adakah aku masih belum pulih?

Oct 28, 2009

1.
aku parking kereta di giant utk keluarkan duit dpd mesin atm. slps keluarkan duit, aku tercari2 di mana aku letakkan keretaku. aku berdiri sejenak di tgh panas. cuba mengingat kembali di mana aku dah letakkan kereta tadi. nyatanya, aku tak dpt mengingat. langkah seterusnya, aku tekan remote kereta. bila berbunyi, aku pun menuju ke arah kereta. tak jauh dpd pintu masuk utama ke giant.
2.
seorg stafku masuk ke bilik. dia menjelaskan pdku beberapa perkara berkaitan buku. pd ketika tu, aku hendak ke tandas. aku tinggalkan dia termanggu-manggu. tanpa berkata apa2. kemudian bila kembali dpd tandas, aku memanggilnya dan bertanyakan apa yg cuba diterangkan pdku sebelum itu. stafku itu, terpinga-pinga sekali lagi.
3.
seorg rakan sekerja bertanyakan berkaitan manual & kabel mesin cetak laser yg aku ambil kotaknya. aku rasa aku ada menyimpannya. ttp aku tak dpt mengingat di mana. aku mintak sedikit masa utk memikirkannya. yg aku ingat, memang aku pernah menyimpannya dlm sebuah kabinet. ttp di mana? ketika aku menyelongkar kabinet seorg stafku, aku teringat yg aku menyimpan manual & kabel itu pd kabinet dlm bilik mesyuarat. aku pun menyelongkar kabinet di situ. ya, memang manual & kabel yg dimaksudkan, ada tersimpan di situ.
4.
rakan sekerja dpd bhg kewangan bertanyakan fail bengkel yg pernah kami anjurkan. aku cuba mencari fail itu di longgokan fail pentadbiran dlm bilik aku. tak jumpa. aku ingat2 lupa sama ada aku ada menyimpan fail tersebut. kemudian aku ke bilik mesyuarat utk mencari fail itu. anehnya di situ aku tercengang2 tak tahu apa sebenarnya yg aku cari sehinggalah ditegur olh rakan sepejabat. baru aku teringat, tujuanku ke situ utk dptkan fail bengkel. aku cuba cari, tak jumpa. kemudian, aku ke bilik rakan editor bertanyakan fail berkenaan. dia pun cari fail itu. ya, fail itu sebenarnya dlm simpanannya. bukan aku.

0 refleksi: