sekadar simpati mampu kuhulurkan

Oct 7, 2009

pagi tadi aku berbual dgn abg s. abg s jgk rakan seofisku. dia singgah sebentar di ofis, bukan utk kerja tapi utk mandi & menukar pakaian, sebelum ke hospital semula. sepanjang mlm tadi dia tk tidur. isterinya sdg sakit tenat di hospital. menderitai kanser. abg s menceritakan keadaan isterinya. air matanya bergenang. aku tumpang sedih & simpati.

abg s seorg yg baik. rajin bekerja. lurus. sejak lebih setahun lalu dia menjaga isterinya yg terpaksa berulang laik ke hospital mndptkan rawatan. kadang2 abg s terpaksa ambik cuti utk menguruskn isterinya. makan, minum, pakai isterinya dijaga dgn baik. sebelum ke tempt kerja, abg s akan menyediakan makanan atau memasak utk isterinya yg hari demi hari semakin lemah.

aku panjangkan kata semangat pdnya. aku ceritakan pengalamanku. arwah mak dulu pun menghidap kanser. malah doktor meramalkan jangka hayatnya cuma 6 bulan slps kanser dikesan pd tahap 4 & selps dibedah. ttp arwah mak bertahan hampir 2 thn slps itu. takdir, qadak & qadar tuhan, tiada siapa yg boleh menghalangi.

bagi yg punya kaum keluarga atau org terdekat, yg menghadapi kanser, pastinya faham penderitaan pesakit. aku dulu kehilangan kerja demi org tersayang, arwah mak, kerana majikan aku langsung tdk prihatin & faham duduk perkara sebenar. aku masih ingat kata2nya "i tak faham mentaliti org melayu, org sakit pun mau ambik cuti. bukan mati pun". "we are doing business here, personal matters is non issue","kerja lebih penting ke, masalah peribadi lebih penting?". personal matters & masalah peribadi yg dimaksudkan ialah, aku sering ambik cuti utk menguruskan rawatan arwah mak. aku pilih mak dpd kerja. bagiku, kerja atau rezki boleh dicari, seorang emak tiada galang gantinya. jadi aku ambik keputusan berhenti 24 jam. aku katakan pd bossku "you take care of your business, i'll take care of my mother. one day you'll regret what you have said to me. kalau you kena kanser, i akan tepuk tangan".

buat abg s & keluarganya, sabar dan redhalah. . .

0 refleksi: