ambang 2009
Dec 31, 2008
serba sempurna
belajar sampai tua
Dec 30, 2008
derma
Dec 29, 2008
nilai 3
Dec 27, 2008
lengang...
Dec 26, 2008
hutan lipur sg. tua
pasar malam
Dec 24, 2008
ceringkas
detik-detik 2008...ii
Dec 23, 2008
- tun M keluar umno > full time blogger
- pkr kuasai 5 negeri, pru12 ->perubahan=sama je...
- bn goyang, pak lah goyah
- p.i. bala > begitu, begini >hilang
- kenyataan bersumpah/sd - menjadi-jadi
- sumpah laknat saiful the coffee boy
- dsai - nyorok embassy turki, sumpah tk berani, pm tak jadi
- sept. 16, we have the numbers > apa nombornya pak...yelek
- peralihan kuasa = teori rahman?
- ISA ...2 hari je bukan 2 thn
- altantuya vs razak = lepas...
- ekonomi down, klci <700
- harga minyak turun & turun lagi, harga brg mcm tu jugak
- bkt antarabangsa - tanah runtuh
- nicol no.1, chong wei no.1, team bola n0.150!
- mawi+ekin=world!
detik-detik 2008...i
Dec 22, 2008
- eyerin pun dah besar, masuk tadika.
- eyeril dah pandai jaga adik-adik
- menang epl+ucl+world club cup...glory,glory,man utd!
- cikgu kadir = sudah tiada lagi
- cucu pertama sebelah nilai
- ditawarkan ke frankfurt
- satu demi satu kwn lama muncul kembali - nawi, mazlan, azman, shahrim...
- bangsawan nilai ke persada maya>>
sepanjang jalan kenangan...1
kenapa isnin lebih sibuk?
cikgu & goalkeeper
Dec 20, 2008
doakan saja mereka bahagia
uefa champions league draw
mu vs inter milan
liverpool vs roma
arsenal vs real madrid
chelsea vs juventus
bayern munich vs sporting lisbon
barcelona vs lyon
atletico madrid vs porto
villarreal vs panathinaikos
TS: spt biasa - mu got the toughest draw. sir alex vs jose, here we go again!
sekadar ingatan...
Dec 19, 2008
19 Dec 2008
Bernama
"The blog gives you an opportunity to express yourselves in your own words and you will improve over time whenever you repeatedly write, you acquire better skills.
"In my eyes, blogging on the Internet would be an opportunity for people to learn how to write" .
sekadar renungan
Dec 18, 2008
resensi...4
Pertikaian lumrah berlaku dalam kehidupan masyarakat terutama dalam institusi kekeluargaan. Ada pelbagai kaedah penyelesaiannya sama ada melibatkan institusi undang-undang atau perdamaian. Sulh adalah konsep penyelesaian damai pihak yang bertikai tanpa melibatkan institusi pengadilan yang formal seperti mahkamah atau penyelesaian kaedah alternatif. Di negara ini, kaedah penyelesaian secara damai telah diamalkan sejak kedatangan Islam. Ianya sudah sebati dengan kehidupan masyarakat. Namun begitu, transisi yang berlaku dalam kaedah penyelesaian pertikaian keluarga daripada kaedah tidak formal kepada kaedah perbicaraan bukanlah semata-mata disebabkan pihak bertikai cenderung kepada litigasi. Jelasnya, undang-undang yang digubal bertujuan mengawal kehidupan manusia selain menjamin keadilan kepada pihak yang terlibat dalam pertikaian. Fokus buku ini menghuraikan konsep sulh dan pemakaiannya dalam hal kekeluargaan khususnya yang berkaitan dengan pertikaian suami isteri selepas perceraian. Di samping itu, tumpuan buku ini untuk mengenal pasti sejauh manakah aplikasi sulh itu menepati konsep sebenar yang ditentukan Islam.
prof. madya dr raihanah azahari adalah pensyarah kanan jabatan fiqh & usul, akademi pengajian Islam, universiti malaya.
TS: konsep sulh ini bertujuan murni utk mendamaikan dua pihak yg bertikai (suami-isteri) utk mencari jln perdamaian atau menyelesai sebarang tuntutan dgn persetujuan bersama. dlm banyak kes, mrk yg bersetuju melalui proses ini dpt menyelesaikan kes lebih cepat berbanding yg memilih proses perbicaraan di mahkamah. namun kalau fikiran dh terlalu beremosi & sayang bertukar benci sukarlah utk mencari titik temu. apa pun kaedah anjuran Islam ini, mempunyai hikmah utk semua.
beringkas
Dec 17, 2008
ciq/jambatan
beberapa akhbar utama tempatan berserta gambar menunjukkan kesesakan teruk di CIQ .bnyk komen merujuk pd pembatalan 'jambatan bengkok ' sbg punca. antara projek yg dibatal, disifatkan membazir, projek mega, tk dpt restu jiran.awal-awal lg dh kena cantas olh PM yg baru naik. patutla tun M geram & terkilan sgt.
perdana/camry
mrk ni memang caranya suka perlekeh org atau apa sj. masa nak naik dulu pun kerjanya memperlekeh apa sj depan mata mrk. masa dh naik ni pun masih nk perlekeh jgk kerjanya. perdana tk elok, maintenance tinggi, selalu rosak. kalau nak naik jgnla perlekeh yg lain. kalau nak beli camry ke apa, beli je jgn perlekeh yg lain. ada ramai yg lain dok pakai perdana, tk bising pun. jgn asyik perlekeh je, belakang hari org perlekeh kita pulak.
muntadar vs bush
nostalgia
Dec 16, 2008
kons. 96 + che yam = TS
sek. kalumpang
sek. kuala kubu baru
sek. sepang road
SMDMS
STAD
ukm
tuisyen harapan
alps
stamford
delta
eastview
longman
federal
berita h
utusan
rtm
um
yang betulnya...5
Dec 15, 2008
salah - bermula daripada bulan Mac
betul - bermula dari bulan Mac
salah - bermula daripada tarikh itu
betul - bermula dari tarikh itu
salah - daripada bandar ke desa
betul - dari bandar ke desa
salah - daripada hadapan
betul - dari hadapan
salah - daripada kiri ke kanan
betul - dari kiri ke kanan
salah - daripada pukul tiga petang
betul - dari pukul tiga petang
salah - daripada saat ini
betul - dari saat ini
salah - daripada sawah turun ke kali
betul - dari sawah turun ke kali
salah - datang daripada mana?
betul - datang dari mana?
salah - merantau daripada Pahang
betul - merantau dari Pahang
salah - sejak daripada zaman dahulu
betul - sejak dari zaman dahulu
salah - dibuat daripada segi ekonomi
betul - dibuat dari segi ekonomi
salah - daripada waktu subuh
betul - dari waktu subuh
sumber: koleksi pedoman bahasa, DBP
kawan lama
korban pada raya korban
Dec 10, 2008
sembahyang raya pun, masjid agak lengang. dtg lambat pun dpt saf no.3.
tragedi disember
resensi...3
Dec 4, 2008
Judul: Isu-isu Kritikal dalam Pendidikan Matematik
Pengarang: Nik Azis Nik Pa
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
Halaman: 628
Tahun: 2008
Harga:RM75.00
Profesor Dr. Nik Azis Nik Pa adalah Profesor Pendidikan Matematik dan Ketua Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
zoo negara, hulu kelang
Dec 3, 2008
yang betulnya...4
Nov 28, 2008
salah --------------------------------- betul
75% dari kadar sebenar -------------75 peratus daripada kadar sebenar
banyak premis-premis --------------------------banyak premis
berbanyak terima kasih -----------------berbanyak-banyak terima kasih
bermacam barang ----------------------------bermacam-macam barang
bilangan pekerja-pekerja ------------------------bilangan pekerja
dalam kawasan ------------------------------------di dalam kawasan
dari tuan -------------------------------------------daripada tuan
demi untuk negara ----------------------------demi negara/untuk negara
di alaf -----------------------------------------------pada alaf
di beri -----------------------------------------------diberi
di daftarkan ----------------------------------------didaftarkan
di dalam usaha -------------------------------------dalam usaha
di masa ----------------------------------------------pada masa
diperolehi ------------------------------------------ diperoleh
di tahun --------------------------------------------- pada tahun
di atas kejayaan ------------------------------------atas kejayaan
di zaman --------------------------------------------pada zaman
dilipat gandakan -----------------------------------dilipatgandakan
diperbuat dari kulit ----------------------------diperbuat daripada kulit
diubah suai ----------------------------------------diubahsuai
kearah -----------------------------------------------ke arah
kedua adiknya -------------------------------------kedua-dua adiknya
lain-lain arahan ------------------------------------arahan-arahan lain
lain-lain cadangan ------------------------------adangan-cadangan lain
tertumpu kepada ----------------------------------tertumpu pada
oleh kerana -----------------------------------------oleh sebab
sepertimana ----------------------------------------seperti/yang
segala aduan-aduan --------------------------------segala aduan
sumber: koleksi lembar bahasa,DBP
Seminar Sejarah Nasional Malaysia
Nov 27, 2008
anjuran: Jabatan Sejarah Univ. Malaya, IKSEP & kerajaan Melaka
tempat: Fakulti Sastera & Sains Sosial, UM
seminar penerbitan saintifik
Nov 25, 2008
pada 25-26 Nov. 2008
apakah masa depan & cabaran menanti mereka yg terbabit dlm bidang tersebut seiring kepesatan dunia siber?
jalan-jalan cari makan
Nov 23, 2008
seminar antarabangsa pembudayaan bahasa Melayu
Nov 13, 2008
resensi...2
Nov 6, 2008
Judul: Segi Tiga Emas - Perniagaan Narkotik di Asia Tenggara
Pengarang: Roy Anthony Rogers
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
Halaman: 126
Tahun: 2008
Harga: RM48.00
Di samping itu, buku ini juga menganalisis teknik dan rangkaian narkotik di Segi Tiga Emas. Ini merangkumi kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam perniagaan narkotik, cara-cara penyeludupan serta proses penyucian wang. Buku ini juga membincangkan usaha pembanterasan yang telah diambil serta sejauh mana Segi Tiga Emas akan kekal menjadi kawasan pengeluaran dadah.
Roy Anthony Rogers adalah pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Antarabangsa & Strategik, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya.
yang betulnya...3
Nov 3, 2008
lagenda --------------------------- legenda
lakun ----------------------------- lakon
lalu-lintas ------------------------- lalu lintas
lebel ----------------------------- label
lebuhraya ------------------------- lebuh raya
lencungan ------------------------ lencongan
leukimia -------------------------- leukemia
lojik ------------------------------ logik
losyen ---------------------------- losen
maksima -------------------------- maksimum
manafaat ------------------------- manfaat
masaalah ------------------------- masalah
mee ------------------------------ mi
mekanisma ----------------------- mekanisme
pamir ----------------------------- pamer
mengambilkira -------------------- mengambil kira
komplek -------------------------- kompleks
mengenengahkan ----------------- mengetengahkan
mengenepikan -------------------- mengetepikan
mengswastakan ------------------- menswastakan
mengujudkan --------------------- mewujudkan
mentera -------------------------- mantera
merbahaya ----------------------- berbahaya
sumber: koleksi lembar bahasa, DBP
setan merah = red devils
Everyone here in Malaysia would love to visit the Theatre of Dreams and be among other fans. However, our tiny currency and the current economy breakdown has made this even more difficult - the trip would cost approximately RM 6000! (RM = Malaysian Ringgit). The currency means shirts are also expensive for us - not everyone can afford it here but mine will be flying home soon from Manchester. We sometimes are jealous of how Europeans pay so little to own merchandise. A dream to watch United play in our country was shattered last year but the Reds' previous visit to Malaysia still lingers in my mind, even though many of the players like David Beckham and Ruud have since left.
Chasing the dream to watch a home match at Old Trafford is not an easy task. It takes months or even a year of savings. Time will tell but I will be there... one day! Any match will do... wait for me and save me a seat, please!
taken from 12 O'clock Blog on ManUtd.com
kita serupa, my friend!
debat vs pidato
calon ketua pemuda UMNO, kj mencadangkan supaya diadakan debat dalam kalangan calon yang bertanding. baginya itu sebagai forum untuk para calon menyampaikan mesej, visi, dan misi mereka untuk dinilai oleh perwakilan atau ahli yang akan mengundi dalam pemilihan. ringkasnya sama seperti debat pemilihan presiden amerika. soalnya, ini adalah calon sesama parti...apa perlunya berdebat? isu apa yang nak diperdebatkan? kalau daripada kumpulan berasingan mungkinlah sesuai. dengan itu, timbullah komen pro & kontra berhubung soal debat tadi.
TS rasa dalam soal ini, pidato lebih sesuai berbanding debat. sebab calon adalah daripada kumpulan yang sama - sekadar untuk merebut jawatan sahaja - peringkat ketua pemuda pulak tu. melalui pidato bolehlah disampaikan mesej, visi dan misi mereka itu. bukan apa nanti timbul pula pemimpin yang hanya pintar berdebat, beretorik dan berteori sahaja - yang menang kerana hebat berhujah. bukan hebat memimpin. atau sekadar mengikut trend ala amerika. mereka debat kita debat. mereka pegang lilin, kita pun pegang lilin. mereka saman orang, kita pun saman orang.
debate - discuss or dispute about (an issue,proposal etc.) esp. formally in legislative assembly, public meeting, etc.
Oxford English Dictionary
debate - formal discussion, perdebatan,perbahasan contohnya perdebatan parlimen.
Kamus Inggeris Melayu Dewan
debat - bahas, perbahasan.
berdebat - bertukar fikiran (biasanya ygbertentangan) atau berbantahan berkenaan sesuatu perkara.
perdebatan - pertukaran fikiran biasanya mengenai sesuatu hal (pendirian dll) dgn masing-masing pihak mengeluarkan pendapat (alasan dsb), perbuatan berdebat, perbahasan, perbantahan
Kamus Dewan
pidato - ucapan yg disampaikan kepada khalayak ramai.
- ceramah yg membicarakan sesuatu perkara
Kamus Dewan
resensi...1
Editor: Ahmad Hidayat Buang
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
Halaman: 440
Tahun terbitan: 2007
Tujuan utama penghasilan buku ini untuk bacaan umum. Sungguhpun demikian unsur-unsur ilmiah masih dikekalkan dengan memasukkan rujukan di dalam teks dan rujukan di akhir setiap bab. Dengan itu, buku ini sesuai dijadikan rujukan dan panduan pelajar institusi pengajian tinggi khususnya dalam bidang syariah dan ahli profesional seperti pengamal undang-undang.
Ahmad Hidayat Buang, editor buku ini adalah Profesor di Jabatan Syariah dan Undang-undang juga Pengarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
TS: meskipun buku ini sudah berada di pasaran sejak tahun lepas (2007) tetapi isu-isu dan kupasan yang diketengahkan dalam buku ini sangat relevan terutama dalam kemelut hari ini terutama gejolak politik dan suara-suara 'nakal' yang menyentuh perundangan Islam di negara ini. buku ini wajar dimiliki sebagai panduan dan rujukan dalam memahami prinsip serta amalan undang-undang syariah.
yang betulnya...2
salah----------------------------betul
analisa ------------------------- analisis
aturcara ----------------------- atur cara
bowling ------------------------ boling
buffet ------------------------- bufet
bumiputra --------------------- bumiputera
calun -------------------------- calon
bistari ------------------------- bestari
catit --------------------------- catat
cendikiawan ------------------- cendekiawan
definasi ------------------------ definisi
ekspot ------------------------- eksport
injin --------------------------- enjin
insyaallah --------------------- insya-Allah
istirehat ----------------------- istirahat
jawatan kuasa ----------------- jawatankuasa
juwita ------------------------- juita
kadhi ------------------------- kadi
keredhaan -------------------- keredaan
kemaskini -------------------- kemas kini
ko-kurikulum ----------------- kokurikulum
komersil ---------------------- komersial
sumber: koleksi lembar bahasa, DBP
sivaji the BOSS
walaupun tak paham sangat dialognya (sarikata pun lambat) & tengok filem tu dah separuh tayang...tapi semua ada, elemen komedi, sedih, serius, sepak terajang, muzik & nyanyian + tarian (dh tentu pusing keliling) unsur pengajaran, antirasuah/korupsi, baik hati, sedekah, ganas, tak logik, magik, orang jahat curi dpd orang jahat lepas tu beri pd orang miskin (ala robin hood moden)...dgn kata lain semua ada!
ceritanya punyala panjang. mula pukul 9:00 mlm sampai pukul 12:00 tengah mlm (break 12:00-12:30 dateline (berita akhir)) sambung 12:30-1:00 pagi baru tamat.
itu semua, menyebabkan TS tak boleh tidur. sambung pulak saluran axn - siri chuck - tentang chuck yg bekerja di bhg jualan & membaiki komputer sebuah pasar raya, yg punya kelebihan adiwira (superhero) selepas segala maklumat internet masuk ke fikirannya dgn tak sengaja ketika sedang membaiki komputer. jadi dia 'dipaksa' bekerjasama dgn agensi perisikan kerajaan menggunakan kelebihannya utk membanteras jenayah. dlm episod ini dia membantu ejen perisikan memerangkap pencuri lukisan berharga & penyeludup senjata api haram - seorang perempuan digelar el cuidad.
habis siri chuck - jam 2:00pagi- masih tk dpt lelapkan mata. sambung pulak tengok - EPL Highlights - sbb hujung minggu lepas tak dapat tengok live sbb rumah mak mertua di kampung takda saluran sukan terutama astro ESPN & star sport. tengoklah gol-gol menarik & komentar. yg tak bestnya - man u cuma seri 1-1 melawan everton. makin jauh ketinggalan dr puncak liga sekarang ni. patutla, penyokong liverpool dpd kalangan kawan-kawan mula naik tocang. tapi jangan lupa - it's already 18 years & counting - boooo.
habis bola, jam menunjukkan 3:00 pagi. tak boleh jadi ni. TS paksakan mata ini tidur. esok pagi-pagi dah kena bangun pergi kerja. sebelum tu set alarm pd telefon. yg pasti, esok gerenti mata kuyu, pepandailah cover.
damainya pantai Penyabung
ramai jugak pengunjung pagi ahad itu. ini kali pertama TS sampai ke situ. ada beberapa jeti di situ. jugak beberapa buah chalet. nampaknya ramai juga penyewa chalet (dilihat drp kenderaan yg parkir & yg berkumpulan ke pantai). ada juga aktiviti berkayak disediakan selain bot yg disediakan dengan bayaran tertentu dipandu ke tengah laut mengelilingi dua buah pulau yang terletak berhampiran pantai. mungkin kedudukan pantai ini yg terlindung oleh pulau-pulau tsbt menyebabkan ombak laut di sini tidaklah sekuat pantai lain yg menghadap laut china selatan spt mana pantai timur semenanjung lain. pantainya bersih, air lautnya jernih sesuai utk bermandi manda.
suasana tenang, nyaman, udara segar & pantai yg indah sesuai utk bercuti, berkelah atau sekadar mandi-manda atau makan angin. selain itu, ada jugak gerai yg menjual cenderahati. lebih menarik perhatian gerai makan yg menyediakan menu makanan laut yg segar dgn harga berpatutan. juga boleh menikmati & dibawa pulang makanan tempatan spt keropok, satar, otak-otak yg sedap serta dijual dgn harga murah (1kg keropok lekor = rm6/ 4 keping sata=rm1).
jika ada kesempatan, TS akan ke sana lagi. kalau ada kamera tentu lebih seronok.
yang betulnya...1
salah ----------------------- betul
ampangan ------------------ empangan
hajjah ----------------------- hajah
kobis ------------------------ kubis
murtabak ------------------- martabak
pendita --------------------- pendeta
pesaka ---------------------- pusaka
taugeh ---------------------- tauge
taukeh ---------------------- tauke
zohor ----------------------- zuhur
atlit ------------------------- atlet
baucer ---------------------- baucar
dailog ----------------------- dialog
deraf ----------------------- draf
disel ------------------------ diesel
e-mail ---------------------- e-mel
faksimili -------------------- faksimile
insuran --------------------- insurans
komisyen ------------------- komisen
korum ---------------------- kuorum
lanskap --------------------- landskap
lebel ------------------------ label
pensil ----------------------- pensel
plan ------------------------- pelan
rebet ------------------------ rebat
skima ----------------------- skema
spesis ----------------------- spesies
stem ------------------------ setem
stesyen ---------------------- stesen
yunit ------------------------ unit
sumber: koleksi lembar bahasa, DBP
kita biasanya ambil mudah tentang ejaan. TS sengaja pilih ejaan yang biasa orang buat kesilapan atau sengaja tak ambil peduli ejaan mereka salah atau betul. atau mereka anggap betul tanpa perlu merujuk pada sumber yang betul.