daripada 131 kepada 250

Oct 27, 2009

aku ke pusat kesihatan, buat kesekian kalinya.
tujuannya spt sejak seminggu lps utk buat ujian darah.
kepala ku masih pening2 lalat. badan aku belum 100 persen spt sedia kala.
tp pening kepala & demamku sudah hampir pulih.
buat pertama kalinya aku pergi sendiri. pandu kereta sendiri.
kali ini, alhamdulillah bacaan parameter menunjukkan peningkatan diharapkan. sudah meningkat ke paras 250 berbanding 131 bacaan terakhir jumaat lepas.
aku cuma perlu utk ujian darah terakhir esok. kalau bacaan menunjukkan terus ada peningkatan, maknanya aku dh bebas dpd demam denggi ataupun mungkin infeksi virus.
aku berasa amat lega.
aku harap esok, bacaan dpd ujian darah terus positif.
aku dah tk larat ulang alik ke pusat kesihatan ni. ambik ujian darah. dah lebam biru lengan aku kena cucuk dek jarum.
harap2 esok, menjadi hari terakhir aku berkunjung ke situ.
apa pun terima kasih aku ucapkan kpd staf di sana yg membantu memulihkan & memberi khidmat mereka. wp tklah semuanya menyenangkan hati . . .
kalau tkda aral, slps ujian darah esok, aku akan mula masuk ofis.
ya, aku akn mula bekerja esok!

0 refleksi: