aku ada 3 hari lagi cuti utk dihabiskan.
'projek' yg aku kerjakan cuma perlukan sentuhan terakhir.
hinggalah ptg jumaat lepas aku diserang demam panas. diikuti pening kepala yg amat sgt. manakala seluruh badanku terasa sengal. duduk baring pun tak selesa.
jumaat malamnya aku tdk dpt melelapkan mata hinggalah jam 4 pagi.
nak mkn pun tak lalu.
sebetulnya aku dh pun merasakan simptom sakit badan & pening kepala sjk 2-3 hari sebelumnya.
semuanya gara2 mengangkut & mengangkat pasu2 besar. yg sepatutnya dikerjakan 2-3 org. kerja yg septutnya dibereskan seminggu ttp cuba disiapkan dlm 2-3 hari. tk sedar keupayaan fizikal sudah sampai ke tahap maksimum.
akhirnya tak tertanggung dek badan,
hingga hari ni selera mkn masih belum pulih. demam sudah kurang. ttp kepala masih terasa bingai. sengal2 b adan jgk sudah kurang tetapi masih mengganggu pergerakan.
3 hari terakhir cuti yg sepatutnya dipenuhi dgn keceriaan & kerehatan, ttp akibatnya didisi dgn ubat-ubatan & menanggung bahana. mata aku pun dh cengkung ibarat burung balam akibat kurang tidur.
esok sudah mula kerja. tanggung sajalah. silap sendiri. . .
0 refleksi:
Post a Comment