bila anak di tadika dipaksa bersaing

Oct 28, 2009

2 minggu lps, erin menyerahkan buku mesejnya pdku.
begitulah caranya cikgu2 di sekolah erin menyampaikan berita atau berkomunikasi dgn ibu bapa. selain dpd surat atau telefon.
dlm mesej kali ini turut dimaklum bhw para pelajar sdg giat berlatih utk membuat persembahan pd hari konvokesyen nanti. pd 21 nov. sblm ni tdk pernah plk diadakan perbincangan atau pemberitahuan tarikh konvo tsbt. malah tarikh itu dinyatakan hanya sbg tarikh tentatif, atau blm muktamad.
jadi dlm membalas mesej tsbt, aku menyatakan tarikh tsbt agak lewat. krn tarikh tsbt jgk sudah menjangkau cuti sekolah. kebanyakan ibu bapa sudah ada perancangan sdr. lagipun kebiasaannya hari penutup/penyampaian hadiah/konvo diadakan tdklah pd betul2 penghujung musim persekolahan. lebih tepat lg, diadakan lebih awal. seminggu terakhir biasanya pembelajaran sudah tamat. kalau adapun sekadar ulang kaji. jarang sekali ianya diadakan betul2 pd hari terakhir sekolah.
ttp balasan dpd cikgu erin agak mengecewakan. katanya tarikh yg dipilih adalah muktamad. perancangan rapi spt penaja, lokasi dsb sudah dibuat awal. tdk boleh diubah lg.
soalnya perancangan itu dibuat olh pihak sekolah tanpa mengambil kira peranan ibu bapa, keperluan ibu bapa. malah sudah pun menjangkau cuti sekolah. apa salahnya dibuat awal seminggu.
khabar yg didengar ialah persaingan antara cawangan tlh mendorong para guru mempersiapkan pelajarnya dgn latihan persembahan yg intensif utk bersaing & menang. itulah sebenarnya di sebalik pemilihan tarikh yg sengaja dilewatkan utk memastikan masa latihan tdk terlalu suntuk bila tiba hari persembahan nanti.diperuntukkan 2 jam sehari utk mengadakan latihan spt manari, berlakon dsb. dgn matlamat utamanya utk menang. utk dpt nama. soal perancangan ibu bapa, tolak tepi. walaupun sekolah sudah pun bercuti termasuk sek. menengah.
aku jgk ada perancangan. krn pd tarikh sama, majlis perkahwinan anak buahku akan berlangsung. maklum saja cuti sekolah sudah bermula. dlm masa sama aku merancang utk mengadakan kenduri sempena majlis berkhatan eril & erol. sudah pasti, yg menjadi mangsanya. . . erin. yg penat2 berlatih ttp perancangan cikgunya bertembung dgn perancangan kami!

0 refleksi: