memasuki susur masuk lebuh raya persekutuan, kenderaan mcm biasa, lebih sesak & lebih bnyk pd hari isnin. ketika hampir ke jln susur kerinci menuju pantai baru/bangsar, tiba2 muncul sebuah van dr sebelah kiri, yg merupakan laluan ke kerinchi link. memotong barisan. van yg sama. van kelabu. van cabuk yg menghimpitku sebelum ini. sekali lg tanpa signal, terus menghimpit masuk, selang sebuah kereta di depanku. tk ke mana rupanya. cilok sana, celah sini tp masih di blkngku yg memandu mcm biasa, tdk tergesa2. aku mula menyumpah dlm hati sbb sakit hati.
yg menjengkelkan, van tsbt juga melalui laluan yg sama. menyusur masuk ke kiri menuju jln pantai baru/bangsar. aku pulak berada betul2 di blkgnya sekarang. sebaik lampu isyarat bertukar hijau, van itu segera bergerak. tanpa disedarinya ada sebuah motosikal yg cuba memotong dr sebelah kiri, mencelah dr sisi van. itu menyebbkn van tersebut terlanggar motosikal berkenaan. motosikal & penunggangnya tergolek jatuh. pemandu tu memberhentikan vannya. nampak sedikit panik. segera turun melihat apa yg berlaku pd penunggang. aku tengok penunggang tu tklah cedera. yg cedera mungkin egonya sj. maklumlah jatuh terduduk di bahu jln. itulah akibatnya, masing2 nk cepat, tergesa-gesa mcm kenderaan lain tk wujud. melihatkn tdk ada apa2 yg serius aku pun berlalu pergi . . .meninggalkan pemandu van & penunggang motor yg kelihatannya bertekak, saling salah menyalah, saling tuduh-menuduh. bg aku, kedua2nya salah. 'padan muka' itu mungkin paling sesuai!
0 refleksi:
Post a Comment