 58 tahun dah. last day ni. pencen..." terangnya pada aku dengan air mata bergenang. kami bersalaman erat. saling bermaaf-maafan. mungkin selepas ini akan jaranglah bertemu, mungkin juga inilah kali terakhirnya berjumpa.

walaupun dia bukan dalam kompeni yg sama, tapi kami selalu bertembung. staf kami saling kenal-mengenal. kalau ada jamuan makan-makan, kami jemput mereka sekali.

bermula esok, tiada lagilah tegur ramahnya. sunyilah daripada gurau sendanya. hilanglah suara garau lantangnya memecah suasana.

kami ada sikit persamaan. aku selalu datang awal ke ofis. sama jugak dengan abang zam. sebab itulah setiap pagi dia akan round ke seluruh blok bangunan berhampiran untuk tutup suis lampu. walaupun itu bukanlah tugasnya. tapi dah jadi semacam rutin hariannya untuk berbuat begitu. mungkin secara kebetulan, oleh sebab aku juga sampai awal, aku juga jadi penutup suis lampu di blok aku, serupa seperti abang zam.

kepada abang zam. selamat menempuhi fasa baru dalam hidup, alam persaraan... jaga kesihatan baik-baik. walaupun kita taklah begitu rapat, tapi aku pasti kelibat abang zam saban pagi akan aku teringat-ingat, dan tegur ramahnya setiap kali bertemu akan terngiang-ngiang....

dan takde lagilah orang yg rajin menutup suis lampu waktu pagi....

- lastik dah jadi 'rare' -

Dec 23, 2011

mungkin tidak keterlaluan jika aku katakan yg generasi sekarang ni tak kenal pun apa itu - lastik. bercakap pasal lastik, pada aku orang yg paling pakar menggunakannya ialah arwah abah aku. seingat aku semasa kecil, lastiknya dibuatnya sendiri.

bayangkan dia boleh lastik buah kelapa, untuk emak gunakan santannya dibuat masak lomak cili api. dulu mana ada pokok kelapa yg rendah, semuanya tinggi menjulang. sedangkan orang lain gunakan galah. selain itu digunakan untuk melastik tupai, kera dan keluang yg cuba nak makan buah durian.

biasanya orang guna dahan pokok jambu untuk buat batang lastik. sebab ia tak mudah patah, kuat dan tahan lama. selain getah sekerap yg lebih kuat untuk mengikat getah penarik - dulu gunakan tayar basikal yg dah tak pakai, dipotong panjang. supaya lebih anjal dan tak mudah putus bila ditarik. selain kulit, biasanya daripada kasut terpakai sebagai pelepasnya. batu kerikil atau batu jalan dijadikan pelurunya.

sejak dua menjak ni, banyak anjing liar berkeliaran di taman perumahan aku. terutama sebelah malam. kadang-kadang dia masuk ke laman rumah, menggonggong kasut dan selipar. atau menyelongkar tong sampah. menggigit kain yg tersidai di ampaian. dan bunag najisnya merata-rata. sebagai orang islam tentulah kurang senang dengan 'kehadiran' haiwan haram ini.


bukan aku nak lastik anjing tu. sekadar nak mengusir, menghalau  dan menakut-nakutkannya saja. nak lastik sipi-sipi. aku ni masih punya rasa perikemanusiaan walaupun terhadap haiwan seperti anjing. mungkin ada sesetengah kita dipengaruhi emosi hingga sanggup memberikan racun dalam makanan yg diumpan, atau mencederakannya dengan memukul hingga patah kaki atau cacat anggota badan anjing itu sampai buta dan kudung kakinya.
itu zalim dan kejam! perbuatan orang yg tak berhati perut...

orang kata anjing ni biasanya 'alah' pada lastik dan batu. dia akan cepat lari. seperti juga kata orang tua-tua, ular alah pada buluh.

lastik juga boleh diguna sebagai senjata keselamatan dan alat mempertahankan diri. seperti yg aku katakan awal-awal tadi, ianya sudah jadi alat tradisional. ramai generasi sekarang yg dah tak kenal. termasuk anak-anak aku sendiri. dulu aku pernah nampak di kedai, menjual lastik yg diperbuat daripada pelastik. sekarang dah tak nampak lagi.

mencari lastik ini pun susah sekali. aku pernah cari di pasar-pasar malam sekitar nilai dan salak. takde yg menjualnya. semasa ke melaka itu hari pun aku cuba cari. juga takde kedai yg menjualnya. lastik yg baru aku beli ni  terjumpa di R & R sabak bernam, semasa singgah dalam perjalanan balik dari p. pinang tempoh hari. kedai tu jual barangan kraftangan. rasanya dibuat gunakan mesin atau alatan tertentu. mungkin bahan yg digunakan tidaklah se'original' dulu. tapi ciri-ciri tradisionalnya masih ada.

lastik sebenarnya, semakin pupus penggunaannya...malah pembuatannya dan penjualannya juga agak terhad. mungkin orang yg nostalgik macam aku saja yg masih menghargainya...

- panggilan pulau -


tengah sibuk-sibuk berposing ambik gambar di celah-celah orang ramai di puncak bukit bendera hari tu, ada terdengar suara orang memanggil-manggil "pak uda...pak uda..."!

yep itu panggilan anak-anak sedara sebelah aku. kalau anak sedara sebelah wifey, mereka panggil aku pakcik ben. aku tak pulak endahkan panggilan itu. sebab seingat aku takde pun anak sedara aku duduk di penang ni. lagipun ada berapa ramai lagi, pak uda, kat malaysia ni...

tapi panggilan itu semakin mendekat. "pak uda...!" kata mamat tu sambil berjalan laju ke arah kami dari belakang. "laaaaa...apa buek kek sini?" aku bertanya dengan loghat negori sebaik-baik mengenal kelibat itu. ya, memang anak sedara aku. anak abang cik yg sulung.

"kita orang ado field work kat penang. singgah sini kojap. satu bas.....tu dio kengkawan" kata ayong sambil menunjuk ke arah kumpulan kengkawannya.
"oooo...ingatkan datang dgn mama & abah...". perbualan kami singkat saja. lagi pun rombongan diorang dah nak balik dah. siapa sangka boleh jumpa kat situ pulak.

pada sebelah malam hari ke-2 kita orang ke gurney drive (lihat gambar sebelah) apa lagi untuk jalan-jalan cari makan la. punyalah banyak gerai, sampai tak tahu nak pilih mana satu. walaupun sedikit berserabut, tapi aneka pilihan makanannya memang marvelous. apa saja yg nak makan ada kat situ. semua bangsa ada kat tempat tu. mat saleh dan pelancong asing pun bukan main seronok lagi. tapi oleh sebab 'kesibukan' memilih gerai dan cari nak makan apa sampai terlupa nak ambik sebarang gambar malam tu. pada sebelah siang keesokan harinya, dalam perjalanan balik, kami singgah di tempat yg sama. tapi macam tak pernah sampai kat situ. suasananya jauh berbeza di sebelah siangnya.
bt feringghi - malam
samalah jugak dengan keadaannya di bt feringghi. di sebelah siangnya, nampak biasa-biasa aje. tapi sebelah malamnya memang happening. dengan pasar malam, kelab, restoran, kedai makan - meriah sekali.

bt feringghi - siang


rumah p. ramlee

masjid terapung

tempat lain yg kita orang ronda ialah padang kota lama. makan pasemboq - kata orang penang. rumah p. ramlee di bagan pinang. singgah ke balik pulau. selain ke tokong ular, melawat kejap di masjid terapung dan masjid kapitan keling.

dan kami balik tak ikut jambatan p. pinang, sebaliknya sengaja ikut jalan laut, menaiki feri. sengaja nak bagi eril, erol dan erin merasa naik feri. aku dah banyak kali ke penang, tapi biasanya takdelah ronda begini sebab urusan kerja. gambar banyak, tapi utk simpanan ajelah ya....

- bila yang mudah jadi sukar -

Dec 22, 2011

sebentar tadi, aku diberitahu oleh kakak sekretari yg boss tengah marah-marah.
"macam mana boleh jadi mcam ni !..." begitulah dia memetik kata-kata boss.

dia merujuk kepada laporan yg aku hantar semalam. yg baru aku tahu deadlinenya pagi itu.
rupa-rupanya sudah dimaklumkan 10 hari lepas kpd satu lagi jawatankuasa.
aku dalam satu lagi jawatankuasa sebagai setiausaha utk menyiapkan laporan yg satu lagi.
bagaimanapun, laporan aku bergantung kepada laporan yg disediakan oleh jawatannkuasa yg satu lagi itu. aku kena tunggu mereka serah pada aku sebelum boleh menyediakannya.
dan laporan mereka itu hanya diserahkan pada aku pagi selasa lepas. dan aku siapkan dalam tempoh sehari saja, dan serahkan gabungan kedua-dua laporan itu dalam tempoh 24 jam iaitu semalam, hari rabu.

aku difahamkan yg laporan kami ditolak dan tidak diluluskan kerana diserahkan lewat mengikut masa yg ditetapkan. itulah puncanya, boss marah-marah.

aku sedang tunggu, bila boss nak panggil aku ni...
aku boleh saja cakap yg jawatankuasa yg satu lagi punca masalahnya. tapi, yg duduk dalam jawatankuasa itu, adalah kawan-kawan aku jugak!

uish...dah jadi komplikated ni.

- sepanjang jalan ke pulau pinang -

selama ini aku ingatkan memandu di KL sudah  cukup mencabar. dengan kereta yg banyak dan jalan yg sesak. rupanya memandu di P.Pinang lagilah penuh cabarannya. sudahlah kita ni tak berapa mahir dengan selok-belok dan arah tujunya. ada jugak sesetengah jalan yg sesak. ditambah pulak dengan pemandu dengan nombor plat P di awalnya, agak kurang 'mesra alam' bila kita memandu perlahan dan memandu tercangak-cangak sambil membaca sign board tepi jalan, kerap kali dihimpit, dihon dan dipotong pancungnya kita, sesedap hati...

tak mengapalah, memandu di tempat orang. kenalah berhati-hati dan hormat pada 'tuan rumah'. tapi paling tak seronoknya macam sudah jadi trend di sana, meletak kereta di bahu jalan. sebab tu  jalan yg sepatutnya 3 lorong jadi 2 dan yg dua lorong jadi satu. jalan yg sepatutnya lancar jadi tersekat-sekat. bukan setakat pinggir bandar seperti batu feringghi tapi tengah bandar george town dan sekitar tepi bangunan komtar pun mereka letak kereta tepi jalan jugak...!

dan aku membayangkan bila singgah ke bukit bendera dan naik tren ke puncak bukit, yg menjadi tumpuan ramai itu, tentulah disediakan tempat letak kenderaan. tapi silap rupanya. kemudahan itu tak disediakan. alasannya, agar pengunjung menggunakan pengangkutan awam. makanya, letak sajalah di mana-mana bahagian bahu jalan, bawah pokok, tepi parit, asalkan tidak menghadang pintu rumah orang....

okay. cukuplah dengan perkara negatif. tujuan cuti ni nak enjoy. hari pertama memandu melalui jambatan. erol tak putus-putus ambik gambar. oleh sebab dah petang kami terus saja ke hotel penginapan. sengaja pilih di kawasan pantai, ya sekitar batu feringghi. pantainya cantik. meriah dengan aktiviti pantai. boleh naik banana boat, boleh main jet ski, boleh tunggang kuda, sewa bot pusing pulau terdekat, atau sekadar mandi manda di pantai.
bezanya kat sini orang tempatan, maksud aku bukan pelancong orang putih pun pakai bikini atau 3 pieces mandi kat pantai atau kolam renang. termasuk yg melayu pun, tanpa segan. kitalah pulak yg rasa segannya.

eril, erol dan erin bila dah dapat main air susahlah nak panggil naik ke darat. sampai diorang kecut, letih dan tak larat barulah nak naik. tapi kali ini, aku biarkan saja. hinggalah lifeguard membunyikan wiselnya menandakan masa bermandi-manda sudah tamat. dah nak malam dah...

aku cuba-cuba jugak main jet ski. tapi mamat yg jaga tu asyik bersorak suruh aku pandu laju sikit. ish....aku takde lesen jet ski woooi. bila dah lama sikit naik syok pulak. dah boleh buat aksi mat rempit dalam air...ha ha



kemudian aku teringin nak naik parasailing. agaknyalah kot. yg naik macam payung terjun, yg diikat talinya dengan bot tu. antara nak dengan tidak, aku pun beratur ambik giliran. ngeri pun ada. mana tau, tali terputus dan jatuh ke laut. tapi nak try jugak pengalaman tu.

tiba-tiba kejadian yg tak ingin dilihat berlaku. salah seorang yg sedang naik parasailing tu tiba-tiba menjerit-jerit. semua orang terkejut dan panik. tali yg diikat pada bot yg menariknya mungkin terputus atau tertanggal. jadi, dia melayang-layang di udara. pekerja yg mengendalikan sewa parasailing jadi kelam kabut. masing-masing menjerit memberikan arahan dan panduan bagaimana untuk orang itu mendarat. dan tidak jatuh ke laut.

mujur akhirnya, dia mendarat ke pantai. walaupun tergolek jugaklah jatuhnya. melihatkan kejadian itu, aku yg sedang menunggu giliran, kecut perut. dan ambik keputusan tak jadi mencuba. rupa-rupanya bukan aku saja, beberapa orang lain yg sedang beratur pun, menarik diri...hu hu .bukan takut tapi demi keselamatan....alasan!

malam tu kita orang pusing-pusing pasar malam batu feringghi yg famous tu. anehnya ramai jugak mat arab dan mat pakistan yg buka gerai. macam-macam benda yg dijual. kita boleh tawar-menawar dan kena pandai pilih barang yg betul-betul kualitinya tak jauh dpd yg original.

apalagilah yg dicari untuk makan di p.pinang kalau bukan nasi kandar dan pasemburnya. walaupun sedikit keletihan kerana menempuh perjalanan yg jauh, kami tidur agak lewat kerana meronda sekitar batu ferringhi. dan tidur pun dalam kekenyangan yg teramat....

- kaitan antara urgent dengan boss -

Dec 21, 2011

aku dalam perjalanan pagi tadi untuk temu janji, di usim, nilai. bila terima panggilan telefon dari ofis.aku diberitahu bahawa boss mengarahkan supaya laporan yg sebenarnya aku sudah siapkan supaya dihantar sebelum jam 2:00 petang. walhal aku tidak diberitahu pula sebelum ini yg deadline nya petang ini.

alamak aku sedikit panik. laporan itu pula ada di tangan aku pada ketika itu. aku bercadang nak menghantarnya untuk ditandatangan oleh pengerusi jawatankuasa  selepas balik dari janji temu pagi itu. tapi lain pulak perancangan boss.

mujur juga yg memandu ketika itu ialah rakan sekerja aku. kalau tidak mesti berserabut kepala otak. tumpuan memandu juga pasti tak tentu arah.

aku berfikir sejenak. takkanlah aku nak berpatah balik. batalkan temu janji. pada ketika itu, kami baru melepasi susur masuk ke kajang. sudah separuh perjalanan ke nilai.
aku perlu fikirkan jalan penyelesaian segera. "ishh kenapa lah tak diberitahu awal-awal. atau sekurang-kurangnya sebelum aku keluar dari ofis tadi..." bentak hati aku.

otak ku berfikir ligat. mencari idea untuk menyelesai kemelut ni.

POP!

aku dapat idea bergeliga...

aku telefon kak A.

"kak A, boleh tolong saya. urgent ni"!
"pegang telefon ni. ikut arahan saya....."

"masuk ke bilik saya. bukak pc. cari file pada desktop....bla bla  bla.....print"

"lepas tu bagi pada V. kejap lagi saya call dia. bagitau apa nak buat..."

lepas tu aku letak telefon dan dail no. telefon V pulak.

"V. tolong aku. ini urgent. boss suruh hantar....bla bla bla....."

V menurut saja. mujur jugak, mereka ni mendengar kata. dan aku gunakan perkataan "urgent" dan "boss suruh..."
kalau tak mungkin jugak tak jalan...ha ha.

fuhhhhhh setel masalah besar. lega....macam batu besar dah takde lagi terletak atas bahu....!