keputusan yg mengecewakan

Oct 22, 2009

bangun pagi ini, aku rasa sedikit bersemangat. badanku rasa sedikit segar berbanding semalam.
hari ni aku perlu mengambil ujian darah kali ke-3. kali terakhir, kali penentuan.
sampai di pusat kesihatan jam 9:45. dihantar olh wifey. spt 2 hari sebelumnya, aku diberi keutamaan terus masuk jalani ujian tanpa perlu menunggu giliran.
bila result dikeluarkan. aku berasa agak kecewa. bacaan parameter makin menurun. kalau hari pertama 159, hari ke-2 141 ttp hari ini bacaannya 135. maknanya makin merosot, iaitu menghampiri bacaan 100, tahap serius.
doktor juga berasa sedikit aneh. krn demamku masih tinggi. hari ni 38.2 C sdgkan semalam 37.1 C.
lalu dia buat keputusan spy aku menjalani ujian darah sekali lagi esok. jika masih merosot, tdk ada jln lain, aku perlu dimasukkan ke hospital utk pemantauan lebih rapi.
aku terima saja. walaupun sedikit resah & bimbang.
dlam pd itu aku terus konsisten minum air sebanyak yg boleh . . .selain berdoa ujian esok tdk terus merosot. itu sj yg mampu aku buat . . .

0 refleksi: