berbanding semalam, kesihatanku agak kurang stabil hari ini. bacaan dpd ujian darah yg dilakukan jugak menunjukkan penurunan. maknanya, negatif. atau semakin kurang baik. jika berterusan bacaannya menurun, kemungkinan aku akan dimasukkan ke hospital utk pemantauan lebih rapi. itu yg aku cuba elakkan.
walaupun dah bergelas air, berbotol 100 plus yg kuminum, nampaknya tdk begitu berkesan. selain makan sup ketam & air rebusan daun betik. aku rasa sedikit tertekan & bimbang.
selera mkn ku juga sgt menurun. sehingga mlm ini aku hanya makan beberapa suap nasi & sekeping roti. demam ku juga masih berterusan.
namun aku tdk boleh berputus asa. teruskan dgn amalan. dokor menasihatkan aku, penentunya ialah ujian darah esok. jika bacaan berterusan turun, aku terima shj. demi kebaikan. namun aku masih berharap itu tdk berlaku. sepanjang mlm ini aku berkali2 terjaga. mungkin kerisauan mengganggu tidurku.
apa pun aku berserah dan berusaha . . .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 refleksi:
Post a Comment