negara kita memang mewah dgn pelbagai jenis makanan. sedap-sedap belaka. terpulang pd perut sama ada mampu menampungnya. kadang2 tu dlm sehari, samapi 3-4 buah rumah yg dikunjungi. sbg tetamu yg dijemput, seboleh-boleh akan hadir. bila dh dtg, kenalah makan. bila dah mkn susah nak berhenti, sbb semuanya enak2 belaka!
daripada makanan tradisi spt ketupat, rendang. hinggalah masakan yg berat spt nasi tomato, nasi beriyani. pelbagai mi, spt mi rebus, mi kari, laksa, soto, roti jala dsb. kuih muih usah ceritalah, sampai tk tahu namanya.
semlm aku hadir di sebuah rumah kwn. selain nasi tomato yg dihidang aku tertarik dgn ubi kayu rebus yg disertakan dgn cecah sambal tumis ikan bilis + petai. seingat aku dah bertahun-tahun tk makan ubi rebus ni, apalagi disediakan dgn sambal tumis. apa lagi, berkali-kali aku tambah ubi rebus dgn sambal ke dlm pingganku. hal ini disedari oleh tuan rumah itu sendiri. hinggakan dia memberiku bekal ubi rebus & sambal tumis utk dibwk pulang. ketara sgt nampaknya!
anak-anakku yg berasa pelik. apa 'istimewanya' hidangan itu bagiku. malah mrk tak kenal pun, apakah itu ubi kayu. pokoknya pun mrk tak tahu mcm mana rupanya. . . arghh, anak2 sekarang! ruginya mereka tk menikmati makanan yg enak.
3 refleksi:
saya suka mkn ubi kayu dicecah dgn kelapa parut yg dicampur garam. ada jugak yg cecah dgn gula saja. saya nak cuba mkn dgn sambal tumis spt sdr
yep, aku pun pernah mkn cecah kelapa parut. cubalah cecah sambal tumis, gerenti menjilat jari...he he
teringin gak nk rasa ubi kayu rebus + sambal tumis. tk penh try...
Post a Comment